salam... saja je nak try buat sajak? jangan ketawa! walaupun aku tak reti pasal sajak ni tapi boleh kan sekadar nak mencuba? hehe esok nanti aku siar entry lain plak? sebab pasal buah pun dah habis...
AKU DI ALAM LAIN
Aku terasa ada di alam lain
Yang semuanya berubah
Kenyataan tiba-tiba kini di tangan sasterawan
Jadi kabur kerana banyak kiasan
Keindahan pula pada seniman
Tiba-tiba jadi buruk menakutkan
Cinta yang ada pada manusia
Dipuja-puja jadi berhala
Kini yang cuma tinggal cahaya
Pada di dada ulamak saja
Tapi itupun ada juga disalin dan dicetak
Dijual ditukar-tukar di pasar
Tiba-Tiba datang sekumpulan pemuja tuhan
Mereka cuba bercerita tentang kebenaran
Aku pula menidakkan kenyataan mereka
Sambil buat tak pernah mendengar
Ketika aku hendak beralih pergi
Mereka memanggil namaku
Aku berhenti melangkah
Menyembunyi dan cuba memujuk-mujuk
Nafasku yang tiba-tiba termengah-mengah.
Terasa seakan berkurun mengembara.
Di Barat,Timur,Selatan dan Utara
Berlabuh pula di tujuh benua
Ada kala tenggelam di sembilan lautan
Tapi aku cuba bangun
Walau tak mampu aku cuba lagi!
Sampaikan kekadang merangkak!
Kekadang mengesot untuk bangun!
Bila tersungkur aku bangun kembali!
Akhirnya sampai juga ke destinasi
Lalu kutoleh ke kiri kanan
Mencari tanda tapi tidak pula aku berjumpa?
Kenapa agaknya? Kerana selama ini
Terasa macam dah jauh aku pergi?
Aku memandang semula ke belakang
Baru aku sedari tadinya hanyalah imaginasi
Dalam ilusi dan fantasiku sendiri
Secara realitinya selama ni
Aku tidak pernah kemana-mana
Kerana pada ketika itu di hadapanku
Hanya laptop dan henset saja..
=sajak ni aku buat sebab bila tadi tiba-tiba rasa di alam lain? last sekali rupanya aku tengah buat minda bawah sedar! melangkah ke alam lain sampaikan terlupa alam realiti? hehehe baru je belajar pasal Minda Bawar sedar ni baru pagi tadi je try! yang bestnye jadi plak! hehehehhehe=
P/S=jawapan buah pada entry lepas..
pic 1 =Buah Jambu Mawar
pic 2 =Buah Tin
pic 3=Buah Peach
pic 4=Buah Terap
pic 5=Buah Tunjuk Langit