Thankz kepada semua yang follow aku nanti aku follow korang balik..

Memaparkan catatan dengan label FILEM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label FILEM. Papar semua catatan

Rabu, 2 Januari 2013

FILEM-FILEM MENARIK 2013




Kali ni aku nak update pasal filem hollywood la plak? hehe tengok kat youtube tahun 2013 ni banyak filem menarik akan ditayangkan antaranya ialah.....






 
 PROTOTYPE
  

 
 HANSEL AND GRETEL:WHICH HUNTER



 WARM BODIES


 
 IRON MAN 3


 
 AFTER EARTH



 MAN OF STEEL



 WORLD WAR Z



 HAUNTED HOUSE



 PACIFIC RIM



 OZ THE GREAT AND POWERFUL



 G.I JOE 2



 OBLIVION


 
 DARK SKIES



 JACK AND GIANT SLAYER



THE MORTAL INSTRUMENTS:CITY OF BONES

SCARY MOVIE 5


 
 STAR TREK INTO DARKNESS 



 THE SMURF 2


P/S=ada banyak lagi filem-filem 2013 yang menarik tapi tak larat aku nak search lagi sampai setakat ni je la kot? kalau korang semua movie yang mana ye? hehehe













Sabtu, 27 Ogos 2011

FILEM BARU BAKAL KELUAR NANTI!

salam... kali ni aku nak letak video filem bakal keluar nampak macam best je? filem apa? tengok la sendiri... best!


CINTA KURA-KURA



AKU BUKAN TOMBOY



APOKALIPS



SATU MALAM KUBUR BERASAP



=aku suka yang cinta kura-kura sebab tengok macam best jer yang lain tu boleh la tahan=

=10 malam terakhir 26 ramadhan malam ke 27=

-malam bising mat rempit semakin mengganas kat flat aku apa nak jadi la flat kat teluk kumbar bayan lepas ni? malang betol nasib aku di takdir duduk sini
-hujan lebat giler -tapi suasana tak sunyi sebab katak bising kuat hari ni
-takde perkara ganjil

P/S=nampaknya malam tadi pun bukan? malam ni tak tahu macam mana plak?

Selasa, 2 Ogos 2011

FILEM BAKAL DI TAYANGKAN MANA PILIHAN KORANG?

Salam... kali ni aku nak review filem plaklah? hehe sebab tadi masa google banyak jugak filem melayu yang bakal keluar? ada yang tak best ada yang best ada yang boleh tahan je la? antaranya ialah!!! korang tengok la bawah ni...


JUVANA THE MOVIE


========================================

ISTERI-ISTERIKU GENGSTER



======================================

BUNOHAN


======================================

MAN SEWEL DATANG KL



======================================

APA TENGOK-TENGOK



======================================

8 JAM



======================================

3 BUDAK MELAYU



======================================

KIL





P/S=3 filem aku suka Bunohan,Juvana dan Kil sebab tengok trailer dia lain dari yang lain sikit tapi filem aku tak suka sangat 3 Budak Melayu dengan Man Sewel? hehe tapi tu kalau citra rasa aku la kalau korang aku tak tahu suka yang mana? hehehehe

Khamis, 9 Jun 2011

FILEM 2011 YANG AKU NAK TENGOK! hehe

Salam... ha! korang ce nengok patut kat atas tu? hehe tukar plak kan? ni filem yang aku akan tengok sebab aku minat jalan cerita dan pelakon dalam filem ni antaranya ialah...



Hantu Bonceng
Cerita mengisahkan Amran seorang budak Delivery yang gemar berlumba secara haram motor Drag. Satu hari selepas memenangi satu perlumbaan, Amran telah di hadiahkan seorang Bohsia bernama Maya sebagai habuan perlumbaan. Malang tidak berbau, di ketika Amran hendak membawa bohsia yang memboncengnya itu keluar dari port, mereka telah kemalangan dan Bohsia tersebut mati ditempat kejadian.

Sejak kejadian itu Amran sering diganggu dengan hantu Maya yang meminta Amran sempurnakan mayatnya. Amran cuba mendapat bantuan kawan karib nya Kunyit untuk membantunya menjejak keluarga Maya yang sehingga kini masih menjadi misteri setelah Halimaton kekasih Amran seorang jururawat enggan membantu Amran sebab marahkan atas kecurangan Amran terhadapnya.

Berbagai cara Amran lakukan untuk menyelesaikan gangguan daripada Maya itu. Dari berjumpa bomoh hinggalah ke seorang ustaz. Tanpa Amran sedari dia mula berubah menjadi seorang yang lebih baik dan mula menginsafi atas kelakuan buruknya sebelum ini Halimaton mula menerima semula Amran setelah melihat perubahan positif padanya. Tapi tanpa diduga Ayu muncul dalam hidup Amran. Apa yang akan jadi pada Halimaton dan siapakah sebenarnya Ayu? Semuanya akan terjawab di penghujung cerita Hantu Bonceng.




==============================

Berani Punya Budak
Pairote (digelar sebagai “B”) telah dipaksa oleh kumpulan mafia terbesar di Thailand untuk mencuri data pelanggan daripada Bank Wealthy, sebuah syarikat kad kredit antarabangsa. Dia menjadikan Lita (Naib Presiden syarikat tersebut) sebagai tawanan dan memaksanya untuk memberi kata laluan yang akan membolehkan tugasannya dihabiskan, dan kemudian dapat melarikan diri daripadanya.
Dia melakukan ini untuk abangnya, Tong (lakonan Afdlin Shauki), yang telah ditangkap, diseksa dan dijadikan tebusan oleh kumpulan mafia tersebut. Sebagai pertukaran untuk data yang telah mereka paksa curi.




==============================


Husin,Mun dan Jin Pakai Toncet (2012)
Filem ni aku tak jumpa la sinopsis lepas tengok trailer pun tak puas! tapi trailer filem ni aku tengok macam best? hmm..pandai mamat khalid ni buat mengkeme dengan awok nunggu citer ni.. hehe




P/S=filem 3 ni aku suka sebab ada 2 pengarah hebat iaitu mamat khalid aku suka hantu kak limah! lepas tu adlin shauki sebab filem papadom dia memang menyentuh perasan dan terakhir sebab ada 2 pelakon yang aku minat zizan belakon lawak dia best dan ada jugak juliana evan aku minat sebab dia comel! haha..

Rabu, 8 Jun 2011

FILEM BAKAL DI TAYANGKAN 2011 "part 2"

Salam.. ok! sambung lagi entry yang sebelum ni kali ni aku nak tunjukan filem yang seterusnya yang bakal ditayangkan nanti.. antara-antaranya ialah...


Filem Karipap Karipap Cinta mengisahkan Ali, seorang pemuda yang bersopan santun tetapi tidak memiliki cita-cita dan motivasi. Dia bekerja di sebuah syarikat akhbar politik dan majalah misteri. Tugasnya mengambil gambar kawasan yang kelihatan seram dan mengubahsuainya menjadi gambar yang kelihatan mempunyai hantu. Ali jatuh hati kepada seorang kartunis, Sarah. Dalam satu kejadian ragut, Ali cuba menjadi hero tetapi akhirnya Sarah yang menyelamatkannya kerana mempunyai kemahiran dalam ilmu persilatan.

Ali mendapat tahu Sarah pernah menuntut di Universiti Al-Azhar dan mempunyai kelayakan sebagai ustazah. Dalam usaha memikat Sarah dan keluarganya, Ali berbohong dirinya juga pernah menuntut di universiti sama, tetapi akhirnya pembohongannya terbongkar.apa akan terjadi saksikan filem ni nanti..



Trailer

===================================


(filem ni aku tak jumpa poster)

Filem FLAT 3A mengisahkan tentang pengalaman ngeri dan seram Fikah (Intan Ladyana) dan teman lelakinya Anas. Setelah Fikah berpindah ke rumah baru, tanpa diduga rumah tersebut adalah sebuah rumah tinggal yang cukup berpuaka dan mula menghantui Fikah. Di samping itu usaha Wahyu (Ery Zukhairi) yang menjejaki kehilangan anak saudaranya, Fatin mula merungkai segala persoalan dan misteri. Apakah punca rumah itu berpuaka dan apakah yang bakal terjadi kepada Fikah dan Anas? Apakah kaitan Fatin & Wahyu dalam misteri rumah tersebut? 14 Julai 2011 bakal menjawab persoalan tersebut.



Trailer


P/S=macam mana ada yang menarik tak? hehe ok tunggu entry seterusnya aku update lagi filem-filem melayu yang lain..

FILEM BAKAL DI TAYANGKAN 2011 NI "part 1"

Salam.. kali ni aku nak buat entry pasal filem plak? sebab tadi aku try info cari pasal filem-filem melayu yang bakal di tayangkan 2011 ni? agak menarik jugak filem-filem tahun ni dan aku nak kongsi la sikit korang antaranya ialah..


FILEM 321 CINTA
Apakah akan terjadi apabila nisbah perempuan lebih tinggi berbanding lelaki? Siti Aishah ataupun Sam (diana Amir) merupakan seorang perempuan yang berpewatakan kasar, tinggal bersama ayah dan adik tirinya selepas kematian ibu bapanya. Selepas beberapa kali bertukar universiti, Sam akhirnya memilih untuk melanjutkan pelajarannya bersama rakan baiknya Ayam (Pierre Andre). Di sana, Ayam memomokkan Sam dengan artikel tesisnya iaitu 'perempuan 37:1 lelaki, menyebabkan Sam rasa tak senang duduk dan mula mencari jalan unyuk mencari teman lelaki segera sebelum menjadi andartu. Sam secara tidak sengaja terlihat lelaki idaman remaja, Nazril (Farid Kamil) dan memutuskan utk memikat beliau. Malangnya Nazril tak berminat langsung dengan Sam dan rakannya, Ayam sendiri tidak menyokong usahanya itu. Namun ianya tidak mematahkan semangat Sam. Adakah Sam, seorang perempuan kasar dapat memikat hati Nazril? Nantikan filem 3, 2, 1 Cinta di pawagam berhampiran anda.


trailer

=========================================

FILEM SONGLAP
Berlatarkan bandar metropolitan Kuala Lumpur, SONGLAP mengikuti kisah dua adik-beradik – AM (Shaheizy Sam) dan AD (Syafie Naswip) yang melibatkan diri dalam sindiket penjualan bayi yang diuruskan oleh seorang wanita bergelar MAMA.

Kehidupan dua adik-beradik ini jauh berbeza; AM mengambil kesempatan dengan menggunakan business MAMA sebagai jalan pintas mendapatkan wang untuk kegiatan judinya, sementara AD mengimpikan kehidupan yang lebih baik dengan menyertai pertandingan tarian B-Boy.

AD mula menyedari impiannya mungkin tidak tercapai setelah kehilangan kawan karibnya RAZAK kepada kancah dadah dan melihat dengan matanya sendiri nasib gadis-gadis muda yang dijual kepada sindiket pemerdagangan manusia.

Apabila adik RAZAK, HAWA (Sara Ali), yang sedang hamil terjebak dengan sindiket ini, AD tidak boleh menutup mata kepada situasi ini lagi dan terpaksa berlumba dengan masa untuk menyelamatkan HAWA tanpa menyedari bapa Hawa, PAK DIN juga sedang mencari anaknya yang telah hilang. Akan tetapi, niat baik AD untuk menolong HAWA telah menggoyahkan hubungannya dengan AM, dan pergelutan mereka akhirnya mencecah tebing maut.

Berdepan dengan godaan dan pengkhianatan, dan dihambat samseng ganas di jalanraya, siapakah yang akan menang dalam pertaruhan nyawa antara dua saudara ini?


trailer



P/S=menarik tak filem ni? ha! ikut baru sikit nanti aku letak lagi filem-filem yang lain plak...

Selasa, 26 April 2011

5 FILEM FANTASI PILIHAN NICK IRFAN

Salam.. kali ni aku nak berkongsi dengan korang filem yang aku suka tapi bergenre Fantasi saja (dari tahun 2006 sampai 2008) sebab filem ni aku tengok banyak kali pun tak jemu sebab jalan cerita yang agak menarik lain dari yang lain bagi akulah antaranya filemnya ialah...


Bridge To Terabithia (2007)
filem ni mengisahkan sorang budak laki yang sering dibuli disekolah tiba-tiba kedatangan budak baru perempuan di sekolahnya mereka menjadi kawan baik jadi budak perempuan tu pun tunjukan 1 rahsia dihutan di belakang rumah dia adalah hutan misteri! 1 kerana hanya di dalam hutan tersebut semua permintaan termakbul! pelik kan? tapi ending filem ni memang paling sedih bagi sebab apa? hmm... (trailer filem ni)



The Spiderwick Choronicle (2008)
Filem ni mengisahkan sebuah keluarga yang baru pindah di 1 rumah terpencil,keluarga ni ada anak kembar sorang nerd sorang nakal? tapi apabila si nakal ni telah membuka 1 buku walaupun buku tu tak boleh di buka sebab kalau buku tu di buka akan menarik perhatian kuasa jahat di luar rumah tu! dan kuasa jahat di luar rumah tu plak sejenis makhluk halimunan! macam mana mereke menangani masalah akan berlaku nanti? (trailer filem ni)


I Am Legend (2007)
filem ni plak mengisahkan di 1 bandar yang pesat membangun tapi semua manusia hilang yang tinggal hanyalah seorang saja lelaki! ha! senang cerita bayangkan kalau di tempat korang tinggal takda manusia lain selain korang saja!! boleh bayangkan? macam tu la cerita di atas korang rasa macam mana dia nak survive kalau duduk tempat macam tu? adakah ada manusia lagi selain dia? (trailer filem ni)


City Of Ember (2008)
Filem ni berkenaan manusia yang hidup di bawah tanah! mereka berkerja berkahwin dan belajar semua bawah tanah! tetiba ada 2 orang budak teringin nak meneroka dunia di atas mereka? tapi banyak plak dugaan sebab ada saja halangan menimpa adakah mereka berjaya? (trailer filem ini)


The Lake House (2006)
Filem ni mengisahkan perhubungan 2 orang manusia yang berlainan tahun? faham tak? macam ni perempuan ni dia hidup tahun 2006 tapi lelaki tu plak zaman 2004 mereka berhubung melalui peti surat kat rumah mereka iaitu lake house! kiranya peti surat tu agak misteri sebab boleh merentasi masa.. hmm.. dapatkah cinta dorang bersatu? (trailer filem ni)


P/S=mesti korang pelik kenapa harry potter dengan narnia takde? sebab harry potter dengan narnia pun fantasi kan? ni cerita fantasi yang takda sambungan habis macam tu je takda part 2 yang harry potter dengan narnia ada sambungan tapi aku suka jugak cerita tu...

Rabu, 12 Januari 2011

FILEM 2011 AKU WAJIB TENGOK! KORANG PUN KENA JOIN

Salam.. macam biasa kali ni aku nak promosi lagi filem-filem yang menarik hati aku dan aku nak kongsi bersama korang semua! harap korang pun suka filem-filem kali ni? hehe


LIMITLESS
filem ni plak mengisahkan seorang lelaki penulis buku novel tapi sampai 1 tahap dia dah takde idea nak menulis? sampaikan gf kata "sudah masanya awak lepaskan semua" dia suruh bf keje lain la supaya masa depan dia terjamin sikit sebab lelaki ni dah terlampau selekeh sangat yela 24 jam dok pikir idea nak menulis buku kan? tapi! satu hari lelaki penulis buku ni di datangi lelaki misteri slumber je dia kata "macam mana penjualan buku? ok?" lelaki penulis buku ni pun ceritalah kat lelaki misteri ini masalah dia? tapi lelaki misteri ni bagi 1 pil yang boleh mengerakan 100 % otak manusia! sebab kalau ikut teori manusia biasa hanya menggunakan 24 % je otak kita tapi lelaki misteri ni bagi pil yang boleh kita menggunakan 100% otak kita!!!! bayangkanlah macam mana? bila lelaki ini makan pil tu tiba-tiba dia rasa jadi pandai? sampaikan dia dapat siapkan 4 novel sekaligus sebab idea mencurah-curah macam air hujan! main judi pun asyik menang je? mathematik dia tengok je dah tahu jawapan tak payah kira! dia boleh bercakap macam-macam bahasa tanpa belajar? bila dah jadi manusia terpandai ramai yang berlumba nak ambik dia berkerja sampai ada perbunuhan nak rebut dia!! haha ada jugak yang lebih mengejutkan doktor bedah nak ambik otak dia nak jual? hmm.. teruja? sama-sama kita saksikan apa jadi kat lelaki ni nanti! (terlampau pandai sangat pun susah jugak? hehe) trailer Limitless

(filem ini dibintangi Bradley Cooper, Anna Friel and Abbie Cornish dan pengarah plak
Neil Burger dan ia bergenre thriller dan sci fic akan ditayangkan pada 18 March 2011)



SOURCE CODE
filem ni paling complicated! aku baca banyak kali sinopsis ni baru paham! aku pun tak pasti aku boleh cerita kat korang ke tak? filem ni mengisahkan seorang lelaki dia masuk dalam badan seorang lelaki lain kerana dia nak menyelamatkan beribu penumpang yang jadi mangsa letupan bom pengganas? kalau dia tak dapat menyelamatkan penumpang tu dia akan kembali menjadi lelaki tu lagi? paham tak? aduh.. macam mana nak kata yer? korang pernah tengok tak cerita bukan diriku yang riyo dan mati dia masuk dalam badan ariel kan? cerita ni seakan-akan cerita bukan diriku tapi agak berlainan sikit sebab laki ni tak mati tapi dia cuma pinjam badan seorang penumpang dalam kereta api yang bakal di bom itu? dalam cermin dia bukan nampak diri dia tapi orang lain? dapatkan dia selamatkan penumpang dalam kereta api tu dengan menggunakan badan orang lain? arghh!! aku pun pening macam mana nak explain kat korang cerita ni senang korang tengok sendiri la trailer Source Code


(filem ini di bintangi oleh pelakon cerita Prince Of Persia Jake Gyllenhaal, bersama Michelle Monaghan,Vera Farmiga pengarah plak Duncan Jones dan bergenre drama sci fic akan di ke pawagan pada 21 April 2011)



PAUL
Filem ni plak mengisahkan dua orang lelaki yang berkawan baik dorang ni sedang bercuti dan dorang makan angin kat tempat menarik! kiranya dorang ni mengembaralah tiba-tiba ada sesuatu yang berlaku masa dorang melalui lebuh raya di gurun kiri kanan gelap je? mereka tiba-tiba kemalangan terlanggar treler apabila mereka turun dari kereta nak tengok-tengok kalau ada yang terbunuh ke? apa yang mengejutkan mereka berjumpa Paul!! sejenis makhluk asing yang bercakap dalam bahasa yang mereka fahami! macam manusia jugak cuba makhluk asing ni mata besar? kurus plak tu? dipendekan cerita makhluk asing ni tinggal dengan dorang berdua? lama kelamaan polis mengesyaki dorang berdua ni menyembunyikan sesuatu? dorang ni apa lagi? terus larikan diri untuk menyembunyikan diri dari di tangkap sebab dorang ni dah sayang makhluk asing tu! kiranya dorang berdua taknak la makhluk asing tu di tangkap? dapatkah mereka menyelamatkan makhluk asing tersebut? sama-sama kita tengok nanti nak tengok klik Trailer Paul

(filem ini dibintangi Seth Rogen, Simon Pegg and Kristen Wiig dan pengarah plak Greg Mottola filem ini bergenre Comedy | Sci-Fi dan bakal ditayangkan 12 may 2011)



P/S=next entry aku letak filem lain plak? tengoklah dulu aku nak letak animation ke? filem melayu ker? tunggu je la ok! hehe

Selasa, 11 Januari 2011

FILEM 2011 AKU WAJIB TENGOK! TERMASUK KORANG RASANYA

Salam.. kali ni aku nak bagi info lagi tentang filem pada tahun 2011 ni yang aku rasa tertarik bila tengok trailer dia dan sinopsis? hehe jadi aku nak kongsi dengan korang harap korang pun tertarik.. hehe layan...



WAITING FOR FOREVER
filem ni plak cerita pasal 2 orang budak kecil sorang laki dan perempuan kawan baik jugak dorang ni dari kecik sampai ke remaja mana pergi pun berdua je? tapi bila masing-masing dah besar? laki ni pergi melanjutkan pelajaran ke tempat lain bila dia nak pulang ke kampung halaman sebab dah lama dia tak balik kampung,dia tumpang kereta sorang laki dia siap heboh lagi kat laki tu dia kata nak jumpa buah hati dia sembang macam-macam semua pasal kenangan dia masa kecik dulu tu? setelah sampai kat rumah dia terus pergi ke tempat dia selalu lepak dengan kawan dia tu kebetulan terserempak plak dengan kawan perempuan dia masa kecik!

Jadi selepas tu dorang pun berkawan semula tapi! lelaki tu plak mula jatuh hati kat perempuan tu siap luahkan kat perempuan tu! tapi perempuan tu menolak! laki tu kata "dulu masa kecil kita pernah berjanji nak bersama" perempuan tu kata "kita bukan kecil lagi!!" padahal perempuan tu dah ada bf lain,frust giler laki tu mula dia nak pergi dari situ tapi ada saja halangan macam tak bagi dia balik je? jadi laki ni mula berfikir mungkin perempuan tu di takdirkan untuk dia? jadi dia ambik keputusan nak memikat perempuan tersebut! dapat ke tak? korang tengok la sendiri.. (aku suka filem ni!! sinopsis pun best) filem ni bakal ditayangkan pada 04 Feb 2011 klik untuk trailer Waiting For Forever

(dibintangi oleh Jamey Anthony, Rachel Bilson and Nikki Blonsky pengarah plak
James Keach dan bergenre drama dan romantik)


GAIKING
filem ni langsung aku tak jumpa sinopsis sebab baru perancanganuntuk di buat filem ni yang aku tahu macam cerita transformers sebab ada robot kalau korang nak tahu klik trailer filem ni Gaiking


I AM NUMBER FOUR
Filem ni mengisahkan tentang seorang lelaki yang nampak macam orang biasa tapi di adalah Number 4! ha korang mesti pelik kenapa number 4 kan? permulaan cerita ni diberitahu number 1 mati sebab kena cekik? number 2 pun sama kena bunuh masa nak larikan diri? dan sampailah ke number 3! tapi number 4 terselamat dan pergi ke bumi dia nampak macam pelajar biasa je? takde yang pelik pun sehinggalah dia jatuh cinta kat seorang perempuan lawa jugak perempuan tu? haha bila di jatuh cinta kat perempuan tu dia ada kuasa! dan bila dia dah dapat kuasa datang plak 3 orang makhluk asing agaknya? dorang nak bunuh budak ni dan gf dia sekali tapi apabila budak ni hampir teruk di belasah datang plak seorang perempuan! yang ada kuasa macam budak laki ni jugak? budak perempuan itu adalah number 6! siapa sebenarnya perempuan ni? mana plak number 5? saksikanlah cerita ni nantiklik sini untuk trailer I Am Number Four


(filem ini dibintangi Alex Pettyfer, Timothy Olyphant and Dianna Agron dan pengarah plak D.J. Caruso bergenre Action | Sci-Fi nantikan filem ini pada 24 February 2011)



P/S=mana mana? menarik? ada yang teruja tak? ok! insyaallah nanti aku siar lagi filem pada tahun 2011 lagi.. hehe

FILEM 2011 AKU WAJIB TENGOK! TERMASUK KORANG PUN..

Salam.. kali ni aku nak promosi sikit filem-filem pada tahun 2011 ni aku saja-saja survey tadi nampaknya filem pada tahun 2011 semua hebat-hebat! memang tahun 2011 ni aku rasa semuanya jadi kaki wayang! tak percaya? ok! kali ni aku nak promot sikit filem-filem yang bakal di tayangkan pada 2011 ni nanti...



COMBOY AND ALIENS
Filem ini plak berkisar tentang perkambungan koboi nampak macam biasa tapi jadi luar biasa apabila perkampungan dorang di datangi oleh orang asing! aku pun tak pasti siapa mamat ni sebab mula-mula cerita tiba-tiba dia terbaring kat padang pasir? tiba-tiba muncul macam tu je! Tapi yang ajaibnya ada gelang yang agak pelik di tangan mamat ni!!!! berbentuk sebijik macam jam Ben 10! apabila mamat ni singgah di perkampungan koboi semua orang nak tangkap mamat ni aku pun tak pasti jugak kenapa? haha kemuncak filem ni bermula apabila perkampungan koboi ni di serang oleh makhluk asing semua orang mati dibunuh! tapi keadaan jadi lebih pelik dan hairan apabila jam Ben 10 mamat ni telah menyelamatkan dia dari dibunuh? macam mana tu? nak lagi faham korang tengok je trailer ni Cowboy And Aliens

(filem ini dibintangi oleh pelakon James Bond Daniel Craig, Harrison Ford dan Olivia Wilde pengarah filem ini plak Jon Favreau bergenre Action | Sci-Fi | Thriller | Western nantikan filem ini pada 18 August 2011)



REAL STEEL
Filem ni aku paling suka! sebab filem ni ala-ala transfromer! tapi bezanya filem ni robot dia takdelah besar mana dan yang lagi best lagi! robot tu kita boleh control sendiri! dan kita jugak boleh ajar jugak robot tu! faham tak? adoi.. aku pun tak tahu nak cakap macam mana? aku ringkaskan sinopsis ni nak bagi korang paham cerita ni umpama kita ada robot sorang satu? lepas tu plak kita boleh gunakan robot tu untuk pertandingan? arghh!! aku bab-bab nak explain ni memang agak lembab sikit korang nak lagi faham? tengok sendiri la trailer filem ni Real Steel

(Filem ini di bintangi pelakon X-Men Hugh Jackman dan Evangeline Lilly and Kevin Durand,pengarah plak adalah Shawn Levy dan bergenre Action | Drama | Sci-Fi nantikan filem ini pada 7 October 2011)



VANISHING ON 7TH STREETS
Filem ni seakan-akan filem favoutrite aku (I Am Legend 2007 lakonan will smith) aku memang suka filem I Am Legend sebab filem ni berkisah tentang apabila di bandar raya new york semua manusia hilang! yang tinggal hanya will smith je! bayangkanlah bandar punya besar giler babeng yang ada hanya satu je manusia? pelik kan? kalau mana yang tak tahu cerita tu klik Trailer I Am Legend Tapi cerita Vanish 7th Streets pun berkisar tentang yang sama jugak permulaan cerita ni tentang seorang lelaki yang bangun pagi nak pergi kerja TAPI!! bila turun dari rumah kat jalan raya sunyi jer! tapi bukan kat jalan raya tapi kat seluruh bandar sunyi!!! takde orang yang ada hanyalah baju dan seluar je? manusia semua lenyap macam tu je? kemana manusia semua menghilang? pelik? kalau nak tahu cerita ni macam mana klik ni trailer Vanishing on 7th Streets...

(cerita ni di bintangi pelakon
Hayden Christensen, Thandie Newton and John Leguizamo dan pengarah untuk filem ini adalah Brad Anderson filem ini bergenre Horror | Mystery | Thriller filem ni aku tak pasti bila ditayangkan)



======Ni Baru 3 filem aku letak eh! jangan ingat dah habis ada lagi la next entry insyaallah aku sambung lagi=====



P/S=filem mana jadi pilihan hati korang agaknya? sila-sila jawab je lepas tengok trailer filem-filem ni... hehe

Khamis, 16 Disember 2010

FILEM HOLLYWOOD TAHUN 2011=ANIMATION

Salam... kali ni aku nak siar movie yang bakal di tayangkan pada tahun 2011 tapi hollywood movie yang bergenre animation! hehe korang nak tahu tak? ha! korang tengoklah sendiri memang agak menarik kalau nak lebih detail tu siap aku bagi dengan trailer sekali... hehehe



THE LION OF JUDAH (trailer)


THE GOON (trailer)



ARTHUR CHRISTMAS (trailer)


PUSSY IN THE BOOTS(trailer)



THE SMURF (trailer)



CARS 2 (trailer)


KUNG FU PANDA 2:THE KABOOM OF DOOM (trailer)


RIO (trailer)


MARS NEED MOMS (trailer)


GHOMEO AND JULIET (trailer)



RANGO (trailer)


amacam teruja tak dengan movie animation kali ni? sebenarnya banyak lagi tapi yang disenaraikan di atas yang berjaya menarik perhatian aku... hehe ha! ni baru yang animation punya filem nanti aku bagi yang fantasy plak? hehehe


P/S=hari ni aku dan family buat bubur ayura 9 jam kami buat dapat 4 periuk! hahaha kalaulah aku boleh jumpa korang semua follower blog aku ni seriusly aku bagi kat semua sekali tapi nak buat macam mana takde rezeki korang.. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"Magical Template" designed by Blogger Buster