Thankz kepada semua yang follow aku nanti aku follow korang balik..

Rabu, 17 November 2010

FAKTA MENARIK YANG KORANG TAK TAHU!

salam... kali ni aku nak siarkan fakta menarik di dalam dunia yang aku baru tahu jadi? aku nak kongsi dengan korang semua...


1.Ahli falsafah Greek, annximander adalah orang yang pertama sekali menafikan bumi ini rata. Lelaki itu mengemukakan pendapatnya bahawa bumi ini bulat, pada 560 Sebelum Masihi (SM). Ideanya itu mulanya ditentang oleh golongan cendikiawan dan agama, tapi akhirnya sedikit demi sedikit mendapat sokongan masyarakat.

2.Pada 350 SM, konsep bumi ini bulat semakin diterima umum, cuma mereka tidak mempunyai bukti yang kukuh. Bukti yang dicari-cari itu hanya menjelma 18 kurun selepas itu apabila Ferdinand de Magellan melengkapkan misi pelayarannya mengelilingi bumi. Pada ketika itu, tiada siapa lagi meragui bahawa bumi ini bulat, ia tidak ada penghujungnya.

3.Air terjun tertinggi di dunia berada di Venezuela (Amerika Selatan) dengan ketinggian 988.31 meter. Ia 18 kali lebih tinggi daripada Air Terjun Niagara di Kanada (Amerika Utara)

4.Landak ialah haiwan yang mempunyai banyak duri di seluruh tubuhnya. Duri ini digunakan sebagai alat pertahanan diri ketika diserang musuh. Untuk pengetahuan anda, seekor landak dewasa mempunyai lebih 30,000 duri di seluruh tubuhnya.

5.Lembu adalah haiwan yang buta warna. Oleh itu ia akan mengejar apa saja yang dikibarkan di depan matanya sama ada kain merah atau kuning.

6.Seekor rama-rama merasa makanannya dengan menggunakan kaki dahulu sebelum mengunakan lidahnya. Ini kerana deria rasa rama-rama terlekat pada kakinya.

7.Nama Kanggaru terhasil bila beberapa pengembara kulit putih ternampak seekor binatang yang terlompat-lompat di hadapan mereka. Bila ditanya pada Orang Asli di sana, apa nama binatang itu, Orang Asli tersebut menjawab 'Kanguru' (bermaksud 'tak tahu'). Kanggaru tidak boleh melompat jika ekornya tidak menyentuh bumi. Ini kerana ekornya berfungsi sebagai spring semasa melompat.

8.Nama tempat paling singkat di dunia terdapat di Francis dan Jepun. Tempat tersebut hanya menggunakan satu huruf sahaja iaitu 'Y' dan 'O'.

9.Drama pertama yang pernah dipentaskan adalah karya seniman Mesir pada tahun 3200 sebelum Masihi. Ini bermakna lebih 5,000 tahun yang lalu. Skrip drama tersebut telah dijumpai oleh seorang arkeologi di Luxor, Mesir pada tahun 1895 yang ditulis atas tumbuhan papyrus dan masih tersimpan sehingga kini.

10.Lohong semula jadi yang terletak di Kaveri, daerah Deewa, Madhya Pradesh, India merupakan lohong yang paling dalam di dunia. Kedalamannya melebihi 300 meter dan lebarnya ialah 100 meter. Lubang semula jadi tersebut dianggap sebagai fenomena geologi yang luar biasa.

11.King Richard II dari England (1367 - 1400) adalah orang pertama yang menggunakan sapu tangan di dunia. Beliau membawa sekeping kain kecil yang digunting untuk menyapu dan membersihkan lubang hidungnya.

12.Huruf yang paling kerap digunakan dalam bahasa Inggeris adalah huruf 'E' manakala 'Q' adalah huruf yang paling kurang digunakan. Kalau tak percaya , beli surat akhbar berbahasa Inggeris dan semaklah sendiri.

13.Seorang kanak-kanak boleh menghabiskan banyak masa untuk mempelajari sesuatu yang baru melalui TV. Tetapi purata seorang kanak-kanak menghabiskan masanya menonton TV adalah kira-kira 28 jam seminggu, iaitu sama banyak dengan masa mereka di sekolah.

14.Jika anda mengira tanpa henti selama 24 jam sehari, ini bermakna anda perlu mengambil masa selama 31,688 tahun untuk sampai ke angka satu trilion!

15.Pada tahun 1876, Alexander Graham Bell menjadi manusia yang paling berjaya di dunia apabila mencipta telefon pada masa itu. Bagaimanapun, dia tidak pernah menggunakan telefon untuk berhubung untuk berhubung dengan isteri dan ibunya sebab mereka berdua pekak.

16.'Rhythm' dan 'syzygy' adalah perkataan yang paling panjang dalam bahasa Inggeris tanpa huruf vokal.

17.Pada sepanjang masa, terdapat 18,000 kilat yang masih dalam proses pembentukan di atas atmosfera bumi ini. Apabila menghentam bumi, kilat membawa bersamanya kuasa elektrik setinggi 100 juta volt! Satu lagi fakta berkaitan bumi; Satu batu (1.6 kilometer) padu kabus, yang kita lihat begitu besar dan hebat di langit, sebenarnya dihasilkan oleh kurang daripada segelen air.

18.Pelangi terbentuk apabila matahari berada 40 darjah atau kurang, di atas garis horizon.

19.Tahukah anda seekor kucing hanya boleh melihat dua warna sahaja iaitu hitam dan putih.

20.tahukah anda, nama terpanjang didunia pula di sebuah bukit di New Zealand iaitu 'Taumataw hakatangi ihangakoau auotama teaturipukak pikimaungahoronukupokaiwhenuakitanatahu'.


P/S=amacam menarik tak fakta-fakta ni? nanti aku siar lagi fakta yang lain plak lepas ni...

27 ulasan:

::FAIZ:: berkata...

i like......

Cik SCC berkata...

ciannyew..
kucing kt umah sy nmpk sy ngn kaler itam putih aje ye...?huhu

THE GREEN berkata...

salam...

good info...

MiMiEy :) berkata...

wah, nice info.
sy "kanguru" pon semua info nie.

asliner berkata...

tahu yang lembu buta warne..=)
menarik info nie..
bgus2..siarkn lgi..

Rina Rossoneri berkata...

ohooooooo saya sukaaaaa

tikosh berkata...

tahu kah anda, bhawa mencari fakta adalah lebih berkesan daripada membaca fakta? hehe.

Asmi Asmidar berkata...

yeah ..yg lembu tue.hee. .yeker baru tahu .patutla semalam ader satu group pakai baju merah menyala dea tak kejar.bute wrnen sebenarnya.haha. . yg nama butik tue.ish2. .pengan den nak menyebutnyer.tder shortform ker.?hee:D

tot tot kecik berkata...

salam..

menarik..
tp yg last tu..cane nk sebut..panjang sgt..huhu..

THE GREEN berkata...

salam...

oh, this is fun!!!

Unknown berkata...

faiz=thnkz!

Unknown berkata...

comot comel=mngkin la kot? kesian dia mcm cte dulu2 plak hitam putih? hehe

Unknown berkata...

blade=thnkz! :)

Unknown berkata...

mimiey=hahaha saya pun sama jgk..

Unknown berkata...

asliner=insyaallah ada lagi ni...

Unknown berkata...

roosoener=nnt sy post lagi...

Unknown berkata...

tikosh=wah! sy dpt lagi 1 fakta! haha

Unknown berkata...

mida=rasanya xde kot? hehe

Unknown berkata...

tot=entahlah sy pun terbelit lidah jgk? hehe

Unknown berkata...

blade=thnkz!

Tanpa Nama berkata...

best2...

Unknown berkata...

tanpa nama=sapa plak ni? thnkz!

nanadhoi berkata...

no.20 tu menarik...nama panjang gile~

Yellow LEOpard berkata...

panjang nye name bukit tuh..huu

Unknown berkata...

lavea=hehehe btol3.. terbelit lidah...

Unknown berkata...

yellow=sy cuma ingat 2/3 perkataan je la... hehhe

senyumanis =) berkata...

m.e.n.a.r.i.k....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"Magical Template" designed by Blogger Buster