Thankz kepada semua yang follow aku nanti aku follow korang balik..

Sabtu, 15 Januari 2011

JOM KETAWA!

Salam.. kali ni aku nak kongsi kisah yang agak melucukan kepada korang semua! hehe semoga terhibur dengak kisah ini... layan...



1.PUNCA KEMATIAN

Dam!! Pintu pejabat sebuah hopital dihempas. Seorang doktor muda kelam kabut masuk, menggelabah puyuh, jumpa doktor senior.

Doktor Senior : Kenapa ni?
Doktor muda : (Termengah-mengah memberitahu) Saya dah buat silap masa isi borang kematian pesakit.. Habislah.. Matilah saya..
Doktor Senior : Silap macam mana pulak?
Doktor muda : Saya tersain nama saya kat punca kematian..


2.3 BULAN LAGI

Selepas 25 kali mencuba akhirnya Dol lulus temuduga. Tapi sebelum meninggalkan bilik temuduga,pengurus kilang memberitahu.

Pengurus : Untuk permulaan, kita bayar kamu RM5 sejam. Tapi lepas 3 bulan, kami naikkan gaji kamu kepada RM7 sejam. Setuju?
Dol : Setuju, bos..
Pengurus : Kalau macam tu, bila kamu boleh mula kerja?
Dol : 3 bulan lagi, bos..


3.SEDARA KITA

Pada suatu petang, seorang ibu membawa anaknye berusia 4 tahun bersiar2 menaiki kereta.Dlm perjalanan, si ibu membunyikan hon.

Anak :Naper ibu bunyikan hon & sape org tu?
Ibu :Tu sedara kite,kenalah hormat.

Dlm perjalanan seterusnya mereka terserempak dengan seekor lembu yg nak melintas lalu si ibu membunyikan hon.
Anak :Tu pun sedara kite ke????


4.Giuseppe Spomdalucci

Seorang pemuda membawa teman wanitanya ke sebuah restoran Itali yang sangat terkenal. Dia sendiri pun belum pernah masuk sebelum ini.. tapi demi mengambil hati teman wanitanya.. dia memberanikan diri untuk makan di restoran itu...Setelah mereka duduk dan memakan anggur yang disajikan.. si lelaki mengambil menu... Kerana bingung melihat nama-nama aneh masakan Itali.. dia memilih sembarangan...

"Waiter.. bawakan kami makanan Giuseppe Spomdalucci untuk 2 orang" kata lelaki tadi..

"Maaf.. encik" jawab waiter

"Itu nama pemilik restoran ini"


5.AMBIK GAMBAR

Chot baru lepas tangkap gambar di kedai yang berhampiran dengan rumahnya. Sekarang, dia cuma perlu menaiki bas untuk ke Jabatan Imigresen supaya dia dapat membuat pasport baru untuk dirinya.

Setelah hampir sejam menunggu di perhentian bas, bas pun tiba. Chot naik dan disebabkan bas itu penuh sesak, Chot mengambil keputusan untuk berdiri sahaja sambil tangannya memegang gambar yang baru diambilnya di kedai tadi.

Tiba-tiba, bas itu brek mengejut. Chot terlepas gambarnya itu lalu jatuh ke bawah tempat duduk penumpang. Chot tunduk dan mencari gambarnya itu tadi. Bila dia nampak gambar tadi berada di bawah tempat duduk seorang penumpang,

Chot berkata, "Kak... Boleh tolong angkat sikit kain yang akak pakai tu tak? Saya nak ambik gambar..."


6.MASA

Abu: "Chet, skrang dah pukui brapa?"
Chet: "3:15 petang."
Abu: (dgn mimik muka kehairanan) "Aku pelik lar, awat sumer orang nak menipu dengan aku ari nih?"
Chet: "Awat lak? Bila lak aku tipu hang?"
Abu: "Sepanjang ari aku dok tanya masa kat orang, dan sepanjang ari jugak la aku dapat jawapan yang berbeza. Tak dak sorang pun yang bagi jawapan yang sama..."


7.ATOK SIAPA LEBIH KUAT

Tiga sekawan berusia 5 tahun bercerita tentang kehebatan datuk masing-masing.

Eman : "Datuk aku kuat.... Kalau bertanding silat, tak pernah kalah."
Emon : "Datuk aku lagi kuat. Dia pernah tumbangkan seekor kerbau tengah mengamuk."
Eman : "Datuk kau kuat tak, Emin?"
Emin : "Aku rasa datuk aku lagi kuat daripada datuk kau berdua. Dah 20 tahun dia tinggal dalam tanah, sampai sekarang tak keluar-keluar lagi."
Eman dan Emon : "Ye laaa.... kuatnya datuk kau."


8.MOTOR KERETA

Setelah setahun, usahanya makin maju. Kemudian Pak Pandir memutuskan untuk membeli kereta. Sampai di lampu merah Pak Pandir
kembali berhenti, namun pintu dibuka dan kakinya diturunkan sebelah. Melihat tingkahnya polis terus menghampiri. "Kenapa kaki awak
diturunkan sebelah, Pak Pandir?" tanya polis.

"Aduh... lupa la Encik. Saya biasa naik motorsikal."


9.HELICOPTER

Ketika menaiki sebuah pesawat Nuri ke sebuah kampung orang Asli di Paloh Inai, Pekan, Pahang, seorang pegawai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) berkata:

"Panasnya dalam helikopter ini ...".

Maka menjawablah Tok Dukun yang turut berada dalam helikopter itu:
"Mahu tak panas tuan ...kipasnya besar ...tapi di luar ..."


10.MINTA CUTI

Pak Pandir yang bekerja di sebuah kilang sebagai pengawal keselamatan berjumpa dengan manager minta cuti ...
"Tuan saya mahu minta cuti seminggu balik kampung, ada urusan keluarga. Bolehkah?

Jawab manager : "Cuti seminggu ...oklah, saya bagi cuti seminggu.

Selepas 14 hari, baru Pak Pandir balik bertugas.

Tanya si manager : "Kenapa dua minggu cuti?"
Jawab Pak Pandir : "Saya minta seminggu cuti. Tuan bagi seminggu cuti. Jadi dua minggulah ..


P/S=macam mana menarik tak kisah yang aku letak kali ni? apa-apapun semoga terhibur dengan cerita ni? hehe

28 ulasan:

Hanisah Safian berkata...

LOL xD

zaty luvlianncezzz berkata...

like usual nick make me smile

but kali nie x dpt control nk gelak hahaha

"Giuseppe Spomdalucci"
xley blah cta nie

btw nick
i've story too

come visit ..<

Fiqah Alias berkata...

hik3...siyes mmg kelakar laaa..(^_^) ngeh3...suker3...nk lagiiii..hee~ suker2 je fiqah nk ag cte klakar..sbenonye bez tau bce cte2 gni pas bz wat esemen nie...=)

cemomoi berkata...

buat senyum hari cuti

Cik SHiNJU berkata...

Hahaha...akak suka no-5 tu..
Sengal giler.. :P

IMANSHAH berkata...

tergelak aku membacanya

lavea berkata...

ahahah..no 1, 5 ngan 8 tu klakar~

Ashiya Mizuki berkata...

hahahaha....lawak3... tergelak jerk baceY..

Iszuan berkata...

abag nick. ni ezao. ezao pakai akaun blog yg baru eh?!

pasal entri ni. haha mmg tak boleh belah. pecah perut! lawak mintak cuti tu bodoh giler. haha!

kimchisu berkata...

hahaaaah bgs2..hilang tensen jap..

Amirrah Zawani berkata...

hahaha!! mmg lawak habis..
paling lawak no 2,3 5 :)

Amirah Rashid berkata...

haha. kelakar gilaaaa! :D :D

rossoneri berkata...

lol,terbaek!! suka no 1-5

Illiana Hidayah berkata...

hehehhe....
lama pulak tak drop by sini..
suka cite lawak pak pandir~ XD

ferra ferro berkata...

sumpah kelakar ! kejang mulut dah ni ! hahahahaha x)

echah mashuri berkata...

haha...semua tak boelh blah weh.;p

zEri sAfEerA berkata...

LOL. sangat menarik. suke2. hahahaha :)) sy paling suke yang 'atok sape paling kuat' :D dgn mintak cuti :D

sugar2 kapas strawberry berkata...

yg first tu kelakar giler! hahahhaha

:: noremy anak rahmat :: berkata...

follow & blogwalking..

mehla jenguk belog ai..

salam kenal! (^______^)

si para para berkata...

hahaha mana la ko dapat cite klako ni nick..pak pandir tetap no 1..

Farhan Zulhusmi berkata...

ibu nya pon mesti cakap cm nie ... itu saudara kite ... saudara jauh ...hehehehe
jap2
tapi kenapa kipas helikopter tu diluar shja xletak di dlm skli??hehehe

Afzainizam berkata...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Selamat Tahun Baru Dengan Azam Baru
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Assalamualaikum
Aduiii dah tertinggal banyak entry kat sini.....maaf atas sebab tertentu amat sibuk sikit sesejak ni...


woooooo bila baca pagi-pagi cam ni gelak sorang-sorang bila orang tanya aku aku tunjuk lahhhh lawak ko tu..... geli hati lahhh bila baca.....

mie berkata...

memang menarik..
gue minat part hon lembu..
ehheheee

kiwi berkata...

haha..sengal je..=D

mR.sYaH berkata...

hahah... mmg klaka abis nick.. hehe..

mardhiah ismail (: berkata...

kelaka !

hans berkata...

aku suka kisah no 3
hahaaha

Review Filem : Khurafat Filem Pertama Syamsul Yusof Yang Aku Suka

dya adriza berkata...

hahaha pak pandir sengal!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"Magical Template" designed by Blogger Buster