Thankz kepada semua yang follow aku nanti aku follow korang balik..

Ahad, 26 Jun 2011

ELF WUJUD?

Salam.. tetiba muncul aku letak entry pasal elf plak! hehe sebab sepanjang aku takde kat blog ni aku ada buat kajian tentang kehidupan lain selain manusia? paham x? macam ni kalau tak salah aku elf ni orang melayu kata orang kenit eh! bukan orang kerdil tapi orang yang kecil sangat! ala..macam filem gulliver tu tapi besar sikit? pening aku nak explain korang tengok sendiri la video bawah ni..


video

macam mana koang agak betol ke? aku nak kata percayaatau taknak percaya pun hmm... 50/50 jugak tapi yang aku tahu banyak makhluk lain yang mendiami bumi ni selain manusia mungkin kita tak jumpa dorang lagi? dalam video ni baru dia tonjolkan diri dia secara tak sengaja untuk tahu kewujudan dorang.. ha! nanti aku tunjuk penemuan makhluk lain plak...



P/S=sob... sob... laptop aku ada masalah lagi sekarang guna laptop kakak aku? uwaa!!! apesal asyik ada masalah je laptop aku ni.... masalahnya laptop aku pakai beberapa minit dia terpadam sendiri! geram betol! lepas zohor nak hantar ke kedai rasa macam nak jual je laptop aku ni sapa berminat emel aku yer...

Ahad, 19 Jun 2011

OFFLINE SEKEJAB

Salam.. kali ni aku nak offline blog kejab nak rehat lagi sekali macam bulan Mei dulu? hehe masa bulan Mei aku rehat sebulan dari blog takde pun entry baru dulu masa tu aku ada keja sikit sibuk buat bussines jadi aku rehat la dulu tapi kali ni aku nak rehat sebab heboh orang cerita isu godam-mengodam takut plak aku nak aktif blogging ni! lagipun blog aku ni sekarang nak upload video pun susah dulu senang jer? adeh...

Jadi aku ambik keputusan nak rehat dulu la dari blog lagipun sekarang tengah hangat isu godam ni nanti dah reda isu godam ni aku aktif semula kot? insyaallah...


P/S=aku nak rehat dulu tapi tak tahu sampai bila tengok la dulu 2 atau 3 hari? atau sebulan? atau.. hehe apa-apapun nanti jumpa lagi la ye! assalamualaikum.. hehe

Sabtu, 18 Jun 2011

NAMA TUKAR JADI WAJAH?

Salam.. kali ni aku nak tunjukan cara nak tukar nama korang jadi wajah? paham tak? macam ni aku ada jumpa 1 laman web ni kalau tulis je nama terus naik muka? macamlah dia tahu sangat nama muka kita dengan hanya tulis nama je? ha! korang pening ke? senang korang klik je SINI

Nick
dah macam perempuan plak bila aku taip nick...


Irfan
ceh! bila taip irfan plak sekali muka selekeh la plak? adeh..


Akhirnya!!!

II
II
II
II
II
II
II

bila aku taip NICK IRFAN ini yang keluar!!! ARGH!!! macam samseng jer! tak puas hati kenapa kepala aku botak! cait! janggut dan betol dah cuma kepala je botak plak? adeh...


P/S=korang macam mana plak ye? try la jadi rupa macam mana plak nama korang tu... hehehe (apesal aku takleh upload video kat entry!!! korang macam mana boleh upload tak?)

Jumaat, 17 Jun 2011

DEFINASI HANTU!!!

Salam... ni aku nak cerita sikit pasa hantu eh! mesti korang terkejut apesal tetiba je citer pasal hantu ni? sebab tadi aku dapat emel dari member aku kat facebook dia kasi suruh aku letak kat entry aku? aku tengok punya tengok boleh la lagipun aku tak boleh upload video plak kat blog aku sekarang ada prob jadi aku letak entry bertulis plak...


Ni eksperimen member aku dengan member dia dulu la cerita pasal hantu (aku copy sebijik je dalam emel member aku bagi yang mana tak paham tu buat-buat paham je la)


=nak panggil hantu=
- senang jer korang borak je pasal dia, dia datang la. kalau yg baik sikit tu bila korang tukar citer dia blah, tp yg gengster tu korang plak yg kene blah dari situ.

=nak detect hantu=
- tak yah pakai alat cam mat saleh tu, rasa guna tangan je. kalau rasa cam meremang tu korang pusing la sampai rasa tu paling kuat kat situ le dia lepak.

=nak nampak hantu Real depan mata=
1. kalau kaco tempat dia mmg dia kaco balik nanti korang jumpa la dia
2. Dia nak geng dengan orang yang penakut. kalau orang yang penakut kalau korang tegur, sure dia ikut sampai umah.

=nak tengok hantu imbasan hantu tepi mata=
1. kat asrama selalu ni, ni biasa dia melintas je. mata kita mmg leh nampak yg camni bila dia melintas. pas tu dengar la cam ada bunyik org masuk toilet la etc2. wat tak tau je pasal dia lalu je tu.

=cara menghalang hantu bila pindah umah=
1. umah lama kene tinggal selama 40 hari biasa ada la. so time pindah cuci umah suma lantai dengan air sampai bersih sebab hantu suka tempat kotor
2. wat doa selamat
3. kalau semua benda korang dah buat benda tu adagak, elok pindah jer..

Kaler antu -
putih - paling low level, selalu yg nampak yg ni la. pasal paling banyak.
kaler gelap(cokelat/itam etc) - level atas sket, biasa kat hutan. kalau nampak elok chow je.
kaler2 lain - level atas dua ni, kalau korang leh nampak mmg special case la. tp kalau kene kacau huhuhuhuhu

bila hantu dekat kita -
1. paling basic sekali meremang la
2. sejuk pon ada gak, cam kat seekers tu siap effect termometer lg
3. Bau busuk/hanyir - ni aku takut sket, pasal terbayang daging reput huhuhu
4. Panas - ni ada gak tp biasa kalau rasa panas ni jin (jin kan dari api)
5. Pening kepala - ni selalu ramai gak yg kene, tp diorg tolak kata migrain je
6. sekeliling nampak lebih gelap - ni ada gaknak explain kenapa mmg tak tau le
7. rasa berangin - rasa je, tp pokok/daun tak goyang pon.
8. Kenapa kita rasa? - setau aku rasa ni sama cam bila kita tenung belakang orang lain. nanti org tu mesti pusing belakang pasal rasa something. konsep dia sama la, pasal dia tengah konsentret kat kita.

kalau dengar bunyi antu -
1. korang sorang je dengar yg lain tak - dia target kat sorang je, sebenarnya dengar lam kepala/otak bkn kat telinga. dia mmg leh target camtu.
2. bunyik2 pelik - pintu la, tapak kaki la, seret rantai la n etc

antu makan?
1. nasik - yg makan nasik ni biasa yg kene rasuk je
2. buah - mkn zat dia je, rasa manis dia hilang. (tak caya korang try la kat pokok besar tu)
3. kfc/ayam goreng - ni korang leh xperimen sendiri kalau nak rasa, campak jauh2 pas tu sound la 'wei ni untuk korang'. malam2 sahaja, n bila korang ada rasa meremang. kalau kat hutang time camping lagi masyuuuk.

rasuk kat antu???
1. full takeover - antu yg takeover, kene tolak gerenti terbang punya
2. meracau2/jerit - kalau pegang tenaga cam org normal, nampak je tu. bkn masuk pon. biasa pompuan la, dah dia nampak benda tu mmg takut la.
3. semi mode - kalau penah dengar pasal org yg perangai kuat marah pas tu bila marah mesti kata aku ni nampak ko kecik je!. benda tu kat dlm bdn tapi dia tak takeover, dia lepak jer. tapi bila marah kita dah allow control kat dia so mata kita pon guna mata dia. (benda tu ada yg besau n tinggi beb). Sebab tu kalau marah kene sabarrrr.


P/S=entah apa benda la ko tulis ni Fizi? aku langsung tak paham hahaha tapi dah kita kawan baik nanti aku tak letak ko kecik hati plak? jadi aku letak la kat entry aku seperti yang ko minta sebab nak kongsi pengalaman hantu ko dengan blogger di blog aku tapi aku rasa mesti ramai kawan-kawan kat blogger aku ni tak paham bila baca.. hehehe (nanti aku letak entry lain plak?)

PENGOTORNYER!!!

Salam.. kali ni nak tunjukan sesuatu yang agak kotor dan jijik di lakukan oleh seekor binatang ni! memang pengotor siot! sapa berani tengok sila la tapi aku tak galakan.. hehe


video


P/S=aku rasa binatang ni mungkin mengalami masalah mental yang agak serius! phuih! memang pengotor tak dapat aku bayangkan slumber je dia buat aksi tu! memang tak malu.. hahahaha

Khamis, 16 Jun 2011

TOMBOL PINTU?

Salam... kali ni aku nak tunjukan video yang agak kejam jugak la pasal tombol pintu ni? nak tahu apa dia? tengok je video bawah ni... hahaha


video

P/S=aku rasa sah orang tua tu patah hidung dia.. hehehe

OFFICE DALAM HUTAN?

Salam.. tadi aku jalan-jalan ke blog orang lain tetiba ternampak gambar yang unik ni! jadi aku pun ambik la untuk kongsi-kongsi dengan korang kat sini "office dalam hutan!' nak tahu macam mana tengok la gambar kat bawah ni...









P/S=best kan kalau kat malaysia ada macam ni? hehe kalau ada aku orang pertama yang pergi minta keja sana! hahaha lagipun yela tenang je dok dalam hutan takde gangguan nak buat keja pun senang tapi yang tak best nak cari makanan yang susah nampaknya semua kena bawak bekal makanan dari rumah la...

Rabu, 15 Jun 2011

KESIAN BABY NI?

Salam... kali ni aku nak tunjuk satu video kalau korang tengok apa la nasib seorang baby ni? kesian plak aku tengok nak tidur ada je gangguan... hahaha


video

P/S=tapi bagi aku reaksi baby ni bila dia terkejut serius comel! hahahahahaha

Selasa, 14 Jun 2011

HUTAN BATU

Salam.. kali ni aku nak tunjukan gambar hutan batu! kenapa aku panggil hutan batu? sebab nampak macam pokok tapi semua kat dalam ni ibarat batu! ha! susah nak explain korang tengok la sendiri...









P/S=pelik kan? nampak dari jauh macam pokok je semua batu-batu ni? sebab tu aku katakan ni hutan batu tapi kat negara mana aku lupa plak? hehe

LAWAN KENTUT!!!

Salam.. seriusly sapa tengok video ni gelak tak hengat tak percaya korang tengok la sendiri! semua pakat lawan kentut plak!! haha


video

P/S=boleh plak lawan kentut sapa paling kuat? adeh... habislah busuk 1 kolam air tu!! hahaha

BATU BERDIRI SENDIRI!

Salam.. kali ni aku letak entry pasal video balik fanomena batu berdiri! korang cuba tengok aku pun pelik macam mana batu tu boleh berdiri sendiri? memang misteri betol tengah-tengah malam plak tu! perghh!!! hmm...



video

P/S=kalau tak salah aku kejadian ni berlaku kat perlis tahun bila aku tak pasti plak? memang menyeramkan...

Isnin, 13 Jun 2011

JARI TANGAN SIAPA NI??

Salam.. kali ni aku taknak letak entry video sebab asyik letak video je? nanti korang boasan plak? ha! ada orang tanya aku mana dapat video yang menarik kat setiap entry aku? 80% orang bagi kat emel aku selebihnya aku search sendiri kat youtube setakat ni kat pendrive aku ada 50 lebih video menarik untuk diletak kat blog tapi next entry aku letak lagi k tapi tu tak termasuk lagi orang hantar kat emel aku.. hehe

Ok! kali ni aku nak tunjukan jari tangan! apa yang pelik kat jari tangan ni? nanti aku bagitahu korang tengok-tengok la dulu..








P/S=ha! dah tengok jari banyak-banyak ni? korang rasa apa? eh!! bukan jari betol daa.. sebenarnya ni adalah sabun mandi tapi dorang buat berbentuk jari manusia produk dari jepun kalau tak salah aku? tapi agak menyeramkan kalau nak guna kalau macam ni la bentuk dia.. hehe

APA TINDAKAN KORANG?

Salam... korang cuba tengok video ni nak kata perempuan gila aku rasa dia waras tapi kalau waras kenapa dia tak paham bahasa ek? hahaha


video

P/S=kalau korang di tempat perempuan yang jaga library apa tindakan korang ye? kalau aku baling je buku kat muka dia.. hahaha

LELAKI GILA DI TIANG ELEKTRIK

Salam... kali ni aku nak tunjukan video yang aku rasa lelaki dalam video ni katogori orang yang bodoh! tak percaya korang tengok la sendiri...


video

P/S=aku pun mushkil kenapa la lelaki ni sanggup pertaruhkan buat aksi macam ni? merbahaya tu!!! aku rasa mesti ada orang tawarkan dia wang...

Ahad, 12 Jun 2011

KUCING BERTINJU?

Salam... kali ni aku nak tunjukan video bila tetiba seekor kucing minat bertinju!! tak percaya? tengok je bawah ni...


video

P/S=comel la plak aku tengok? agaknya kalau la dia bertinju dengan anjing boleh ke dia menang ye? hehe

CAPATI TERBANG!

Salam.. kali ni aku nak tunjukan video yang agak memeranjatkan! korang baca tajuk pun rasanya korang tahu apa dia? kalau nak tahu lebih lanjut sila klik video bawah ni..


video

P/S=teringat plak cerita LAGI-LAGI SENARIO sapa ingat!! scene roti canai terbang yang wahid buat tu?? ha! itu kita tengok dalam filem ingatkan tak wujud rupanya luar filem pun wujud jugak.. hebat betol kan mamak ni??

Sabtu, 11 Jun 2011

JIKA DUNIA INI TANPA KENDERAAN

Salam... kali ni aku nak tunjukan 1 video kalau dunia ni takde wujud kenderaan! agaknya macam mana la ye? nak tahu tengok la bawah ni...


video


P/S=aku rasa mesti ramai akan pensan tengah jalan macam ni... hehe

KEBETULAN ATAU DIA MEMANG PRO!

Salam.. kali ni aku nak tunjukan video yang korang tengok pun mesti korang akan kata "wah! macam mana dia tahu??" tak percaya cer terngok video bawah ni...


video

P/S=aku bila tengok video ni tak dapat bayangkan macam manala kalau dia tak dapat tangkap? koma dah dia ni....

Khamis, 9 Jun 2011

FILEM 2011 YANG AKU NAK TENGOK! hehe

Salam... ha! korang ce nengok patut kat atas tu? hehe tukar plak kan? ni filem yang aku akan tengok sebab aku minat jalan cerita dan pelakon dalam filem ni antaranya ialah...



Hantu Bonceng
Cerita mengisahkan Amran seorang budak Delivery yang gemar berlumba secara haram motor Drag. Satu hari selepas memenangi satu perlumbaan, Amran telah di hadiahkan seorang Bohsia bernama Maya sebagai habuan perlumbaan. Malang tidak berbau, di ketika Amran hendak membawa bohsia yang memboncengnya itu keluar dari port, mereka telah kemalangan dan Bohsia tersebut mati ditempat kejadian.

Sejak kejadian itu Amran sering diganggu dengan hantu Maya yang meminta Amran sempurnakan mayatnya. Amran cuba mendapat bantuan kawan karib nya Kunyit untuk membantunya menjejak keluarga Maya yang sehingga kini masih menjadi misteri setelah Halimaton kekasih Amran seorang jururawat enggan membantu Amran sebab marahkan atas kecurangan Amran terhadapnya.

Berbagai cara Amran lakukan untuk menyelesaikan gangguan daripada Maya itu. Dari berjumpa bomoh hinggalah ke seorang ustaz. Tanpa Amran sedari dia mula berubah menjadi seorang yang lebih baik dan mula menginsafi atas kelakuan buruknya sebelum ini Halimaton mula menerima semula Amran setelah melihat perubahan positif padanya. Tapi tanpa diduga Ayu muncul dalam hidup Amran. Apa yang akan jadi pada Halimaton dan siapakah sebenarnya Ayu? Semuanya akan terjawab di penghujung cerita Hantu Bonceng.


video


==============================

Berani Punya Budak
Pairote (digelar sebagai “B”) telah dipaksa oleh kumpulan mafia terbesar di Thailand untuk mencuri data pelanggan daripada Bank Wealthy, sebuah syarikat kad kredit antarabangsa. Dia menjadikan Lita (Naib Presiden syarikat tersebut) sebagai tawanan dan memaksanya untuk memberi kata laluan yang akan membolehkan tugasannya dihabiskan, dan kemudian dapat melarikan diri daripadanya.
Dia melakukan ini untuk abangnya, Tong (lakonan Afdlin Shauki), yang telah ditangkap, diseksa dan dijadikan tebusan oleh kumpulan mafia tersebut. Sebagai pertukaran untuk data yang telah mereka paksa curi.


video

==============================


Husin,Mun dan Jin Pakai Toncet (2012)
Filem ni aku tak jumpa la sinopsis lepas tengok trailer pun tak puas! tapi trailer filem ni aku tengok macam best? hmm..pandai mamat khalid ni buat mengkeme dengan awok nunggu citer ni.. hehe

video



P/S=filem 3 ni aku suka sebab ada 2 pengarah hebat iaitu mamat khalid aku suka hantu kak limah! lepas tu adlin shauki sebab filem papadom dia memang menyentuh perasan dan terakhir sebab ada 2 pelakon yang aku minat zizan belakon lawak dia best dan ada jugak juliana evan aku minat sebab dia comel! haha..

Rabu, 8 Jun 2011

FILEM BAKAL DI TAYANGKAN 2011 "part 2"

Salam.. ok! sambung lagi entry yang sebelum ni kali ni aku nak tunjukan filem yang seterusnya yang bakal ditayangkan nanti.. antara-antaranya ialah...


Filem Karipap Karipap Cinta mengisahkan Ali, seorang pemuda yang bersopan santun tetapi tidak memiliki cita-cita dan motivasi. Dia bekerja di sebuah syarikat akhbar politik dan majalah misteri. Tugasnya mengambil gambar kawasan yang kelihatan seram dan mengubahsuainya menjadi gambar yang kelihatan mempunyai hantu. Ali jatuh hati kepada seorang kartunis, Sarah. Dalam satu kejadian ragut, Ali cuba menjadi hero tetapi akhirnya Sarah yang menyelamatkannya kerana mempunyai kemahiran dalam ilmu persilatan.

Ali mendapat tahu Sarah pernah menuntut di Universiti Al-Azhar dan mempunyai kelayakan sebagai ustazah. Dalam usaha memikat Sarah dan keluarganya, Ali berbohong dirinya juga pernah menuntut di universiti sama, tetapi akhirnya pembohongannya terbongkar.apa akan terjadi saksikan filem ni nanti..


video
Trailer

===================================


(filem ni aku tak jumpa poster)

Filem FLAT 3A mengisahkan tentang pengalaman ngeri dan seram Fikah (Intan Ladyana) dan teman lelakinya Anas. Setelah Fikah berpindah ke rumah baru, tanpa diduga rumah tersebut adalah sebuah rumah tinggal yang cukup berpuaka dan mula menghantui Fikah. Di samping itu usaha Wahyu (Ery Zukhairi) yang menjejaki kehilangan anak saudaranya, Fatin mula merungkai segala persoalan dan misteri. Apakah punca rumah itu berpuaka dan apakah yang bakal terjadi kepada Fikah dan Anas? Apakah kaitan Fatin & Wahyu dalam misteri rumah tersebut? 14 Julai 2011 bakal menjawab persoalan tersebut.


video
Trailer


P/S=macam mana ada yang menarik tak? hehe ok tunggu entry seterusnya aku update lagi filem-filem melayu yang lain..

FILEM BAKAL DI TAYANGKAN 2011 NI "part 1"

Salam.. kali ni aku nak buat entry pasal filem plak? sebab tadi aku try info cari pasal filem-filem melayu yang bakal di tayangkan 2011 ni? agak menarik jugak filem-filem tahun ni dan aku nak kongsi la sikit korang antaranya ialah..


FILEM 321 CINTA
Apakah akan terjadi apabila nisbah perempuan lebih tinggi berbanding lelaki? Siti Aishah ataupun Sam (diana Amir) merupakan seorang perempuan yang berpewatakan kasar, tinggal bersama ayah dan adik tirinya selepas kematian ibu bapanya. Selepas beberapa kali bertukar universiti, Sam akhirnya memilih untuk melanjutkan pelajarannya bersama rakan baiknya Ayam (Pierre Andre). Di sana, Ayam memomokkan Sam dengan artikel tesisnya iaitu 'perempuan 37:1 lelaki, menyebabkan Sam rasa tak senang duduk dan mula mencari jalan unyuk mencari teman lelaki segera sebelum menjadi andartu. Sam secara tidak sengaja terlihat lelaki idaman remaja, Nazril (Farid Kamil) dan memutuskan utk memikat beliau. Malangnya Nazril tak berminat langsung dengan Sam dan rakannya, Ayam sendiri tidak menyokong usahanya itu. Namun ianya tidak mematahkan semangat Sam. Adakah Sam, seorang perempuan kasar dapat memikat hati Nazril? Nantikan filem 3, 2, 1 Cinta di pawagam berhampiran anda.

video
trailer

=========================================

FILEM SONGLAP
Berlatarkan bandar metropolitan Kuala Lumpur, SONGLAP mengikuti kisah dua adik-beradik – AM (Shaheizy Sam) dan AD (Syafie Naswip) yang melibatkan diri dalam sindiket penjualan bayi yang diuruskan oleh seorang wanita bergelar MAMA.

Kehidupan dua adik-beradik ini jauh berbeza; AM mengambil kesempatan dengan menggunakan business MAMA sebagai jalan pintas mendapatkan wang untuk kegiatan judinya, sementara AD mengimpikan kehidupan yang lebih baik dengan menyertai pertandingan tarian B-Boy.

AD mula menyedari impiannya mungkin tidak tercapai setelah kehilangan kawan karibnya RAZAK kepada kancah dadah dan melihat dengan matanya sendiri nasib gadis-gadis muda yang dijual kepada sindiket pemerdagangan manusia.

Apabila adik RAZAK, HAWA (Sara Ali), yang sedang hamil terjebak dengan sindiket ini, AD tidak boleh menutup mata kepada situasi ini lagi dan terpaksa berlumba dengan masa untuk menyelamatkan HAWA tanpa menyedari bapa Hawa, PAK DIN juga sedang mencari anaknya yang telah hilang. Akan tetapi, niat baik AD untuk menolong HAWA telah menggoyahkan hubungannya dengan AM, dan pergelutan mereka akhirnya mencecah tebing maut.

Berdepan dengan godaan dan pengkhianatan, dan dihambat samseng ganas di jalanraya, siapakah yang akan menang dalam pertaruhan nyawa antara dua saudara ini?

video
trailer



P/S=menarik tak filem ni? ha! ikut baru sikit nanti aku letak lagi filem-filem yang lain plak...

Selasa, 7 Jun 2011

KUCING MABUK!

salam... ok! kali ni aku nak tunjukan seekor kucing yang agak "mabuk" atau dia pening kepala atau entahlah korang nilai la sendiri sebab tengok cara dia jalan semacam je? hahaha


video

P/S=kadang-kadang tengok cute pun ada? hehehe

HEBATNYA LELAKI NI MAIN TELOR!!!

Salam.. ha! sapa yang baca tajuk entry aku tanpa lihat kat gambar bawah ni mesti pikir lain kan? hish! tak baik la korang ni sebenarnya aku cuma nak tunjukan lelaki bawah ni susun telor menjadi replika! hebat kan?? tapi kalau aku jadi dia ni takde masa nak susun telor buat macam ni baik aku ambik masak je buat telor goreng lagi sedap.. haha





P/S-memang penyabar dan teliti betol lelaki ni? kalau la orang bagi aku rm1 juta pun belum tentu aku boleh buat macam ni susah oh...

Isnin, 6 Jun 2011

JANGAN TIRU PERBUATAN NI

Salam.. kali ni aku nak tunjukan video yang agak merbahaya di cuba tapi bila tengok macam lawak pun ada! ha! senang cerita korang tengoklah sendiri...


video

P/S=kenapa kalau tengok orang berpakaian macam ni mesti semua pekedai ingat dia pencuri ek? hehehe apa-apapun jangan pandai-pandai cuba nanti silap hari bulan kena cekup polis.. hahahaa

LAGU PUKI?

Salam.. nanti korang tuduh aku mencarut plak bila baca tajuk kat atas ni? eh!! bukan aku nak mencarut tapi dah memang video ni lagu dia lagu puki huh! tak percaya korang tengok la sendiri..

video

P/S=macam pelik je lagu ni perkataan puki dia sebut banyak sangat daa...

PRANK MEMBAWAH PADAH!

Salam... kali ni aku nak tunjukan video sorang mamat ni nak prank member kat tempat keje dia ? ha! korang tahu apa itu prank?? prank tu macam nak kenakan orang la? ala..lebih kurang macam wakena beb jugak la tapi mamat dalam video ni nak prank member dia kat office cara dia agak kejam jugak!! tapi prank dia membawa padah nak tahu kenapa cuba tengok video bawah ni..



video
P/S=lepas aku tengok video ni aku tak tahu sama ada nak gelak ke nak simpati? hahaha hmm..

Ahad, 5 Jun 2011

DIA NI MANUSIA KE APA NI??

Salam.. kali ni aku nak tunjukan video yang agak mengejutkan di ambil oleh lelaki yang tak sengaja merakam fenomena aneh ni! hmm..aku bila tengok ni terpikir jugak mamat dalam video ni manusia ke? sebab kebal giler badan dia ni...



video

P/S=aku rasa dia ni mungkin alien kot? atau video ni adalah camera trick semata-mata? entahlah bak kata nabil "pikirlah sendiri" hmm... macam mana dia boleh tak cedera langsung????

Sabtu, 4 Jun 2011

KORANG RASA APA DIA NI BUAT EK?

Salam.. kali ni aku nak tunjukan video yang agak menjijikan! boleh plak sengan slumber badak dia melepas kat situ? adeh... aku rasa mungkin darurat sangat kot takleh nak tahan lagi? apa-apapun dont ever try in your life! eeeeii..... yuck! kalau tak percaya cuba tengok bawah ni kalau berani la... hehe


video

P/S=kalau korang disituasi dia macam mana ek? kalau aku la aku akan cari jugak toilet kalau takde jugak aku cari je masjid tak jumpa jugak rumah orang tepi jalan pun aku singgah nak pinjam toilet...

BIAR BETOL DIA MAKAN BINATANG NI!!

Salam.. kali ni aku nak tunjuk video yang agak menjijikan serius bukan main-main ye! aku bila tengok video ni terkejut jugak biar betol dia slumber badak je makan binatang ni!!!! eeee.... tak percaya tengok la kalau tengah makan di larang melihat...


video


P/S=kadang-kadang kesian pun ada takkan la takde makanan lain sampai dia sanggup makan binatang yang kotor ni?? adeh..

WUJUD JUGAK NAMA MACAM NI RUPANYA?

Salam.. tadi kawan aku Naz dia datang rumah aku dia tergelak-gelak aku hairan jugak kenapa dengan mamat ni? lepas tu dia kata "nick hang nak tengok tak nama manusia yang paling malang dalam dunia ni?" aku terkejut jugak dan aku nasihat dia tak baik mengejek nama manusia(konon-konon nak tunjuk aku ni baik la ekeke) lepas tu member aku kata "toksah cakap banyak? bawak laptop hang aku nak tunjuk hang kat pendrive aku ni senarai nama manusia di muka bumi kalau hang baca sah gelak sampai terkencing!" aku dengan muka confius ni tertanya la pehal plak dia ni? lepas tu aku pun bawak la laptop aku tu..


kawan aku copy gambar ni kat laptop aku jadi aku pun baca la betol kata kawan aku apa-apapun minta maaf la kepada orang empunya nama kat bawah ni serius aku tak tahan tersembur jugak masa tu korang nak tahu kenapa baca je bawah ni... hehehe

(klik gambar untuk besarkan)

Berak Bin San


Gemuk Bin Buyong


Kote Bin Husin


Katak Bin Sombong


Setan Bin Ahmad


Konek Bin Kulop


P/S=aku first time baca tergelak juga tapi kawan aku gelak siap berguling-guling lagi! dia siap kata " apa punya malang nasib depa ni kalau aku bapak aku letak nama macam ni sah aku tak keluaq rumah selagi bapak aku tak tukar lain? buruk sangat nama macam ni! haha" tapi kalau bagi aku plak kadang-kadang kesian jugak kalau la aku dapat kawan yang nama macam ni memang tak tahu aku nak panggil apa kat dorang takut dorang terasa la plak? tapi nak buat macam mana dah nama dorang macam tu .. hahaha hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"Magical Template" designed by Blogger Buster