Thankz kepada semua yang follow aku nanti aku follow korang balik..

Ahad, 12 Disember 2010

FILEM YANG BAKAL DI TAYANGKAN 2011 NANTI! "part 4"

Salam.. aduh! masalah broadband aku masih macam tu jugak tak boleh nak connect plak! aku tak kol lagi orang celcom cuma tanya kawan kat facebook dorang kata celcom nak update?? hmm... aku pun tak pasti? tapi buat masa ni aku guna wireless orang yang tak kunci kalau kunci pun aku boleh hack pasword dorang! haha eh! jangan tanya macam mana aku hack wireless orang bahaya kalau aku dedahkan kat sini nanti jadi wanted plak? ha! kali ni aku nak promosi lagi filem yang bakal ditayangkan 2011 nanti...


DIMENSI CINTA
Catriona Ross-Raja Soffhilea (Pelakon Utama)
Fahrin Ahmad-Imran (Pelakon Utama)
Awie-Nadzrul (Pelakon Utama)
Eman MananR-idzuan (Pelakon Utama)
Scha-Isac (Pelakon Utama)
Adam (AF2)-Roy (Pelakon Utama)
Zarina Zainoordin (AF2)-Lydia (Pelakon Pembantu)


Sinopsis:
Selepas penceraian Raja Soffhilea (Raja Soffhie) dengan Redhuan, Raja Soffhie merasakan dirinya bebas dari penjara yang diciptakan Redhuan terhadap diri dan anak-anaknya yang begitu menyeksa batin sehingga meninggalkan kesan fobia dalam menjalani kehidupan harinya. Kesan itu turut dirasai oleh ke empat-empat anaknya yang seakan melalui mimpi ngeri dalam hidup mereka. Penceraian itu membuatkan Raja Soffhie menjadi seorang yang lebih kuat dalam membentuk empayar perniagaannya.Imran (Im) seorang budak kampung, anak penoreh getah tidak menghalang dirinya untuk maju sebagai seorang usahawan stesyen minyak yang berjaya. Dan kejayaan itu membuatkan Im merasa lebih yakin untuk mengembangkan perniagaannya hingga ke Kuala Lumpur. Perkenalannya dengan Raja Soffhie,yang juga merupakan rakan kongsinya mengangkatkan lagi martabat Im sebagai usahawan berjaya sebaris dengan usahawan lain.Raja Soffhie adalah seorang yang berpesonaliti menarik. Dia begitu menitik-beratkan penerampilan diri dalam membentuk empayar perniagaan batik moden untuk pasaran antarabangsa. Dalam usaha mempromosikan batik moden ke pasaran lebih luas, Raja Soffhie menganjurkan “BATIK TO THE WORLD” fashion show atas permintaan agen-agen pemasaran luar negara. Dengan memiliki beberapa orang pereka tempatan terkenal seperti Nazrul, Coco dan Isac menjadikan syarikat batik moden Raja Soffhie ada nilai komersial tersendiri.Dalam kesibukan Raja Soffhie menguruskan perniagaannya, dia terpaksa menghadkan perhatian terhadap anak-anaknya. Memandangkan Im yang begitu rapat dengan anak-anak Raja Soffhie, menjadikan Im begitu disenangi dan sikap ambil berat serta penyayang yang ditunjukkan oleh Im terhadap anak-anak Raja Soffhie sehinggakan mereka menganggap Im sebahagian dari hidup mereka. Sementara itu Hanif, anak Raja Soffhie yang meminati tarian mempunyai impian memiliki studio tarian mendapat dorongan dari Im untuk menyertai persembahan teater muzikal yang dianjurkan oleh persatuan Kelab ARMA (Kelab Artis dan Masyarakat) dengan menganjurkan aktiviti bagi menyampaikan mesej dan membentuk masyarakat.(maaf aku tak jumpa trailer untuk filem ini)


EEE...HANTU
Ashraf Sinclair-Zul (Pelakon Utama)
Airis Yasmin-Wanie (Pelakon Utama)
Raja Farah-Zieda (Pelakon Utama)
S. Shamsudin-S, Shamsuddin (Pelakon Pembantu)
Nasir Bilal Khan-Niezam (Pelakon Pembantu)
Dato' Jalaluddin Hasan-Taufik (Pelakon Pembantu)
Ramli Saleh-Junaidi (Pelakon Pembantu)
Zila Bakarin-Mek (Pelakon Pembantu)
Latiff Borgiba-Pak Jono (Pelakon Pembantu)
Ruminah Sidek-Mak Melah (Pelakon Pembantu)
Harun Salim Bachik-Mad (Pelakon Pembantu)
Latiff Ibrahim-Haji Zainal (Pelakon Pembantu)
Dian P. Ramlee-Hajjah Zaharah (Pelakon Pembantu)
Nasir Ali-Bomoh (Pelakon Pembantu)
S.Azli-Osman (Pelakon Pembantu)

Sinopsis
Lima orang sahabat telah merancang satu ekspedisi percutian ke puncak Gunung Ledang, Melaka. Ahli ekspedisi ini adalah terdiri daripada Zul, Man, Tasha, Wanie, dan Zieda. Salah seorang dari mereka berasal dari Jakarta, Indonesia iaitu Tasha. Ketibaan Tasha di LCCT dijemput oleh mereka.Kisah ini bermula di dalam perjalanan mereka ke destinasi yang ditujui. Pelbagai kisah aneh dan ganj]il dilalui sepanjang perjalanan mereka, diantaranya mereka telah tersesat jalan, peristiwa yang menakutkan, dan diganggu pontianak sehinggalah mereka mengambil keputusan untuk bermalam di chalet itu.'MAIDIN CHALET' yang diuruskan oleh Maidin serta pembantunya, Apek (Chik) telah
menyambut kedatangan Zul dan rakan-rakannya dengan penuh misteri. Di chalet ini, berlaku lagi bermacam-macam gangguan dan peristiwa aneh serta lucu. Mereka telah diganggu oleh bermacam-macam jenis hantu. Setiap hantu ada kisahnya seperti yang di ceritakan oleh Maidin dan Apek yang memang ada hubungan dan kaitan antara cerita hantu dengan tapak chalet tersebut. Macam-macam hantu ada dalam cerita ini!! Setelah Tasha mendengar kisah-kisah tersebut, dia berasa takut dan ingin meninggalkan chalet tersebut sendirian tanpa persetujuan rakan-rakannya. Tetapi malangnya, niatnya terhalang apabila pontianak menggangu perjalannya.Meraka semua menjadi keliru dan bingung kerana secara tiba-tiba Maidin dan Apek (Chik) hilang dari chalet tersebut. Antara fantasi dan realiti, sudah tiada batas ketika masing-masing dalam ketakutan. Apa akan terjadi kepada Tasha, Zul, Man, Wanie, dan Zieda. Adakah mereka akan terlepas dari igauan ngeri ini atau tidak? (trailer filem ini)


GENTAYANGAN
Abu Bakar Omar-Tuk Burhan (Pelakon Utama)
Nasir Bilal Khan-Alang Jali (Pelakon Utama)
Rusdi Ramli-Risham (Pelakon Utama)
Hasnul Rahmat-Kaher (Pelakon Utama)
Yasmin Hani-Rahila (Pelakon Utama)
Lana Nodin-Sabrina (Pelakon Pembantu)
Afida Es-Nek Teh (Pelakon Pembantu)
Baharuddin Omar-Haji Fatah Tamim (Pelakon Pembantu)
Khaty Azean-Yati (Pelakon Pembantu)
Kuswadinata-Penghulu Arshad (Pelakon Pembantu)
Wan Maimunah-Bonda (Pelakon Pembantu)
Kamal Bakar-Naim (Pelakon Pembantu)
Azhar Che Ree-Imam Masri (Pelakon Pembantu)
Rozita Che Wan-Perempuan Misteri (Pelakon Pembantu)

Sinopsis:
Gentayangan akan membawa penontonnya ke dalam kancah pertembungan ilmu putih dan hitam antara Tuk Burhan dan Alang Jali. Di satu sisi yang lain, tentang hitam putih perjalanan kehidupan RISHAM yang mencari kebenaran tentang dirinya dan sekaligus jawapan mengapa ibunya di penjara hingga ajal menjemputnya ketika dia lahirkan di situ.Kepulangan RISHAM ke kampung bersama tiga orang temannya (Kaher, Rahila & Sabrina) telah menghidupkan kembali semangat ilmu hitam Alang Jali dan membangunkan kembali sesuatu yang sudah sekian lama tidur. Alang Jali menuntut dendam 25 tahun yang lalu pada TUK BURHAN dengan nekad untuk menghapuskan orang yang selama ini menjadi batu penghalang pada penyempurnaan ilmunya.Tuk Burhan berhasrat menghentikan semua permainan syaitan itu. Satu persatu keilmuan Tuk Burhan diuji. Risham dan Tuk Burhan bergandingan demi memasung langkah Alang Jali tetapi mahar pengorbanan mereka tidak terduga. Rupanya segala yang berlaku ada tangan ghaib / dalang di sebaliknya dan tidak pernah terfikir akan kewujudannya! Apakah maharnya? (trailer filem ni pun tak jumpa)


P/S=insyallah nanti aku siar lagi filem yang terbaru yang seterusnya... tunggu....

26 ulasan:

Lia3003 berkata...

saya tunggu nur kasih the movie keluar

Rina Rossoneri berkata...

erk asyraf sinclair?no thankx..ehee

doyah berkata...

movie hainamathayadoyah ada gk nnti :P

Unknown berkata...

xtau smpt ker x nk tgk movie hehehe

BENA berkata...

ramai betul pelaokn utama . hehehee:)


cop cop ! ishhh bahaye ni kalo awak duk sebelah umah saye ! sebab hack wifi umah saye dgn senang ! HAHAHAHA :)

Raji and Yeen berkata...

Adam berlakon o.O
tapi cter mcm jiwang jer xD

hans berkata...

asyraf sinclair?
cakap bahasa malaysia ke indon??

P/S : Kenapa Perlu Diadakan Benda Yang Tak Pernah Wujud?

mie berkata...

movie apa nk tgk ni..
gheheheehee

::FAIZ:: berkata...

nak tgk e hantu....

NARDtheNERD berkata...

eeeii hantuu.

nak tengoklahh. :))

Cheqna berkata...

ni boleh jadi promoter movies..hehehe..

wah, amboi dik pandai ye nak hack-hack, turunkan ilmu tak? haha

:-)

Unknown berkata...

ee hantu macam best je.huhuh

asliner berkata...

wah..
bnyk tol pilihan..

Unknown berkata...

lia=eh! ada ker?

Unknown berkata...

rosso=nape?

Unknown berkata...

dyah=nnt sy bat filem tu... hehe

Unknown berkata...

intan=nape?

Unknown berkata...

bena=umah bena kat mne ek??? hehhehe

Unknown berkata...

raji=hehhehe xthu la best ke x?

Unknown berkata...

hans=entahlah...

Unknown berkata...

mie=byk pilihan ada...

Unknown berkata...

faiz=hehe

Unknown berkata...

nard=jom tgk sama2..

Unknown berkata...

cheqna=heheh kawan yg ajar...

Unknown berkata...

echah=tgk la k.. hehe

Unknown berkata...

asliner=haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"Magical Template" designed by Blogger Buster