Thankz kepada semua yang follow aku nanti aku follow korang balik..

Khamis, 24 Jun 2010

MISTERI YAKJUJ DAN MAKJUJ

Korang tahu tak pasal kewujudan yakjuj dan makjuj ni?? aku pun baru tahu je bila dengar kat ceramah pagi tadi jadi aku tulis apa yang sempat je untuk berkongsi dengan korang jom tengok apa itu yakjuj dan makjuj! seram plak aku baca tentang ni.....


Yakjuj, Makjuj dikurung dalam tembok ajaib oleh Nasron Sira Rahim,DI sebalik pembinaan kota besar hasil kemajuan pembangunan dan kemodenan yang melanda hampir seluruh pelusuk dunia hari ini, masih terdapat satu kawasan rahsia di muka bumi ini yang menyimpan ribuan makhluk misteri.

Sehingga kini, penerokaan demi di seluruh kawasan bumi masih belum menemui wilayah asing itu sekali gus menyebabkan kewujudan makhluk terbabit tidak akan dikenal pasti pengkaji atau manusia umumnya.Bagaimanapun, kewujudan makhluk itu adalah sahih dan suatu hari nanti, mereka akan muncul juga di hadapan manusia. Akan tetapi, ketika makhluk itu muncul, sudah terlambat untuk manusia berbuat apa-apa lagi.

Tiada lagi kajian mengenai sejarah kewujudan atau penyelidikan sains dilakukan terhadap makhluk itu seperti penemuan artifak atau spesies baru ketika ini kerana sewaktu munculnya makhluk dikenali Yakjuj dan Makjuj itu, dunia sudah terlalu hampir dengan kiamat!

Yakjuj dan Makjuj masih menjadi misteri kepada manusia.Bagaimanapun, kewujudan dua makhluk itu adalah pasti lantaran ia dinyatakan dalam al-Quran serta tergolong dalam perkara ghaib yang wajib diimani manusia menerusi tanda besar berlakunya kiamat.

Pensyarah Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (API-UM), Prof Madya Dr Fauzi Deraman, berkata Yakjuj dan Makjuj bukanlah berupa haiwan atau spesies lain sebaliknya ia adalah manusia yang berasal daripada keturunan Nabi Adam AS.

Katanya, mengikut hadis, bangsa Yakjuj dan Makjuj berasal daripada keturunan anak lelaki Nabi Nuh AS iaitu Yafis yang berkembang melewati masa sehinggalah Zulkarnain membina tembok bagi menghalang mereka keluar dari lokasi mereka.


P/S=amacam takut tak dengar tentang yakjuj dan makjuj ni? ok! esok nanti aku sambung lagi cerita yakjuj dan makjuj ni....




GERMANY 1 VS 0 GHANA wah! germany jadi juara kumpulan! jadi makna kata dorang akan bertemu dengan england! perghh!!! memang perlawanan yang di tunggu-tunggu...

SERBIA 1 VS 2 AUSTRALIA aduh! serbia kalah plak? aku sokong serbia kenapa dorang boleh kalah plak! adoi kalau dorang menang sah dorang akan ke peringkat kalah mati! tapi dorang seri dapat kat ghana plak? cis! ...

ALGERIA 0 VS 1 USA huh! tidak! satu-satunya negara islam tersingkir plak! adoi... aku punyalah sokong semalam sebab dorang negara islam di piala dunia ni tapi nampaknya kalah plak gol jaringan donovan minit-minit akhir dan yang pasti kad merah mesti ada! kad merah diberikan kepada anter yahia..

ENGLAND 1 VS 0 SLOVENIA wah! buat pertama kalinya england menang! yahoo! tapi malangnya dorang kena berjumpa plak dengan jerman! adoi.. tapi harap-harap england boleh kalahkan jerman....

42 ulasan:

MR. SYAH berkata...

pengisian yg baik.. terima kasih sbb kongsi..

supergassoline berkata...

huh ta pena dgr pown cte neh sblom nie..
hmmm tengs nick..!!
bab kongsi cte niee

:))

Ezao' Edogawa berkata...

Yakjuj makjuj tu aku pna dgr sblum ni..
byk gak aku tahu, tapi aku tak tahu lak yang yakjuj makjuj ni ada kat dunia.. yg mnjdi persoalan ditempat yg mnusia tak pernah tahu lagi kat mana.. menarik gak... yg aku tahu la yakjuj makjuj ni tgasnya hncurkan dunia kan?

piala dunia: yeehaa.. german menang. tahniah.. tahniah!

NARDtheNERD berkata...

akak penah dengar pasal yakjuj dan makjuj ni..
takut lah..huhu

zulkbo berkata...

salam nick..
kisah menarik
buat pedoman
pada yang tak tahu
alhamdulillah

Cik Shinju berkata...

thanks 4 sharing...

akak risau spain kena lwn samada brazil @ portugal peringkat kalah mati nt...

FyZa berkata...

nice entry nick..pernah dgr pasal nie..takut ja rsa..harap kita suma menjadi umat islam yg beriman..insyaAllah..

Ann berkata...

oooo igtkn yakjuj n makjuj tu mcm raksasa..rupanye manusia..

tp seram ar...

smlm tgk match england...ramai tol yg tgk...xsbr gak nk tggu england vs german..sama2 team gergasi ni

Unknown berkata...

sekadar mnjawab p/s..(hehe)
btol bnda ni mmg mnktkn..klu x,x mgkn kisah ni ade allah sebot dalm surah kahfi.jom sama2 kte layan tafsir.nak cakp byk still lacking kat byk bnda..layan~ =D

senandung semalam berkata...

good n entry....
aku syg england....
hahahaa

Reen berkata...

pergh seram lak bace!
thanks berkongsi!
huhuh

hentakbelipat berkata...

aku mmg cukup suka cerita2 tntang yakjuj dan makjuj ni..mcm2 version pun ada..anyway..nice one dgninfo ini

sugar2 kapas strawberry berkata...

sy tgh nk cari buku sal ni la..

tp xjmpa lagi.

skang tgh bc buku sal iskandar bukan zulkarnain

kiwi berkata...

bgus share bnde2 cmni...^^
nti bwt la entry2 cmni byk2 sket..hehe..

Unknown berkata...

Nick..
Pcik baru baca n3 baru nick..yakjuj makjuj, teringat akhir zaman.hari kehancuran Dunia.segeralah kita sedar & memohon keampunan sebalum tibanya tanda besar kiamat.

love_angel~ berkata...

ow..x pna dgr plak..tq for sharing...

Ieqa Swetluv berkata...

nak berkongsi sikit:

yakjuj makjuj ni terkurung didalam sebuah gunung, dimana mereka akan sentiasa menggali untuk keluar tapi setiap kali azan bergema, mereka akan jatuh semula..

PEJUANG KESENIAN EXTREME berkata...

ala nick...main sambung2 lak..
x pe aq tunggu...
fakta yang menarik ni..
pasal bagi aku,benda ni masih menjadi misteri...

Unknown berkata...

mr syah=ok! hehe

Unknown berkata...

cikcepet=xpnh dgr ker? hehe sj kongsi cte... thnkz! :)

Unknown berkata...

ezao=yup! yajuj makjuj ni mmg jahat giler... hehe aku pun bru je psl yakjuj makjuj ni...

Unknown berkata...

nardnerd=yela tu la mmh menakutkan kan?

Unknown berkata...

zulkbo=hehehe thnkz! :)

Unknown berkata...

cik shinju=akak sokong spain ke? tu la sy pun takut gak harap2 dorg lain portugal klu brzail.. rasanya dorg kalah...

Unknown berkata...

fyza=amin... :)

Unknown berkata...

ann=tu la yakjuj ni manusia mcm kita jgk...

Unknown berkata...

syahirah=hehehe btol3... thnkz! :)

Unknown berkata...

sendung semalam=sama la kita... hidup egnland!

Unknown berkata...

reen=hehe sama2... :)

Unknown berkata...

hentak berlipat=eh! ko pun ske? sama la aku pun ske sbb tu aku sdg buat kjian tntang ni...

Unknown berkata...

sugar kapas=meh je dtg blog sy smua cte psl yakjuj majuj jer... hehe

Unknown berkata...

kiwi=hehe insyaallah...

Unknown berkata...

etuza=btol 2 uncle... thnkz komen! :)

Unknown berkata...

yna=ok! :)

Unknown berkata...

ieqa=wah! byk gak akak thu..thnkz tambah sikit info...!! :)

Unknown berkata...

pejuang extreme=ha! esok aku smbung lagi..

si para para berkata...

bagos nick...sangat bermanfaat...

Unknown berkata...

para=thnkz! hehe

annfrendly berkata...

ermm.. seramkan kalau fikir pasal yakjut & makjut ni.. err mane akak nak nyorok kalau dorang kuar ni...

Unknown berkata...

ann=tu la sy pun sama takut dgr psl kisah ni...

AngahSayang2314 berkata...

nick seram gak bila baca tapi angah pelik tak pernah lak dengar???betul2 terjadi ke??

Unknown berkata...

angah=xthu plak? tp kebayakan org kta ni cte btol...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"Magical Template" designed by Blogger Buster