Thankz kepada semua yang follow aku nanti aku follow korang balik..

Isnin, 7 Februari 2011

HISTERIA 1 KELAS

Salam.. ha! terima kasih sebab ada yang bertanya tentang bengkak di rahang aku ni? alhamdullilah buat masa ni bengkak semakin surut sebab hari-hari lepas subuh dan lepas isyak aku letak nila+cuka walaupun busuk tahan la sebab nak baik tapi cuma yang masih sakit adalah gusi aku!!!! Arghh! pelik betol.. tension betol disebabkan itu aku tak boleh mengunyah dengan kerap nanti sakit nampaknya makan sup la aku ni buat masa ni..


(info EPL sikit hahaha padan muka MU kalah dengan kelab tercorot Wolves! tak sangka wolves hebat jugak dorang tak layak di bawah sebab wolves banyak tewaskan kelab ternama? dan chelsea walaupun beli tores kalah jugak dengan liverpool 1-0? asenal plak seri 4-4 sama dengan newcastle! perghh! hebat newcaslte tapi aku bangga kelab aku menang 3-0 dengan west bromich iaitu MAN CITY!!! haha bravo the citizen! tahniah roberto mancin isemoga menang EPL tahun ni!!)



Eh! korang baca tajuk di atas kan? sebenarnya yang tu aku nak cerita sebab tadi tiba-tiba teringat kenangan masa tahun 2005 masa tu aku form 3 teringat ni pun sebab sembang dengan kawan aku di Facebook dia tanya pasal kejadian yang kitorang alami tu..
hehe saja letak gambar ni bagi suspen sikit


=Hari Pertama(khamis)=

Ceritanya macam ni masa tu hari khamis tahun 2005 bulan julai tapi hari bulan lupa plak? kelas aku ada 20 pelajar perempuan 10 pelajar lelaki kitorang berlajar macam biasa tetiba ada sorang budak(suraya) menangis masa balik dari tandas? masa tu semua pikir dia kena rogol! haha sebab semua tanya dia buat tak tahu je? lepas tu sambung belajar seperti biasa tetiba perempuan yang nangis tu pensan!! apa lagi terkejut la kitorang semua 1 kelas semua budak perempuan tolong kipas dia,kami semua sangka mungkin dia letih tak makan masa rehat? tapi itu baru permulaan..

Tetiba dalam keadaan yang kelam kabut masa tu semua budak perempuan biasalah tumpu kat suraya ni sebab dia kan pensan? tapi kami budak lelaki perasan ada sorang je budak perempuan (Hanis) tak bergerak dia cuma duduk kat tempat dia sampai mulut terkumat-kamit kepala pandang sekeliling!! kami sekumpulan budak laki pelik tengok hanis ni tapi masa tu kami tak pikir apa-apa lagi.. itu baru sikit..

Lepas tu kami panggil Ustaz Zamree dia suruh kami berpindah ke perpustakaan plak? sebab dia nak jampi apa aku tak pasti masa kami semua berkemas nak ke perpustakaan kawan baik aku (Fandi-bukan nama sebenar) sebab aku duduk sebelah dia,fandi ni masa aku ajak dia ke perpustakaan dia terdiam membisu! mata dia tak berkelip asyik pandang kipas angin kat bilik darjah kami muka plak memang cuak habis ustaz zamree suruh kami tinggalkan dia biar dia yang uruskan.. nampaknya mula dah nak merebak..

Lepas kitorang pergi kat perpustakaan kami semua baca buku macam biasalah semua budak perempuan takut tapi kami budak lelaki cool jer? hehe sekali ada sorang lagi budak (Faiz) dia plak terpaku macam fandi jugak kebetulan aku duduk sebelah dia! fuh! kali ni dia walaupun terpaku memandang kat tingkap perpustakaan tapi masa tu aku tanya "kenapa woi?" faiz ni kata "aku nampak benda!" aku terkejut sebab aku tak nampak apa? lepas aku tengok badan dia mengigil terus aku panggil cikgu kat perpustakaan tu lepas tu kami bawak dia keluar dari situ dan ada sorang Ustazah kata suruh kami semua berkumpul kat pondok bacaan ramai-ramai jangan berpecah..

Masa kami duduk kat pondok bacaan kami berkumpul laki dan perempuan sembang la pasal kejadian tu masa tu mula kami syak ada sesuatu tak kena ni tetiba! ingatkan benda tu tak ikut rupanya ada 3 orang pelajar perempuan aku lupa nama dorang menangis lepas balik dari tandas terpaksa kami panggil cikgu lagi masa tu.. terus kami semua dia beri balik awal esok cikgu kata kelas kami murid-murid terpulang nak datang sekolah atau tidak...

=ha! itu baru hari pertama dah 2 orang lelaki dan 5 orang perempuan yang kena nanti aku sambung lagi hari kedua=




P/S=aku cerita ni sebab nak ingat kembali detik-detik peristiwa tu sebab aku sembang dengan aku kawan lelaki (saddam) kat facebook kitorang semata-mata bincang pasal histeria ni la... nak tahu selanjutnya? sama ada aku kena atau tak? nanti aku ceritakan..

14 ulasan:

Yelena Anastasia Romanov berkata...

That's scary...semoga dilindungi Allah selalu dari sebarang tipu helah Syaitan

IMANSHAH berkata...

hurm aku belum lagi ada pengalaman disteria bro..

- zuriey - berkata...

kat sekolah saya dulu pun ada gak..kalau tetiba dngr budak laki azan dah tau lah napa

cemomoi berkata...

heh cam crita zombi, sorang kena gigit mula le sekampung menjerit

Normi Ali berkata...

sekolah anak saya pun teruk kena histeria ni, 2 hari berturut2 cikgu halau budak2 balik rumah, siap ada yg hilang lg, tp akhirnya jumpa jugak , tp yg pelik camana dia masuk toilet tu sbb mmg toilet tu x digunakan lg dan di mangga pd pagarnya, semua org hairan camana dia boleh masuk.

::FAIZ FARISH:: berkata...

ada Nama Faiz disitu... hehehe hm...

Raji berkata berkata...

ahh menakutkan o.O
ni yg cuak nk pergi tandas nih >.<

mie berkata...

tu dia..
banyak pengalaman..
eheheheee

Alimaz-Kembara Terasing berkata...

takut dengaq pasai histeria ni...

Hanis Azla berkata...

kene beguk ke? siannya semoga cepat sembuh yer..

alamak, berdiri bulu roma akak membacanya.. minta di jauhkan..
rasa tak sabar plk nak baca sambungannya ni..

cikAna berkata...

bnyk jugak dulu kisah2 histeria kat hostel dulu... sje je mnde ni nk kcu2..:)

Ann berkata...

xnah jmpe lg org histeria ni...hrp2 xkan jumpe lah n terkena..takut

Daria berkata...

kenapa slalu terjadi kat budak2 skolah, dan melayu saja? heran...tapi, hurm...seram gak..

sAsyA berkata...

eh skolah dlu jadi terok tahun 2005 jugak, xkira siang malam
setiap form ada ja wakil histeria
siap kena kumpul kt musolla beramai2 & baca yasin nonstop
form 5 je steady tyme tu wpon dah sereyat darah memasing :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"Magical Template" designed by Blogger Buster