Thankz kepada semua yang follow aku nanti aku follow korang balik..

Rabu, 30 Jun 2010

CUCI MATA

Hari ni aku takde idea nak letak entry pasal apa? sebab tengah kecewa jepun kalah! adoi... jadi aku letak gambar je la kot? untuk menghiburkan hati aku ni dan untuk korang jugak semoga kita gelak ketawa untuk hilangkan stress.... hehe



hahaha sapa tokey gerai ni ek? aku kalau datang gerai ni confius jugak nak beli macam mana agaknya? hahaha



mak ai!! tak cukup luar rumah dalam rumah pun dia letak? muahaha..



huh! ni memang kes nak aniaya orang ni! ade plak mesin ATM buat punyalah tinggi! sah kalau nak keluarkan duit kena bawak tangga.... haha



Tu dia!!! korang nampak tak penjenayah belakang tu buat apa? sempat lagi tu... hahaha



haha simple giler signboard ni? kretif betol tokey kedai! hahahahaha



ni mesti kes sebab geram selipar selalu kena rembat kat masjid ni?? aku pun tak terpikir plak lagi nak buat macam ni tapi kalau selalu kena rembat kena buat juga macam ni....



Wah! panjangnyer kepala dia.... hahaha



P/S=hahahhaa tak tau nak kata apa? aku tengah gelak je memanjang ni...



JEPUN 0 VS 0 PARAGUAY (penalti 3-5) arghh!!!! takde wakil asia dalam pusingan suku akhir nanti! tension betol aku! aku ingat dorang boleh menang sebab dorang lawan bagus tapi tulah orang kata takde nasib? harap-harap 4tahun lagi jepun boleh bangkit...

SPAIN 1 VS 0 PORTUGAL fuh! menang jugak spain! ada jugak pasukan fav aku ke suku akhir selain belanda? sebab jepun,korea dan england dah tersingkir? ha! gol jaringan david villa memang hebat giler villa ni! aku tabik betol kat dia! hehe



====RAMALAN PIALA DUNIA====


URUGUAY 0 VS 2 GHANA aku rasa ghana akan menang sebab aku tengok dorang lawan USA hari tu agak menghiburkan jugak permainan dorang? uruguay aku tak rasa dorang boleh menang sebab dengan korea pun dorang lawan korea yang serang banyak cuma pertahanan dorang agak kental jugak la rasanya ghana menang gol prince dan asamoah gyan...

BELANDA 0 VS 2 BRAZIL ha! ni salah 1 perlawanan aku tungu-tungu selama ni! memang rasanya perlawanan ni akan menarik nanti! tapi aku tak rasa belanda boleh menang walaupun aku sokong belanda sebab aku tengok dorang lawan slovakia pun agak mengecewakan berbanding brazil yang lawan chile? aku agak robinho dan fabiano akan menjaringkan gol...

Selasa, 29 Jun 2010

MISTERI YAKJUJ DAN MAKJUJ "episod akhir"

Ok! aku sambung sikit je lagi info pasal yakjuj dan makjuj ni dan aku selitkan cerita pasal zulkarnain... sama-sama kita baca....


Zulkarnain (Bahasa Arab) ذو القرنين dhū al-Qarnayn [ðulqarˈnajn]),bermaksud "Dia yang Bertanduk Dua", merupakan satu tokoh yang disebutkan di dalam Quran, iaitu kitab suci Islam yang menyatakan beliau sebagai pemerintah yang hebat dan adil yang membina tembok pengantara Yakjuj dan Makjuj dari menyerang orang yang di Barat.Mengikut sejarah, Zulkarnain dikatakan sebagai (Alexander) tetapi ia hanyalah pendapat segelintir sahaja dan disangkal sendiri oleh para ulama dan sarjana Islam. Gelaran tersebut turut terkenal di kalangan masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam yang boleh dikatakan telah digunakan sekurang-kurangnya tiga orang raja yang berbeza.

Sesetengah pihak berpendapat gelaran "Zulkarnain" bermaksud "bertanduk dua", yang secara tersiratnya merujuk kepada syiling yang ditempa untuk Iskandar Agung mahupun ukiran dinding Cyrus Agung. Pentafsir Quran abad ke-14 memberikan sebab yang berbeza. Dalam Tafsir Ibn Kathir menyatakan, "sesetengah mereka memanggilnya Zulkarnain kerana dia mencapai dua "tanduk" (batas) matahari, timur dan barat, tempat ia terbit dan terbenam."

Tambahan pula, nama Zulkarnain juga diterjemahkan menjadi "dia yang berketurunan dua", "dia yang hidup hingga dua kurun", "dia yang memiliki dua kerajaan" ataupun "pemerintah dua kerajaan". Banyak yang mentafsirkan perkataan tersebut dengan maksud yang berbeza terdapat juga pendapat yang mengatakan "bertanduk dua" bermaksud menggabungkan 2 negeri.

Yakjuj dan Makjuj

Ketika kemunculannya, mereka dikatakan akan menuju ke sebuah tasik di Palestin dan akan minum air tasik itu sehingga kering.Memiliki zuriat yang ramai dan dikatakan tidak akan mati sehingga melahirkan lebih 1,000 zuriat.

Tiada siapa mampu menewaskan mereka dan hanya binasa dengan kekuasaan Allah.Muncul selepas turunnya Nabi Isa AS dan Dajal.Dalam sebuah hadis, Rasulullah menyatakan kebimbangannya apabila pada zaman baginda, Yakjuj dan Makjuj dikatakan sudah berjaya menebuk benteng Zulkarnain sebesar bulatan dibentuk ibu jari dan jari telunjuk.

P/S=hmm.. lepas ni nak kaji pasal apa plak sebab yakjuj dan makjuj dah habis? nanti kena pikir dulu.....


BRAZIL 3 VS 0 CHILE hampir betol jugak ramalan aku semalam 4-0! boleh jadi bomoh jugak aku ni? hahaha keputusan ni sudah di jangka tak payah lawan pun dah tahu brazil boleh menang? rasanya bukan aku sorang je kata macam ni 1 dunia pun dah tahu brazil akan menang! aku tak tengok perlawanan ni jadi aku tak dapat nak komen apa? apapun buat chile 4tahun lagi tukar jadi tomato plak? mana tahu boleh menang...

BELANDA 2 VS 1 SLOVAKIA wah! hampir tepat jugak ramalan aku semalam! aku ramal belanda menang 2-0! hehe tapi apa la punya belanda! kecewa aku tengok corak permainan dorang tadi! selamatlah stekelenbug keeper belanda menyelamatkan 2 percubaan depan pintu gol! kalau tak sah belanda kalah! walaupun aku sokong belanda lepas tersingkirnya england dan korea tapi aku tak confident dorang boleh kalahkah brazil! apa-apapun kita tengok je la nanti..



===RAMALAN PIALA DUNIA====


JEPUN 1 VS 0 PARAGUAY aku rasa jepun menang gol sepakan percuma! sebab korang ada tengok tak perlawanan jepun sebelum ni? dorang dapat gol kebanyakan sepakan pecuma kira hebat jugak jepun ni dalam sepakan percuma? aku ramal honda akan score gol dalam sepakan percuma...

PORTUGAL 1 VS 1 SPAIN aku rasa ni 1 lagi perlawanan tumpuan selepas england dan germany ari tu? jadi aku sokong spain! sebab aku tengok dorang main hari tu agak membanggakan jugaklah? jadi aku ramal esok akan jadi pertarungan sengit! keputusan akan seri 1-1 dan masa tambahan spain menang 2-1! hehe...

Isnin, 28 Jun 2010

AWARD

Hari ni aku check tadi aku dapat award!!! yahoo!! datangnya dari Iznie... thankz iznie!




ceritakan bagaimana usaha korang untuk mencomelkan blog korang.

Nak buat apa yer? Tak buat apa-apa dah kot sebab rasanya memang dah comel dah? Lalala…


website yg korang slalu pegi utk membantu korang mengedit blog.

Glitter graphic kot? hehe dan yang lain lupa plak?


tuliskan lima perkataan yang menggambarkan diri korang.

Pendiam (harus percaya)

Serius (memang kena percaya)

Hensem (hahaha jangan percaya)

Baik (percayalah jugak)

Hantu (jangan percaya tahyul! haha)


Tag kawan2 korang yg korang rasa patut menerima award ini.

Reen

Cik ubi

Senandung semalam

Meorazor

Juaini jamaludin

Ann

Ice Juliet

Cik shinju

Sugar kapas

Pejuang kesenian extreme

Cheqna

Nardnerd

Zulkbo

Missxyz


=macam biasa aku akan tag orang yang komen entry aku sebelum ni.. hehe tapi sory aku lupa nak link sekali? intenet low plak?=


P/S=nanti esok aku sambung cerita pasal yakjuj dan makjuj ni...


AGENTINA 3 VS 1 MEXICO haha memang btol ramalan aku! hahahaha aku ramal 3-0 tapi keputusan 3-1 tapi kira btol jugak la? gol jaringan tevez dan lagi 2 orang aku lupa nama termasuk gol mexico jugak? hehe sebab perlawanan ni aku tak tengok pun...

GERMANY 4 VS 1 ENGLAND aku tengok sekejab je perlawanan ni? sepatutnya 4-2 la sebab lampard sepak gol dah lepas garisan tpi pengadil tak kira plak? tapi kalau pengadil kira pun england tetap kalah jugak? aku kecewa betol dengan england! cis! 1 lagi pasukan fav aku tersingkir! adoi....


====RAMALAN PIALA DUNIA=====

BELANDA 2 VS 0 SLOVAKIA aku tak tengok langsung corak permainan belanda slovakia pun sama jadi aku agak-agak jer keputusan ni aku rasa van persie mesti score 2 gol... hehe

BRAZIL 4 VS 0 CHILE hehe sah brazil mesti menang punya! haha sebab takkan chile boleh menang plak? aku rasa brazil akan pesta gol membelasah chile gol jaringan robinho 2 biji dan maicon mungkin sebjiji dan lagi sebiji aku rasa kaka kot? apa-apapun brazil mesti menang punya! hehe

Ahad, 27 Jun 2010

MISTERI YAKJUJ DAN MAKJUJ "episod 4"

Ok! ni aku nak sambung sikit lagi info pasal yakjuj dan makjuj ni? semenjak dua menjak ni aku suka plak kaji pasal ni? hehe


Yakjuj dan Makjuj juga muncul selepas kematian Dajal yang dibunuh Nabi Isa AS dan bangsa itu akan mendatangkan kerosakan besar di muka bumi. Kekuatan mereka dikatakan luar biasa dan terlalu hebat sehingga tiada sesiapa yang mampu menewaskan kumpulan itu melainkan Allah.

Nabi Isa AS memerintahkan manusia yang masih beriman berlindung di pergunungan bagi mengelak menjadi mangsa Yakjuj dan Makjuj baginda kemudian berdoa kepada Allah SWT dan Allah membinasakan mereka dengan mengutuskan ulat yang menyerang belakang badan golongan itu sehingga mati.

Selepas bangsa Yakjuj dan Makjuj mati serta menjadi busuk, Allah mengutuskan seekor burung besar untuk mengangkut dan membersihkan mayat itu dari bumi katanya.Menurut dalil kewujudan Yakjuj dan Makjuj, manusia seharusnya yakin mempertahankan akidah Islam dan tidak bertangguh memohon keampunan dan keredaan Allah kerana mereka yang masih lalai adalah golongan yang diterangkan dalam surah an-Anbiyaa?

Di atas seperti firman-Nya:(Mereka berkata): aduhai, celakalah kami, sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian mengenai ini, bahkan kami adalah orang yang zalim


P/S=esok aku letak sikit je lagi pasal yakjuj makjuj ni... maaf kalau sapa yang datang blog aku dan tak suka cerita pasal yakjuj dan makjuj ni? minta maaf banyak... tapi nak buat macam mana aku suka plak kaji tentang ni? hehe


KOREA SELATAN 1 VS 2 URUGUAY aduh! pasukan fav aku kalah plak? tak tepat ramalan aku jadi tinggal sorang je wakil asia iaitu jepun! cis! geram aku tengok korea main! dorang kuasai permainan tapi terlalu berhati-hati jadi nak buat macam mana takde luck?

USA 1 VS 2 GHANA perghh!! tepat ramalan aku la! hahaha aku memang agak ghana boleh melangkah jauh sebab aku tak sokong USA hehe apa-apapun tahniah buat ghana muncul satu-satunya pasukan dari benua africa layak ke suku akhir yang aku tahu gol ghana dia jaringkan oleh prince dan lupa nama sorang lagi? hehe dan USA gol jaringan donovan...



====RAMALAN PIALA DUNIA=====


AGENTINA 3 VS 0 MEXICA kalau tanya semua orang pun sah dorang kata agentina boleh menang? sebab dorang memang terbukti kuat dan senang cakap dorang menang la mexico ni aku tak confident dorang boleh jaringkan gol jadi aku rasa agentina menang higuain 2 biji dan meesi 1 biji..

GERMANY 0 VS 0 ENGLAND tapi england menang sepakan penalti! hehe perghh!! perlawanan yang aku tungu-tungu selama ni! memang sama-sama hebat! perlawanan ni mesti sengit giler la! mesti berlarutan ke penalti sebab aku tengok jerman dan england pertahanan dorang dua-dua kuat! jadi agak susah jugak penyerang nak bergerak bebas...

Sabtu, 26 Jun 2010

MISTERI YAKJUJ DAN MAKJUJ "episod 3"

Ok! aku sambung balik pasal yakjuj dan makjuj jom! ikuti kisah selanjutnya berkenaan yakjuj dan makjuj! layan....


Dr Fauzi berkata,selain dua surah al-Quran itu, terdapat banyak hadis kuat yang membicarakan mengenai Yakjuj dan Makjuj tetapi terdapat juga perbezaan pendapat di kalangan ulama mengenai ciri-ciri bangsa itu yang tidak diterangkan.adis riwayat Imam Ahmad pula menerangkan ciri fizikal Yakjuj dan Makjuj yang antara lain bermuka bulat dan kulit kekuningan seperti wajah kebanyakan penduduk Asia Tengah.

lama juga cenderung mengatakan Yakjuj dan Makjuj berasal dan dikurung di benua Asia Tengah berdasarkan tafsiran ayat ke-90 dari surah al-Khafi yang menyebut Zulkarnain sampai di tempat terbit matahari>katanya.

Pendapat lain menambah yang Yakjuj dan Makjuj berkemungkinan berasal daripada bangsa Tartar dan Mongul manakala lokasi tahanan mereka adalah kawasan pergunungan luas Caucasus.Beliau berkata, kebanyakan ulama menyatakan yang bangsa itu terus wujud sehingga kini tetapi dipisahkan daripada dunia manusia oleh Allah SWT menerusi tembok dibina Zulkarnain itu.

Katanya lagi, tugas bangsa itu setiap hari sejak ribuan tahun lalu adalah mengorek tembok itu untuk tembus ke dunia manusia tetapi Allah masih menghalang mereka dengan kembali meneguhkan benteng berkenaan sehinggalah hampirnya hari kiamat.Allah akan mengizinkan tembok itu runtuh dan Yakjuj dan Makjuj bebas ke dunia manusia apabila hampirnya kiamat dan peristiwa itu menjadi satu daripada 10 tanda besar kiamat..


P/S=bersambung esok! ada lagi ni pasal yakjuj dan makjuj ni...


BRAZIL 0 VS 0 PORTUGAL ni dorang pakat ke apa ni? sebab last aku tengok brazil lawan portugal dorang belasah portugal 6-2!!! aku terkejut jugak tapi semalam dorang lawan dua-dua berhati-hati! jadi keputusan pun seri! hmm...

IVORY COAST 3 VS 0 KOREA UTARA selamat korea selatan masuk ke pusingan kalah mati? sian korea utara aku ingat dorang hebat? sebab brazil hanya menang tipis je dengan dorang hari tu..

SPAIN 2 VS 1 CHILE
aku tengok perlawanan ni apa-apapun hebat jugak la spain walaupun menang tipis je? chile plak kena kad merah! adoi.. kenapa banyak sangat kad merah piala dunia kali ni tapi selamat spain menang! kalau dorang kalah la? sah dorang kena lawan dengan brazil! tapi nampaknya dorang akan bertemu portugal dan chile akan bertemu brazil! hahaha


HONDURAS 0 VS SWISSZELAND sian dorang dah la seri lepas tu tersingkir plak dua-dua pasukan ni? hehe apa-apapun cuba lagi nanti.. hehe


====RAMALAN KEPUTUSAN PIALA DUNIA===


=URUGUAY 0 VS 1 KOREA SELATAN=

malam ni dorang lawan aku meramalkan korea menang! 1-0! gol jaringan pak ji sung! rasanya perlawanan rancak serang menyerang sebab korea main laju! aku ada tengok dulu dia lawan dengan greece dan agentina dorang banyak dapat gol hasil kesilapan lawan! dorang lawan uruguay pun aku rasa dorang dapat gol pun hasil kesilapan pemain uruguay jugak...

=USA1 VS 2 GHANA=

aku rasa ghana menang 2-1! gol jaringan asamoah atau boateng! sebab dorang ni je yang nampak aktif di padang dan USA plak aku rasa yang mampu menjaringkan gol mungkin demsey! sebab masa lawan algeria dia yang banyak melancarkan serangan berbanding donovan..

Jumaat, 25 Jun 2010

MISTERI YAKJUJ DAN MAKJUJ "episod 2"

Ok! ni aku nak sambung balik cerita pasal yakjuj dan makjuj semalam? jom kita sama-sama kita baca yer..


cerita mengenai sejarah Yakjuj dan Makjuj tertera dalam al-Quran menerusi surah al-Kahfi, ayat ke-92 hingga 98 manakala kebangkitan mereka dinyatakan dalam surah an-Anbiyaa, ayat ke-96 dan 97, katanya.Allah berfirman menerusi ayat surah al-Kahfi itu: kemudian dia (Zulkarnain) menempuh suatu jalan (yang lain lagi). Hingga apabila dia sampai antara dua gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan.

mereka berkata: Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara mereka?zulkarnain berkata: apa yang dikuasakan Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan peralatan), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka. Berilah aku potongan-potongan besi?

Dalam ayat surah an-Anbiyaa pula, Allah berfirman: hingga apabila dibukakan (tembok) Yakjuj dan Makjuj; dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi. Dan sudah dekatlah kedatangan janji yang benar (kaimat) maka tiba-tiba terbelalaklah mata orang kafir. (Mereka berkata): duhai, celakalah kami, sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian mengenai ini, bahkan kami adalah orang yang zalim.


P/S=nanti aku sambung lagi! hehe ada lagi ni pasal cerita yakjuj dan makjuj ni..


JEPUN 3 VS 1 DENMARK selamat jepun menang! yahoo!! ada jugak 2 wakil asia ke pusingan kalah mati! apa-apapun aku harap semoga final ni jepun lawan korea baru best! hehe

BELANDA 2 VS 1 CAMEROON wah! belanda pun menang! aku tengok perlawanan ni gol hasil jaringan huntelaar dan van persie bagi belanda dan gol cameroon hasil jaringan penalti eto..

PARAGUAY 0 VS 0 NEW ZELAND wah! hebat jugak new zealand ni? tapi aku ada tengok new zealand lawan sebelum ni keeper dorang hebat jugak..

SLOVAKIA 2 VS 1 ITALY la... pasukan pilihan tersingkir lagi? juara bertahan plak tu? apa-apapun tahun ni kita ada juara baru..

Khamis, 24 Jun 2010

MISTERI YAKJUJ DAN MAKJUJ

Korang tahu tak pasal kewujudan yakjuj dan makjuj ni?? aku pun baru tahu je bila dengar kat ceramah pagi tadi jadi aku tulis apa yang sempat je untuk berkongsi dengan korang jom tengok apa itu yakjuj dan makjuj! seram plak aku baca tentang ni.....


Yakjuj, Makjuj dikurung dalam tembok ajaib oleh Nasron Sira Rahim,DI sebalik pembinaan kota besar hasil kemajuan pembangunan dan kemodenan yang melanda hampir seluruh pelusuk dunia hari ini, masih terdapat satu kawasan rahsia di muka bumi ini yang menyimpan ribuan makhluk misteri.

Sehingga kini, penerokaan demi di seluruh kawasan bumi masih belum menemui wilayah asing itu sekali gus menyebabkan kewujudan makhluk terbabit tidak akan dikenal pasti pengkaji atau manusia umumnya.Bagaimanapun, kewujudan makhluk itu adalah sahih dan suatu hari nanti, mereka akan muncul juga di hadapan manusia. Akan tetapi, ketika makhluk itu muncul, sudah terlambat untuk manusia berbuat apa-apa lagi.

Tiada lagi kajian mengenai sejarah kewujudan atau penyelidikan sains dilakukan terhadap makhluk itu seperti penemuan artifak atau spesies baru ketika ini kerana sewaktu munculnya makhluk dikenali Yakjuj dan Makjuj itu, dunia sudah terlalu hampir dengan kiamat!

Yakjuj dan Makjuj masih menjadi misteri kepada manusia.Bagaimanapun, kewujudan dua makhluk itu adalah pasti lantaran ia dinyatakan dalam al-Quran serta tergolong dalam perkara ghaib yang wajib diimani manusia menerusi tanda besar berlakunya kiamat.

Pensyarah Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (API-UM), Prof Madya Dr Fauzi Deraman, berkata Yakjuj dan Makjuj bukanlah berupa haiwan atau spesies lain sebaliknya ia adalah manusia yang berasal daripada keturunan Nabi Adam AS.

Katanya, mengikut hadis, bangsa Yakjuj dan Makjuj berasal daripada keturunan anak lelaki Nabi Nuh AS iaitu Yafis yang berkembang melewati masa sehinggalah Zulkarnain membina tembok bagi menghalang mereka keluar dari lokasi mereka.


P/S=amacam takut tak dengar tentang yakjuj dan makjuj ni? ok! esok nanti aku sambung lagi cerita yakjuj dan makjuj ni....




GERMANY 1 VS 0 GHANA wah! germany jadi juara kumpulan! jadi makna kata dorang akan bertemu dengan england! perghh!!! memang perlawanan yang di tunggu-tunggu...

SERBIA 1 VS 2 AUSTRALIA aduh! serbia kalah plak? aku sokong serbia kenapa dorang boleh kalah plak! adoi kalau dorang menang sah dorang akan ke peringkat kalah mati! tapi dorang seri dapat kat ghana plak? cis! ...

ALGERIA 0 VS 1 USA huh! tidak! satu-satunya negara islam tersingkir plak! adoi... aku punyalah sokong semalam sebab dorang negara islam di piala dunia ni tapi nampaknya kalah plak gol jaringan donovan minit-minit akhir dan yang pasti kad merah mesti ada! kad merah diberikan kepada anter yahia..

ENGLAND 1 VS 0 SLOVENIA wah! buat pertama kalinya england menang! yahoo! tapi malangnya dorang kena berjumpa plak dengan jerman! adoi.. tapi harap-harap england boleh kalahkan jerman....

Rabu, 23 Jun 2010

PERIBAHASA BARU

Hari ni aku nak letak entry peribahasa sikit? baru dapat dalam e-mail tadi kawan aku bagi aku baca-baca best jugak? jadi aku pun berkongsilah dengan korang....



1] TERLAJAK PERAHU BOLEH DI UNDUR,TERLAJAK KERETA PUN BOLEH UNDUR, TERLAJAK KAPAL TERBANG TAKDE GEAR REVERSE……SORRY.

2] BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA KAWIN LAGI!!!

3] SEBAB MULUT SANTAN BINASA, SEBAB MULUT JUGA ….. NASI PUN HABIS!!!

4] KALAU TIADA ANGIN MASAKAN POKOK BERGOYANG, KECUALI KALAU ADA BERUK ATAS POKOK TU.

5] BIAR MATI BINI/LAKI, JANGAN MATI ANAK ( BOLEH KAWIN LAGI APE! )

6] BERAKIT-RAKIT KE HULU, BERENANG-RENANG KETEPIAN…. KAN TAK PASAL2 TUUU…….

7] KALAU PADI KATAKAN PADI, TIDAK AKU TERNANTI-NANTI, KALAU SUDI KATAKAN SUDI, KALAU TAK SUDI …… BOLEH BLAH……………

8] HARAPKAN PAGAR, PAGAR PUN TAK BOLEH HARAP! SAH2 LAH BENDA TU BESI BUKAN MANUSIA!!!

9] TEMPAT JATUH LAGIKAN DIKENANG, INIKAN PULA TEMPAT KENA ‘SAMAN’.

10] HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG, HUJAN BATU DI NEGERI SENDIRI, KALAU MACAM TU LEBIH BAIK TAK PAYAH HUJAN DAAA…….

11] KALAU TIADA ROTAN, PELEMPANG AJELAH….

12] CARIK-CARIK BULU AYAM, LAMA-LAMA JADI BULU TANGKIS BADMINTON, PASTI AYAM KEBOGELAN.

13] AIR DI CINCANG TAKKAN PUTUS, TAPI KALAU DAGING DI CINCANG TANDANYA ADA KENDURI LA
TUUU…..

14] KERBAU BERPEGANG PADA TALI, MANUSIA BERPEGANG GUNAKAN TANGAN ……

15] PINGGAN TAK RETAK NASI TAK DINGIN, KALAU ORANG TAK HENDAK TANDANYA KITA TAK LAWA……

16] TAKKAN LARI GUNUNG DI KEJAR, TAPI KALAU TAK KEJAR PUN GUNUNG TU TAKKAN LARI JUGAK!!!

17] PATAH TUMBUH, HILANG REPORT POLIS .

18] BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI AHLI SUKAN YG MASUK ACARA ANGKAT BERAT!

19] SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT, AKHIRNYA TAK MASUK JUGAK SUKAN OLIMPIK.

20] KALAU ADE JARUM YG PATAH JANGAN DI SIMPAN DI DALAM PETI, BUANG AJE BELILAH JARUM YG BARU.

21] KAJANG PAK MALAU KAJANG BERLIPAT, KAJANG HAMBA TAK PAYAH LIPAT-LIPAT, MAKAN AJE SATAY
KAJANG!!!

22] KALAU KAIL PANJANG SEJENGKAL, BELI AJELAH KAIL YG PANJANG SIKIT

23] KALAU TAKUT DI LAMBUNG OMBAK, JANGAN BERUMAH DI TEPI PANTAI, BUAT RUMAH JAUH-JAUH SIKIT DARI
PANTAI….


P/S=haha aku pun tak tahulah apa makna peribahasa ni? apa-apapun layan jer la... hehe



KOREA SELATAN 2 VS 2 NIGERIA wah! seri jugak korea! selamat greece kalah dapat jugak wakil asia pergi ke peringat kedua! syabas korea selatan! masuk jugak pasukan favourite aku..

AGENTINA 2 VS 0 GREECE perghh!!! selamat agentina kalahkan greece! kalaulah greece menang jawabnya tak dapatlah korea selatan ke peringkat seterusnya! haha terima kasih jugak kat agentina sebab kalahkan greece...

URUGUAY 1 VS 0 MEXICO gol jaringan dari luis suarez pada minit ke 43! perlawanan ni aku tak tahu macam mana? sebab aku tak tengok pun? hehe

PERANCIS 1 VS AFRICA 2 huh! terkejut jugak aku perancis kalah?? habis 1 pasukan pilihan sudah tersingkir! dah la piala dunia sebelum ni dorang naib juara tahun sekarang plak tersingkir awal? mungkin sebab takde anelka dan banzema kot? sebab tu dorang tumpul di bahagian serangan....

Selasa, 22 Jun 2010

AWARD

Ok! kali ni aku nak post kan tag yang aku dapat dan award aku dapat thnkz semua yang kasi kasi award dan tag kat aku ni!!! aku memang suka award dan tag... hehe ha! kepada yang tak bagi aku tag tu apa aku boleh kata anda bila lagi? lala...




AWARD DARI NURAISYAH



AWARD DARI KAK NARDNERD...



TAG DARI JANN


Full Name :
Muhamad… alamak! I.C hilang plak! lalala

Birthdate :
14 Julai 1990

Current Status :
Single and available…

What are your most fear ?
perempuan cantik ops! haha

Drowning and Burnt - which you afraid of ?
burnt kot? hehe

10 phone numbers you remember
tak ingat la (kalau ingat pun kalau tulis kat blog nanti marah plak kawan-kawan aku tu)

10 birthdates you remember :
14.julai 1990 -aku-
20 januari -kakak-
29 disember -ayah-
30 jun -mak-
7 disember 1990 -member-
8 november 1990 -member-
25 julai 1990 -member 1 kelas-
10 julai 1990 -kawan perempuan-
20 januari 1982 -mak cik aku-
22 jun 1990 -er.. no komen-

If you got a jackpot - a trip to Mauritius Island and you can only bring 3 people along,
who will you choose ?
1 – mak
2 - ayah
3 - kakak

You are on a dessert and you were fucking thirsty. You then found a golden teapot. You rubbed it and a genie came out. He'll granted you anything you wish for but only one. What will it be ?
Nak balik rumah! tiada tempat yang lebih selesa dari umah aku dan kalau dok lama-lama kat dessert tu macam mana nak update la blog aku ni nanti? hehe

If you got a chance to swap into another family, whose family would you wanted to in?
keluarga Bill Gates! hahaha

5 prime wishes you really wish to be granted :
1 - nak kawin! ops! haha
2 - nak kaya!
3 - nak dok umah baru
4 - nak hantar family g mekah
5 - nak pastikan family aku sentiasa sihat...

You are an expecting mother. Will you run the test to check on your baby's sex?
entahlah aku suruh bini aku atau doktor je yang check jantina baby tu sebab aku kan pemalu... lalala...

If you got the chance to change your current name now, what would it be?
NICK IRFAN!!!!! aku suka nama ni sejak dari kecil lagi! tapi ayah aku letak nama yang sekarang ni panjang plak tu! adoi... kalau boleh tukar I.C memang aku nak tukar nick irfan...

Do you support mix marriage?
yup! atok aku kawin campur? mak dan ayah aku pun! sedara mara aku pun ramai senang cerita kami semua kawin campur! sebab tu la sepupu aku muka macam-macam! ada cam omputih? ada cam korea? dan ada cam india? hehe

If you have the Time Traveller machine, what will you do?
aku akan mengembara selama 80 hari! (macam cerita jackie chan tu)

What's the time of your life?
masa dalam hidup ke? entahlah aku pun agak pening soalan ni...

Do you really have your aim in life?
Yup! nak membahagiakan dan bagi kehidupan yang selesa kat family aku sebab bagi aku family adalah segala-galanya..

Your next tags?
kak fyza,senandung semalam,cikcepet,kak balqish,uncle etuza,kak tot,kak cheqna,reensofe,lelaki ini,lepat pisang,sugar kapas,mr syah,ice juliet,kiwi,jane,kak angah dan kak ann.... (aku tag ni semua yang komen entry aku sebelum ni? hehe)


PORTUGAL 7 VS KOREA UTARA 0 perghh!!! memang sempoi giler portugal! respeklah kat portugal! dan c.ronaldo pun score jugak! wah! aku rasa portugal lagi hebat dari brazil sebab brazil cuma score 2 gol je lepas tu bolos plak sebijik! adoi.. portugal sekali 7 dorang sapu! tanpa bolos! memang perlawanan terbest setakat ni! dan yang paling penting memang banyak kejutan piala dunia kali ni...

SPAIN 2 VS 0 HONDURAS wah! spain sudah bangkit kembali! harap-harap dorang terus bangkit lepas ni! tapi memang tugas getir la lepas ni dorang mungkin akan bertemu naib juara atau juara kumpulan G iaitu brazil atau portugal!!! perghh!! memang sengit la..

CHILE 1 VS 0 SWISSZEALAND la...ingatkan swiss kuat sangat sebab dorang kan dah kalahkan spain? tapi dorang kalah plak dekat chile? jadi chile menjadi pasukan dalam kumpulan H layak ke pusingan kedua dan macam biasa sumpaham piala dunia tetap ada iaitu kena kad merah...

Isnin, 21 Jun 2010

TAFSIR MIMPI ANDA "part 7"

Sambung balik tafsir mimpi yang semalam punya! hehe ada tak mimpi korang dalam ni? jom tengok sama-sama ok! hehe



131 Mimpi duduk di atas buah epal : Akan mendengarkan khabar baik.

132 Mimpi duduk atau memanjat pokok : Akan mendapat kedudukan yang baik.

133 Mimpi duduk menghadap meja : Alamat akan naik jabatan atau keberuntungan.

134 Mimpi jatuh cinta atau punya rasa cinta : Akan datang kebahagiaan dan kepuasan.

135 Mimpi duduk sebagai juri : Akan berselisih dengan orang yang dicintainya.

136 Mimpi duduk semeja dengan datuk dan nenek : Akan panjang umur.

137 Mimpi duduk dengan perdana menteri : Alamat segala perkataannya dituruti orang.

138 Mimpi gigi bawah tanggal : Akan berduka cita, karena anak atau istrinya meninggal

139 Mimpi giginya atas tanggal sendiri : Akan berduka cita kerana orang tua

140 Mimpi hamil : Keinginan akan tercapai.

141 Mimpi harimau masuk ke kota : Alamat negeri akan diserang musuh.

142 Mimpi hidung berdarah : Akan mengalami keuntungan walau sikit.

143 Mimpi hidup bahagia dalam berkeluarga : Akan beruntung keluarga anda.

144 Mimpi ikut suatu festival : Sahabat anda akan beruntung.

145 Mimpi isteri bersalin : Akan dapat rezeki besar.

146 Mimpi isterinya mengandung : Alamat kurang baik bagi yang mimpi.

147 Mimpi dalam kereta api : Akan menemukan hobi baru.

148 Mimpi jadi pengarang : Akan beruntung dengan pekerjaan anda.

149 Mimpi jalan beriring dengan guru: Alamat mendapat pemeliharaan Tuhan.

150 Mimpi jari anda terpotong : Akan difitnah orang.


P/S=habis pun part 7 tafsir mimpi aku letak ni! hehe macam-macam alamat mimpi aku dah letak harap-harap ada yang terkena kat mimpi korang? hehe kalau takde juga tunggu je part 8...



PARAGUAY 2 VS 0 SLOVAKIA perlawanan ni ada tayang kat tv 2 kan? aku tak tengok plak? dah nak habis baru aku tengok? perlawanan ni ok la jugak... hehe

ITALY 1 VS 1 NEW ZEALAND ha! perlawanan ni aku tengok! boleh tahan jugak la dua-dua pasukan takde pun serang-menyerang tapi aku tabik jugak kat keeper new zealand apa nama dia tah memang hebat la keeper dia! italy plak corak perlawanan dorang agak perlahan memang patut pun seri.. hehe

BRAZIL 3 VS 1 IVORY COAST aku tengok sekejab je perlawanan ni sebab mengantuk aku tengok brazil score 3 gol je lepas tu aku tak tengok dah tak sangka ivory coast dapat score jugak sebijik? gol brazil hasil jaringan elano,fabiano lagi sorang lupa plak nama? hehe tapi aku tak puas hati jugak gol kedua sebab nampak kena tangan fabiano tapi pengadil plak kira gol tu...

Ahad, 20 Jun 2010

TAFSIR MIMPI ANDA "part 6"

Ha! sambung balik pasal entry aku yang dulu punya pasal tafsir mimpi kan? hari tu sampai part 5 sekarang kita sambung balik... jom! tengok! ada tak mimpi korang dalam ni.. eh! terlupa plak? selamat hari bapa kat ayah aku! babah bila nak pindah?? hehe bukan apa budak hisap gam dan buat bising kat flat aku ni menjadi-jadi plak sekarang! adoi...



111 Mimpi diri sendiri bertelinga besar : Akan memperoleh kegembiraan.

112 Mimpi dirinya (laki-laki) menjadi orang perempuan : Akan senang dalam hidup

1113 Mimpi dirinya bercakap dengan orang mati. Akan sia-sia pekerjaannya

114 Mimpi dirinya bersumpah : Alamat kurang baik pekerjaannya.

115 Mimpi dirinya bertelanjang : Alamat akan terlepas dari kesukaran.

116 Mimpi dirinya digantung oleh orang lain : Alamat akan bebas dari hutang.

117 Mimpi dirinya diliputi awan putih : Alamat akan diliputi rezeki yang banyak.

118 Mimpi dirinya dipukul orang : Akan mendapat harta.

119 Mimpi disekelilingnya ditumbuhi rumput kering : Akan mendapat anak yang sehat.

120 Mimpi dirinya gila : Alamat sembuh dari penyakit.

121 Mimpi dirinya jadi pendek : Alamat sukar pekerjaannya.

122 Mimpi membuang darah : Alamat akan sembuh dari sakitnya.

123 Mimpi dirinya menjadi raja : Alamat menjadi orang yang kejam.

124 Mimpi dirinya meratap-ratap : Akan memperoleh keberuntungan.

125 Mimpi disambar halilintar : Alamat diberi kemakmuran,tapi petaka bagi orang lain.

126 Mimpi disambut dengan tepuk tangan : Akan memperoleh sukses dalam usaha baru.

127 Mimpi disengat seekor kala jengking : Dikhianati teman sendiri.

128 Mimpi ditawari coklat seseorang : Akan mendapat teman yang baik.

129 Mimpi ditendang seekor keledai : Akan ragu-ragu dalam bercinta.

130 Mimpi ditolong seorang polis : Alamat suatu masalah akan berakhir dengan baik.



P/S=ha! amacam ada tak mimpi korang dalam tafsir mimpi yang ke 6 ni? masih tak jugak! wa! biar betol! kesian korang eh!! jangan risau tunggu part 7 plak! hehehe huh! lupa plak! jangan percaya bulat-bulat tau ni cuma kajian jer...


DENMARK 2 VS 1 CAMEROON hebat jugak denmark ni aku ingatkan cameroon yang menang sebab ada eto tapi dorang pun tersingkir juga nampaknya ada 2 pasukan dari benua africa tersingkir...

AUSTRALIA 1 VS 1 GHANA ni aku dapat dari kawan aku dia msg tadi entah betol ke tidak tak tahu la? sapa yang rasa keputusan aku ni salah sila betolkan? hehe

BELANDA 1 VS 0 JEPUN arghh!! apesal semua pasukan favourite aku kalah ni? jangan-jangan aku ni ada sial kot? haish! tak baik kata macam tu plak? tapi dah selalu sangat pasukan aku sokong selalunya kalah! adoi....

Jumaat, 18 Jun 2010

ASAL USUL TEMPAT-TEMPAT DI KEDAH

Siapa kat sini orang kedah? korang tahu tak asal-usul tempat korang duduk tu? tak tahu? meh sini nak story sikit... hehe



Dahulu kala kononnya ada sepasang suami isteri yang baru berkahwin si suami dari CHANGLON dan isterinya plak KODIANG,mereka tinggal di GURUN sebab suaminya pemalas? dan hasil tanaman pula tidak menjadi kering kontang suaminya kerja menahan MERBUK

Satu hari si isterinya telah mengamuk dia membawa pisau dan TIKAM BATU dan rasa tak puas hati terus di lompat ke atas padang hingga rumput menjadi lumat jadilah PADANG LUMAT.

Bila di lihat suaminya pulang dia geram diangkatnya pula belangga dan di BALING tak kena BELANGGA PECAH dan tumpah kuah di dinding sarang semut jadi semua semua semut hurung dan jadilah KOTA SARANG SEMUT,dia mencari-cari suaminya tiada dan dia geram dan di ambil semua beras di bakarnya jadilah BERAS TERBAKAR...


P/S=amacam? ok tak asal usul aku cerita ni? hahahaha ops! nanti korang tertanya-tanya plak? ni hanya gurauan saja... hehe


PERANCIS 0 VS 2 MEXICO adoi! kejutan lagi? banyak plak kejutan kat piala dunia 2010 kali ni pasukan pilihan nampaknya kecundang plak? adoi...

ENGLAND 0 VS 0 ALGERIA ni apa pasal ni?? banyak keputusan yang tak masuk akal berlaku!!! pelik!!! england boleh seri????

SLOVENIA 2 VS 2 USA ni pun aku pelik jugak? kenapa banyak sangat keputusan seri ni??? memang pelik...

JERMAN 0 VS 1 SERBIA ni lagi pelik! kenapa jerman boleh kalah dan macam biasa? ada kad merah!! aku pening piala dunia kali ni! banyak sangat pasukan pilihan kalah????? pelik!!!! arghh!! aku bermimpi ker??

TUAN HAJI DAN TUKANG GUNTING RAMBUT

hari ni aku nak letak entry pasal cerita plak? hehe


Masuk seorang tuan haji ke dalam kedai gunting rambut dan berjumpa dengan tukang gunting rambut dan berkata "saya tuan haji dan penceramah agama di kampung saya,saya buat kerja semua kerana Allah dan pahala... ha! saya ingin mengunting rambut di kedai kamu" tapi bila dilihat tanda harga dia berkata "mahalnye! tidak boleh kurang sedikit harga?" tukang gunting rambut itu menjawab "takkan berkira dalam kerja ibadat?"

Setelah masuk tuan haji itu duduk di kerusi dan tukang gunting rambut pun berkata "mengapa tuan tak duduk menghadap kiblat? bukankah itu sunat dan dapat pahala?" tuan haji itu pun membetulkan kedudukan dan diam,dan tukang gunting itu pun berkata lagi "mengapa tuan tak berzikir dan bertasbih? bukankah itu pahala juga?" tuan haji pun terkumat-kamit mulutnya...

Setelah selesai mengunting rambut dan wang pun dibayar tuan haji itu baru saja hendak melangkah kaki keluar tukang gunting rambut itu berkata "ada baiknya solat dulu 2 rakaat tanda kesyukuran?" Tuan haji itu lantas berkata "kamu nampaknya lebih tahu banyak ilmu dari saya sedangkan kamu hanta tukang gunting rambut saja? rasanya tak layak kamu menjadi tukang gunting rambut kerana bagaimana kamu nak beribadat jika hanya mengunting rambut saja?"

Tukang gunting itu menjawab "saya menjadi tukang gunting rambut juga ibadat kerana menolong orang dan ketentuan Allah,tak semestinya orang yang alim di luaran mempunyai banyak ilmu?" tuan haji itu terdiam dan tunduk lalu pergi dengan keadaan malu..



P/S=ok tak cerita? hehe ni cerita aku dapat dari e-mail kawan aku (perempuan) yang hantar dalam e-mail aku tadi jadi aku kongsi dengan korang semua dan! di bawah ni keputusan perlawanan piala dunia... hehe


GREECE 2 VS 1 NIGERIA 1 kesian aku tengok nigeria ni? sebab apa? kad merah la? boleh dikatakan banyak plak game kad merah melibatkan pasukan benua africa apa-apapun syabas buat greece! hehe...

KOREA 1 VS 4 AGENTINA wah! hebat jugak! 3 gol jaringan hugain! perghh!! 1 lagi gol aku lupa nama? hehe messi dan teves tak score kali ni? korea plak gol jaringan aku lupa kugak? tapi apa-apapun arghh!! frust giler aku! 2 pasukan favourite aku kecundang! spain dan korea! harap-harap england dan jepun meneruskan perjuangan...

Khamis, 17 Jun 2010

BILA CERMIN RETAK SATU

Ha! sembang pasal bola kejab? hehe tapi aku kecewa giler!! agrghhhhhh!!! apa punya SPAIN!!!! piala dunia ni aku rasa taknak sokong dah pasukan spain rasanya! ... adoi.....


=SPAIN 0 VS 1 SWISSZELAND arghh!!! pasukan fav aku kalah! cis! lepas tengok keputusan spain macam ni? aku tak sokong spain!! aku sokong korea dengan jepun sahaja...


=AFRICA 0 VS 3 URUGUAY kesian africa rasanya dorang jadi orang pertama tersingkir yang paling kesian tuan rumah plak tu! dah tu kena kad merah plak! adoi... macam-macam menimpa dorang ni

=CHILE 1 VS 0 HONDURAS perlawanan ni aku tengok agak membosankan jugak la? dorang bermain berhati-hati je? apa-apapun aku tabik dengan chile sebab menang buat sekian lama


BILA CERMIN RETAK SATU


Bila cermin retak satu
wajahku jadi dua
Hatiku pun rasa kecewa
Bagai tak bercantum lagi

Bila cermin retak dua
Wajahku jadi empat
Aku jadi manusia pembenci
Melihat wajahku tak berseri

Bila cermin retak tiga
Wajahku jadi enam
Aku cari siapa pemecahnya
Sehingga kini tak ku temui


=wah! menarik jugak sajak ni kan? sajak sapa la yer? lala=

Rabu, 16 Jun 2010

MASA ITU

MASA ITU

ku benci melihatmu
tiap detikmu bagai mengejekku
menyeksa denyut nadiku
degup jantungku
hembusan nafasku
ingin ku hentikan jarum itu
supaya tak berdetik lagi
kerna ku ingin putar kembali masa
ku ingin betulkan kesalahan lalu
supaya dapat ku baiki kekesalan ini
agar dapat juga kau ku miliki kembali


tu..dia sajak kedua plak!!! sajak ni aku buat untuk ops!
eh! takde saja-saja buat jer bukan untuk sesiapa pun?

ok! ni percubaan sajak kedua aku? hehe




=SLOVAKIA 1 VS 1 NEW ZEALAND gol jaringan robert vitterk minit ke 50 dan jaringan balas oleh reis minit terakhir permainan perlawanan ni aku tak boleh ulas apa sebab tak tengok pun..

=IVORY COAST 0 vs 0 PORTUGAL wah! sama-sama kuat nampaknya? hmm.. pelik jugak pemain-pemain bintang seperti ronaldo tak score ker? sama macam angentina,italy,france dan england semua permain terkenal tak score gol! adoi....

=BRAZIL 2 VS 1 KOREA UTARA perlawanan yang menarik! aku terngok perlawanan ni babak pertama memang korea utara hebat! bertahan je selama 45 minit! kebal betol pertahan dorang tapi babak kedua gol jaringan maicon! perghh!! aku rasa gol tercantik setakat ni! walaupun dia pertahanan dia jaringkan gol! sama macam pasukan lain? kebanyakan permain pertahanan yang jaringkan gol? dimana penyerang??? tapi tabik jugak kat korea utara sebab dapat menjaringkan gol walaupun kalah? apa-apapun aku tabiklah korea utara sebab brazil dapat jaringkan 2 gol jer... hehe

AKU HIDUP DIKALANGAN PATUNG

hari ni cerita sajak plak? nanti sambung balik pasal bola yer? ha! ni sajak pertama aku ni khas untuk segelintir budak-budak flat aku blok 1 di teluk kumbar bayan lepas penang yang selalu setiap malam hisap gam dan buat bising di flat aku!!! kadang-kadang tu siap tido lagi depan pintu umah orang bila dah khayal! ni serius! bukan rekaan! cuba bayangkan kalau korang ditempat aku? aku rasa sah korang bunuh budak-budak tu! ketua blok dah repot polis tapi tiada tangkapan dibuat? polis kata hisap gam tak boleh tangkap takda akta untuk hisap gam kalau hisap dadah boleh la dan semua penduduk pun sama dorang biarkan saja setiap malam dorang bising dan menganggu ketenteraman awam!! jadi aku buat sajak ni untuk penduduk teluk kumbar! biar penduduk teluk kumbar sedar sedikit!



=AKU HIDUP DI KALANGAN PATUNG=


aku mungkin hidup dikalangan patung
hanya kaku menghadap jalan batu
langsung tiada reaksi
hanya aku menggelegak darah
semua hanya menghadap makan malam
aku tidak mengundang selera
kerana di setiap kegelapan pasti ada mereka
tapi kenapa semua membiarkan
sedang kemusnahan sedang berlaku
mentertawakan kemakmuran.
dalam ruang kelam cahaya berbalam-balam
udara busuk,hilai tawa dan musik bising
aku hangat menumbuk jantung
tapi yang lain berdiri di celah-celah ketakutan
hanya memerhati dari jauh
sedangkan didalam hati ada kebencian.
ini telah membuat mereka meraikan pesta
yang akan memusnahkan keamanan.


Khas Untuk
Penduduk Bandar Baru Teluk Kumbar Blok 1
Bayan Lepas Penang


P/S=siap pun sajak pertama aku ni... hehe ok ke tak sajak aku ni? aku bukan reti sangat tulis sajak tapi saja nak mencuba jer...

Selasa, 15 Jun 2010

BOLA SEPAK DAN SESUATU YANG LAIN

Ha! asyik bola je entry kali ni aku selitkan video sikit? hehe tapi ada bola jugak.. keputusan perlawanan semalam aku dapat tahu dari berita sebab astro arena dan RTM tak tayang la? kenapa??? sedih aku! kalau aku la jadi pemilik Astro aku tayang semua perlawanan bola sepak piala dunia baru la best? ni ada setengah perlawanan je kecewalah orang macam aku ni yang peminat fanatik bola sepak...


=JEPUN 1 VS 0 CAMEROON gol jaringan dari Honda tapi aku tak tengok pun perlawanan ni..

=DEMARK 0 VS 2 BELANDA aku tak pasti plak siapa yang jaringkan gol? hehe

=ITALY 1 VS 1 PARAGUAY perlawanan ni aku tak tengok jugak hanya tahu result jer...





P/S=pertama kali aku letak entry ada video sekali? saja nak try jer hehe kalau korang berani tengok la video ni dan kalau korang berani dengar lagu dia.... seremmmmmm.... (sila pastikan intenet anda laju baru boleh tengok video ni) lalala.. hehehehehehehehhee

Isnin, 14 Jun 2010

SEMBANG BOLA LAGI....

ha! aku nak cerita pasal bola lagi! maaf semua? (mesti lepas ni semua orang akan boikot aku? taknak datang blog aku dah! sedihnyer.. sebab asyik entry bola je kan entry aku ni? tapi nak buat macam mana dalam fikiran aku sekarang ni bola je takde benda lain dah? memang kena demam bola aku sekarang tido pun mimpi bola jugak? hehe)



=ALGERIA 0 VS 1 SLOVENIA perlawanan ni aku tak tengok sebab mana ada tayang kat RTM dengan astro arena pun? jadi aku cuma tengok highlight je la? ada sorang pemain kena kad merah! adoi.. banyak plak kad merah piala dunia kali ni...

=SERBIA 0 VS 1 GHANA adoi.... serbia kalah plak? aku sokong serbia sebab aku tak minat ghana dan perlawanan ni pun aku tak tengok jugak sebab takde siaran langsung dan perlawanan ni pun dicemari kad merah! setiap perlawanan ada kad merah....

=JERMAN 4 VS 0 AUSTRALIA perlawanan ni best! aku tengok sampai habis! memang rancak! serang menyerang! klose dan podolski memang best! corak permainan dorang memang pantas! banyak mencipta peluang 4 gol jaringan podolski,klose,cacau dan sorg lagi apa nama lupa? apa-apapun jerman lawan semalam aku terhibur! australia agak tenggelam sikit dan yang pasti! kad merah! haha piala dunia kena sumpahan plak? setiap perlawanan kad merah! adoi...



P/S=kenapa RTM dengan ASTRO ARENA tak tayang semua perlawanan? sedih orang macam aku yang tak ambik sport? astro arena ingatkan dibuat untuk tayang semua piala dunia....

Ahad, 13 Jun 2010

SEMBANG BOLA

Maaf sebab aku tak letak entry best-best? sebab sekarang musim bola dan aku plak memang obses giler dengan bola jadi aku nak letak entry-entry pasal bola je sepanjang world cup ni? hehe maaf semua...



=Semalam aku tengok ENGLAND 1 VS 1 USA sepatutnya england menang! tapi keeper england green punya pasal bola jauh pun tangkap tak lekat! adoi... dah seri? lepas tu plak rooney,crouch dengan heskey pun tak berfungsi? jentera tengah lampard dan gerard pun sama? adoi.. harap wright philip dan johnson saja yang bergerak lincah? apa-apapun aku terhibur jugak perlawanan semalam masa separuh masa kedua england banyak serang menyerang...


=perlawanan antara AGENTINA 1 VS 0 NIGERIA gol jaringan heinze permain pertahanan aku suka corak permainan agentina! pantas! tapi messi dan teves pun tak beraksi dengan baik jugak? adoi... selamat agentina menang sebab aku sokong agentina dari nigeria? hehe tapi aku tabik keeper nigeria nama apa tak tahu? memang cekap giler! kalau tak kerana keeper tu mungkin banyak gol boleh terhasil...

=AFRICA 1 VS 1 MEXICO perlawanan ni agak membosankan jugak? tapi aku tek tengok kesuluruhan sebab aku tengok rush hour 3? hehe perlawanan ni boleh aku katakan kedua-dua bermain secara berhati-hati la? jadi memang patut kesudahan seri? tapi aku suka lagi corak permainan africa..

=FRANCE 0 VS 0 URUGUAY perlawanan ni aku tak tengok? hehe aku tido awal masa ni sebab selsema jadi tak boleh ulas apa... hehe

=KOREA SELATAN 2 VS 0 GREECE perlawanan ni aku tak tengok jugak! aku tahu keputusan pun tengok berita jer? hehe


P/S=ha! sapa-sapa nak bagi pendapat tentang bola sepak world cup sila la tulis di ruangan komen? hehe

Jumaat, 11 Jun 2010

YAHOO PIALA DUNIA DAH BERMULA!

Wah piala dunia sudah bermula! selamat tinggal blog buat sementara! aku nak tumpu bola? hehe nanti aku datang balik update ok! semua yang sudi melawat blog aku dan tinggalkan komen? terima kasih banyak! setiap komen korang amat berharga bagi aku! thankz!! aku nak tengok bola sekejab? hehe aku sokong SPAIN! sebab dorang menang EURO CUP 2008 hari tu dan aku sokong ENGLAND! sebab pemain dorang semua hebat! dan akhir sekali aku sokong JEPUN dan KOREA sebab dorang asia? harap dorang berempat ni dapat ke separuh akhir hehe ok! jumpa lagi....



P/S=harap-harap ada kejutan pada piala dunia ni? semoga pasukan yang di anggap underdog seperti pasukan ALGERIA,HONDURAS,SWITZELAND,CHILE,AFRICA,MEXICO,URUGUAY,GREECE,AMERIKA,AUSTRALIA,SERBIA,NEW ZEALAND,GHANA,CAMEROON,IVORY COAST dapat memberi tentang hebat kepada pasukan pilihan seperti FRANCE,BELANDA,JERMAN,DENMARK,AGENTINA,ITALI,BRAZIL,PORTUGAL dan akhir sekali aku harapkan supaya ENGLAND juara... hehe

Khamis, 10 Jun 2010

MUSLIM

Ha! maaf semua aku tak dapat singgah blog korang yang drop komen kat blog aku? sebab intenet aku agak lembab sikit nanti tengah malam ni insyaallah aku terjah blog korang tau! terima kasih kepada semua yang sudi datang blog aku...



Pada zaman dahulu ada dua orang sahabat yang kerjanya menjala ikan, di sebatang sungai seorang muslim dan seorang lagi non muslim

Tetapi yang anehnya yang si muslim ini hari-hari pulang dengan tangan kosong , tidak mendapat seekor ikan pun untuk di bawa pulang ke rumah.

Pada hal yang non muslim ini mendapat pulangan yang amat lumayan , malah lebih daripada keperluan rumahnya, selalu pula diberikan kepada kawannya si muslim.

Kadangkala dia terasa malu juga untuk menerima pemberian kawannya itu , tetapi untuk tidak mengecilkan hati kawannya itu dia terpaksa menerimanya.

Si Muslim setiap kali menebar jalanya menyebut nama Allah , tetapi tidak juga mendapat hasil yang diharapkan, malah selalu saja jalanya tidak mengena, usah kata anak ikan, daun kayu pun malas masuk ke dalam jalanya.

Saban hari keadaan begitu berlaku, Bila dia mati , atas berkat kesabarannya Malaikat membawanya masuk ke surga, malah si non muslim ini dihuban ke dalam neraka, kerana tidak pernah bersyukur ketika mendapat rezeki Allah SWT.



PENGAJARAN DARI CERITA INI:

Allah akan memberi ganjaran itu di akhirat.kelak., Jika Allah tidak memberkati doa dan permohonan kita di dunia ini jadi bersyukur dengan apa yang ada...

EMPAT HIDAYAH DARI ALLAH

ha! entry kucing memang berhantulah aku buka boleh korang buka tak boleh plak? pelik la... apa-apapun hari ni aku nak cerita sikit tentang hidayah Allah? apa tu hidayah? aku pun tak tahu nak terangkan korang baca sendirilah.. hehe


1. Hidayah semula jadi
Bila lahir seorang makhluk Allah itu contoh baby dan haiwan secara hidayah Allahlah,mereka mula bergerak,membuka mata, berenang, terbang,boleh buat seorang yang lapar dia menangis, suka ketawa. sakit menjerit.

2.Hidayah Pengetahuan
Dalam kehidupan kita seharian, minggu, bulan dan tahun, kita dapat pengetahuan dan pengelaman dari kegagalan dan kejayaan dengan hidayah Allah kita telah pun belajar dan dapat menyelesaikan sesuatu masalah.

3.Hidayah tidak dapat difikirkan
Apa yang berlalu kepada nabi dan rasullullah dengan hidayah Allah memberi kuasa yang luar biasa, mengikut syariat zamannya untuk berdakwah. anda boleh fikirkan nabi dan rasul itu yang ada muzizat, keramah dan istisraj.

4.Hidayah tersingkap rahsia tersembunyi

Inilah hidayah paling tinggi martabatnya, cuma Allah beri kepada orang yang paling kuat ibadatnya, bangun malam,bertahajud dikala sunyi, kerana wahyu sudah tiada Allah gantikan dengan Ilham bagi sesiapa yang dikehendakiNya.



P/S=ni ceramah agama yang aku dengar pagi semalam jadi aku tulis yang mana sempat? hehe harap korang faham? hehe saja berkongsi sedikit info...

Rabu, 9 Jun 2010

INFO MENGENAI KUCING DAN KEISTIMEWAANNYA

Siapa kat sini ada bela kucing? ha! korang tahu tak kucing ada beberapa keistimewaan! aku pun baru tahu sebab member aku hantar e-mail kat aku? hehe memang selalu member aku hantar e-mail pasal sesuatu info? jadi aku pun berkongsilah dengan korang...



Sebaik-baik binatang peliharaan kucing jinak dan manja,nabi muhamad sanggup mengunting serbannya kerana kucing tidur di atas.

Kucinglah selalu mendoakan tuannya agar dapat tidur ditilam empuk,pandai memberi isyarat kepada tuannya jika ada sesuatu berlaku.

Jika seekor Kucing peliharaan kita duduk mencuci muka dengan tangannya di muka pintu rumah waktu pagi,petanda ada orang akan datang ke rumah kita.

Kucing binatang yang dapat mengimbang badan waktu jatuh dari atas kerana walau macam mana sekali pun, kakinya tetap jatuh dahulu daripada badannya ke tanah.

Kucing jantan pula kalau digunting kedua belah misai kiri dan kanannya pasti dia tidak akan ada kuasa berhenti ketika sedang berlari,mungkin juga dia akan melanggar apa saja di depannya.

Seekor Kucing jika umurnya terlalu tua dia juga boleh melatah atau nyanyok.kucing juga mengawan ikut musim, biasanya selepas hujan waktu petang dan pagi.




P/S=tak tahulah betul atau tak info ni kalau korang nak tahu cubalah! eh! jangan! aku saja tulis je tapi korang semua dont try this at home! tak baik aniaya binatang tau... hehe

Ahad, 6 Jun 2010

SEJARAH TENTANG SOLAT

Asyik-asyik tentang tafsir mimpi jer? sekarang tukar plak? tafsir mimpi tu ada lagi tapi nanti aku sambung sebab kali ni aku nak berkongsi info tentang solat! semua kita yang beragama islam bersolat kan? tapi korang tahu tak asal-usul solat datang dari mana? ok! mari sini aku cerita sikit...



SUBUH:


Orang yang pertama mengerjakan solat Subuh Nabi Adam iaitu tatkala keluarnya Nabi Adam dari Syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama dilihatnya ialah kegelapan,membuatkannya berasa takut sangat. Lalu apabila fajar Subuh keluar, maka Nabi Adam menunaikan solat dua rakaat.

Rakaat pertama: Bersyukur terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua: Bersyukur siang telah menjelma.



ZOHOR:

Orang pertama mengerjakan solat Zohor Nabi Ibrahim A.S., iaitu tatkala Allah S.W.T. memerintahkan menyembelih anaknya Nabi Ismail A.S. seruan datangnya waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.

Rakaat pertama: Bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua: Bersyukur dibukakan dukacitanya juga anaknya.
Rakaat ketiga: Bersyukur dan bermohon keredhaan Allah.
Rakaat keempat: Bersyukur korbannya digantikan kibas.



ASAR:

Orang pertama mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus A.S., iaitu tatkala dikeluarkan Allah dari perut ikan nun. Ikan nun memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus segera menunaikan solat empat rakaat tanda bersyukur diselamatkan Allah daripada 4 kegelapan, iaitu:

Rakaat pertama: Kelam kesalahan.
Rakaat kedua: Kelam air laut.
Rakaat ketiga: Kelam malam.
Rakaat keempat: Kelam perut ikan.


MAGHRIB:

Orang pertama mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa A.S.,tatkala dikeluarkan Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu menunaikan solat tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:

Rakaat pertama:menafikan ketuhanan selain Allah Maha Esa.
Rakaat kedua:menafikan tuduhan tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga:meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan hanya satu iaitu Allah, tiada dua atau tiga.


ISYAK:

Orang pertama mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa A.S., tatkala Nabi Musa tersesat mencari jalan keluar negeri Madyan, sedang dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacita waktu Isyak akhir. Lalu Nabi Musa menunaikan solat empat rakaat tanda bersyukur kehilangan perasaan dukacita tersebut, iaitu:

Rakaat pertama: Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua:terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga:terhadap Firaun.
Rakaat keempat:terhadap anak Firaun.




P/S=asal-usul terjadinya solat ni aku pun tak tahu sama ada betol atau tak? sebab ni e-mail kawan aku yang kasi.... aku sekadar berkongsi jer...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"Magical Template" designed by Blogger Buster