Thankz kepada semua yang follow aku nanti aku follow korang balik..

Memaparkan catatan dengan label JUTAAN TERIMA KASIH PADA KORANG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label JUTAAN TERIMA KASIH PADA KORANG. Papar semua catatan

Isnin, 21 Mac 2011

AKU BERJAYA? THANKZ KAK HANIS ASLA!

Salam.. tadi masa tengok ulasan ada 1 berita gembira yang aku terima dari seorang blogger namanya Kak Hanis Asla dia kata aku jawab betol?? aku terkejut jugak sebab aku jawab apa yang betol? aku dah lupa sebenarnya tadi aku singgah di blog kak hanis baru la aku tahu rupanya aku teka betol GA yang di buat oleh kak hanis!!! Wah!! tak sangka plak!! memang terkejut giler! sebab aku saja suka-suka je jawab? tak jangka akan menang? hehe


Syukur dapat lagi hadiah dari blogger untuk kali yang ke-5


=Syukur sangat sebab selama aku berblogging start dari tahun 2009 sampai sekarang aku dah menang 5 hadiah dari blogger=

Pertama -aku menang jadi follower yang ke 100 dari blogger aku lupa nama dia(maaf)
Kedua-aku menang teka reaksi wajah anak dari blogger Kak Kina Koyu
Ketiga-menang hadiah teka baju dari blog Kak Alimaz
Keempat-aku menang jadi follower ke 1000 tapi aku lupa jugak nama blogger tu (maaf)
Kelima -aku menang sebab teka bilangan ahli keluarga di blog Kak Hanis Aslam



P/S=kebetulan atau misteri sebab semua yang aku menang ni aku jawab jawapan di ruangan komen dorang bukan aku jawab dengan buat entry kat blog aku ni.. alhamdulilah.. (lepas ni kalau ada yang buat GA,contest ke atau apa-apa pun tapi yang nak kena jawab jawapan tulis terus di ruangan komen jemput la aku ok! hehe)

Jumaat, 10 September 2010

PAGI RAYA



Salam.. Di pagi raya ni aku susun sepuluh jari tangan dan sepuluh jari kaki? ops! haha gurau ok.. serius balik... aku disini menyusun 10 jari tangan dengan rasa rendah diri kepada korang semua ahli blog aku yang sebanyak 1000 lebih ni! sebab tadi dah raya dengan parent aku jadi sekarang ni nak raya dengan korang plak..

Ok! disini aku mohon kemaafan dengan seikhlas hati jika ada komen dan entry-entry aku yang lepas korang tak suka ke? maaf jugak sebab aku hanya menulis ikut suka aku selama ni,tapi kalau ada yang menyinggung perasan korang,sebab tak tahulah sebab hati manusia lain-lain mungkin ada yang suka? ada yang tak suka dan mungkin aku tak dapat memuaskan hati semua...

Kalau yang tersinggung dengan entry aku dan komen aku di blog korang sekalipun aku mohon maaf moga korang ampunkan aku dari dunia hingga akhirat dan korang semua jangan risau sebab korang semua memang tak salah apa-apa dengan aku? korang jadi ahli blog aku pun aku dah seronok dah! thankz semua! maaf zahir dan batin! apa-apapun yang baik datang dari Allah yang tak baik itu memang kesalahan aku sendiri...



===Akhir kata Nick irfan dan sekeluarga kami disini ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin! kepada semua umat islam di malaysia! semoga raya ni sedara mara kita menyambut kita dengan hati yang gembira! jadi oleh itu berhati-hati di jalan raya!! ok! assalamualaikum===


Lepas puasa kita sambut hari raya
Hari raya pula setahun sekali
Jadi aku memohon maaf kepada semua
Dengan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri


P/S=maaf kalau ucapan aku tungang langgang? aku tulis spontan jer ni.. hehe

Ahad, 18 Julai 2010

TERIMA KASIH SEMUA!!

ha! macam ni keadaan badan aku masa 15julai tu! sebijikk sama!!!!! serius!!! eh! tapi yang dalam gambar ni bukan badan aku ye? ni aku ambik kat google rupanya penyakit ni nama =GEGATA=



Aku baru balik dari klinik Dr Habshah binti Haji Hasyim hehe saja nak mempromosi sikit nama doktor ni,aku pergi tadi dalam pukul 10pagi dok kat luar panas sikit apa lagi makin membesar kegatalan di badan aku ni!!!! masuk je klinik doktor check dia kata ada elegic! dan tak boleh dok tempat panas lepas tu dia suruh aku ingat makan apa? jadi aku pikir balik la last aku makan banyak? yela besday aku masa tu aku makan Fish ball!! Ikan Pari!!! Daging masak hitam!!! Gulai Sotong! Ayam!! dan Bebola Ketam!!! keesokan harinya aku gatal-gatal seluruh badan!! arghhhh!!! baru aku tahu itulah puncanya! aduh...


lupa nak ambik pic kat belakang badan aku nak tunjuk kat korang? tapi serius!! dah macam peta dunia!!! doktor tengok pun terkejut giler! dia kata ni dah teruk sangat ni mungkin aku silap makan ubat? memang betol! aku ada makan ubat antibiotik kakak aku malam tu besday aku sebab badan dah mula gatal? rupanya ubat tu punca ia merebak jadi banyak! arghhh!!! trauma aku.. lepas ni kena berhati-hati sebab aku ni elegic orangnya
sebab doktor kata orang putih-putih ni berpotensi elegic! aduh... kenapalah aku puth sangat! eh! tak baik kena syukur sebab aku putih eh! lagi 1 sory sebab ada beberapa komen korang kat entry sebelum ni aku terdelete? sory...

Jadi minta maaf lagi kat korang tak dapat nak terjah blog korang dan terima kasih sebab sudi jugak datang blog aku walaupun aku tak singah blog korang? terharu... tapi! adoi.. banyak aku hutang ni.nanti aku terjah blog sorang-sorang ye sambil drop komen? minta maaf banyak-banyak sebab sekarang walaupun intenet aku laju? memang aku tak boleh nak terjah blog korang sebab aku dalam keadaan lemah sebab selera makan aku hilang jadi berat badan pun dah susut! adoi. aku tengah dok taip ni pun kejab bangun kejab berbaring balik tak boleh duduk lama pening kepala? 1jam 40minit aku taip entry ni!! walaupun sakit tetap jugak nak update? nak buat macam mana aku sayang giler blog ni
aku dah anggap macam bini aku blog ni... hehe



P/S=hmm... aku nak minta maaf kat korang semua banyak-banyak kalau ada komen-komen aku kat entry korang buat korang tersinggung ke? maaf banyak-banyak?

Rabu, 14 Julai 2010

14JULAI? EH! TARIKH KERAMAT!!!

Kenapa Tarikh 14julai tarikh keramat bagi NICK IRFAN????



Ha! hari ni la kan 14 julai!!!!


Salam.. 14 julai kan hari ni? arghhhhhh!!!! itu tarikh keramat dalam hidup insan yang bernama NICK IRFAN!! hahahaha eh! korang nak tahu tak kenapa? nak tahu? betol ke ni? hmm...ok! disini aku nak menegaskan setiap tahun tarikh 14 julai adalah tarikh itu amat bermakna dalam hidup aku kerana tarikh tu la menandakan aku di lahirkan di dunia di hospital Adventist di Pulau Pinang pada tahun 1990! di sambut plak oleh Doktor Robiey Bruce dari Australia! thankz doctor! im big now! may god bless you! wah! tarikh tu jugak buat pertama kali aku dapat menghirup udara segar! syukur...

Terima kasih jugak kat mak aku sebab susah payah lahirkan aku dan bawak aku kemana saja dia pergi selama 9 bulan! bayangkanlah! kesian kat mak aku dan mak korang jugak dan kita patut rasa amat beruntung sebab dapat rasai hidup di dunia ni! yela..berbanding bayi yang dilahirkan dan dibuang macam tu jer! perghh!! bayangkanlah macam mana? tragis! sian dorang tak dapat rasai hidup dalam dunia yang serba indah ni jadi kita semua amat beruntung tau! jadi sayangilah ibu dan bapa anda...

Hari ini jugak hari bersejarah dalam hidup aku sebab umur dah masuk 20tahun! dah boleh kawin ni ops! hehe takde la aku still single la macam mana nak kawin? lagipun aku nak kawin umur 30! sebab rasanya umur aku 30 kewangan kukuh dan dah matang senang nak jaga anak dara orang masa tu? haha kalau 20an aku rasa aku tak matang lagi kot? nampaknya lagi 10tahun la! insyaallah aku merancang tuhan menentukan..

Hmm...hari ni takde belasan tahun dah umur aku! wah! sedihnyer,rindu masa umur belasan tahun sekarang dah 20! tapi rasanya 20 masih muda lagi ops! haha jadi kepada semua ahli blog aku terima kasih kerana anda semua adalah hadiah paling berharga dalam hidup aku! Yela..serius! aku mana pernah dapat hadiah dari orang lain kecuali parent sendiri la,kenapa korang hadiah paling berharga? aku target ahli blog aku cukup-cukup 1000 masa besday aku nanti Tapi! ni lebih dari 1000! memang ni hari yang paling aku happy! dan sayang jugak kat korang semua! aku doakan semua ahli blog aku berjaya di dunia dan akhirat...

Korang masih tak dapat tangkap lagi ke? apa yang aku nak ceritakan kat entry ni? ha! tak tahu lagi? ok. kali ni aku bagi tahu straight to the point ==HARI INI BESDAY AKU YANG KE 20== korang tak nak ucap ke? sedih kalau korang tak nak ucap sebab aku tak pernah terima ucapan selamat hari jadi sebelum ni? sob.. sob... (sambil buat muka comel minta simpati)




P/S=kepada yang selalu ziarah blog aku? tak kira korang komen ke tak komen ke? silent reader ke? TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA DAN SEMOGA ALLAH MERAHMATI ANDA SEMUA!! AMIN....

Ahad, 7 Mac 2010

TOP COMMENTOR BULAN FEBRUARI

HA! SORY LAMBAT BAGITAHU? HEHE SEKARANG CERITA HANTU PUN DAH HABIS JADI AKU NAK UMUMKAN TOP COMMENTOR BULAN FEBRUARI AKU AMBIK TEPAT PUKUL 12 TENGAH MALAM SEBELUM 1.3.2010 JADI PEMENANGNYA IALAH.....




WAH! KAK ANN YANG DAPAT! KAK! NANTI AMBIK HADIAH KAT KAUNTER SEBELAH HAHA SORY GURAU.. HA! KAK OLEH KERANA DAH JANJI NANTI KIRIM ALAMAT RUMAH KAT E-MAIL SAYA TAU!!! SECEPAT MUNGKIN!!! SEBAB SAYA NAK KASI HADIAH MACAM BULAN LEPAS DI MENANGI OLEH (SYA_AR) DAN BULAN NI DI UMUMKAN SECARA RASMI (ANN FRENDLY) YANG LAIN JANGAN KECEWA CUBA LAGI APA-APAPUN BLOG KORANG PUN BEST! TERIMA KASIH SEBAB KOMEN BLOG AKU!! HANYA TUHAN YANG DAPAT MEMBALASNYA... TERIMA KASIH.....!!!!!!!!!!!!


P/S=BULAN MAC SAPA LA AGAKNYER? HA! BULAN FEBRUARI ADA JUGAK LELAKI YANG TOP 10 NI SEBAB BULAN JANUARI TAKDE LANGSUNG... HEHE APA-APA PUN BLOG (ANN FRENDLY) MEMANG BEST! SILALAH LAYARI BLOG DIA FOLLOW SEKALI DAN JANGAN LUPA KOMEN TAU!! TAHNIAH KAK ANN!!!

Isnin, 1 Februari 2010

TOP COMMENTOR BULAN JANUARI BLOG 1001 KISAH

HARI NI TAKDE CERITA SEBAB HARI SPECIAL KERANA HARI INI AKU NAK LETAK PENGULAS TERBANYAK BLOG AKU SEPANJANG BULAN JANUARI 2010 SAMPAI PUKUL 12TENGAH MALAM IALAH.....




P/S=THANK! KEPADA SENARAI NAMA DI ATAS! EH! SEMUA PEREMPUAN LA PLAK? HEHE TERIMA KASIH SEBAB KOMEN KAT BLOG SAYA BUDI BAIK ANDA SEMUA HANYA TUHAN SAYA YANG DAPAT MEMBALASNYA.... HA! APA DIA HADIAH? ADA SAPA KATA TAKDE HA! YANG NO.1 NANTI SILA KIRIMKAN ALAMAT RUMAH ANDA KEPADA SAYA EH! BUKAN NAK HANTAR ROMBONGAN MEMINANG! LAGIPUN BUDJET TAKDE LA.. HAHA HA..BUKAN APA ADA LA NAK BAGI CENDERAHATI YANG TAK SEBERAPA TANDA TERIMA KASIH EH! YANG NO.2 SAMPAI NO.10 MAAF LA YER? TAKDE REZEKI KORANG,MUNGKIN BULAN DEPAN PLAK? APA-APA PUN SAPA YANG SINGGAH BLOG AKU MASUK LA BLOG 10 ORANG NI DAN DROP KOMEN OK? BLOG DORANG ADALAH BLOG YANG TERBAIK DARI KALANGAN YANG TERBAIK... EH! YANG TAKDE DALAM SENARAI JANGAN KECIL HATI APA-APA PUN BULAN DEPAN ADA LAGI KAN? HEHE

Sabtu, 30 Januari 2010

NAK LAGI KER?

HA! BILA BACA TAJUK PUN MESTI KORANG KATA "SI NICK NI MESTI NAK TAG KITORANG LAGI LA NI! KALAU DIA TAG AKU! SERIUS AKU NAK KARATE KANG DIA NI BIAR DIA MAKAN PAKAI TIUB" SEDIH TOL AKU.. MESTI KORANG MARAH AKU KAN? AKU SANGGUP KENTUT DALAM AIR KALAU KORANG TAK MARAH AKU SEBAB TAG KORANG... SOB.. SOB... HAISH! KORANG NI TAKDE LA AKU TAK TAG KORANG DAH,JANGAN RISAU SEMUA? HA! DAH NAMPAK PUN MUKA-MUKA FOLLOWER AKU YANG TENGAH BACA NI SENYUM KEMBALI... NI LA WAJAH YANG AKU NAK TENGOK.. LAGIPUN TAG AKU DAH HABIS DAH PUN.. AKU BUKAN APE MINTA MAAF 30 ORANG YANG AKU TAG NI? MAAFKAN AKU TAU! KALAU KORANG TAK MAAFKAN TAK BOLEH TIDO AKU MALAM NI.. AKU CUMA NAK TANYA KORANG NAK KER? AKU SIARKAN SIRI 3 ALA YANG...CERITA HANTU TU? HA! KORANG JANGAN INGAT SIRI 3 NI AKU JUMPA HANTU LAGI? SEBAB BANYAK BLOG AKU MASUK DORANG GELARKAN AKU "HANTU" TAPI KORANG JANGAN INGAT AKU DENGAN HANTU JE? SIRI 3 MAKHLUK LAIN PUN JOIN SEKALI?? MAKHLUK APE? TUNGGU LA.. TAJUK PUN DAH BERTUKAR "2010 BERSAMA HANTU DAN MAKHLUK LAIN" HEHE AKU DAH TAIP SAMPAI EPISOD 25 TETIBA MOOD PUN DAH HILANG TAK CONFIDENT,TAPI KALAU KORANG NAK JUGAK LA INSYAALLAH AKU TERUSKAN JUGA LA HABISKAN CERITA TU....


P/S=SORY SEMUA AKU TAK DROP KOMEN BLOG KORANG SEBAB SIBUK DOK MENYIAPKAN CERITA HANTU TU LA.. APA-APA PUN NANTI AKU DAH SIAP CERITA NI AKU KOMEN BLOG SEMUA KORANG YANG KOMEN BLOG AKU... INSYAALLAH.. LAGIPUN AKU BUAT CERITA NI UNTUK KORANG JUGAK... HEHE

Ahad, 27 Disember 2009

UCAPAN AKU KEPADA SEMUA BLOGGER

DISINI AKU BUAT PENGUMUMAN KEPADA SEMUA FOLLOWER ATAUPUN BUKAN FOLLOWER AKU NAK MEMOHON MAAF KEPADA KORANG SEMUA JIKA AKU ADA SALAH KAT KORANG SELAMA AKU MENGURUSKAN BLOG "1001 KISAH" NI KALAU KORANG TAK SUKA DENGAN CARA AKU KER? ENRTY AKU KER? MENYAMPAH DENGAN AKU KER? AKU MINTA MAAF BANYAK-BANYAK DARI HUJUNG RAMBUT SAMPAI TAPAK KAKI SEBAB TAK BOLEH JADI TERBAIK PADA SEMUA ORANG...

AKU NAK UCAP BERJUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PEMINAT AKU SEBAB KORANG BANYAK SUPPORT AKU TANYA MACAM-MACAM SOALAN YANG BEST DAN SEMPOI RASA MACAM AKU NI ARTIS LAK! TERIMA KASIH AKU MEMANG ENJOY SANGAT JAWAB SOALAN-SOALAN KORANG SEMUA,AKU MINTA MAAF JUGAK KALAU KORANG TAK SUKA DENGAN JAWAPAN AKU...

AKU MINTA MAAF BANYAK-BANYAK BIASALAH APA YANG KITA BUAT BUKAN SEMUA ORANG SUKA? MUNGKIN ADA YANG TAK SUKA TAPI KALAU YANG TAK SUKA TU HAK KORANG NAK KRITIK KER? NAK KUTUK KER? NAK HINA KER? TU HAK KORANG APA-APA KORANG KATA AKU TERIMA DENGAN HATI YANG TERBUKA SEBAB AKU HANYA MANUSIA BIASA YANG KERDIL DI DUNIA NI....

HA! MUNGKIN ANDA SEMUA TERKEJUT KENAPA AKU BUAT PENGUMUMAN MACAM NI KAN? START NEW YEAR AKU MUNGKIN TAK DAPAT MENGUPDATE BLOG SEPERTI SELALU SEBAB BROADBAND KAKAK AKU AMBIK DIA SAMBUNG BELAJAR JADI DIA NAK KENA GUNA,JADI TU LA SETAKAT NI LA KOT PERJALANAN SENI AKU INSYAALLAH KALAU KAKAK AKU BALIK BERCUTI AKU UPDATE BLOG,KALAU TAK SEMPAT? KITA JUMPA DI PADANG MASYAR NANTI OK! AKHIR KATA DARI AKU "APA YANG BAIK TU DATANG DARI ALLAH YANG BURUK TU ER.... ER... MALU NAK MENGAKU AKU PUNYA TAPI NAK BUAT MACAM MANA DAH AKU PUNYA" HAHAHA APA-APAPUN KORANG SMUA TERUS MEMBLOGGER OK! JANGAN BERHENTI KERANA KORANG SEMUA TERBAIK!!!! AKU DOAKAN SEMUA FOLLOWER AKU DAN SEMUA PENGUNJUNG AKU BERJAYA DALAM HIDUP! AMIN YA ROBAAL ALAMIN!! OK SEMUA PANJANG UMUR KITA JUMPA LAGI!!!!!!!!!!!!



P/S=NANTI SELAMA AKU TAKDE NI KOMEN LA JUGAK BLOG AKU NI? TAKDE ENTRY BARU ENTRY LAMA PUN APA SALAHNYA.... JANGAN RISAU KORANG KOMEN JER NANTI AKU KOMEN BLOG KORANG LAK! BYE!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"Magical Template" designed by Blogger Buster