Thankz kepada semua yang follow aku nanti aku follow korang balik..

Ahad, 27 Februari 2011

KERANA 1 HIASAN PASU BUNGA KAMI DI GANGGU

Salam.. kali ni aku nak ceritakan kejadian misteri yang berlaku tahun 2001 sebab tadi aku tengok cerita hantu kat laptop kakak aku? tetiba teringat kejadian masa 2001 dulu masa balik sekolah aku ternampak 1 hiasan pasu bunga yang unik dan pelik macam zaman purba pun ada! ayah aku tanya mak aku kata dapat dari jiran masa tu kami tak syak apa-apa sebab bagi kami sekeluarga pasu tu unik! mak aku kata jiran tingkat atas bagi sebab dorang nak berpindah..

Rupa pasu tu lebih kurang macam ni tapi dia kaler hitam dan panjang sikit cantik dan unik TAPI...
====IKUTI KISAH INI====




Malam Pertama...
video
bapak aku dengar ada orang menjerit pukul 3 pagi menjerit macam dalam video di atas ni! mak aku kata mungkin orang tingkat bawah atau atas kot? sebab yela kami tinggal flat TAPI!!! bapak aku kata dengar macam perempuan tu menjerit kat dalam rumah kami sedangkan aku dan kakak aku dah tidur masa tu...


Malam Kedua
video
mak aku masa nak bangun ke bilik air dia ternampak ada 1 kelibat putih di depan dia! mak aku kata siap rasa sejuk! tapi mak aku kira hebat jugak sebab lepas dia nampak tu dia buat macam biasa pergi bilik air sebab mak aku kata mungkin khayalan dia sebab kebetulan dia baru bangun tidur mungkin mengelamun agaknya kami semua tak syak apa-apa lagi...


Malam Ketiga
video
malam ketiga aku plak kena terdengar orang perempuan nyanyi sayup-sayup jer!!!! serius beb! mula aku syak bawah flat aku tapi bila dengar betol-betol bunyi tu dengar kat pasu bunga!! kebetulan pasu bunga tu depan aku plak sebab mak aku letak kat ruang tamu lepas tu aku tidur memang kat ruang tamu masa tu? patut aku dengar macam dekat jer agak lama jugak tetiba aku dengar perempuan tu nangis plak! ha! lagi la parah masa tu aku hanya mendiamkan diri tak bergerak langsung sampailah azan subuh? aku terus masuk bilik mak dan ayah aku cerita kat dorang sambil badan mengigil jer masa tu...


Malam keempat
sampailah malam keempat kami ingat takde apa rupanya keesokan harinya kakak aku plak demam! dia kata masa dia tengah tidur dalam keadaan mengelamun dia ternampak ada perempuan baju putih berdiri depan dia sambil senyum dan lambaikan tangan!!!! arghhh!!! bila ayah dan mak aku dengar macam terus petang tu jugak ayah aku bawah pergi sekolah letak kat bilik guru (sebab ayah aku cikgu masa tu kat sekolah rendah)


Malam Kelima
Aku,mak dan kakak aku normal semula tapi!! ayah aku plak yang kena dia kata lepas je ayah aku hantar pasu bunga ke sekolah malam tu ayah aku mimpi ada 4 orang red indian mengelilingi ayah aku tengah tidur! dorang marah sebab buang pasu bunga! dorang kata pasu bunga tu tempat tinggal dorang tapi ayah aku kata dia minta maaf dengan cara elok dia kata bukan bermaksud nak buang tapi kami semenjak ada pasu tu kami di ganggu lepas tu ayah aku kata dia bagi kat sekolah dia mengajar red indian tu kata minta maaf sebab yang ganggu kami tu hantu raya yang di kurung kalau tak silap dorang ni kira penunggu pasu bunga tu kot? Alhamdulilah keesokan harinya kami tak di ganggu lagi...


P/S=Semenjak hari tu parent aku jadi fobia nak ambik barang barang yang orang bagi sebab tak mahu jadi macam pasu bunga tu? jadi pesan aku kat korang semua cuma 1 dengar baik-baik ye! ingat! kalau orang bagi benda apa-apa sekalipun walaupun cantik? jangan ambik takut jugak jadi apa-apa macam kami 1 family aku dulu...

Jumaat, 25 Februari 2011

MANUSIA SEPARUH ALIEN

Salam.. kali ni aku nak letak penemuan baru yang di jumpai! amat dasyat giler! alien separa manusia? kenapa aku kata macam tu sebab dorang memang pelik! hehe tak percaya sila lihat di bawah ni


1.GODEVIL
pelik tak? aku pun confius dia ni baik ke jahat? hehe


2.FACEHAND Not FACEBOOK
inilah yang dikatakan "talk to my hand"


3.NOSE MOUTH
pelik betol rupa dia ni? hmm...


4.ELECTRONIC HAND
amat mengerikan kat tangan dia ada wayar plak! hehe


5.FACE HAND EYE
agak aneh jugak sebab biji mata dia kat tangan plak? hmm...


6.HUMAN ANDROID
macam cerita terminator pun ada?


7.FACE OFF
mungkin dia ni hensem sangat kot sampai orang nak curi wajah dia!! amat mengerikan selamat aku tak hensem..


8.DOCTOR'S FAULT
ni aku rasa salah doktor sebab bedah dia tak jahit semula bahagian mua eh! tapi tangan siapa plak tu? jeng. jeng. jeng


9.FACE NEW SKIN
selalu kita tengok ular bersalin kulit kan? rupanya macam ni kalau orang bersalin muka..


P/S=amacam pelik tak gambar kali ni? menakutkan tak? hehe ok! nanti aku letak lagi gambar-gambar yang seterusnya...

Rabu, 23 Februari 2011

DING DING GALE

Salam.. dah baca tajuk entry aku kali ni? mesti korang tertanya-tanya kenapa aku letak tajuk tersebut? sebab tadi aku jalan-jalan kat youtube cari lagu best-best sekali terjumpa plak lagu Allahyarham Sudirman perghhh!! memang terhibur aku dengar lagu ni sebelum ni yang aku tahu lagu sudirman yang famous balik kampung? salam terakhir? dan pelangi petang yang selalu kitda dengar kan? tapi lagu ni agak menarik!!! tak percaya!!!! ok! fine sila tengok video clips di bawah.. hehe


video



ding a ding gale
minah anak pak mat kole
mahu bikin tunang
tapi banyak yang menghalang

dari kuala lumpur
mahu pergi pulau pinang
hati dalam ingat
mahu masuk meminang

sampai pulau pinang
sibuk sini sibuk sana
jumpa sama pak mat
dia tolak mentah2
ingat mahu kahwin lari
sama minah sudah pakat
belum sampai sungai petani
kami sudah kena tangkap

kereta pun ditahan
polis periksa seluruh badan
belum habis periksa
saya lari lintang pukang

kereta pun ditahan
polis periksa seluruh badan
belum habis periksa
saya lari lintang pukang

larilah punya lari
orang cakap serupa hantu
kalau masuk sport
tentu saya nombor satu
nasib saya kurang baik
sudah langgar sama batu
polis mari tangkap baju

bila dah kena tangkap
kami dibawa ke balai polis
sampai di balai polis
minah tak henti menangis
terus saya dipasang gari
kini duduk di kandang salah

tigalah paku tanya
kenapa awak culik minah
sumpah saya cakap
dia yang ikut saya
minah dengar naik radang
muka merah macam udang
dia terpekik terajang
katanya saya temberang

hari bicara sudah pun sampai
saya didapati bersalah
rumahlah tiga tingkat
hai pintu beratus ribu
memberlah punya ramai
tapi semua nak keluar dulu

rumahlah tiga tingkat
hai pintu beratus ribu
memberlah punya ramai
tapi semua nak keluar dulu

kesallah punya kesal
duduk bilik makan roti
dada semput otak bantut
kalau dah salah kena kutuk


P/S=macam mana menarik tak lagu beliau? best kan! bagi aku Sudirman adalah penyanyi yang versatyle seriusly aku memang respek allahyarham lagu dia semua best... apa-apapun akhir kata aku cuma nak sedekahkan al fatihah kepada beliau... Al Fatihah...

KORANG PERASAN TAK MUKA DORANG NI?

Salam semua maaf aku lama tak update? tertinggal banyak entry korang aku tak baca... ha! mesti ada yang tertanya-tanya kemana aku menghilang selama ni? hehe nak bagitahu pun segan? sebenarnya aku lama tak update "Password" aku lupa la? hehehehehhehe sebab aku cadang nak berhenti berblogging hanya 2 hari je lepas tu masuk hari ketiga tetiba otak blank passoword lupa!!!!! aduh... selamat aku ingat balik password aku pagi ni kalau tak rugi la blog ni tak bertuan nanti... ok! kali ni aku nak sambung gambar pelik seterusnya.... sila lihat di bawah...













P/S=korang perasan tak apa yang peliknya kat semua wajah selebriti ni? hehehe

Sabtu, 19 Februari 2011

NICK IRFAN BIGGEST SECRET FINALLY REVEALED

Salam... lama aku tak blogging ada tak rindu kat aku sampai demam-demam? haha (bujet konon-konon popular la sangat) ha! dalam entry lepas aku ada tunjukan gambar aku masa kat sekolah menengah kan? kalau tak tahu sila rujuk entry lepas.. aku ada buat contest hadiahnya!! insyaallah aku akan review blog yang teka betol mula-mula aku ingatkan sorang dua je? rupanya ramai jugak yang meneka dengan betol!! hehe mesti korang tertanya-tanya mana 1 la gambar aku kan??? ha! sebenarnya gambar aku ada dalam ni....


=NICK IRFAN ADALAH...............!!!!!!=


Jeng Jeng Jeng


II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
==============
============
==========
========
======
====
===
==
=

ZURIEY
NARDNERD
RAJI
DYA ADRIZA
HANIS ASLA
ZATY
BENA
NOR MOSCOW
ANATI
ADMIN HOMESTAY
TUKANG KATA
SYAH
AFZAINIZAM
MAT DAN MINA

=hanya yang tersenarai di atas saja yang dapat meneka dengan betol bulatan mana yang dorang teka agaknya??=

MEREKA MENEKA DENGAN BETOL IAITU YA! BETOL KUNING!!! (nsem tak? wakakaka sila muntah sekarang!) hmm.. teringat masa sekolah dulu ada orang kata aku kena penyakit ALBINO!!! cis! ada jugak perli kata aku mandi pakai klorok? uwaa!! tapi nak buat macam mana dah tuhan bagi putih masa tu... hehe


=kepada yang teka tak betol aku bagi jugak jawapan=
hitam (fazlee)
takde bulatan (saddam ni bestfriend aku dulu)
pink(azuan)
putih(fazwan)
merah(fandy dia pun bestriend aku jgk)




P/S=Tapi korang jangan terpedaya plak!!! sebab ini gambar masa tahun 2007 sekarang!!! aku tak sekacak masa zaman keglamoran dulu dah tamat sekarang ada kata aku macam muka penyamun nanti aku cerita dalam entry akan datang.. sob..sob..

Khamis, 17 Februari 2011

NICK IRFAN SEMASA MUDA DAN TAK BERAPA KACAK?

Salam... tiba-tiba rindu plak zaman sekolah especially sekolah menengah perghh! boleh tahan jugak la antara form aku suka adalah ikut senarai di bawah..

-pertama sekali aku paling suka zaman masa aku form 2 sebab masa ni hanya form 2 saja sekolah petang menang seronok sakan la sebab form 2 dapat conquer sekolah... haha

-kedua masa form 3 sebab dapat pengalaman 1 kelas kena histeria kecuali aku cerita ni aku ada cerita dalam entry aku yang lepas memang pengalaman mistik agak misteri..
-
-ketiga aku suka zaman form 5 sebab masa ni dapat banyak peminat wanita! bukan nak berlagak tapi serius ayangkanlah ada 3 kelas berbeza tapi seluruh perempuan dalam 3 kelas tu suka kat aku! sebabnya bila aku lalu je kelas dorang mula la minta no? siap tahan aku nak ajak kapel? ada yang menjerit-jerit tak kira cina,melayu dan india tak tahu kenapa? hahaha

-keempat form4 sebab masa ni semua pelajar form 4 semua kenal aku tak kira laki atau perempuan kira aku famous jugak masa tu sebab bila cikgu panggil nama aku nak bagi borang buku teks semua tepuk tangan??? semenjak tu tetiba aku rasa jadi artis! memang pelik..

-paling tak best masa form1 sebab masa ni aku takde langsung kawan selalu sorang je? di buli tu? ada kot? entahlah seriusly aku langsung tak ingat masa form1 senang cakap masa form1 dalam 50 kali aku ponteng kelas! kesian mak aku selalu datang sekolah sebab masa tu aku tak suka masuk sekolah menengah tapi itu semua tinggal kenangan...


====oleh kerana permintaan yang terlalu ramai berjuta orang kat facebook minta gambar aku (ceh! bujet popular la plak? sila muntah ijo) eh! gurau je takde pun orang minta gambar aku tapi saja je aku nak letak sebab tadi terjumpa gambar kelas kat bawah ni masa aku buka facebook kawan aku tadi====


DI MANAKAH NICK IRFAN??
(hint sikit aku adalah mamat yang tak nsem sekali)
AGAK KORANG AKU DALAM BULATAN MANA?? hehe

1.kuning
2.hitam
3.oren
4.hijau
5,kelabu
6,putih
7.pink
8.merah
9.ungu
10.koko
11.atau xde bulatan


-korang teka la dulu ye? lepas ni aku nak berhenti 2/3 hari dari blogging ada benda nak buat kejab.. hehe-


ni gambar kelas aku dulu kenangan betol

P/S=semalam adalah kenangan... esok adalah impian... hari ini adalah kenyataan... hari akan datang belum di tentukan.. hari dulu itu jadikan pengajaran... hari ini dan sekarang ini masa berjalan.. masa tengah taip entry ini eh! perut lapar? malas nak taip lagi sakit tangan... bye jumpa lagi minggu hadapan eh! bukan! tunggu je la entry seterusnya di paparkan.. hahaha

KAJI SELIDIK

Salam.. kali ni aku tak tahu nak letak apa jadi aku letak je entry berkenaan perisian di laptop aku ni saja nak kongsi dengan korang macam ni perisian dalam laptop aku? laptop korang macam mana plak? ha! berbalik kepada cerita semalam laptop aku selalu panas kan? aku hantar ke kedai dia kata kipas banyak habuk? dia cuci kena RM200!!! hmm...agak mahal tapi setakat ni laptop aku alhamdulilah normal semula takde panas sangat sebelum terlupa aku pakai laptop Compaq Presario CQ40 Notebook PC dan aku guna AMD Athlon X2 memang cepat panas ke?





==keyword nuff aku bulan januari.. hehe==


P/S=eh! nampak tak? aku rasa macam kabur je gambar ni? aduh... kalau tak nampak sila kilk kepada gambar tersebut... maaf semua sebab kabur sikit...Lepas ni nak letak entry apa plak? hmm...

Rabu, 16 Februari 2011

HOLLYWOOD ZOMBIE

Salam.. hai! bertemu kembali! lama jugak aku tak update rindu kat aku tak? tak rindu? tipulah!! hahaha ha! kali ni aku nak letak berkenaan zomba tapi zomba artis hollywood punya seram ke tak jom sama-sama layan!! hehe


1.MILEY CYRUS

2.LEONARDO DE CAPRIO

3.MADDONA

4.TOM CRUISE

5JUSTIN BIEBER

P/S=haha seram tak? eh! aku nak tanya laptop aku cepat panas la buka tak sampai sejam dah panas dan terpadam sendiri!! kenapa ye? aku pakai laptop compaq C40 presario kipas dalam laptop rosak ke? kalau nak ganti berapa ratus yer?

Selasa, 15 Februari 2011

NICK IRFAN DAPAT PANGKAT DATUK!! INI SERIUS!!

Salam... ha! baca tajuk entry di atas terkejut tak? huh! ini bukan cubaan ni betol-betol! aku dapat pangkat DATUK!!!! nak tahu macam mana? meh sini aku cerita...


tekejut beruk!


Kisahnya saudara aku sebelah ayah aku datang melawat dia adalah sepupu aku umur 40an tapi dia dah kawin ada anak tua 4tahun dengan aku jadi anak dia kena panggil aku Pak Cik Nick!!! sedih.. umur aku baru 21 masa tu dah dapat panggilan pakcik dari orang yang umur 25 tapi anak dia yang umur 25 pun dah kawin kiranya anak sedara aku dah kawin...

Jadi sepupu aku ada cucu umur 3 tahun? nampak macam biasa je kan? tapi yang aku agak tergamam sebab cucu dia panggil aku Datok Nick!!! Arghhh!! eh! korang ingat aku sedih ke? takdelah sebabnya yela bukan senang nak dapat pangkat datuk kan? kiranya aku la orang termuda dapat datok? jangan jeles yer! wahai blogger sekalian hahaha.. (gelak bangga) mesti ada orang kata aku tipu ni?



===Nak tahu macam mana boleh jadi macam tu? meh aku cerita salasilah keluarga aku==



(Family Nick Irfan)

Ayah aku+mak aku

dapat la aku dan kakak aku



(Kakak Ayah aku dia kawin muda)

kakak ayah aku+suami dia

dapat anak 4 orang anak dorang ni sepupu aku tapi sepupu aku semua aku dah kawin

semua ada anak lepas tu salah sorang dari anak sedara aku pun dah kawin jugak!

dapat sorang anak 3 tahun

(paham tak? ha! terjadinya macam ni sebab ayah aku punya kakak kawin muda la umur 14 dah kawin biasalah orang dulu kawin awal dan ayah aku plak lain dia kawin lambat umur 30 baru kawin)


P/S=jadi kesimpulan entry ni ialah aku adalah Datuk Nick Irfan! jadi korang kena panggil aku Datuk Nick tau! ha tengok! senang-senang aku dapat pangkat datuk dalam usia yang muda??? korang mampu ke? maaf jangan jeles semua pembaca (miahahaha gelak jahat)

Isnin, 14 Februari 2011

DUIT KERTAS AJAIB!

Salam.. kali ni aku nak tunjukan gambar duit kertas dan wajah manusia? apa yang pelik? ha! dengar macam biasa je kalau nak tahu rupanya macam mana? sila lihat di bawah ini... hehe Ha! apa-apapun pesan aku jangan sambut valentine jom kita sambut maulidur rasul lagi bagus! kan? kan? hehe











P/S=amacam menarik tak? tak sangka kan boleh muat plak wajah dorang kat lukisan dana duit tu? hmm...aku pun nak cuba jugak la... jom kita semua cuba sama!! hahaha (kalau sudi sila la baca sambungan pergembaraan nick irfan siri 11:episod 104)

Ahad, 13 Februari 2011

TERSEMBUNYI

Salam.. ha! kali ni aku nak siarkan gambar yang tersembunyi! hehe kalau korang perhatikan betol-betol ada orang dan objek di sebalik gambar ni kalau tengok sekali imbas takkan nampak kena tengok lama-lama baru nampak sepenuhnya.. tak percaya? silakan lihat...









P/S=ajaib kan? sekali tengok lutsinar rupanya dorang hanyalah di cat sahaja? pesan aku perhatikan sekeliling mana la tahu kan? hehe

Sabtu, 12 Februari 2011

JIKA DUNIA TANPA TEKNOLOGI

Salam... kali ni aku nak tunjukan bila dunia sekarang takde teknolgi? ha! korang boleh bayang tak macam mana? tak dapat nak bayangkan!!! takpe sila tengok gambar di bawah eh! lagi 1!!! ada orang review pasal blog aku la!! wah!! serius! aku terharu nak tengok klik sini ha! lepas dah tengok tu jangan lupa komen tau di blog tersebut? dan terima kasih buat blog itu iaitu Projek Blog!! tahniah!! semua berjaya dalam arena blogging




1.TV
tengok Tv pun korang kena lukis sendiri? memang serius bosan!! hehe


2.TELEFON
takde telefon jadi dorang guna cawan kertas di sambung dengan tali jer? hehe


3.KENDERAAN
bawak kereta pakai kaki plak?? macam kereta kanak-kanak jer..


4.JAMBATAN
amat tak selamat kalau lalu titi macam ni kena bergayut plak!!


5.KAPAL TERBANG
sian orang tu la jadi mangsa nak bawak penumpang untuk terbang? hahaha


6.CALCULATOR
yang ni paling kesian macam nak mampus je baru galas calculator batu plak tu? haha



P/S=ni semua hanyalah andaian saja sebab dunia sekarang makin lama peralatan di dunia ni semakin canggih kan? jadi benda-benda yang lama semakin di lupakan tapi kena ingatkan takde yang lama takkan ada yang baru jadi hargailah barang lama... hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"Magical Template" designed by Blogger Buster