Thankz kepada semua yang follow aku nanti aku follow korang balik..

Sabtu, 7 Ogos 2010

KILAT!!

salam... tadi aku ada baca 1 artikel ni menarik jugak untuk dikongsi? hehe sama-sama kita baca yer.. hehe


1. Kilat berlaku sebelum, semasa dan selepas hujan.

2. Ambil langkah keselamatan apabila kilat berlaku 6 batu ( 9.6 km) dari tempat kita berada. Untuk mengira jarak kilat gunakan teknik "Flash to Bang" ( Kilat ke Guruh). Kiraan 5 saat dari masa kilat kelihatan dan guruh kedengaran ialah jarak 1 batu. ( 10 saat = 2 batu , 20 saat = 4 batu , 30 saat = 6 batu ).Sekiranya tempoh antara kilat dan guruh ialah kurang daripada 30 saat , langkah keselamatan berikut hendaklah diambil.

3. Hanya selepas 30 minit selepas kejadian kilat serta ribut petir barulah boleh dianggap selamat.


A. LANGKAH KESELAMATAN APABILA BERADA DI DALAM BANGUNAN

1. Matikan semua peralatan elektrik dan tanggalkan plug dari soket dinding jika perlu.

2. JANGAN gunakan talipon talian rumah/pejabat gunakan talipon bimbit jika perlu sahaja
3. Jangan duduk berhampiran pintu dan tingkap yang menghadap luar rumah.
4. Elakkan berada di bilik air atau paip air yang diperbuat daripada besi.



B. LANGKAH KESELAMATAN APABILA BERADA DI LUAR RUMAH


1. Cari perlindungan di bangunan besar seperti kedai, pejabat dan rumah yang mempunyai besi penahan kilat (lightning arrestor).

2. Jika tidak cari perlindungan dalam kereta, van, lori dimana semua tingkap ditutup rapat.
3. Jika tiada berlindung dikawasan rendah yang tiada objek logam seperti dalam parit, longkang, tanah berlekuk dan sebagainya.
4. Boleh mencari perlindungan di kawasan hutan tebal yang dikelilingi pokok-pokok yang banyak serta sama tingginya.
5. APABILA berada dalam kumpulan PASTIKAN jarak anda dengan rakan anda yang lain antara 15 kaki ke 20 kaki.

6. DUDUK dalam keadaan menyangkung, kaki dirapatkan dan letak tangan pada telinga.
7. JANGAN berlindung di Pondok Talipon, Pondok Bas, Bangsal, Khemah, Di Bawah Pokok.
8. JANGAN berada di Kawasan Lapang, Padang Bola, Padang Golf.
9. JANGAN berada di Kawasan Berair seperti Tasik, Sungai, Paya, Kolam Mandi, Taman Tema Air dan sebagainya
10. JANGAN berada di tanah tinggi, Gunung dan Bukit.
11. JANGAN berada di tempat yang ada dua unsur seperti Batu dengan Tanah, Air dengan Darat, Pokok dan Tanah.
12. JANGAN berada di tempat berhampiran logam seperti Pagar, Tiang Talipon, Tiang Elektrik.

13. APABILA berada dalam bot di atas air dan anda tidak sempat ke daratan pastikan anda DUDUK rendah ditengah bot, JANGAN letakkan tangan dan kaki anda ke dalam air.


P/S=saja nak berkongsi dengan korang maklumat ni... hehe

32 ulasan:

pearl apple berkata...

pas ni sy akn lbh berhati2..thanks yaa

echah mashuri berkata...

takut kt kilat kot2 dia menyambar..haishhhh

Cheqna berkata...

Tq dik berkongsi artikel ni, sambil kita berusaha dgn langkah keselamatan, jgn lupa bertawakkal n memohon kepada-NYA supaya dijauhkan kita drpd sebarang bala yang berkaitan dengannya.

:-)

Rowena Chasez berkata...

ohhhh..
tasuke kilat...
takut~

hans berkata...

aku cuak bila nampak cahaya kilat tu dengan bunyi guruh serentak
hohoho

P/S : Video Klip Terbaru Wonder 'Girls' - Nobody Meletup

cuz berkata...

nice bro..info ni akan aku amalkan..aku tak pernah tau pun bnyak bende yang diterangkan dalam entri ni..thanks..

zulkbo berkata...

salam..
info yang menarik ni
nick..terima kasih berkongsi
susah jgak yek bila ada kilat
uncle suka tutup semua langsir
rumah..

FyZa berkata...

nick..tengs utk entry yg sgt2 bagus nie..klu ada kilat n guruh mmg isaw ja..cabut ja plug mana ada..

akak doakan kbhgiaan adik gak..;)

asliner berkata...

ckgu fizik sye ckp kene pki kasut(selipar untuk rumah) dlm rumah..
selain untuk mengelakkan kaki sejuk..ekceli selipar tue penyelamat jugak ketika ade kilat.. xtau kesahihan fakta ini..waallahualam

sugar2 kapas strawberry berkata...

kilat menakutkn..tp unik..hihi

reen_sofee berkata...

thanks thanks!!!
:)

TUKANG KATA berkata...

owh,terima kasih..

cikgu saya bagitahu kalau nak pegang payung ketika hujan,jgn pegang besinya..kerana besi itu bisa membawa maut terkena kilat...
Allahu A'lam!

NARDtheNERD berkata...

selalu ade perasaan nervous bila kilat. hehe.

Lelaki Ini berkata...

besh2!

ieQa sWetLuv berkata...

nice sharing.. kilat jgn dibuat main2 huh~

miss lolly a.k.a luvfareda berkata...

gerun ngan kilat :(
hoho.

NICK IRFAN berkata...

apple=hehee btol2...

NICK IRFAN berkata...

echah=hehehe

NICK IRFAN berkata...

cheqna=thnkz kak! :)

NICK IRFAN berkata...

rowena=sama la dgn sy gak...

NICK IRFAN berkata...

hans=btol! aku pun seram gak...

NICK IRFAN berkata...

cuz=sharing is caring... hehe

NICK IRFAN berkata...

zulkbo=oh sy pun mcm tu gak...

NICK IRFAN berkata...

fyza=amin... thnkz ye kak! :)

NICK IRFAN berkata...

asliner=dlm umah sy mne ade pakai ape parent x kasi pakai sliper...

NICK IRFAN berkata...

sugar=thnkz! hehe

NICK IRFAN berkata...

reen=hehehe

NICK IRFAN berkata...

TK=yup! ape yg di perbuat dari besi jgn pegang masa kilat...

NICK IRFAN berkata...

nard=sama mcm sy... takut kena panahan kilat plak?

NICK IRFAN berkata...

lelaki ini=thnkz! hehe

NICK IRFAN berkata...

ieqa=btol3...

NICK IRFAN berkata...

miss lolly=sama dgn sy gak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"Magical Template" designed by Blogger Buster