Thankz kepada semua yang follow aku nanti aku follow korang balik..

Rabu, 12 Januari 2011

FILEM 2011 AKU WAJIB TENGOK! KORANG PUN KENA JOIN

Salam.. macam biasa kali ni aku nak promosi lagi filem-filem yang menarik hati aku dan aku nak kongsi bersama korang semua! harap korang pun suka filem-filem kali ni? hehe


LIMITLESS
filem ni plak mengisahkan seorang lelaki penulis buku novel tapi sampai 1 tahap dia dah takde idea nak menulis? sampaikan gf kata "sudah masanya awak lepaskan semua" dia suruh bf keje lain la supaya masa depan dia terjamin sikit sebab lelaki ni dah terlampau selekeh sangat yela 24 jam dok pikir idea nak menulis buku kan? tapi! satu hari lelaki penulis buku ni di datangi lelaki misteri slumber je dia kata "macam mana penjualan buku? ok?" lelaki penulis buku ni pun ceritalah kat lelaki misteri ini masalah dia? tapi lelaki misteri ni bagi 1 pil yang boleh mengerakan 100 % otak manusia! sebab kalau ikut teori manusia biasa hanya menggunakan 24 % je otak kita tapi lelaki misteri ni bagi pil yang boleh kita menggunakan 100% otak kita!!!! bayangkanlah macam mana? bila lelaki ini makan pil tu tiba-tiba dia rasa jadi pandai? sampaikan dia dapat siapkan 4 novel sekaligus sebab idea mencurah-curah macam air hujan! main judi pun asyik menang je? mathematik dia tengok je dah tahu jawapan tak payah kira! dia boleh bercakap macam-macam bahasa tanpa belajar? bila dah jadi manusia terpandai ramai yang berlumba nak ambik dia berkerja sampai ada perbunuhan nak rebut dia!! haha ada jugak yang lebih mengejutkan doktor bedah nak ambik otak dia nak jual? hmm.. teruja? sama-sama kita saksikan apa jadi kat lelaki ni nanti! (terlampau pandai sangat pun susah jugak? hehe) trailer Limitless

(filem ini dibintangi Bradley Cooper, Anna Friel and Abbie Cornish dan pengarah plak
Neil Burger dan ia bergenre thriller dan sci fic akan ditayangkan pada 18 March 2011)



SOURCE CODE
filem ni paling complicated! aku baca banyak kali sinopsis ni baru paham! aku pun tak pasti aku boleh cerita kat korang ke tak? filem ni mengisahkan seorang lelaki dia masuk dalam badan seorang lelaki lain kerana dia nak menyelamatkan beribu penumpang yang jadi mangsa letupan bom pengganas? kalau dia tak dapat menyelamatkan penumpang tu dia akan kembali menjadi lelaki tu lagi? paham tak? aduh.. macam mana nak kata yer? korang pernah tengok tak cerita bukan diriku yang riyo dan mati dia masuk dalam badan ariel kan? cerita ni seakan-akan cerita bukan diriku tapi agak berlainan sikit sebab laki ni tak mati tapi dia cuma pinjam badan seorang penumpang dalam kereta api yang bakal di bom itu? dalam cermin dia bukan nampak diri dia tapi orang lain? dapatkan dia selamatkan penumpang dalam kereta api tu dengan menggunakan badan orang lain? arghh!! aku pun pening macam mana nak explain kat korang cerita ni senang korang tengok sendiri la trailer Source Code


(filem ini di bintangi oleh pelakon cerita Prince Of Persia Jake Gyllenhaal, bersama Michelle Monaghan,Vera Farmiga pengarah plak Duncan Jones dan bergenre drama sci fic akan di ke pawagan pada 21 April 2011)



PAUL
Filem ni plak mengisahkan dua orang lelaki yang berkawan baik dorang ni sedang bercuti dan dorang makan angin kat tempat menarik! kiranya dorang ni mengembaralah tiba-tiba ada sesuatu yang berlaku masa dorang melalui lebuh raya di gurun kiri kanan gelap je? mereka tiba-tiba kemalangan terlanggar treler apabila mereka turun dari kereta nak tengok-tengok kalau ada yang terbunuh ke? apa yang mengejutkan mereka berjumpa Paul!! sejenis makhluk asing yang bercakap dalam bahasa yang mereka fahami! macam manusia jugak cuba makhluk asing ni mata besar? kurus plak tu? dipendekan cerita makhluk asing ni tinggal dengan dorang berdua? lama kelamaan polis mengesyaki dorang berdua ni menyembunyikan sesuatu? dorang ni apa lagi? terus larikan diri untuk menyembunyikan diri dari di tangkap sebab dorang ni dah sayang makhluk asing tu! kiranya dorang berdua taknak la makhluk asing tu di tangkap? dapatkah mereka menyelamatkan makhluk asing tersebut? sama-sama kita tengok nanti nak tengok klik Trailer Paul

(filem ini dibintangi Seth Rogen, Simon Pegg and Kristen Wiig dan pengarah plak Greg Mottola filem ini bergenre Comedy | Sci-Fi dan bakal ditayangkan 12 may 2011)



P/S=next entry aku letak filem lain plak? tengoklah dulu aku nak letak animation ke? filem melayu ker? tunggu je la ok! hehe

20 ulasan:

kiwi berkata...

nk jgk la pil 2..nti pas ni bleyh jdi pndai..hihi.

mie berkata...

kenapa cerita ni xmenarik diri gue nak tgk..
ehheheeee

- zuriey - berkata...

cam best je limitless tue..citer out of box

Hanis Azla berkata...

limitless tu mcm best.. mmg kena tgk ni..

Chudex's berkata...

Nice blog...

Alimaz-Kembara Terasing berkata...

nak tengok3.....

::FAIZ:: berkata...

nak tgk paul

Oasis berkata...

Nak tgk Paul. tapi semua cam pelakon2 baru je...

Cik SHiNJU berkata...

Limitless tu wajib tgk sbb Robert DeNiro blakon..heheh :D

Afzainizam berkata...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Selamat Tahun Baru Dengan Azam Baru
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

limitlesss tu rasanya mmg nak gak tengok nanti.... kalau tengok gaya robert de niro berlakon mmg best pun....

kimchisu berkata...

wah citer limitless n source code tu cam best..ermm tapi bila die thriller rasa seram plak nk tgk

cik sakdi berkata...

limitless mcm syiokkk je, tapi xtau la sempat tengok ke x. kekekh

baincardin berkata...

*HDR on animals! Jom layan...^_^

raby atul edawiyah berkata...

na tgk la source code uh..mcm menarik jew....

Anati Soki berkata...

yg numer satu tuh mcm best

hans berkata...

filem yg ke-2 tu macam best jer

P/S : Korang Tahu Tak Sebenarnya Zaman Dulu Leher Zirafah Tak Panjang Macam Sekarang Nih....

kakak berkata...

nick nnti ko download crito limitless tu...cam best jo

Unknown berkata...

masih lama ya filmnya, tapi wajib ditonton tu
saya juga lagi nunggu film ini "Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides"

asliner berkata...

sye nak tgk source code..oyeh!

dya adriza berkata...

best!2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"Magical Template" designed by Blogger Buster