Thankz kepada semua yang follow aku nanti aku follow korang balik..

Memaparkan catatan dengan label KELAKAR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KELAKAR. Papar semua catatan

Jumaat, 8 Februari 2013

LISTEN LISTEN LISTEN

salam.. hmm.. tak tahu nak letak entry gambar apa tapi terjumpa plak video ni? lagu dia pun boleh tahan jugak... hehe



P/S=sapa la mamat ni pandai betol dia wat lagu-lagu parody ni... hahahaha

Selasa, 16 Ogos 2011

APA BUDAK TU SEBUT YE?

Salam.. kali ni aku nak tunjukan video budak kecik yang comel dorang ajar dia sebut FROG tapi lain je bunyi aku tengok dia sebut? hahaha


kecik-kecik dah pandai... hehehe





P/S=aku silap dengar ke? entahlah tapi yang penting aku dengar dia kata FUCK! hahahaa (apa-apapun budak ni memang comel! geram tengok!)

Isnin, 15 Ogos 2011

PINTU KACA MERBAHAYA?

Salam.. kali ni aku nak tunjukan video bahaya kalau kita lalu di pintu kaca ni! nak tahu apa risiko yang akan berlaku? korang tengok je video bawah ni... hehe


Pintu kaca?



P/S=ish.. ish... teruk sangat dorang ni nak prank orang sampai macam ni? aku pernah kena dulu kat supermarket sebab kaca dorang terlalu berkilat aku ingatkan boleh lalu sekali terhentuk kepala aku kat pintu tu? hahaha (tapi dalam video ni aku paling kesian perempuan yang mula sekali tu! aduh mesti benjol kepala dia)

Khamis, 4 Ogos 2011

KENAPA TAK TANGKAP?

Salam.... kali ni aku nak tunjukan video yang agak kelakar giler jugak la? tak percaya ce tengok... hmmm...




P/S=mana tak berapa faham situasi apa kat dalam video ni? sebenarnya adegan polis kejar perompak? tapi kereta perompak tu tersekat dalam salji dia pun turun la nak tolak kereta dia tu sama jugaklah dengan kereta polis tu pun tersekat jugak! tapi yang aku peliknya apesal la polis tu tak tangkap terus je perompak tu? yang best siap boleh tolong sekali plak? hahahahahaha

Khamis, 16 Jun 2011

TOMBOL PINTU?

Salam... kali ni aku nak tunjukan video yang agak kejam jugak la pasal tombol pintu ni? nak tahu apa dia? tengok je video bawah ni... hahaha




P/S=aku rasa sah orang tua tu patah hidung dia.. hehehe

Selasa, 14 Jun 2011

LAWAN KENTUT!!!

Salam.. seriusly sapa tengok video ni gelak tak hengat tak percaya korang tengok la sendiri! semua pakat lawan kentut plak!! haha




P/S=boleh plak lawan kentut sapa paling kuat? adeh... habislah busuk 1 kolam air tu!! hahaha

Sabtu, 4 Jun 2011

WUJUD JUGAK NAMA MACAM NI RUPANYA?

Salam.. tadi kawan aku Naz dia datang rumah aku dia tergelak-gelak aku hairan jugak kenapa dengan mamat ni? lepas tu dia kata "nick hang nak tengok tak nama manusia yang paling malang dalam dunia ni?" aku terkejut jugak dan aku nasihat dia tak baik mengejek nama manusia(konon-konon nak tunjuk aku ni baik la ekeke) lepas tu member aku kata "toksah cakap banyak? bawak laptop hang aku nak tunjuk hang kat pendrive aku ni senarai nama manusia di muka bumi kalau hang baca sah gelak sampai terkencing!" aku dengan muka confius ni tertanya la pehal plak dia ni? lepas tu aku pun bawak la laptop aku tu..


kawan aku copy gambar ni kat laptop aku jadi aku pun baca la betol kata kawan aku apa-apapun minta maaf la kepada orang empunya nama kat bawah ni serius aku tak tahan tersembur jugak masa tu korang nak tahu kenapa baca je bawah ni... hehehe

(klik gambar untuk besarkan)

Berak Bin San


Gemuk Bin Buyong


Kote Bin Husin


Katak Bin Sombong


Setan Bin Ahmad


Konek Bin Kulop


P/S=aku first time baca tergelak juga tapi kawan aku gelak siap berguling-guling lagi! dia siap kata " apa punya malang nasib depa ni kalau aku bapak aku letak nama macam ni sah aku tak keluaq rumah selagi bapak aku tak tukar lain? buruk sangat nama macam ni! haha" tapi kalau bagi aku plak kadang-kadang kesian jugak kalau la aku dapat kawan yang nama macam ni memang tak tahu aku nak panggil apa kat dorang takut dorang terasa la plak? tapi nak buat macam mana dah nama dorang macam tu .. hahaha hehehe

Ahad, 3 April 2011

JAMBANG

Salam... kali ni aku nak tunjukan senarai artis hollywood yang ada jambang! rupanya banyak artis lelaki yang ada simpan jambang kat sana tau! nak tahu sila tengok ni...











P/S=ha! menarik tak! hehe rupanya macam ni kalau muka kita diterbalikan kalau muka aku mesti jambang lebat rambut plak seceput jer. hahaha

Ahad, 16 Januari 2011

JOM KETAWA! 'siri 2"

Salam.. kali ni aku nak letak lagi entry yang berunsur lawak sikit! hehe semoga korang semua terhibur dengan lawak kali ni! layan... hahahahha (eh! ada 1 blogger buat entry pasal aku la!! wah! terharu rasa... ni blog dia sila-sila la melawat yer FarhanZulhusni)






1.PECAT

Majikan : Kamu di pecat!
Pekerja : Tapi saya tidak melakukan apa-apa!!
Majikan : Itu lah sebabnya mengapa kamu di pecat...


2.KERJA RUMAH

Seorang guru sedang bertanyakan kepada seorang anak muridnya.

GURU: Ali, mengapa awak tidak membuat kerja rumah yang cikgu beri ?
ALI: Emak saya beritahu saya supaya tidak buat kerja rumah
GURU: Mengapa emak awak berkata begitu ?
ALI: Kerana semua kerja rumah emak saya yang buat.


3.JIMAT CERMAT

Pak Pandir penternak itik yang berjaya. Hasil pendapatannya yang pertama Pak Pandir membeli sebuah motorsikal.

Apabila Pak Pandir menunggang motorsikal tersebut dia hanya menggunakan gear satu. Perlahan dengan gear satu, laju dengan gear satu, naik bukit dengan gear satu. Akhirnya kerana hairan, seorang temannya Pak Kadok pun menegur, "Oi... Pandir, gunalah gear dua, tiga atau empat."

Pak Pandir menjawab, "biar berjimat, habiskan dulu satu persatu."


4.WARNA SAYA SUKA

Sampai di lampu merah semua kenderaan berhenti, termasuk Pak Pandir. Namun ketika lampu telah hijau dia masih terus berdiri. Dari hijau ke kuning, merah kemudian hijau lagi, dia masih belum menjalankan motornya. Akhirnya datang polis, "Hei... kenapa belum jalan?"

"Belum ada warna lampu yang saya sukai Encik," jawabnya.


5.KENA TAK?

Pada suatu pagi, Cik Tina ingin menghantar anaknya, Farid ke sekolah dengan menggunaka kereta barunya. Semasa hendak mengundurkan keretanya itu Cik Tina pun berpesan kepada anaknya :

Cik Tina : Farid, tolong tengok-tengokkan belakang kereta. Kalau langgar pokok beritahu ibu.
Farid: Baiklah , ibu!
Cik Tina: Kena tak ? Kena tak?
Farid: Belum, belum. Undurlah lagi ibu.
Cik Tina: Kena tak ? Kena tak?
Farid: Undur lagi, lagi, lagi .

Tiba-tiba terdengar bunyi yang kuat , bang !!

Farid: Okay ibu, dah kena pun pokok !
Cik Tina: Alamak ! Macam mana boleh terlanggar pokok? Habis kereta aku !
Farid: Kata ibu bila kena pokok beritahu, dah kena pokoklah itu !


6.MANUSIA AYAM
Seorang lelaki sakit mental menganggap dirinya adalah jagung dan terlalu takut dengan ayam. Jika ternampak haiwan itu, dia akan lari lintang pukang kerana menyangka ayam akan memakannya. Akhirnya, lelaki itu dimasukkan ke rumah sakit jiwa. Setelah beberapa bulan, doktor pun melakukan ujian ke atas lelaki itu bagi mengenal pasti apakah dia telah pulih ataupun tidak.

Doktor : Adakah kamu tahu siapa diri kamu sekarang?
Lelaki : Ya doktor.
Doktor : Siapa kamu sebenarnya.
Lelaki : Saya ini manusia doktor.
Doktor : Ya ke? Bukan jagung?
Lelaki : Bukan, saya manusia doktor.
Doktor : Kamu takut dengan ayam?
Lelaki : Tidak doktor.
Doktor : Hmm..bagus. Nampaknya kamu dah sembuh.
Lelaki : Tapi doktor, saya ada satu pertanyaan.
Doktor : Apa dia?
Lelaki : Ayam tahu tak yang saya ni dah berubah jadi manusia.
Doktor : "??$$??"


7.PALING BERSIH KER?

Sepasang suami istri merayakan ulang tahun perkahwinannya dengan makan malam di sebuah restoran. Ketika mereka hendak meninggalkan restoran tersebut, mereka ditanya oleh pemilik restoran yang berdiri di pintu.

Pemilik : "Bagaimana perasaan Anda terhadap hidangan dan layanan kami?"
Lelaki : "Ada satu perkara yang boleh saya katakan.. Anda memiliki dapur yang paling bersih di bandar ini."
Pemilik : "Dapur yang paling bersih?... Anda kan tidak pergi ke dapur. Bagaimana Anda boleh tahu yang dapur kamilah yang paling bersih?"
Lelaki : "Sebab.. Semua makanan yang kami makan berbau sabun."


8
.GIGI HAZELNUT

Abu bagitau tunang dier Siti teringin nak jumpa nenek Siti. Satu hari, Siti berkesempatan memperkenalkan Sam kepada neneknya.Sambil duduk menunggu, Abu mengunyah kacang hazelnut sampai abis semangkuk. Nenek Siti keluar lalu

Abu bersalam dengan sopan santunnya sambil berkata, "Maaflah nek, habis semangkuk hazelnut tu saya makan tadi." Dengan selamba ala salesman budak-budak pakai tie jual calculator,
nenek Siti berkata, "Takpe, Siti memang suka sangat bawakan nenek coklat kacang hazelnut ni. Gigi nenek takde dah, jadi nenek hisap je la coklatnya. Kacangnya nenek tinggalkan kat mangkuk tu."


9.TAHU TAK SAYA SIAPA?

Rosman Diterima Bekerja Sebagai Pelatih Di Sebuah Syarikat Multimedia. Selepas Melaporkan Diri Pada Hari Pertama Dia Masuk Ke Biliknya... Terus Mendail... "Tolong Buatkan Saya Kopi Cepat!" Katanya Menengking.

"Maaf, Awak Salah Sambungan. Awak Tahu Dengan Siapa Awak Bercakap Ni?" Kata Suara Di Hujung Talian.

"Tidak" Jawab Rosman. "Saya Pengarah Urusan Syarikat Ini, Awak Tahu?"

Balas Suara Itu.
Rosman Terkejut. Barulah Dia Sedar Dia Tersalah Dail. Hajatnya Mahu Menghubungi Kantin. "Encik Tahu Dengan Siapa Encik Bercakap Ni?"

Tanya Rosman.
"Tak, Awak Siapa?" Balas Pengarah Urusan Itu.

"Kalau Tak Tahu Bagus..." Kata Rosman Terus Meletakkan Gagang Telefon.


10.MALU BEB!

Seorang pemuda yang baru sahaja menamatkan pengajiannya dalam bidang kaunseling telah membuka kedai pertamanya di pinggir bandar. Beliau telah membuka kedai tersebut selama seminggu tetapi ia masih tidak mendapat sambutan. Memandangkan hari telah menjelang tengahari, pemuda tersebut mula gelisah kerana tiada seorang pun pelanggan datang untuk mendapatkan khidmatnya dalam bidang kaunseling.Namun pada hari tersebut, nasib seakan menyebelahi dirinya apabila seorang lelaki datang menghampiri kedainya dengan langkah yang penuh bergaya. Dalam hati pemuda tersebut, inilah pelanggan pertama aku dan aku perlu menunjukkan reputasi yang baik padanya. Lantas dia mencapai telefon dan bercakap dengan nada yang kuat "HEllo Dato, takpa saya akan uruskan segala-galanya, Dato jangan bimbang sebab syarikat saya memang terkenal dengan reputasi yang gemilang, lagipun kami tak pernah mengecewakan sesiapapun. Yang penting ialah staff syarikat Dato nanti akan lebih bersemangat dalam menjalankan tugasnya. Ya....Ya....Lagipun fasilitator kami bukannya calang-calang orang, memang hanya yang terbaik sahaja akan kami pilih bekerja di sini."Jelasnya kagi dengan keyakinan yang tinggi.

"Ok, takpalah Dato jangan bimbang, saya akan bereskannya secepat yang mungkin." Ujarnya pada akhir perbualan
Lelaki yang berjalan dengan penuh gaya tadi berdiri betul-betul di hadapan pemuda tersebut sambil tersenyum dan dengan penuh hemah, dia menegur "Ya, ada apa yang boleh saya bantu Encik?" "Saya datang nak pasang talian telefon" Ujarnya lagi dengan senyuman yang penuh bermakna


P/S=macam menarik tak? korang pernah tak melalui peristiwa yang di tulis di atas ni? hehehe ok! next entry aku letak lagi cerita kelakar ok! hehe

Sabtu, 15 Januari 2011

JOM KETAWA!

Salam.. kali ni aku nak kongsi kisah yang agak melucukan kepada korang semua! hehe semoga terhibur dengak kisah ini... layan...



1.PUNCA KEMATIAN

Dam!! Pintu pejabat sebuah hopital dihempas. Seorang doktor muda kelam kabut masuk, menggelabah puyuh, jumpa doktor senior.

Doktor Senior : Kenapa ni?
Doktor muda : (Termengah-mengah memberitahu) Saya dah buat silap masa isi borang kematian pesakit.. Habislah.. Matilah saya..
Doktor Senior : Silap macam mana pulak?
Doktor muda : Saya tersain nama saya kat punca kematian..


2.3 BULAN LAGI

Selepas 25 kali mencuba akhirnya Dol lulus temuduga. Tapi sebelum meninggalkan bilik temuduga,pengurus kilang memberitahu.

Pengurus : Untuk permulaan, kita bayar kamu RM5 sejam. Tapi lepas 3 bulan, kami naikkan gaji kamu kepada RM7 sejam. Setuju?
Dol : Setuju, bos..
Pengurus : Kalau macam tu, bila kamu boleh mula kerja?
Dol : 3 bulan lagi, bos..


3.SEDARA KITA

Pada suatu petang, seorang ibu membawa anaknye berusia 4 tahun bersiar2 menaiki kereta.Dlm perjalanan, si ibu membunyikan hon.

Anak :Naper ibu bunyikan hon & sape org tu?
Ibu :Tu sedara kite,kenalah hormat.

Dlm perjalanan seterusnya mereka terserempak dengan seekor lembu yg nak melintas lalu si ibu membunyikan hon.
Anak :Tu pun sedara kite ke????


4.Giuseppe Spomdalucci

Seorang pemuda membawa teman wanitanya ke sebuah restoran Itali yang sangat terkenal. Dia sendiri pun belum pernah masuk sebelum ini.. tapi demi mengambil hati teman wanitanya.. dia memberanikan diri untuk makan di restoran itu...Setelah mereka duduk dan memakan anggur yang disajikan.. si lelaki mengambil menu... Kerana bingung melihat nama-nama aneh masakan Itali.. dia memilih sembarangan...

"Waiter.. bawakan kami makanan Giuseppe Spomdalucci untuk 2 orang" kata lelaki tadi..

"Maaf.. encik" jawab waiter

"Itu nama pemilik restoran ini"


5.AMBIK GAMBAR

Chot baru lepas tangkap gambar di kedai yang berhampiran dengan rumahnya. Sekarang, dia cuma perlu menaiki bas untuk ke Jabatan Imigresen supaya dia dapat membuat pasport baru untuk dirinya.

Setelah hampir sejam menunggu di perhentian bas, bas pun tiba. Chot naik dan disebabkan bas itu penuh sesak, Chot mengambil keputusan untuk berdiri sahaja sambil tangannya memegang gambar yang baru diambilnya di kedai tadi.

Tiba-tiba, bas itu brek mengejut. Chot terlepas gambarnya itu lalu jatuh ke bawah tempat duduk penumpang. Chot tunduk dan mencari gambarnya itu tadi. Bila dia nampak gambar tadi berada di bawah tempat duduk seorang penumpang,

Chot berkata, "Kak... Boleh tolong angkat sikit kain yang akak pakai tu tak? Saya nak ambik gambar..."


6.MASA

Abu: "Chet, skrang dah pukui brapa?"
Chet: "3:15 petang."
Abu: (dgn mimik muka kehairanan) "Aku pelik lar, awat sumer orang nak menipu dengan aku ari nih?"
Chet: "Awat lak? Bila lak aku tipu hang?"
Abu: "Sepanjang ari aku dok tanya masa kat orang, dan sepanjang ari jugak la aku dapat jawapan yang berbeza. Tak dak sorang pun yang bagi jawapan yang sama..."


7.ATOK SIAPA LEBIH KUAT

Tiga sekawan berusia 5 tahun bercerita tentang kehebatan datuk masing-masing.

Eman : "Datuk aku kuat.... Kalau bertanding silat, tak pernah kalah."
Emon : "Datuk aku lagi kuat. Dia pernah tumbangkan seekor kerbau tengah mengamuk."
Eman : "Datuk kau kuat tak, Emin?"
Emin : "Aku rasa datuk aku lagi kuat daripada datuk kau berdua. Dah 20 tahun dia tinggal dalam tanah, sampai sekarang tak keluar-keluar lagi."
Eman dan Emon : "Ye laaa.... kuatnya datuk kau."


8.MOTOR KERETA

Setelah setahun, usahanya makin maju. Kemudian Pak Pandir memutuskan untuk membeli kereta. Sampai di lampu merah Pak Pandir
kembali berhenti, namun pintu dibuka dan kakinya diturunkan sebelah. Melihat tingkahnya polis terus menghampiri. "Kenapa kaki awak
diturunkan sebelah, Pak Pandir?" tanya polis.

"Aduh... lupa la Encik. Saya biasa naik motorsikal."


9.HELICOPTER

Ketika menaiki sebuah pesawat Nuri ke sebuah kampung orang Asli di Paloh Inai, Pekan, Pahang, seorang pegawai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) berkata:

"Panasnya dalam helikopter ini ...".

Maka menjawablah Tok Dukun yang turut berada dalam helikopter itu:
"Mahu tak panas tuan ...kipasnya besar ...tapi di luar ..."


10.MINTA CUTI

Pak Pandir yang bekerja di sebuah kilang sebagai pengawal keselamatan berjumpa dengan manager minta cuti ...
"Tuan saya mahu minta cuti seminggu balik kampung, ada urusan keluarga. Bolehkah?

Jawab manager : "Cuti seminggu ...oklah, saya bagi cuti seminggu.

Selepas 14 hari, baru Pak Pandir balik bertugas.

Tanya si manager : "Kenapa dua minggu cuti?"
Jawab Pak Pandir : "Saya minta seminggu cuti. Tuan bagi seminggu cuti. Jadi dua minggulah ..


P/S=macam mana menarik tak kisah yang aku letak kali ni? apa-apapun semoga terhibur dengan cerita ni? hehe

Sabtu, 18 Disember 2010

GAMBAR LAWAKLAH PULOK!

Salam.. kali ni aku letak gambar yang lawak plak? sementara nak tunggu orang tag aku? haha ops! hehe eh! apa-apapun korang layan dulu gambar ni...



ni apa punya papan iklan la? haha korang nampak tak perkataan di tulis tu? kalau tak nampak klik je kat gambar...


ni macam nak aniaya je sah kalau ada kebakaran sampai hangus rumah pun belum tentu dapat pemadam api ni...


macam pelik je tangok sepanduk yang dorang pegang ni? ni mogok ke apa ni? hehe


ada jugak yang berbentuk macam ni? aduiyai...


ha! ini gambar yang memang tak boleh blah! korang jangan ingat bangunan je ada bertingkat ni jamban pun bertingkat rasanya sapa yang makan julap ke? elok guna jamban macam ni... hahahaha


P/S=ok tak gambar kali ni? hehehe nanti aku letak yang lain plak? coming soon...

Isnin, 29 November 2010

GAMBAR LAWAK TENTERA

Salam... kali ni aku nak letak gambar-gambar yang lawak semua berkenaan pasal tentera! hehe aku harap nanti jangan ada tentera yang saman aku plak? sebab aku letak gambar ni hanya untuk tujuan hiburan saja bukan nak memburukan sesiapa.. harap maklum









P/S=apa macam lawak tak? haha ok! nanti aku letak gambar lain plak? hehe

Sabtu, 20 November 2010

GAMBAR LAWAK GILER!!

Salam.. kali ni aku nak siar gambar-gambar yang korang tengok mesti ketawa sakan ni! hahaha aku pun dah tak tahan ni sakit rahang? ok! dah sedia? tengok la gambar-gambar di bawah ni... layan.... (berat tak loading gambar dalam entry ni? percubaan aku letak gambar besar kalau lambat loading lepas ni aku letak gambar kecik semula)




1.ni salah 1 cara untuk membersih peti ais bila ais yang beku telah tebal! aku tak pernah cuba lagi nanti nak try la kot? hahaha


2.kalau jejantas macam agak-agak korang nak guna tak? aku sah takkan guna walau terdesar sekali pun? sebab cuba tengok nak kena lompat tu!!! baru sampai ke tangga 1 lagi....


3.ni kejam sangat ni! agak-agaklah kesian mamat tu? hehe


4.punya kedekut nak beli battery ke? sanggup gunakan syiling agak-agak boleh hidup ke radio tu? hahaha



dan yang terakhir sekali memang aku atak boleh tahan.... nak tengok?
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
=========
=======
=====
===
==
=


Jeng jeng jeng...!!!
5.ni kalau ada kecemasan macam mana nak telefon bomba? polis? ambulans? aku silap nampak ke? atau memang no ada banyak tu jer? hahahahhahaahhahahaha



P/S=amacam ok tak gambar kali ni? ha! gelak-gelak jugak simpan sikit nanti aku siar lagi gambar-gambar yang menarik..

Sabtu, 6 November 2010

JIKA TANDAS JADI BEGINI APA AKAN BERLAKU?

Salam... aku berhenti dulu seketika pasal video hantu ni? sebab semalam jiran aku plak kena histeria meracau tak tentu arah! habis riuh 1 flat! Pelik jugak seram plak aku tengok jadi buat masa ni aku berhenti dulu la pasal hantu? tengok la macam mana nanti aku sambung balik ha! kali ni aku nak siar gambar korang tengok sendiri bila semua tandas jadi macam gambar di bawah ni? agaknya macam mana nak orang melepas hajat nanti? hmm... korang nak tahu? tengoklah gambar kat bawah ni...




1.bila tandas nak tempat buang air jadi macam ni???? macam mana nak nak buang air agak-agak?


2.kalau jamban macam ni? sah aku taknak melepas kan sini.. ada jugak fesyen macam ni!!!!


3.bila nak buang air besar jamban sekali bentuk macam ni plak? macam mana nak lepas hajat? nak kena berbaring kot?



4.korang cuba tangok jamban ni plak? kalau aku tengok jamban macam ni pikir berjuta kali jugak ni agaknya korang nak tak melepas kalau macam ni?



II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
===========
=========
=======
=====
===
==
=


jeng jeng jeng


bila nak lepas hajat semua tandas jadi pelik-pelik? Rasanya macam ni la kot orang melepas hajat nanti? lepas je di mana-mana....hahahahaha



P/S=jadi moral the story hargailah tandas anda baik-baik ingatlah betapa pentingnya tandas untuk kita kalau takde tandas nanti nak melepas pun susah... hahahha

Ahad, 17 Oktober 2010

GAMBAR LAWAK LAGI?

Salam.. ha! semalam korang ada perasan tak aku promot enset aku? aku cadang nak jual sebab aku nak beli enset baru! tapi memang aku dah beli pun enset baru pun tadi petang dengan menggunakan duit nuff aku! yang bestnyer cukup-cukup plak nilai enset baru aku dengan duit nuff aku? faham tak? hahaha memang rezeki la macam tahu-tahu jer.. jadi nset lama tu buat masa ni ayah aku pakai sebab aku ada dua simkad jadi aku kasi ayah aku satu... ha! terlupa plak korang layan la dulu gambar lawak ni... sama kita ketawa... hahaha




ni mesti tuan punya kereta silap sidai seluar kecik ni? hahaha



ni sah kalau aku jalan kat pejalan kaki ni mesti terpijak brader ni? apa daa tido kat sini nanti orang ingat mayat plak?



erkk.. boleh bagitahu aku yang mana jalan sehala sebenarnya ni????



aku rasa pintu ni dicipta untuk orang bunuh diri...



akhir sekali memang tak boleh blah! tak nampak sila klik untuk gambar beso? aku pernah terjumpa jugak signboard macam ni tapi dia tulis lagi dasyat dia tulis "kalau nak mencuri ingat Allah kalau nak berniaga ingat tuan rumah" sampai sekarang aku masih confius apa maksud dia...




P/S=henset baru aku jenama ehem-ehem malu nak bagithu tapi nama belakang ada Berry! berapa harga? RM2000? RM15000? RM1000? RM500? eh! pandai-pandai korang ni mahal sangat tu harga dia seriusly! RM100 jer betol ni!!! lalala

Jumaat, 15 Oktober 2010

GAMBAR LAWAK

Salam... kali ni aku nak letak gambar-gambar yang agak mencuit hati sikit? hehe jom kita tengok sampai ketawa sama-sama... hehehe



ni mesti kes nak cepat ni sampaikan parking macam tu? hahaha



huh! hahaha macam mana boleh terbalik tu?



korang perasan ada lain sikit plat no kereta ni???



wah! memang kretif palang ni! haha



last sekali korang tengok sendiri nama gerai ni? agak-agak korang nak masuk tak? hahaha



P/S=ok! nanti aku upload lagi gambar-gambar yang menarik lagi tau! haha

Sabtu, 21 Ogos 2010

LAWAK DAN KESIAN PLAK TENGOK?

Salam... hari ni aku nak letak video kejab kawan aku bagi tadi aku ingat video apa tadi? hehe apa-apapun memang lawak dan kesian pun ada? adoi.... hahaha


P/S=nanti malam aku sambung balik cerita pengajaran akhlak....



Selasa, 27 Julai 2010

CUBA BACA NI...

Ha! ni e-mail dari member aku lagi? serius! aku boleh dikatakan setiap minggu member aku yang sorang ni ada je hantar e-mail kat aku? cerita macam-macam! mana dia dapat tak tahulah? hahaha apa-apapun thankz Nazi! haha (aku tahu ko silent reader blog aku)



Can study continue STUDY
Can't study, work FACTORY
Cannot rely on CHARITY
Earn a little SALARY
Just enough 4 daily ROTI
Go work no WIRA but LRT.
Colleagues formerly FRIENDLY
Daily treated to KOPI
Now gradually get CRAZY
Behind me say I LAZY.
Boss has no SYMPATHY
Work always must HURRY
Say I not enough BUSY
Often ask me do OT
Midnight go back by TAXI
TAXI surcharge KILLING ME
Now i pokai and NO MORE MONEY
Borrow from along kena EXTRA FEE
Coz money is never FREE
Boy/girl-friend go STEADY
Serious, and then MARRY
Ceremony and PARTY
joker-friends give PANTY
No money sure no HONEY
10 months later be DADDY
Wife at GH birth a BABY
Monthly pay back RHB
Earn not enough FEEL GUILTY
Nak jump down suicide and MATI
No money 4 funeral how to BURY
Because MALAYSIA BOLEH. SEMUA JADI.


=tiada kena mengena yang hidup atau yang MATI.
saja gurau untuk hari ni
mana tahu esok kita tak berjumpa lagi
jadi semoga selalu happy
jangan stress atau makan hati
sebab hidup hanya sekali=


P/S=eh! korang semua dah baca ke ni? perasan tak semua sama akhir sekali? pelik dan misteri? eh! kenapa dengan aku ni? alamak! berjangkit plak lepas baca aku punya entry? oklah! bye jumpa lagi! eh! hihihi..

JIKA ISTERI BERSUAMIKAN PROGAMMER?

Ni e-mail kawan aku kasi tadi pagi? haha memang habis! mana kawan aku ni dapat aku tak tahu la? jom layan sama-sama cerita ni...




Kawan Kawan, Sebelum anda memutuskan untuk berkahwin dengan seorang "programmer" anda perlu pikir dengan semasak-masaknya dulu sebelum anda menyesal dikemudian hari. Ini adalah contoh daripada seorang isteri yang mengadu pada mengenai hubungan dia dan si suami, seorang PROGRAMMER setiap hari.

Suami : (Setelah balik lewat dari pejabat) "Selamat malam sayang, sekarang saya logged in."

Isteri : Abang ada beli tak barang yang saya pesan tadi?

Suami : Bad command or filename.

Isteri : Tapi kan ke saya dah call abang pagi tadi kat pejabat suruh abang beli!

Suami : Errorneous syntax. Abort?

isteri : Ish. Abang nih, takkan itu pon tak ingat? Hah..... Abang kata tadi dalam telefon nak beli tv? Mana dia?

Suami : Variable not found...

Isteri : Abang nih memang tak bole harap la. Bak kad kredit abang. Biar saya pergi belikan dan shopping barang dapur sekali.

Suami : Sharing Violation. Access denied...

Isteri : Abang ni tak sayang saya ke? abang lebih sayang komputer abang tu dari saya. Saya tak tahan la kalau macam ni selalu.

Suami : Too many parameters...

Isteri : Saya menyesal pilih abang sebagai suami saya. Harapkan muka je hensem.

Suami : Data type mismatch.

Isteri : Abang nih memang betul-betul tak berguna la.

Suami : It's by Default.

Isteri : Macamana pula dengan gaji abang?

Suami : File in use ... Try later.

Isteri : Kalau begitu, apa peranan saya disisi abang sebagai seorang isteri?

Suami : Unknown Virus. "


P/S=kesian si isteri kan? adoiyai.. hahahaha

Isnin, 5 Julai 2010

MAKSUD SETIAP AYAT DALAM TARIKH LAHIR ANDA

Ha! jom kita tengok sikit apa maksud perkataan dalam tarikh lahir korang! ada maksud tau dalam setiap tarikh lahir korang! layan saja santai sikit? rilex-rilex.. hehe

1-Ambil ayat dari bulan korang lah
January--------aku sepak
February-------aku lompat atas
March-----------aku karate
April-------------aku cium
May--------- ----aku terajang
June-------------aku peluk
July--------------aku buat sardin dengan
August-----------aku makan dengan
September------aku menari dengan
October----------aku menyanyi dengan
November-------aku jelir lidah kat
December-------aku lari keliling


2-Ambil ayat dari hari lahir korang:

1------- burung hantu
2------- makluk asing
3--------public phone
4------- basikal aku
5------- lelaki salji
6------- gangster kampung
7--------mobile telefon aku
8--------hantu jepon
9--------kawan baik nenek aku
10-------kawan lembu aku
11-------cikgu lama aku

12-------kerbau ayah kawan aku
13-------ahli bomba
14-------lembu mak aku
15-------kambing ayah aku

16-------kapak mak aku
17-------lesung batu
18-------pedang aku
19------ lelaki lembut
20-------tikus adik aku
21------ ninja
22-------Chuck Norris
23-------mee kari adik aku
24-------kambing aku
25-------pemain bola sepak
26-------buaya
27-------ayam serama
28-------ipod aku
29-------kucing engkau
30-------kutu rayau
31-------hantu jepun

3-Ambil ayat dari hujung tahun korang di lahirkan:
1--------- di dalam kereta aku

2 ---------di atas katil engkau
3 ---------di dalam jamban
4 ---------di bawah katil
5 ---------di atas motosikal
6 ---------di bawah jambatan
7 ---------di atas bumbung rumah
8----------masa makan atas meja
9 -------- semasa jalan2 cari kucing adik aku
0 -------- di dalam bilik tokwan

4-Ambil ayat dari color yang korang suka:
putih---------sebab aku suka macam tu
hitam--------sebab aku memang degil
Pink----------sebab aku memang terer
merah-------sebab ade suara yang bagitau aku
biru----------sebab aku seksi dan aku boleh buat
ungu-------sebab ada orang suruh
kelabu-------sebab aku tak boleh control diri aku
kuning-------sebab ade orang ofer aku RM10
Orange------sebab aku pikir aku bijak
cokelat------sebab aku memang boleh buat
lain2---------sebab diri aku seorang ninja!


Contoh ayat lahir 14.7.1990 ni besday aku la=
Aku buat sardine dengan lembu mak aku di dalam bilik tok wan sebab aku memang degil..(p/s:untuk tahun ambik no akhir ajer)


P/S=ni aku ambik dalam e-mail aku tadi member aku bagi! entah dari mana dia dapat? tak tahu?
jadi aku cuma nak berkongsi je dengan korang... saja kita gelak-gelak sikit? tenangkan fikiran.. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"Magical Template" designed by Blogger Buster