Thankz kepada semua yang follow aku nanti aku follow korang balik..

Sabtu, 19 Mac 2011

MATA SIAPAKAH ITU?

Salam... ha! tengok tajuk entry aku kat atas tu? nak tahu tak cerita dia? kalau nak tahu meh sini aku cerita sikit kejadian ni berlaku aku ingat lagi masa tahun 2005 masa dalam pukul 2pagi...


sepasang mata yang aku nampak malam tu


Kejadian ni berlaku tahun 2005 aku form 3 masa tu aku tidur lewat sikit sebab study sampai lewat malam
(biasalah aku kan pelajar cemerlang) aku study kat ruang tamu sorang-sorang jer sebab kakak aku dah tidur dalam bilik dia parent aku pun sama cuma aku je belum..

Sedang aku asyik ulang kaji masa tu yela kan nak ambik PMR kena giat mengulang kaji la punya asyik aku study sampai jam menunjukan pukul 3pagi! (lagipun esok tu tak sekolah) masa lepas study aku rest sekejab sambil berbaring nak tenangkan fikiran aku termenung pandang tingkap kat dapur..

Tetiba aku rasa macam ada sesuatu je kat kaca tingkap di dapur tu macam ada sesuatu bergerak-gerak! nampak macam ada 2 biji guli!! masa tu aku dah seram giler babeng! tapi aku tetap beranikan diri cuba renung lagi tetiba!!!! baru aku perasan ada sepasang mata tapi takde hidung cuma mata jer!!!! serius! tetuba dia plak tengok aku balik! aku ketika itu tergamam terpaku memang lemah lutut nak lari pun tak sempat lepas tu yang menyeramkan mata tu siap kenyit kat aku!!!!!! apa la terus aku ambik bantal tutup muka terus aku tidur..

keesokan harinya sampailah hari-hari yang seterusnya aku tak berani tidur lewat bila jam tunjuk pukul 10 terus aku tidur walau tak mengantuk pun aku paksa suruh mata aku tidur! sampai sekarang aku boleh bayangkan lagi sepasang mata tu.. eee.. seram..


P/S=tapi aku tidur awal sampai 2007 jer start 2008 aku tidur lewat balik kadang-kadang tak tidur sampai siang ha! nak tahu kenapa aku berani tidur lewat? sebabnya rumah aku tak sunyi dah macam dulu!!! haha sebab start 2008 bawah flat aku ada orang berniaga sampai subuh! memang bising la 24 jam dengar dorang masak taklah takut sangat sebab tu la aku berani sikit sekarang ni.. hehe

21 ulasan:

Miss Dill berkata...

apekah...

nick slalu cite antu time2 gini.

Miss Dill^^

Raji berkata berkata...

weh kenapa byk sgt hantu kacau kau nih =.=
nyesal tol bkk blog kau malam2
hahaha

Nazsabrina Iman Zulfikar berkata...

len kali ko kenyit balik heheh

KUREKURE COMEL berkata...

adooiii...dah la baca tengah malam ni...amat seram....huhuhu...

si para para berkata...

err takkan ada orang nak sekodeng ko nick..tak logik pulak kan..emm misteri nusantara ni..

senandung semalam berkata...

seram..
mata aku la tue..
hahahaa

kimchisu berkata...

uihh sempat lgi kenyit mata tu..oohho

cik sakdi berkata...

nick, sure ke tu bukan jiran punya harta benda? mcm kes helmet, haha

Oasis berkata...

Haha. Ada org berkenan kat ko la tu. Dah lama rasanya dia usha kot..

::FAIZ FARISH:: berkata...

perasaan ko je tu...... hehehehehe

zazaw berkata...

aku akuu tuuu
hishh memang seram gila dahhh
tak der nyer aku nak pandang balik
seraamm

Anati Soki berkata...

anat suka bila nick start cita seram.. best bestbest

qyqa berkata...

kalau kena kacau lagi guna jer ayat filem david teo..

"aku tahu asal usul kau.."

hoho.. =)

Shamsuddin Amin berkata...

perasaan ko je kot... haha

Awan Biru berkata...

Rindunya aku ngan blog ni.
Apasal banyak cerita mistik ya?
Cuba main mata kat mata-mata tu, mesti dia tak berani nak muncul lagi.

Rina Rossoneri berkata...

wooooo banyaknya kisah seram kamu nih..

azi nur berkata...

fuhh tajam pandangan siuut!

Hizwatul Ayshikin Ahmad Basri berkata...

huhu..seram amat nih..

kiwi berkata...

haha..irfan..hbs la lps ni..nti mlm2 lain..eehehehehehhee(ada gaya buat bunyi hntu x??)haha

sugar2 kapas strawberry berkata...

ad org nk dtg ngorat kot

asliner berkata...

uit2..
penakut rupenya..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"Magical Template" designed by Blogger Buster