Thankz kepada semua yang follow aku nanti aku follow korang balik..

Selasa, 29 Jun 2010

MISTERI YAKJUJ DAN MAKJUJ "episod akhir"

Ok! aku sambung sikit je lagi info pasal yakjuj dan makjuj ni dan aku selitkan cerita pasal zulkarnain... sama-sama kita baca....


Zulkarnain (Bahasa Arab) ذو القرنين dhū al-Qarnayn [ðulqarˈnajn]),bermaksud "Dia yang Bertanduk Dua", merupakan satu tokoh yang disebutkan di dalam Quran, iaitu kitab suci Islam yang menyatakan beliau sebagai pemerintah yang hebat dan adil yang membina tembok pengantara Yakjuj dan Makjuj dari menyerang orang yang di Barat.Mengikut sejarah, Zulkarnain dikatakan sebagai (Alexander) tetapi ia hanyalah pendapat segelintir sahaja dan disangkal sendiri oleh para ulama dan sarjana Islam. Gelaran tersebut turut terkenal di kalangan masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam yang boleh dikatakan telah digunakan sekurang-kurangnya tiga orang raja yang berbeza.

Sesetengah pihak berpendapat gelaran "Zulkarnain" bermaksud "bertanduk dua", yang secara tersiratnya merujuk kepada syiling yang ditempa untuk Iskandar Agung mahupun ukiran dinding Cyrus Agung. Pentafsir Quran abad ke-14 memberikan sebab yang berbeza. Dalam Tafsir Ibn Kathir menyatakan, "sesetengah mereka memanggilnya Zulkarnain kerana dia mencapai dua "tanduk" (batas) matahari, timur dan barat, tempat ia terbit dan terbenam."

Tambahan pula, nama Zulkarnain juga diterjemahkan menjadi "dia yang berketurunan dua", "dia yang hidup hingga dua kurun", "dia yang memiliki dua kerajaan" ataupun "pemerintah dua kerajaan". Banyak yang mentafsirkan perkataan tersebut dengan maksud yang berbeza terdapat juga pendapat yang mengatakan "bertanduk dua" bermaksud menggabungkan 2 negeri.

Yakjuj dan Makjuj

Ketika kemunculannya, mereka dikatakan akan menuju ke sebuah tasik di Palestin dan akan minum air tasik itu sehingga kering.Memiliki zuriat yang ramai dan dikatakan tidak akan mati sehingga melahirkan lebih 1,000 zuriat.

Tiada siapa mampu menewaskan mereka dan hanya binasa dengan kekuasaan Allah.Muncul selepas turunnya Nabi Isa AS dan Dajal.Dalam sebuah hadis, Rasulullah menyatakan kebimbangannya apabila pada zaman baginda, Yakjuj dan Makjuj dikatakan sudah berjaya menebuk benteng Zulkarnain sebesar bulatan dibentuk ibu jari dan jari telunjuk.

P/S=hmm.. lepas ni nak kaji pasal apa plak sebab yakjuj dan makjuj dah habis? nanti kena pikir dulu.....


BRAZIL 3 VS 0 CHILE hampir betol jugak ramalan aku semalam 4-0! boleh jadi bomoh jugak aku ni? hahaha keputusan ni sudah di jangka tak payah lawan pun dah tahu brazil boleh menang? rasanya bukan aku sorang je kata macam ni 1 dunia pun dah tahu brazil akan menang! aku tak tengok perlawanan ni jadi aku tak dapat nak komen apa? apapun buat chile 4tahun lagi tukar jadi tomato plak? mana tahu boleh menang...

BELANDA 2 VS 1 SLOVAKIA wah! hampir tepat jugak ramalan aku semalam! aku ramal belanda menang 2-0! hehe tapi apa la punya belanda! kecewa aku tengok corak permainan dorang tadi! selamatlah stekelenbug keeper belanda menyelamatkan 2 percubaan depan pintu gol! kalau tak sah belanda kalah! walaupun aku sokong belanda lepas tersingkirnya england dan korea tapi aku tak confident dorang boleh kalahkah brazil! apa-apapun kita tengok je la nanti..



===RAMALAN PIALA DUNIA====


JEPUN 1 VS 0 PARAGUAY aku rasa jepun menang gol sepakan percuma! sebab korang ada tengok tak perlawanan jepun sebelum ni? dorang dapat gol kebanyakan sepakan pecuma kira hebat jugak jepun ni dalam sepakan percuma? aku ramal honda akan score gol dalam sepakan percuma...

PORTUGAL 1 VS 1 SPAIN aku rasa ni 1 lagi perlawanan tumpuan selepas england dan germany ari tu? jadi aku sokong spain! sebab aku tengok dorang main hari tu agak membanggakan jugaklah? jadi aku ramal esok akan jadi pertarungan sengit! keputusan akan seri 1-1 dan masa tambahan spain menang 2-1! hehe...

30 ulasan:

XYZ berkata...

tq dh berakhir episodnye ye... irfan nt cr la lg cite2 best hi3 =)

kiwi berkata...

sory sy buzy...ni bru de mse bce entry awk..huhu..perkmbngn bola pn nsib baik awk tulis..thu gk sy..hehe

AngahSayang2314 berkata...

seram baca kisah nie sampai habis ya allah macam mana tetiba dia muncul arrrrrrrrr takutnyeeeee...

wah ramalan hampir kena sasaran tue bagus..bagusss

MR. SYAH berkata...

dah abis dag.. thanks bg info 2.. brazil cam mng jer taun ni..

FyZa berkata...

mmg ngeri sgt klu baca cita pasal yakjuj dan makjuj nie..x dpt byngkan kdaannya..takutt sgt..
bola lg? ;p

Ann berkata...

betul dh agak brazil boleh menang....spain vs portugal 2.30am...tak larat ar nk bjaga

nape lah game2 yg best wat waktu ni

NARDtheNERD berkata...

jepun pasti menang~
teehehe~

Cheqna berkata...

bagi info yakjuj & makjuj ni dik, terima kasih kerana berkongsi..

waah..jadi bomoh juga ye..hehe..lets see if Japan can make it 2nite.


:-)

Cik SHiNJU berkata...

salam

abes dh erk kisah yakjuj n makjuj nih..pasni wat la kisah lain plak..

huisshhh...sib baik tulih spain menang mase tambahan...huhuhu..
idop spain n jepun!!

Ezao' Edogawa berkata...

lebih drpd 1000 zuriat? wow.! menakutkan. apa2 hal. Germany memang hebat.! hehehe.! Argentina pasti kalah lepas ni.!

Reen berkata...

tuh laa!
konfius lagik neh alexander ngan zulkarnain org yg same ke?
maksud nye dah dekat nak kiamat laa kan?

Tanpa Nama berkata...

bagus2!

si para para berkata...

mudah mudahan kita di jauhkah daripada fitnah dajjal...


bomoh nick..ada tag untuk anda..hehe

annfrendly berkata...

thanks adik..dulu banyak yang akak tak tahu pasal yakjuj & makjuj ni.. sekarang dah tahu :)

zulkbo berkata...

salam..
pukul 3.38pagi
spain dan portugal
masih seri 0-0

Unknown berkata...

miss xyz=huh! heheh ok kak.. thnkz! :)

Unknown berkata...

kiwi=oh patutlah lama x nmpk awk???

Unknown berkata...

angah=tu la kak sy pun xthu nk mnyorok mne?

Unknown berkata...

mr syah=tu la aku pun rasa mcm tu jgk...

Unknown berkata...

ann-tu la kak game best dia main malam plak?

Unknown berkata...

fyza=yup! takut sy.... hehehe yela kak nk buat mcm mne? sy minat giler bola.. hehe

Unknown berkata...

nardnerd=jepun kalah la kak? sob2..

Unknown berkata...

cheqna-uwaaa!!! jepun kalah la...

Unknown berkata...

shinju-ok kak nnt sy cte pasal lain plak? hehe

Unknown berkata...

ezao=xthu lagi sbb aku x rasa german boleh menang? hehe

Unknown berkata...

reen=alexander ni org putih pggl kita pggl zulkanain... hehe

Unknown berkata...

lelaki ini=hehehe thnkz!

Unknown berkata...

para=btol tu... amin....

Unknown berkata...

ann=hehehe sharing is caring... hehe

Unknown berkata...

zulkbo-spain menang uncle! hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"Magical Template" designed by Blogger Buster