Thankz kepada semua yang follow aku nanti aku follow korang balik..

Jumaat, 7 Oktober 2011

OMPUTIH KELATE?

salam.. maaf kepada smua aku tak singgah blog korang aku sibuk sekarang banyak keje perlu disiapkan banyak tempahan perlu di hantar? aduh... walaupun letih! tapi syukur la rezeki tu datang takkan taknak ambik plak? hehe nampaknya aku tak boleh aktif seperti sebelum ni la jadi untuk menghiburkan korang dengarlah lagu "Bosey" tak percaya? tengok je la bawah ni.. layanzzz....!!!


video
aku sikit pun tak herennn... hahaha


P/S=terbaik la mamat mat salleh ni nyanyi! Bosey bosey bosey...huahua (aku setiap hari dengar tak jemu plak? best jugak dia ni nyanyi walaupun macam hancus je seni kata dia tapi sampai sekarang aku masih tak jumpa versi asal lagu ni macam mana? sapa orang kelantan cer citer)

Isnin, 3 Oktober 2011

LAGU DOUBLE MEANING KE NI? HAHAHA

Salam... aku letak video lagi ni kawan aku baru bagi tadi dia kata lagu ni best? aku pun dengar la... mula-mula aku pikir lain bila dengar lagu ni betol ke apa yang aku fikirkan ni? hahahaha tapi bila aku tanya kawan aku dia kata dengar lagu ni jangan pikir bukan-bukan pikir positif je... hehehe


lagu LEMBU ke atau?
video

BETIK ke atau?
video

BUKIT BERKEMBAR ke atau?
video

BATANG BERJUNTAI ke atau?
video

first aku dengar lagu terus aku kata Allahuakbar! biar betik! sebab aku pikir lain je lagu ni? tapi kawan aku explain lagu Bukit berkembar pasal alam semulajadi,lembu pasal lembu ternakan,betik pasal tanaman? dan batang berjuntai tu kisah nama tempat? eh! wujud ke nama tempat macam ni? allahualam kawan aku yang kata la aku bab-bab nama tempat ni lemah sikit...


P/S=ada banyak lagi lagu ni kat youtube korang dengar la sendiri hahaha (tapi aku rasa penyanyi ni orang cina sebab sebutan macam pelat je? entahlah korang rasa?)

Ahad, 2 Oktober 2011

MANUSIA ROBOT!

Salam... sebulan aku menghilang sekarang timbul balik? hehe setiap sebulan mesti aku takde kan? kalau ada yang perasan la? ha! macam biasa la aku aku menghilang pun sebab aktif buat bussines sebab tu berhenti sebulan,sekarang aku aktif balik blog bukan bermakna aku berhenti dengan bussines aku tu? ish! mana boleh berhenti bussines pun sekarang tengah masyuk (6 bulan buat bussiness dapat beli pc dengan duit sendiri! syukur) tapi disebabkan aku sayang blog ni jadi aku update balik.. hehe

ha! entry aku kali ni macam biasa jugak video je la? hahaha korang tengok je la nanti aku buat entry bertulis dengan gambar plak? minggu ni takde masa lagi (sebab banyak aku terima tempahan belum lagi dapat disiapkan sibuk sikit)... huhu


video hari ni "human Robotic! super awesome!"
video


ni versi lain plak memang hebat la dorang ni background muzik pun best...

video

P/S=lepas ni tak tahu nak letak entry apa? tengok je la macam mana nanti... (asyik sibuk je aku semenjak join bussines ni mengalahkan orang keje pejabat? hahaha harap-harap aku dapat jadi kaya! amin...)

Selasa, 30 Ogos 2011

SELAMAT HARI RAYA

Salam.. ha! pejam celik pejam celik hari ni dah raya pertama! nanti pejam celik lagi tengok dah habis raya cepat masa berlalu kan? ha! untuk hari ni aku nak ambik kesempatan untuk bagi pegumuman khas...


Di pagi ini aku susun sepuluh jari tangan dan sepuluh jari kaki? ops! haha gurau ok.. serius balik... aku menyusun 10 jari tangan dengan rasa rendah diri kepada korang semua ahli blog aku yang sebanyak 2000 lebih ni! sebab tadi dah raya dengan parent aku jadi sekarang ni nak raya dengan korang plak..

Ok! disini aku mohon kemaafan dengan seikhlas hati jika ada komen dan entry-entry aku yang lepas korang tak suka ke? maaf jugak sebab aku hanya menulis ikut suka aku selama ni,tapi kalau ada yang menyinggung perasan korang,sebab tak tahulah sebab hati manusia lain-lain mungkin ada yang suka? ada yang tak suka dan mungkin aku tak dapat memuaskan hati semua...

Kalau yang tersinggung dengan entry aku dan komen aku di blog korang sekalipun aku mohon maaf semoga korang ampunkan aku dari dunia hingga akhirat dan korang semua jangan risau sebab korang semua memang tak salah apa-apa dengan aku? korang jadi ahli blog aku dan selalu datang singgah walaupun tak komen pun aku dah seronok dah! thankz semua! maaf zahir dan batin! apa-apapun yang baik datang dari Allah yang tak baik itu memang kesalahan aku sendiri...


Minggu lepas selalu terima bubur
Minggu ni plak mungkin terima bendera
Aku memohon maaf sepuluh jari ku hulur
Dengan ucapan Selamat Hari Raya


P/S=Akhir kata Nick irfan dan sekeluarga kami disini ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin! kepada semua umat islam di malaysia! semoga raya ni sedara mara kita menyambut kita dengan hati yang gembira! jadi oleh itu berhati-hati di jalan raya!! ok! assalamualaikum===

Isnin, 29 Ogos 2011

PUASA TERAKHIR


Salam... hmm.. pejam celik? pejam celik? dah nak raya? rasa sekejab je puasa cepat betol masa berjalan sebab aku walaupun puasa dah nak habis aku ingat lagi menu-menu makanan aku masa puasa pertama! dan pertama kali bangun sahur untuk 2011 ni rasa macam baru semalam jer? serius! cepat masa berlalu..



Sekarang puasa yang terakhir kalau betol esok raya aku dah kaji 10 malam terakhir ni aku tak nak la kata malam lailatulqadar malam ke 23? tapi malam ke 23 yang pelik sikit berlaku ke atas diri aku!

1.badan aku seram sejuk start pukul 12 sampai subuh
2.aku mimpi pun pelik (aku lalu di satu lorong lepas tu depan ada persimpangan bercabang aku tak tahu nak pilih jalan yang mana satu?)
3.malam tu buka tingkap sejuk macam peti ais walaupun hari tu tak hujan!
4.ada permintaan aku malam tu alhamdulilah telah dimakbul oleh Allah pada hari seterusnya tapi bukan semua tapi ada yang dimakbul oleh Allah
5.cuaca petang hari tu pun mendung tak panas terik macam selalu

aku ada tanya kawan-kawan aku saja nak tahu pengalaman dorang macam mana? dapat feedback macam-macam! ada yang kata malam 17,27 dan 29? entahlah mana satu yang betol...


Tapi tahun 2010 aku buat kajian malam ke 25 lailatulqadar mungkin sebab malam tu sejuk beku masa tu jugak aku ternampak 1 kelibat macam kabus warna hitam melintas laju di lot parking motor kat flat aku! aku tengok dari tingkap bilik aku! depan mata aku sendiri! sampai moto tu terangkat sebelum terbalik! aku sempat rakam tapi malangnye enset aku plak battery kong! rugi betol! kalau aku rakam boleh tunjuk kat korang meremang bulu roma aku dan bila kejadian tu jugaklah suis laptop aku terpadam sendiri!! sebab aku tengah taip masa tu (sampai sekarang aku dok pikir apa benda hitam tu? nak kata hantu kan hantu kena ikat? takkan bunian? atau... ni perkara pelik tahun 2010)


Kalaulah betol malam 23 malam lailatulqadar? syukur bertuah sebab aku dapat rasai sebab bukan semua orang dapat rasa.. ha! sepanjang berpuasa ni apa yang aku dapat ialah melatih diri tahan lapar dahaga! haha sebab aku ni suka makan walaupun badan tak jugak naik-naik alhamdulilah la sebab member aku kebanyakan semua obesiti! hehe puasa mengajar kita erti bersabar? melatih kita berlajar menjaga percakapan? apa lagi? hmm.. dan banyak lagilah...

Bila raya nanti aku jeles jugak tengok orang dapat beraya kat kampung? buat dodol? masak lemang! berkumpul ramai-ramai? main bunga api? Hmm..kenapa aku jeles? sebab aku dah takde kampung! atok dan nenek aku sebelah mak dan ayah semua dah meninggal jadi aku raya kat kubur jer raya pertama ni! sedihnyer dah la mak aku cuma 2 beradik bapak aku plak 4 jadi sepupu plak boleh kira dengan jari dan sanak saudara aku kebanyakan dok KL jadi memang raya aku biasa-biasa jer...


=AKHIR KATA AKU NAK TANYA KORANG SEMUA SILA JAWAB YER? AGAK-AGAK KORANG RAYA HARI APA? BETOL KE SELASA KE RABU? MUSHKIL AKU? KITA TUNGGU LA PENGUMUMAN NANTI EH! ORANG YANG AKAN UMUM NANTI PAK CIK YANG SELALU BUAT PENGUMUMAN TU KE ORANG LAIN?==



P/S=huh! agak panjang jugak entry aku ni? saja nak luahkan semua yang terbuku di hati entah ada atau tidak ke orang baca cerita aku ni? hehe... dan akhir kata dari aku "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI NICK IRFAN DAN KELUARGA! BERHATI-HATILAH DI JALAN RAYA SEMOGA ANDA TAK TERJUMPA HANTU RAYA" Assalamuailaikum.... (esok hari raya! harap dapat kumpul duit raya banyak leh beli game lagi banyak! hahahaha)

Sabtu, 27 Ogos 2011

FILEM BARU BAKAL KELUAR NANTI!

salam... kali ni aku nak letak video filem bakal keluar nampak macam best je? filem apa? tengok la sendiri... best!


CINTA KURA-KURA
video


AKU BUKAN TOMBOY
video


APOKALIPS
video


SATU MALAM KUBUR BERASAP
video


=aku suka yang cinta kura-kura sebab tengok macam best jer yang lain tu boleh la tahan=

=10 malam terakhir 26 ramadhan malam ke 27=

-malam bising mat rempit semakin mengganas kat flat aku apa nak jadi la flat kat teluk kumbar bayan lepas ni? malang betol nasib aku di takdir duduk sini
-hujan lebat giler -tapi suasana tak sunyi sebab katak bising kuat hari ni
-takde perkara ganjil

P/S=nampaknya malam tadi pun bukan? malam ni tak tahu macam mana plak?

Jumaat, 26 Ogos 2011

TAK PAHAM BAHASA?

Salam.. kali ni aku nak letak video lagi! hehe tk larat nak taip la sibuk sikit minggu ni dengan bussines aku lepas tu sibuk nak kemas rumah lagi? jadi sempat letak video je la nak tulis memang tak sempat ha! video kali ni aku nak tunjuk kalau korang tengok korang mesti kata dorang ni paham ke tak bahasa apa dorang cakap tu agaknya? hmm...


video

=memang kurang asam jugak kalau la kita tersesat terjumpa orang macam ni? hahaha=


=10 malam terakhir 25 ramadhan malam ke 26=

-malam ni sunyi sepi
-sejuk kadang-kadang panas
-tapi suasana tak sunyi sebab katak bising
-lepas tu hujan la plak? adeh..


P/S=ingatkan malam tadi la? tapi macam tak lepas je? setakat ni malam 23 memang rasa kelainan sikit tapi takpe aku tunggu lagi sebab puasa masih ada lagi...

Khamis, 25 Ogos 2011

KAKI PANJANG?

Salam.. kali ni aku nak tunjuk cara yang paling mudah masuk kereta tanpa buka pintu kereta! hehe nak tahu macam mana sila tengok video bawah ni...


video

sempoi betol mamat ni? hahaha (aku rasa sapa yang kaki panjang boleh cuba masuk kereta macam cara mamat ni)



=10 malam terakhir 24 ramadhan malam ke 25=

-malam ni hujan dari pukul 1 sampai subuh
-sejuk mengigil
-suasana tak sunyi ada bunyi katak
-takde plak perkara ganjil

P/S=kaji malam esok plak nanti..

Rabu, 24 Ogos 2011

WORDLESS WEDNESDAY #1

Salam kali ni aku nak join jugak worldless wednesday sebab ramai yang buat aku pun nak try jugak ambik ko gambar ni aku letak? hahaha

-ada jual tak nset berkamera macam ni? aku cadang nak beli satu package tu dua-dua sekali dapat? hahaha

=10 Malam terkakhir 23 ramadhan malam ke 24=

-mat rempit tetap kekal bermaharaja lela di flat aku ni hairan jugak polis tak nampak pun?
-malam tak sunyi sangat
-pagi awan cerah
-takde perkara ganjil berlaku
-malam cuaca panas

P/S=malam ni aku nak terus mengkaji lagi ada ke perkara aneh yang aku alami macam malam 23 hari tu...

Selasa, 23 Ogos 2011

LAGU SEKOLAH HENRY GURNEY?

Salam.. kali ni aku nak letak 1 video lagu dari pelajar henry gurney? korang tahu kan sekolah henry gurney? ala..sekolah jahat orang selalu kata tapi bagi aku dorang ni bukan jahat cuma kurang tak bernasib baik je ha! korang try dengar lagu yang dorang nyanyi ni agak menyedihkan jugak bila dengar lagu ni baru tahu kehidupan pelajar kat sana macam mana...

video

P/S=dorang walaupun macam ni tapi hebat jugak dalam mencipta lagu? aku suka jugak lagu dorang ni simple jer ha! semoga dorang keluar nanti harap semua berubah menjadi lebih baik... amin...

=10 Malam terakhir puasa 22 malam ke 23=

-Malam ni sejuk lain! macam dalam peti sejuk walaupun tak hujan
-mat rempit dengan bohsia cuma sembang-sembang je bawah flat aku yang pelik dorang sembang berbisik? tak menjerit macam sebelum ni aneh?
-tapi malangnya suasana tak sunyi sebab ada bunyi katak
-aku mimpi aneh (aku duduk kat 1 lorong lepas tu ada simpang 3? setiap simpang tu ada orang jaga muka pelik-pelik plak? semua ajak aku ikut dorang tapi akhirnya aku tak ikut sapa sebab aku terjaga)
-start pukul sampai 12 sampai subuh badan aku sentiasa meremang bulu roma..

P/S=mungkin malam tadi? tapi 50/50 jugak sebab baru malam ke 23 nanti aku nak tunggu sampai akhir ramadhan kalau lepas ni takde perkara ganjil macam malam tadi? mungkin malam tadi malam lailatulqadar Allahualam...

Isnin, 22 Ogos 2011

IMAM FERARI?

Salam... kali ni aku nak tunjuk 1 video yang aku jumpa tadi entah betol ke tidak? tengok tajuk mesti korang ingat tok imam bawak kereta ferari la kan? tapi bukan tu aku nak tunjuk kalau korang nak tau tengoklah sendiri memang mengejutkan...


video

P/S=laju giler kan dia sembahyang? biar betik! aku walaupun sembahyang laju tapi takde sampai laju sangat macam dalam video ni? aku tak pasti kejadian ni berlaku di mana...


=10 malam terakhir ramadhan 21 malam ke 22=

-Malam tadi ada kilat dan hujan renyai-renyai
-mat rempit dengan bohsia tetap beromen bawah flat aku siap pegang-pegang lepas tu raba lepas tu erkkk! tak sanggup nak tulis aku ada rakam aksi dorang tapi nak letak kat sini tapi mak aku kata tak baik mengaibkan orang
-panas giler malam tadi!
-langit gelap?
-takde perkara yang ganjil


P/S=aku nak teruskan pengkajian malam yang seterusnya setiap tahun memang macam tu aku akan kaji setiap malam pada 10 malam terakhir...

Ahad, 21 Ogos 2011

ANGRY BIRD REALITI!!!

Salam kali ni aku nak letak pasal angry bird plak tadi terjumpa video ni jadi kongsi la dengan korang! (best kalau ada kat malaysia macam ni! real punya angry bird! hehe)


Angry Bird

video

=10 malam terakhir ramadhan 20 malam ke 21=

sekarang dah sampai pun 10 malam terakhir selalu orang kata 10 malam terakhir salah satunya adalah malam lailatulqadar tapi malam semalam aku tak rasa yang pelik pun?

-cuaca hujan sampai ke malam
-tak senyap sunyi pun sebab malam tadi rumah aku mat rempit dengan bohsia beromen depan flat aku
-cuaca semalam pun panas?
-takde tanda-tanda yang ganjil?


P/S=malam ni nak tengok macam mana plak? nanti aku bagi pendapat sepanjang 10 malam terakhir ni

Khamis, 18 Ogos 2011

HEBAT TANGAN DIA!

Salam.. kali ni aku nak letak video balik sebab aku terjumpa 1 video yang menarik! korang cuba tengok serius aku kagum dengan tangan dia memang cekap! dan sama je dengan rentak lagu dia buat... hehe


agak mengerunkan tangan macam ni.. hehehe

video

P/S=agaknya berapa lama la dia training nak buat gaya tangan macam ni? hebat giler! (yang paling best tu sama je rentak lagu dengan tangan dia lepas tu ada plak camera trick yang keluar dari tangan di? perghh!!)

Rabu, 17 Ogos 2011

BERTARUNG DENGAN JIN DALAM TANDAS?

Salam.. kali ni aku nak menulis plak sebab asyik letak video je? boring jugak ha! aku nak cerita kisah masa aku nak masuk tandas awam masa bulan 6 hari tu! kisahnya macam ni...



Kejadian ni berlaku masa parent aku ambik kakak aku dari UUM sebab dah habis study dah kat sana? lepas tu kitorang berhenti kat perhentian R&R kalau tak silap? ala..yang tempat rehat tu? sebab aku nak buang air kecil dalam perjalanan nak ke tandas,ada seorang pakcik dia tengah dukung anakberdiri kat luar tandas,masa aku nak masuk tandas pakcik tu tahan aku

Pakcik Dukung Anak:eh! dik! jangan masuk ada orang tengah histeria sebab pakcik dengar macam dia tengah bertarung dengan benda halus.

Nick Irfan:huh? biaq betoi pak cik? mana pak cik tau?

Pakcik Dukung Anak:tak percaya cuba adik duduk dekat pintu dengar ada orang tengah bercakap-cakap macam tengah marah? seram.

Aku pun pergi dekat pintu tandas letak telinga kat situ aku dengar ada orang menjerit "keluar la! aku cabar kau kalau berani keluar dari badan ni! jangan sampai aku tarik kau keluar! tengok? kawan kau kat depan dah keluar kau bila lagi!! kesian dia ni tersiksa!! Arghh!! Allah!!" aku terkejut tetiba ada sorang mamat entah dari mana datang macam mat rempit je aku tengok? Dia nak masuk tandas lepas tu pakcik tu pun tahan jugak

Pakcik Dukung Anak:eh! dik! jangan masuk ada hantu dalam tandas tu! kami pun tengah tunggu keadaan reda..

Mamat Rempit:eh! pesal plak pakcik? tandas rosak ke?

Nick Irfan:pakcik ni kata ada makhluk halus dalam tandas ni aku dengaq tadi macam orang tengah marah-marah rasanya dia tengah bertarung dengan hantu yang rasuk dalam badan pesakit kot?

Mamat Rempit:eh! ko biar betol doh! aku dah tak tahan ni nanti kalau terkucil cane?

Nick Irfan:hang pancut la kat belakang tandas tu kalau tak tahan sangat? hehe

Mamat Rempit:cis! ko ingat aku anjing ke! siot tol!

Tetiba ada orang keluar dari tandas tu sorang laki macam student je sebab dia pakai baju kemeja dan galas beg muka macam skema je kitorang pun apa lagi terus tanya dia..

Pakcik Dukung Anak:macam mana dik? makhluk halus tu dah keluar ke? ustaz mana yang rawat tu? dia ada dalam ke?

Mamat Skema:ha? ustaz? rawat? makhluk halus? mana ada sapa saya sorang je?

Nick Irfan:habis? tadi aku dengaq suara macam marah-marah ja? macam paksa makhluk halus tu keluar? sapa kena histeria? mesti hang ni?

Mamat Skema:la...bila aku kena histeria? yang menjerit tu aku la sebab aku sembelit teran taik tak keluar sebab tu aku aku marah-marah taik paksa dia keluar last-last dah geram sangat aku tarik dia keluar sekarang baru lega? hehehe sory la...

Mamat Rempit:cilanat punya cibaun! nasib baik aku tak tahan nak terkucil kalau tak memang pecah muka ko dengan helmet ni! phuih! lahabau! (lepas tu dia masuk tandas tak tahan sangat kot walaupun mulut masih dok maki-maki)

Pakcik Dukung Anak:la...ingatkan ada hantu ke apa tadi? 15minit pak cik tunggu? anak pakcik sampai tertidur dah,lain kali jangan buat macam ni... adeh..

Nick Irfan:adoiyai.. apalah hang ni aku nak terkencing pun takdak mood?

Mamat Skema:hehehehe (muka macam kerang busuk je tersengih kat kitorang)


=Akhir sekali aku tak jadi nak buang air pun masa tu terus patah balik mamat rempit dengan pakcik tu je yang masuk tandas..=


P/S=ha! moral the story korang kalau dalam tandas jangan buat macam mamat skema ni nanti semua orang taknak masuk tandas susah la nanti semua pancut kat dinding tandas plak ramai-ramai? hahaha (memang pengalaman yang paling aku tak boleh blah!)

Selasa, 16 Ogos 2011

APA BUDAK TU SEBUT YE?

Salam.. kali ni aku nak tunjukan video budak kecik yang comel dorang ajar dia sebut FROG tapi lain je bunyi aku tengok dia sebut? hahaha


kecik-kecik dah pandai... hehehe


video


P/S=aku silap dengar ke? entahlah tapi yang penting aku dengar dia kata FUCK! hahahaa (apa-apapun budak ni memang comel! geram tengok!)

Isnin, 15 Ogos 2011

PINTU KACA MERBAHAYA?

Salam.. kali ni aku nak tunjukan video bahaya kalau kita lalu di pintu kaca ni! nak tahu apa risiko yang akan berlaku? korang tengok je video bawah ni... hehe


Pintu kaca?


video
P/S=ish.. ish... teruk sangat dorang ni nak prank orang sampai macam ni? aku pernah kena dulu kat supermarket sebab kaca dorang terlalu berkilat aku ingatkan boleh lalu sekali terhentuk kepala aku kat pintu tu? hahaha (tapi dalam video ni aku paling kesian perempuan yang mula sekali tu! aduh mesti benjol kepala dia)

Ahad, 14 Ogos 2011

GURU KENCING BERDIRI PELAJAR KENCING BERLARI?


Salam... kali ni aku nak tunjuk video yang aku tak paham jugak apa motif dorang buat video macam ni? hehe video apa? korang baca tajuk pun korang dah tahu...

Kencing


video

P/S=serius aku tak paham apa motif dorang buat video macam ni? sapa tahu? hehe

Sabtu, 13 Ogos 2011

WAYANG KULIT JEPUN

Salam... kali ni aku nak tunjuk video ibarat macam wayang kulit je? tapi versi jepun punya! korang paham-paham la jepun ni kretif sikit wayang kulit dorang pun sempoi! hehehe nak tahu macam mana tengok video bawah ni..

wayang kulit di kelantan...


video


P/S=kretif kan mamat ninja kaler putih ni main dengan bayang-bayang kan? aku suka tengok effect bayang dalam video ni nampak macam betol jer! hebat-hebat...

Jumaat, 12 Ogos 2011

TELUR BESAR VS TELUR KECIK?

Salam... kali ni aku nak tunjuk video pasal telur! ada apa dengan telur aku nak tunjuk ni ye? ha! telur ni amat misteri sebab telur besar dan ada telur kecik! tak percaya? ok! cer tengok...

gambar telur kat atas ni nampak macam biasa je kan? ala...telur yang kita makan setiap hari tapi bukan ni yang aku nak tunjuk tapi video bawah ni telur yang takde kat malaysia! ajaib tau!


video


P/S=pelik kan? macam mana boleh ada telur dalam telur? kalau ada kat malaysia jimat la kita beli telur sebab beli sebiji dapat 2 biji.. hehe

PUSING LAJU-LAJU!

Salam... kali ni aku nak tunjukan skill hanya orang tertentu je boleh buat yang pasti orang tu bukan aku! hehe tapi teringin jugak nak belajar sebab macam best je boleh release tension memang cekap la dorang ni! apa yang dorang buat tu?


ha! kenapa aku letak gambar tangan ni? nak tahu korang tengok video bawah ni...


video


P/S=hebat giler kan! perghh! tapi kan kawan aku masa sekolah dulu ada sorang dia boleh buat macam video atas ni tapi tak la pro macam dorang dia cuma boleh buat sikit-sikit je sebab dia pernah tunjuk kat aku hehe (background muzik ni macam lagu masked rider je aku dengar? haha)

Khamis, 11 Ogos 2011

AWAN GOKU DRAGON WUJUD SEBENARNYA!

Salam.. sapa pernah tengok cerita Dragon Ball dulu masa aku kecik cerita ni favaourite aku tau! tapi bila dah beso ni aku tak minat dah cerita ni tapi korang semua mesti tahu kan? la.. takkan tahu? trade mark cerita tu "dragon ball ada 7 biji kesemuanya!" hehe kalau korang perasan Goku suka naik awan terbang kan? tahu tak? ni gambar kat bawah ni tak sangka rupanya wujud awan ni? sebab aku terjumpa 1 video yang sebijik macam awan terbang goku ni! tak percaya try la tengok...


awan terbang goku...


video
awan terbang goku versi real punya! (allahualam betol ke tak?)


P/S=kalau la Awan Goku ni wujud? aku tak sabar nak tunggu bila plak Doremon tu dorang nak jumpa sebab leh pinjam mesin masa kat dia.. hehe

Rabu, 10 Ogos 2011

CERITA 8 SIRI HARRY POTTER DENGAN HANYA 1 MINIT?

Salam... kali ni aku nak tunjukan video cerita harry potter complete 8 siri tapi dengan hanya 1 minit setengah je!! biar betik! yup! percayalah ia memang benar! tak percaya cer tengok...

video

P/S=hebatkan 2 orang mamat ni buat cerita aku dengar dorang cerita best dan enjoy jugak lagu dorang ni? (aku rasa dorang berdua ni kembar la muka pun lebih kurang je) hehe...

Selasa, 9 Ogos 2011

DI BAKAR HIDUP-HIDUP!!

Salam... baca tajuk kat atas tu mesti korang dan rasa seram kan? kalau korang nak tahu lebih lanjut tengok la video bawah ni tu pun kalau berani la? hahahahaha


video

P/S=sepatutnya tajuk diatas tu "dibakar hidup-hidup dan sedap di makan?" korang paham-paham sendiri la ye? hehehe

Isnin, 8 Ogos 2011

SANGGUP MATI KERANA SEORANG PEREMPUAN?

Salam... kali ni aku nak tunjuk 1 video yang amat tragis! ramai lelaki mati kerana seorang perempuan!! kenapa power sangat ke perempuan tersebut? entahlah korang tengoklah video ni.. hehehe


video

P/S=aku suka yang last sekali tu lelaki tu memang bijak! hahaha

Jumaat, 5 Ogos 2011

KAWANKU SEORANG PEMBUNUH!

Salam.. aku teringat lagi masa bulan puasa tahun 2000 masa tu aku darjah 4 tetiba aku teringat masa tu kawan aku jadi pembunuh! ha! mesti korang nak tahu macam mana dia boleh jadi pembunuh? meh sini aku nak ceciter...



Aku teringat lagi masa tu bulan puasa jugak aku tengah sembang dengan kawan aku Arul tetiba ada sorang lelaki menghampiri kami! lelaki tu ialah!!! hehe kawan aku jugak nama dia Din tapi Din ni menghampiri kami dengan pisau berdarah kat tangan dia!! dengan muka tak bersalah dia ketawa terbahak-bahak plak sambil kata "mati pun hang! baru puas hati aku!! haha"

Aku dengan Arul dah cuak masa tu kenapa dengan kawan kitorang yang sorang ni? gila ke? dia bunuh sapa plak sebab pisau berdarah kat tangan dia!! aku dengan takut-takut berani tanya "Din hang awat pisau berdarah tu hang bunuh sapa?" Arul plak kata "Din bawak mengucap Din aku ni kawan hang ni"

Lepas tu Din tengok kitorang dia kata "aku pilih dia sebab aku geram dah la dia makan depan aku masa bulan puasa! memang dasar tak hormat bulan ramadhan! aku apa lagi ajak ayah aku bunuh dia! tapi aku sendiri yang kelar leher dia lepas tu.." belum sempat Din habiskan kata-kata dia..


Aku terkejut terus kata "wo! hang bunuh anak sapa? agak-agaklah hang ni dah tak waras ka? letak pisau tu Din" Arul plak dah nangis aku tengok tapi Din dengan muka inesen dia kata "hangpa gelabah ni awat? aku dah bunuh dia malam ni ayah aku kata nak sedekah daging dia kat hangpa dua"

Aku dah rasa pelik aku pun tanya "eh! hang bunuh sapa sebenarnya siap nak bagi daging kat kami?" Din tergelak besar masa tu tapi Arul masih tak berhenti menangis lagi,paling tak boleh blah dia kata "hahaha pisau ni ayah aku ajar aku sembelih ayam tadi untuk buat lauk berbuka nanti?"

Aku pun tanya balik "habis yang hang kata dia makan depan hang kenapa plak?" Din kata "ha! ayah aku suruh pilih ayam mana yang nak aku sembelih? jadi aku dok renung ayam mana paling kurang ajaq bila aku tabuq makanan nanti,tiba-tiba ada sekoq ayam ni yang sambaq dulu makanan aku tabuq tu? aku apa lagi bila aku tengok dia makan? sah dia tak puasa! jadi aku pilih ayam tu untuk disembelih!"

Aku dengan Arul memang berbulu je tengok Din masa tu yela ayam mana boleh puasa! rasa nak cepuk je Din masa tu tapi dia pegang pisau masa tu kalau di rodoknya kami? hehe risau jugak..

Tapi memang peristiwa paling sempoi! haha aku teringat kisah ni pun terbaca paper kosmo tadi pagi tetiba teringat sama je kisah aku dengan Din masa kitorang kecik-kecik dulu,tapi memang perangai Din dulu dia suka dok buat kecoh! haha..


P/S=korang paham la kan budak-budak benda kecil nak dijadikan besau? yang tak boleh tahan muka Din macam pembunuh bersiri je masa tu rupanya baru lepas sembelih ayam? adoiyai... (Din ni tak tahu ada lagi ke tak? sebab sebelum aku pindah ke penang last aku jumpa dia kata kena jantung berlubang harap-harap dia sembuh)

PAKAR BOLA!

salam... kali ni aku nak tunjuak video lagi? hehe memula cadang nak letak entry bertulis tapi atas kesibukan yg melampau jadi tak ada masa la nak taip? disebabkan oleh itu aku letak video je? hehe tpi video kali korang mesti kata "wah! hebat giler mamat ni!" aku tengok pun terpegun...

video

P/S=hebat kan? semua benda dia baling mesti kena tepat! tak kira berapa jauh pun benda yang disasarkan tu! perghhh!!! hebat giler tu kan? berapa lama dia traning agaknya la...

Khamis, 4 Ogos 2011

KENAPA TAK TANGKAP?

Salam.... kali ni aku nak tunjukan video yang agak kelakar giler jugak la? tak percaya ce tengok... hmmm...


video

P/S=mana tak berapa faham situasi apa kat dalam video ni? sebenarnya adegan polis kejar perompak? tapi kereta perompak tu tersekat dalam salji dia pun turun la nak tolak kereta dia tu sama jugaklah dengan kereta polis tu pun tersekat jugak! tapi yang aku peliknya apesal la polis tu tak tangkap terus je perompak tu? yang best siap boleh tolong sekali plak? hahahahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"Magical Template" designed by Blogger Buster