Thankz kepada semua yang follow aku nanti aku follow korang balik..

Memaparkan catatan dengan label PENGALAMAN LUCU AKU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PENGALAMAN LUCU AKU. Papar semua catatan

Ahad, 5 September 2010

PERANGAI PELIK DI BULAN PUASA "part 2:keluar angin"



Salam... semalam aku cerita pasal kawan aku minum air liur dia kan? eee... memang mengelikan! cis! hahaha kali ni aku nak cerita lagi kenangan masa bulan puasa masa ni aku form 1 aku ada sorang kawan pelik jugak perangai dia ni! tapi taklah pengotor macam semalam ni lebih kepada pelik! memang ajaib! macam ripley believe or not! sama-sama ikuti kisah ni...


Ni cerita kenangan aku masa bulan puasa masa form1 aku ada kawan dia ni suka makan angin bukan melancong! tapi angin korang tau angin kan? bila angin datang sejuk je? kawan aku ni aku bagi nama dia S (bukan nama sebenar)

Ceritanya bermula masa tu angin tengah kuat nak hujan kot? masa waktu rehat aku dengan S lepak kat depan padang sekola bila angin kuat saja selalunya dia akan nganga mulut dia mesti kata "nick aku makan angin ni? tengok ar? berangin jatekak aku tak rasa lapar dah! tak percaya hang cuba try test" bila aku tengok dia buat macam tu

Aku pun jawab balik "woi! hang tak posa ka! mana boleh makan waktu siang!" sebenarnya saja je aku kata macam tu nak bergurau je? hehe sekali S jawab "jangan risau nick aku makan angin ni nanti dia keluaq balik tak percaya hang tengok ni!"

Aku ingat apa la dia nak buat? sekali dia kentut punya la kuat! cis! musibat ops! tak baik maki batal puasa,hehe selepas tu slumber dia kata "tengok! aku makan angin sat ja lepas tu dia akan keluar balik dari berbagai arah ataih dan bawah!"

Aku terkejut jadi aku tanya "kenapa plak ataih dengan bawah plak?" S dengan slumber sekali kata "bawah melalui kentut?' aku "habis ataih kot mana plak??" S kata tengok ni dia berlahak plak! kalau yang tak paham berlahak tu sendawa cis! haha apa lagi aku punya gelak la masa tu memang ajaib betol kawan aku tu! haha

Hmm...tapi yang tu cuma tinggal kenangan je sebab aku cuma kenal dia setahun jer sebab masa aku masuk form2 dia pindah sekolah semalam mimpi dia plak? sebab tu aku ingat balik cerita ni... semenjak dua menjak sebelum raya ni setiap hari boleh dikatakan aku mimpi kawan aku dan cikgu-cikgu yang aku kenal start form1 sampai form 5 tetiba banyak kengan lucu dan manis aku ingat balik....



P/S=hu! pelik tak? bila dia makan angin terus kentut dan sendawa! banyak kali jugak dia buat memang kami 1 kelas kagum dengan kebolehan dia tu... haha kalaulah kawan aku baca blog aku ni aku cuma nak kata "eh! hang buat macam mana? boleh ajar aku tak?" lupa nak tanya sepanjang kenal dengan dia masa tu? hehe

Sabtu, 4 September 2010

PERANGAI PELIK DI BULAN PUASA "Part 1=air liur"


Salam ni aku nak cerita sikit perangai-perangai pelik kawan aku masa aku sekola dulu terutama bulan puasa!! jom baca ikuti kisah ni....



Aku ada sorang kawan (lelaki) dia ni macam tak betol sikit? haha sory terkutuk ko bai? eh! tapi dia mana kenal aku? sebab kat masa sekola semua orang panggil aku dengan nama yang lain jadi takpe la aku kata ko memang giler babeng punya perangai! saja kutuk hang bai? sebab aku tahu hang tak buka punya blog? haha tak pernah aku jumpa manusia macam hang slumber jer! memang kenangan tak lupa la dengan hang la bai! terbaik wok! hahaha nak tahu kenapa?

Cerita dia macam ni form4 bulan puasa aku dengan kawan aku ni dok dalam kelas kitorang tak turun sebab yela bukan boleh makan pun dok dalam kelas je la? tapi orang lain turun jugak cuma kitorang dua je tak turun atas alasan nak siapkan mathematic,lepas tu member aku ni aku bagi nama K (bukan nama sebenar)

K berkata "nick! hang ushar line tengok! line clear tak wei!" aku "huh! kenapa plak? hang nak buat apa? nak tiru jawapan aku? nah la ambik tiru ja takdak sapa tengok aih" K "bukanlah! tolong ushar line sat wei!"

aku pergi ke pintu dan toleh kat dia balik "huh! hang nak buat apa?
tak paham aku terang sikit bai?" K "maksud aku tutup pintu sat? ada benda aku nak buat ni?"aku "huh! ni sah hang nak nak ajak aku ponteng puasa ka? wei! gila hang! ingat ni bulan puasa!" K "syhh.. kalau telan ayaq liyuq tak batal posa kan?" aku "rasanya tak batai kot kenapa?"

Dengan slumber badak dia ambik botol air dalam beg terus minum!!! ha!! aku terus menjerit "woi! mangkak! gila hang! agak-agaklah! minum masa bulan posa! hang tak posa ka! aku blah dulu aku tak mau bersubahat! kurang pahala aku?"

Member aku tahan aku nak keluar dia kata "woi! nick! ni bukan ayaq masak la!" aku "habis takkan ayaq zam-zam plak? nama saja ayaq minum masa siang batal posa la mangkuk!" K "hish! ni bukan ayaq zam-zam la! ni ayaq liur aku la! aku ludah semalam tiga hari juga aku simpan bawah katil aku? jadi aku minum la sebab kan telan ayaq liyuq tak batal posa kan?"

Aku "Ya Allah apa la bodo kedengoi sangat sangat kawan aku ni? ni mahzab mana hang belajaq ni! ayaq liyuq hang banyak ni gila pengotoq!! hang bukan kawan aku! aku blah dulu" K "wei! rilex la nick! hang jangan bagitahu sapa plak? tapi kalau hang nak aku boleh buat lagi 1 botol?"

Aku terus blah tinggalkan dia sorang-sorang sempat jugak aku toleh belakang dengan slumber je muka dia dok teguk air botol yang penuh air liur dia! cis! giler babeng betol! tapi ni cerita masa aku form4 tahun 2006 aku tak pernah cerita kat member aku yang lain sebab tak baik aib kan kawan plak? tapi bila bulan puasa ni tetiba plak aku teringat pasal dia mimpi dia plak semalam? haha sebab tu aku cerita tu (tapi sama ada betol atau tidak dia minum air luir dia aku tak tahu sebab takkan aku nak check plak? dia yang kata tu air liur dia)

Tapi kenangan je semua ni sebab bila masuk form5 dia dah pindah memang kenangan tak boleh lupa! ni cerita betol! memang aku rasa kawan aku tu sawan agaknya? haha apa korang rasa bila aku cerita macam ni? kalau korang nak termuntah aku apatah lagi depan mata tu!!! apa-apapun pesan aku puasa jangan tak puasa buat kaum lelaki semua! perempuan takpe dorang ada sebab...


P/S=kalau kawan aku tu baca blog aku ni? maaflah aku cerita kat blog aku pasal cerita hang ni tapi aku nak tanya "sekarang hang masih buat lagi tak macam ni? atau hang buka bisnes jual ayaq liyuq plak" hahahha

Selasa, 12 Januari 2010

KENANGAN DI SEKOLAH

HAI SEMUA FOLLOWER NAK DENGAR TAK KISAH AKU MASA FORM5? HAHA APA JADI? CERITA APA? JOM TENGOK....


Aku ingat lagi masa aku form5 awal tahun cikgu pilih aku untuk membentangkan isu semasa kat depan semua budak form5 kelas aku,tapi selama 3 ari berturut-turut! aku dah gelabah balik rumah nak mandi tak basah bukan tak basah langsung basah kepala jer,makan tak kenyang nak buat macam mana masa tu hanya ada biskut merry je,tido tak lena yela malam ada babun mana tah buka tv punya kuat! cis! aku kelam kabut esok nak presentation? geram cikgu pilih aku pehal! atas alasan aku pendiam! nak bagi aku biasa bercakap? hak puih! cikgu kena la paham aku ni pendiam hormat la sikit!

Tapi tak pe malam tu aku punya la pikir macam mana nak buat? kalau kata demam pagi tu juga ayah aku akan hantar ke klinik? kalau kata sakit perut pagi tu juga mak aku masak macam-macam suruh makan? kalau kata sakit kepala? kakak aku mula la promo plaster tempal kat kepala tu(apa orang panggil) korang tau kan? kalau kata sakit badan nanti parent aku hantar refleksologi plak? jadi memang tak ada idea dah nak bagi alasan! kalau ponteng? ha! lagi la kantoi! memang malam tu hanya tuhan yang tahu aku tak tido sampai siang!

Lepas je sembahyang subuh tetiba ayah aku datang kat aku dia kata "awat gelabah semacam ni? hang ada buat salah kat sekolah ka" aku cerita la kat bapak aku? rupanya bapak aku lagi terrer wei bagi idea!!!!! tak terpikir aku nak buat idea macam tu! haha lepas tu bapak aku kata "dulu babah pun macam tu juga tapi otak mau pandai la" aku pun apa lagi jalankan idea bapak aku tu anak bapak la katakan bak kata pepatung "macam mana kuah nak tumpah kat nasi kalau tak korang tak tumpahkan" haha

Ok2 cerita dia macam ni lepas idea ayah aku bagi tu? terus aku senyum jer control macho la tu.setiba di kelas semua tepuk tangan dorang memang macam tu saya suka usik aku sebab pendiam la katakan? lepas aku masuk kelas semua tanya apa yang nak aku bentang kan? aku kata "nanti aku bentang la belum azan lagi macam mana nak betang sejadah"

Tetiba cikgu panggil la "NICK" dengan muka senyum aku berkata "dengar semua budak-budak kelas aku! korang pun sama follower blog aku dah korang baca entry aku ni jadi korang dengar la ok? soalan aku senang jer "Korang Tau Tak Apa Aku Nak Cakap?" semua budak kelas aku termasuk follower yang baca ni jawab "Tak Tau" aku terus kata "Kalau Hangpa Semua Tak Tau Apa Aku Nak Cakap,Baik Aku Tak Payah Cakap" aku terus duduk di kerusi semua mulut ternganga jer cikgu kata "er.. er.. cikgu binggung ni macam kena pukau? esok sambung presention tau! cikgu tak tau nak kata apa"

Esok aku datang sekola cikgu tanya "Nick bentangkan presentation anda!" aku bertanya "Korang Tau Tak Apa Aku Nak Cakap?" dorang semua pandai dorang buat isyarat muka aku nampak tapi aku buat tak tahu jer semua budak kelas aku termasuk follower blog aku kata "Dah Tau!" aku pun balas balik "Kalau Korang Dah Tau Jadi Buat Apa Aku Nak Cakap Lagi?"cikgu terlopong lagi mulut dia saambil garu kepala dan berkata "apa maksud hang nick cikgu pening?" aku dengan megah menjawab"Dah Semua Orang Tau Buat Apa Saya Nak Cakap?" semua budak kelas aku pening aku dengan muka selumber dek jer la...

Esok aku kena buat pembentangan depan kelas tapi cikgu dengan megah berkata "Nick Kami Dalam kelas Ni Ada Setengah Tau Apa Hang Nak Cerita! Ha! Jawab La Nick?" semua gelakan aku termasuk follower blog aku,dalam hati aku berkata "cis gelakkan aku ek? korang ingat aku tak tau nak jawab?" aku dengan tenang menjawab balik pertanyaan cikgu "Kalau Ada Setengah Yang Tau Dan Setengah Tak Tau? lagi senang! ha! Yang Tak Tau Bagi Tau Yang Tak Tau" aku terus pergi dengan senyuman sinis dorang terkena lagi! wakakaka cikgu terus pensan!

P/S=NI CERITA BETOL NI! HAHAHA CERITA NI DAH PERNAH DIBUAT OLEH BAPAK AKU MASA DIA SEKOLAH DULU JADI DITURUNKAN IDEA NI KEPADA AKU? HAHAHA JADI KALAU KORANG KENA BUAT PEMBENTANGAN KALAU KORANG NAK GUNA AYAT AKU NI TERPULANG LA TAPI JANGAN LECTURE ATAU CIKGU KORANG PENSAN DAH? APA-APA PUN KALAU KORANG DIBERI KERJA BUAT TAU! JANGAN JADI MACAM AKU NI... HEHEHE

Ahad, 10 Januari 2010

KISAH AKU

masa aku keluar dengan member,lama tak jumpa dorang jadi kami ronda sakan la,lepas tu ada kejadian yang tak dapat aku lupa sampai bila-bila nak tau apa? jom baca cerita ni...


-CERITA 1-

cerita betol masa tu aku tengah sembang la dengan member aku kat gerai makan,lepas tu aku sakit perut aku pergi tandas nak termenung tetiba di tandas aku melihat semua keempat-empat pintu tutup! aku bengang "ada sapa dalam tak?" aku terdengar suara bercakap sendirian mereka berkata pelik-pelik? aku terdengar "alamak! budjet tak cukup?' ada juga kata "eh! apa mahal sangat?" ada juga berkata "pergh!!! terliur aku tengok! berapa hengget ek?" aku menjerit lagi "woi! cepat la keluaq aku dah tak tahan ni! hangpa dok buat apa dalam cukuq bulu ka!!" tetiba semua keluar dalam 4orang kesemuanya mereka memandangku "ko ni sibuk la! blah la lu!" aku menjawab "aku dah tak tahan la hangpa buat apa lama kat jamban hangpa beranak ker!" aku terdengar salah sorang dari mereka berkata "aku tangan kang budak ni! dah masuk la! sengal!" aku terus masuk ke dalam tandas.aku hairan apa la mereka buat punya lama dalam tandas lepas aku membuka seluar untuk melepaskan hajat aku terpandang betol-betol di depan pintu tandas berhadapanku lepas tu hati aku berkata "patut la ingatkan apa tadi? aku ketawa sakan" korang nak tau apa belakang pintu tandas di tulis "KAMI TAHU LEPAS BERAK ANDA LAPAR KAN? JADI KAMI BERBESAR HATI MENJEMPUT DATANG DI GERAI **** DISINI KAMI MENYEDIAKAN MENU YANG LAZAT DENGAN HARGA BERPATUTAN! YANG BOLEH MENGISI KEKOSONGAN PERUT ANDA SELEPAS BERAK! SILA DATANG! SELAMAT BERBERAK! TAHI PASTIKAN IA JATUH DITEMPAT YANG BETUL" adoiyai.. dalam tandas pun boleh buat bisnes siap ada menu tersenarai tau! dah tu dengan gambar sekali!!! hahahaha ni cerita betol aku masa nak pi tandas kat pulau pinang area mana? aku tak boleh bagitau kat mana nanti ramai pulak nak dok dalam tandas tu! nanti menganggu orang nak buang air besar lak? apa-apa pun? hahhahahahahhaha


-CERITA 2-

1 lagi cerita masa aku dengan member nak turun lif tingkat bawah tetiba aku terkentut tapi aku berpura-pura tutup hidung dan melihat member kat sebelah dan memberi isyarat suruh tutup hidung juga sebab kami pakat nak tuduh mamat dua org sebelah kami ni tetiba dorang pun tutup hidung kami berempat berpandangan 1 sama lain.smua tak mahu mengaku nak tuduh sapa-sapa pun takut jadi kitorang hanya melihat 1 sama lain,lepas tu lif berhenti ada sorang awek masuk pergh!! lawa beb! 23.22.21! pergh!! lepas tutup jer lif dorang bertiga apa lagi tuduh awek tu la! hahaha sian awek tu sampai menangis dorang kutuk dia! aku tak kutuk tapi selepas di cuit kawan aku,aku pun kutuk juga kata "awak busuk! kentut ada bau mashem lain kali pakai la dedoran" lepas lif berhenti lagi,perempuan tu keluar sambil nangis,kami gelak sakan kami berempat tak turun sebab kami nak pi tingkat bawah sekali.lepas tu masuk sorang abang badan pi gym tu! tetiba aku terdengar abang tu kentut sebab aku dok belakang dia tetiba dia toleh belakang aku dah cuak aku terus kata "saya kentut" kebetulan kami berempat berkata serentak plak.lepas tu abang gym masih usha kami pelik lagi aku berkata lagi "betoi bang kami kentut bersama-sama jadi kentut kami sudah bersatu padu sebab tu ada bau macam2" lepas lif buka abang tu keluar dan senyum dan berkata "thnkz! sebab korang dah mengaku abang ingat abang toleh belakang tadi nak mengaku kat korang dan minta maaf abang kentut ada bau petai dan durian tapi korang pulak yang mengaku jadi selamat.. thnkz! nanti kalau abang naik lif korang naik la sama nanti senang la abang tak payah mengaku.. hahaha" dan lif pintu lif tertutup kami terus ker tingkat bawah sepanjang dalam lif tu kami berempat ketawa sakan saja......


P/S=ni cerita semalam hari jumaat... aku keluar dengan member aku sampai sekarang aku kalau jumpa member mesti kitorang cerita pasal ni la.... cerita dua la sebab cerita satu aku je yang lalui..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"Magical Template" designed by Blogger Buster