Thankz kepada semua yang follow aku nanti aku follow korang balik..

Memaparkan catatan dengan label TOP 5 PILIHANKU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TOP 5 PILIHANKU. Papar semua catatan

Rabu, 27 April 2011

5 FILEM YANG PELIK 2010

Salam.. kali ni aku nak tunjukan filem tahun 2010 sahaja yang jalan cerita yang agak pelik bagi aku? kadang-kadang tu tak paham pun ada kira imaginasi pengarah filem ni tinggi jugak la antara filemnya adalah...


PEACOCK
filem ni paling pelik pernah aku jumpa sebab mengisahkan seorang lelaki yang baru kahwin tapi pada hakikatnya dia tak kawin! faham tak? sebab dia jugak jadi laki dia jugak jadi perempuan untuk memperdayakan bos dia tapi tetiba bila dia pergi kerja? dia selalu dapat panggilan telefon di rumah yang mengatakan bini dia kol? huh! padahal dia jugak yang jadi perempuan? masih tak faham? korang tengok je (Trailer)

HUMAN CENTIPEDE
Filem ni paling pelik dan ngeri sebab mengisahkan seorang doktor dia nak sambungkan 3 orang manusia ni supaya jadi macam centipede iaitu ulat gonggok! eee.. mengerikan korang tengok la sendiri (Trailer)

BURIED
filem ni tentang seorang lelaki yang kena ambush oleh pengganas dan sekarang dia terperangkap di bawah tanah dan hanya berbekalkan pemetik api dengan telefon? tapi hanya ada 90minit untuk hidup? berjayakah dia keluar dari situ? pelik cerita ni (Trailer)

THE BOOK OF ELI
filem ni plak berkenaan seorang lelaki yang di tugaskan menjaga sebuah buku aku pun tak pasti buku apa? tapi semasa dalam perjalanan ramai orang nak buku tu tapi hasilnya semua mati sebab lelaki ni sangat melindungi buku yang di bawanya dapatkan dia membawa buku tersebut ke destinasi yang sepatutnya? (Trailer)

LEGION
Filem ni aku tak berapa minat sangat sebab tentang tuhan hantarkan malaikat untuk menjaga seorang wanita hamil sebab banyak kuasa jahat nak bunuh bayi dalam kandungan tu? (Trailer)



P/S=ni adalah filem yang paling pelik bagi aku walaupun ada jugak filem di atas yang aku faham jalan cerita tapi dalam katogori filem pelik jugak memang kretif la jugak pengarah ni? hehe ha! ada lagi tak suggestion untuk filem yang jalan cerita yang agak pelik dan tak faham yang korang tengok?

5 GAME FPS PILIHAN NICK IRFAN

Salam.. kali ni entah macam mana tetiba nak cerita pasal game plak? memandang aku sekarang full time jual game sekarang hari-hari menghadap game? jadi sepanjang aku berniaga game ni aku sajak nak berkongsi game paling menarik minat aku salah satunya bergenre "Fps (first person shooter)" antara game favourite aku adalah game...


Far Cry 2
ni adalah game yang pertama aku main dalam laptop aku masa baru beli? hehe enjoy jugak game ni berlatarkan suasana dia africa...

Half Life 2
game ni plak berkongsepkan saintis jadi watak utama menarik jugak game ni..

Battlefield Bad Company 2
game ni yang aku tengah main sekarang agak menarik sebab game ni bila main rasa macam jadi tentera plak sebab kebanyakan tempat perang dalam hutan..

Medal Of Honor Limited Edition 2010
game ni plak aku mula was-was nak main sebab game ni tapi akhirnya habis jugak main game ni kita jadi askar america kena perang dengan taliban..

Call Of Duty Modern Warfare 2
game ni best sebab setiap mission kena pergi ke merata tempat! memang best giler..


P/S=habis la traffic aku menurun la lepas ni? sebab buat entry pasal game sebab selalu yang singgah blog aku kebanyakan perempuan? buat plak entry game perempuan mana la minat game? hehe maaf yer kalau entry kali ni membosankan....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"Magical Template" designed by Blogger Buster