Thankz kepada semua yang follow aku nanti aku follow korang balik..

Khamis, 26 Ogos 2010

CARILAH YANG PALING CANTIK

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini...



Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu
: Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang
saya suruh.Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar
: Baiklah...apa yang saya harus buat?


Cikgu
: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga.
Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar
: Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.



Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.


Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar
: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput
yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang,saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula,jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu
: Ya,itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan
seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang.Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.


P/S=menarik artikel ni jadi aku nak berkongsi dengan korang semua... sama-sama kita hayatinya...

30 ulasan:

Unknown berkata...

nk berjumpa yg palik dn pling cntk dn pgg dia smpai syurga..:)

AngahSayang2314 berkata...

hai nick angah datang...

memang syahdu bila baca n3 nie bukan kat sini jer kat FB ada memang best sekali..

apa yg penting ia sebagai pengajaran hidup utk kasih sayang...

FyZa berkata...

fuhh mkna yg sgt m'dalam..bagus2..nice entry nick..
b'syukur dgn apa yg kita ada dan hargai sebaiknya..2 adalah yg t'baek..;)

Ezao' Edogawa berkata...

nick! lama tak jumpa . hehehe!
Cerita ni mearik. menyntuh prasaan pun ada gak. ;)

penaberkala berkata...

susah la nk jumpa yg paling cantik
bila jumpa pun ragu-ragu
takut buat keputusan yg silap
lebih baik ambil masa dan buat keputusan dgn baik kemudian
agar tiada yg disakiti dan menyakiti

nice analogi :)

terokai seni berkata...

wuu kalu kumpul semua yang cantik-cantik tu lagik cantekkk

hans berkata...

dah pernah baca cerita nih
hohohoho

P/S : Dah 3 Kali Dah Macam Nih! Kalau Kali Ke-4 Macam Mana?

MR. SYAH berkata...

walaupun dh byk kali aku jumpa entri yg sama mcm ni.. tp maksud entri kau kali ni lg mendalam.. org yg plg kita syglah yg plg cantik..

zulkbo berkata...

Salam bertandang lagi..
semoga sihat orang disini.
ermmm..makna mendalam tu..
he he..

Ann berkata...

jgn memilih..terima lah org seadanya

Tanpa Nama berkata...

Sedih lak sampai ke '...tidak boleh diselamatkan lagi...' Usaha mesti ada untuk selamatkan keadaan, tp kalau x dapat, x berdaya lah kita...

annfrendly berkata...

akak pernah dengar citer ni :)

betul cakap cikgu tu..
kita kena hargai orang yang sedia ada & jaga sebaik2 hatinya...

najihah berkata...

menghargai entri yg ditulis oleh nick..

:)

kiwi berkata...

lme x komen sni..syik bz je+tenet slow..irfan shat...??
btol 2 hrgai ap yg ad..nti dh x de tercari-cari lak..huhu....

juma berkata...

hye nick..pengajarannya..sayangilah awek anda.hahah

Unknown berkata...

echah=oh,.. thnkz!

Unknown berkata...

angah=sy pun copy paste je tp utk tujuan berkongsi bersama2... :)

Unknown berkata...

fyza=btol3... :)

Unknown berkata...

ezao=eh! hehehehe

Unknown berkata...

pena berkala=thnkz! :)

Unknown berkata...

semomoi=huh! hahahaha

Unknown berkata...

hans=heheehhehe

Unknown berkata...

mr syah=yup! btol3....

Unknown berkata...

zulkbo=huH! hehehe

Unknown berkata...

ann=yup! hehe

Unknown berkata...

MHPs=oh... thnkz!

Unknown berkata...

ann=yup! btol3...

Unknown berkata...

TK=thnkz! :)

Unknown berkata...

kiwi=patutlah lama xnmpk? sy sihat awk mcm mne? ape2pun thnkz ye! :)

Unknown berkata...

juma=eh! mcm tu pun ade? hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"Magical Template" designed by Blogger Buster