Thankz kepada semua yang follow aku nanti aku follow korang balik..
Selasa, 1 Januari 2013
Isnin, 1 Ogos 2011
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN!
PASSWORD BLOG AKU LUPA!! Arghh!!
mengelabah jugak aku tu la salah aku jugak banyak kali sangat tukar password sampai aku terlupa mana satu password aku? hahaha yela.. dulu kan heboh pasal hacker aku apa lagi asyik tukar password je masa tu?
Tapi selamat la aku dapat hack balik blog aku sendiri dapat tahu password balik kalau tak habis la blog ni,eh! sedar tak sedar kita dah sambut puasa? apa-apapun aku nak mengucapkan selamat berpuasa buat semua umat islam! jangan tinggal puasa ye buat kaum lelaki perempuan takpe...

P/S=itu je la kot aku nak bagitahu? sebab tak tahu nak tulis apa lagi? lagipun dah lama aku tak aktif blog ni susah sikit nak cari idea untuk entry baru ni tapi insyallah nanti aku update balik blog ni dengan entry-entry yang menarik.. peace!
Dicatat oleh Unknown di 2:11 PTG
Label: PASAL DIRI AKU ♦ulasan (17)
Ahad, 19 Jun 2011
OFFLINE SEKEJAB
Jadi aku ambik keputusan nak rehat dulu la dari blog lagipun sekarang tengah hangat isu godam ni nanti dah reda isu godam ni aku aktif semula kot? insyaallah...

Dicatat oleh Unknown di 8:04 PTG
Label: PASAL DIRI AKU ♦ulasan (22)
Jumaat, 3 Jun 2011
NICK IRFAN KENA TEGURAN ALAM GHAIB!!!
Eh! lagi dari tajuk sebenarnya aku nak cerita hujung bulan Mei dulu aku kena teguran! korang tahu apa itu teguran? tak tahu? aku pun tak tahu! hahaha eh! takde la teguran tu macam kena kacau hantu la senang cerita nak tahu kisahnya macam mana? meh sini aku cerita sikit...

Kisahnya macam ni ada 1 malam ni dalam pukul 3 pagi aku terbaca 1 artikel tentang seorang perempuan cina bunuh diri dan dia akan menghantui orang yang kol no telefon rumah dia! sebab perempuan ni mati telefon sedang digunakan,aku just baca je takde langsung niat nak telefon ni? sebab korang pikir la sendiri takkan aku nak telefon plak walaupun no telefon dia pun tertera dalam artikel tu ramai yang pandai-pandai kol dah kena ganggu...
Aku cuma baca je diulangi baca je tapi (terhafal la sikit) tapi tak terdetik aku nak kol tetiba malam tu aku mimpi didatangi oleh seorang perempuan cina!! dia macam nk minta tolong kat aku?? seram beb!!! tetiba aku terjaga badan berpeluh giler babeng la seram sejuk plak tu! bila habis solat subuh aku mula lemah badan asyik nak tidur jer dan bila masuk je bilik aku nak buka laptop badan mesti seram!!! mak aku suspek lain dia terus jampi kat aku untuk pulihkan semangat jampi ni (ada ayat quran jugak) mak aku belajar dari arwah mak dia sebelum meninggal tapi tok nek aku ni bukan bomoh tapi dia tahu la sikit-sikit ubat orang..
Bila mak aku jampi mak aku kata aku kena teguran! ada 2 orang 1 jahat niat nak kacau lagi 1 arwah nenek aku sendiri datang melawat mak aku kata mungkin arwah nenek aku nak halang hantu yang ganggu aku tu mungkin la? lepas mak aku jampi tu baru la aku pulih semangat semula dah terus rasa lapar gegiler!! dan lepas je mak aku jampi dalam hati aku kata "minta maaf banyak kalau aku terbaca artikel tu menganggu roh si mati? aku cuma baca je dan tengok no tel tapi tak telefon pun? dan aku minta jugak jangan ganggu aku nk hidup normal macam orang lain" Alhamdulilah la lepas tu takde apa-apa tapi semenjak tu jugak kalau aku mimpi hantu tak kira la hantu apa? bila bangun je mesti sakit badan!! tak tahu sebab mungkin kebetulan kot? entahlah... (apapun rasanya mungkin aku terbawak-bawak kot baca artikel tu sampai masuk dalam mimpi sebab aku tak suka dikaitkan dengan benda halus)
P/S=apa-apapun aku cuma nak pesan kalau korang terbaca artikel yang menyeramkan dan misteri ke kat dalam mana-mana laman web ke? JANGAN BACA MALAM-MALAM DAN TINGGAL SORANG-SORANG takut ada yang datang ganggu nanti... (baca cerita aku malam-malam takpe cuma artikel tentang seram jangan la baca malam-malam yer)
Dicatat oleh Unknown di 12:23 PG
Label: PASAL DIRI AKU ♦ulasan (12)
Sabtu, 19 Mac 2011
MATA SIAPAKAH ITU?
sepasang mata yang aku nampak malam tuKejadian ni berlaku tahun 2005 aku form 3 masa tu aku tidur lewat sikit sebab study sampai lewat malam (biasalah aku kan pelajar cemerlang) aku study kat ruang tamu sorang-sorang jer sebab kakak aku dah tidur dalam bilik dia parent aku pun sama cuma aku je belum..
Sedang aku asyik ulang kaji masa tu yela kan nak ambik PMR kena giat mengulang kaji la punya asyik aku study sampai jam menunjukan pukul 3pagi! (lagipun esok tu tak sekolah) masa lepas study aku rest sekejab sambil berbaring nak tenangkan fikiran aku termenung pandang tingkap kat dapur..
Tetiba aku rasa macam ada sesuatu je kat kaca tingkap di dapur tu macam ada sesuatu bergerak-gerak! nampak macam ada 2 biji guli!! masa tu aku dah seram giler babeng! tapi aku tetap beranikan diri cuba renung lagi tetiba!!!! baru aku perasan ada sepasang mata tapi takde hidung cuma mata jer!!!! serius! tetuba dia plak tengok aku balik! aku ketika itu tergamam terpaku memang lemah lutut nak lari pun tak sempat lepas tu yang menyeramkan mata tu siap kenyit kat aku!!!!!! apa la terus aku ambik bantal tutup muka terus aku tidur..
keesokan harinya sampailah hari-hari yang seterusnya aku tak berani tidur lewat bila jam tunjuk pukul 10 terus aku tidur walau tak mengantuk pun aku paksa suruh mata aku tidur! sampai sekarang aku boleh bayangkan lagi sepasang mata tu.. eee.. seram..
P/S=tapi aku tidur awal sampai 2007 jer start 2008 aku tidur lewat balik kadang-kadang tak tidur sampai siang ha! nak tahu kenapa aku berani tidur lewat? sebabnya rumah aku tak sunyi dah macam dulu!!! haha sebab start 2008 bawah flat aku ada orang berniaga sampai subuh! memang bising la 24 jam dengar dorang masak taklah takut sangat sebab tu la aku berani sikit sekarang ni.. hehe
Dicatat oleh Unknown di 12:47 PG
Label: PASAL DIRI AKU ♦ulasan (21)
Ahad, 6 Mac 2011
ORANG TUA BERTONGKAT DEPAN TINGKAP!!
Kejadian ni masa tu aku baru masuk tadika umur dalam 6tahun je aku masa tu suka main Lego sapa tak kenal lego? pergi google! selalunya budak-budak memang suka main lego aku selalu main sampai lewat malam jugak la sebab entahlah seronok susun lego ni dulu aku kretif jugak susun jadi bentuk macam-macam! best oh...
Sampailah pada 1 hari aku main lego sampai lewat malam sebab esok tu cuti masa tu mak,ayah dan kakak aku dah tido aku masih bermain Lego lagi masa tu,sampailah dalam pukul 2 pagi tiba-tiba aku terasa macam ada orang di berdiri di tingkap disebelah aku! sebab masa tu aku main lego atas sofa kat ruang tamu masa tu jugak mak dan kakak aku tido kat ruang tamu tapi tidur atas lantai..
Masa tu aku buat tak endah jer teruskan menyusun Lego sampailah 1 ketika aku terasa ada angin sejuk sampai ke tulang hitam datang dari tingkap? terus aku toleh alangkah terkejutnya aku masa tu menang real la aku ternampak ada seorang orang tua berdiri kat depan tingkap siap senyum lagi dia pegang tongkat macam dalam gambar kat atas ni masa tu tingkap terbuka luas..
Terus aku menjerit panggil mak aku! semua family terjaga masa tu terus aku tunjuk kat tingkap dengan tangan terketar-ketar sambil menangis aku kata "ada orang tua kat situ dia senyum kat nick!" mak aku tengok tingkap tu mak aku kata "takde sapa pun? lagipun tingkap pun tertutup masa tu? memang kejadian yang menakutkan sampai sekarang aku dapat bayangkan wajah orang tua tu..
Tapi tu cerita di rumah lama kat Perak rumah teres memang menyeramkan sebab depan rumah padang bola belakang plak hutan! tapi sekarang pindah di Flat alhamdulilah 24jam tak sunyi sebab kat bawah flat ni ada banyak plak orang bukan gerai makan dulu sunyi la sekarang tak lagi.. hehe
P/S=pesan aku kat korang jangan berjaga sampai lewat malam kalau tinggal di tempat yang sunyi-sunyi ni nanti takut ada plak yang menumpang? hehe
Dicatat oleh Unknown di 3:18 PTG
Label: PASAL DIRI AKU ♦ulasan (24)
Jumaat, 4 Mac 2011
NICK IRFAN KEMBALI CERIA SEMULA!!
Alhamdulilah berkat malam jumaat agaknya sebab elok je aku doakan kepada arwah tok wan dan tok nek aku laptop kembali normal? hmm...Jadi kesimpulan bagi aku la baik beli CD format sendiri lagi puas hati! eh! tetiba rasa jadi pakar IT plak ha! kalau ada sapa-sapa laptop rosak sila contact aku yer? hehe
ha! aku format kat apek eh! silap nama dia Uncle Sim kat Kompleks Bukit Jambul kena sampai RM45! dia bagi plak Window Vista Black Edition aku tak pernah dengar plak rasanya window baru tu mungkin laptop aku tak sesuai? jadi tadi kakak aku beli CD untuk format hanya RM10 je terus laptop aku boleh guna semula..
TAPI!!!!!!
Ada 1 masalah lagi! laptop aku wireless takde!!!! faham tak? bermakna aku tak dapat nak curi line wireless jiran aku dah sekarang ni!! cis! seronok la dorang sebab selama ni aku la pencuri wireless jiran di flat aku ni haha walaupun dorang letak WEP key dan WPA SK2 key aku tetap boleh ceroboh tau kiranya aku ni hacker wireless di penang la!!! miahaha eh! korang jangan ingat aku jahat plak! aku hack pun cuma tumpang nak update blog itu jer ha! betol la!!! sebab kalau nak harap broadband aku? pakai tak update la jawabnye sebab broadband aku lembab sikit hmm...tapi sekarang sekarang laptop aku dah takleh detect wireless baru padan muka aku!! haha tapi yang ni aku masih mencari lagi apa masalahnya ni??? ada sapa boleh tolong?
P/S=harap-harap lepas ni laptop aku takde masalah kalau ada sah aku nak jual laptop aku ni RM 2000... seriusly!! (sambungan kisah pengambaraan nick irfan siri 11:105)
Dicatat oleh Unknown di 2:51 PG
Label: PASAL DIRI AKU ♦ulasan (31)
Khamis, 3 Mac 2011
LAPTOP AKU GILA
P/S=sapa-sapa pernah kena tak? ha! ada tahu tak macam mana adjust jadi normal balik selain dari format balik sob.. sob..
Dicatat oleh Unknown di 3:07 PTG
Label: PASAL DIRI AKU ♦ulasan (20)
Ahad, 27 Februari 2011
KERANA 1 HIASAN PASU BUNGA KAMI DI GANGGU
bapak aku dengar ada orang menjerit pukul 3 pagi menjerit macam dalam video di atas ni! mak aku kata mungkin orang tingkat bawah atau atas kot? sebab yela kami tinggal flat TAPI!!! bapak aku kata dengar macam perempuan tu menjerit kat dalam rumah kami sedangkan aku dan kakak aku dah tidur masa tu...
Malam Kedua
mak aku masa nak bangun ke bilik air dia ternampak ada 1 kelibat putih di depan dia! mak aku kata siap rasa sejuk! tapi mak aku kira hebat jugak sebab lepas dia nampak tu dia buat macam biasa pergi bilik air sebab mak aku kata mungkin khayalan dia sebab kebetulan dia baru bangun tidur mungkin mengelamun agaknya kami semua tak syak apa-apa lagi...
Malam Ketiga
malam ketiga aku plak kena terdengar orang perempuan nyanyi sayup-sayup jer!!!! serius beb! mula aku syak bawah flat aku tapi bila dengar betol-betol bunyi tu dengar kat pasu bunga!! kebetulan pasu bunga tu depan aku plak sebab mak aku letak kat ruang tamu lepas tu aku tidur memang kat ruang tamu masa tu? patut aku dengar macam dekat jer agak lama jugak tetiba aku dengar perempuan tu nangis plak! ha! lagi la parah masa tu aku hanya mendiamkan diri tak bergerak langsung sampailah azan subuh? aku terus masuk bilik mak dan ayah aku cerita kat dorang sambil badan mengigil jer masa tu...
Malam keempat
sampailah malam keempat kami ingat takde apa rupanya keesokan harinya kakak aku plak demam! dia kata masa dia tengah tidur dalam keadaan mengelamun dia ternampak ada perempuan baju putih berdiri depan dia sambil senyum dan lambaikan tangan!!!! arghhh!!! bila ayah dan mak aku dengar macam terus petang tu jugak ayah aku bawah pergi sekolah letak kat bilik guru (sebab ayah aku cikgu masa tu kat sekolah rendah)Malam Kelima
Aku,mak dan kakak aku normal semula tapi!! ayah aku plak yang kena dia kata lepas je ayah aku hantar pasu bunga ke sekolah malam tu ayah aku mimpi ada 4 orang red indian mengelilingi ayah aku tengah tidur! dorang marah sebab buang pasu bunga! dorang kata pasu bunga tu tempat tinggal dorang tapi ayah aku kata dia minta maaf dengan cara elok dia kata bukan bermaksud nak buang tapi kami semenjak ada pasu tu kami di ganggu lepas tu ayah aku kata dia bagi kat sekolah dia mengajar red indian tu kata minta maaf sebab yang ganggu kami tu hantu raya yang di kurung kalau tak silap dorang ni kira penunggu pasu bunga tu kot? Alhamdulilah keesokan harinya kami tak di ganggu lagi...
P/S=Semenjak hari tu parent aku jadi fobia nak ambik barang barang yang orang bagi sebab tak mahu jadi macam pasu bunga tu? jadi pesan aku kat korang semua cuma 1 dengar baik-baik ye! ingat! kalau orang bagi benda apa-apa sekalipun walaupun cantik? jangan ambik takut jugak jadi apa-apa macam kami 1 family aku dulu...
Dicatat oleh Unknown di 6:49 PTG
Label: PASAL DIRI AKU ♦ulasan (39)
Sabtu, 19 Februari 2011
NICK IRFAN BIGGEST SECRET FINALLY REVEALED
Jeng Jeng Jeng
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
==============
============
==========
========
======
====
===
==
=
ZURIEY
NARDNERD
RAJI
DYA ADRIZA
HANIS ASLA
ZATY
BENA
NOR MOSCOW
ANATI
ADMIN HOMESTAY
TUKANG KATA
SYAH
AFZAINIZAM
MAT DAN MINA
=hanya yang tersenarai di atas saja yang dapat meneka dengan betol bulatan mana yang dorang teka agaknya??=
MEREKA MENEKA DENGAN BETOL IAITU YA! BETOL KUNING!!! (nsem tak? wakakaka sila muntah sekarang!) hmm.. teringat masa sekolah dulu ada orang kata aku kena penyakit ALBINO!!! cis! ada jugak perli kata aku mandi pakai klorok? uwaa!! tapi nak buat macam mana dah tuhan bagi putih masa tu... hehe=kepada yang teka tak betol aku bagi jugak jawapan=
hitam (fazlee)
takde bulatan (saddam ni bestfriend aku dulu)
pink(azuan)
putih(fazwan)
merah(fandy dia pun bestriend aku jgk)
P/S=Tapi korang jangan terpedaya plak!!! sebab ini gambar masa tahun 2007 sekarang!!! aku tak sekacak masa zaman keglamoran dulu dah tamat sekarang ada kata aku macam muka penyamun nanti aku cerita dalam entry akan datang.. sob..sob..
Dicatat oleh Unknown di 4:26 PTG
Label: PASAL DIRI AKU ♦ulasan (40)
Khamis, 17 Februari 2011
NICK IRFAN SEMASA MUDA DAN TAK BERAPA KACAK?
-pertama sekali aku paling suka zaman masa aku form 2 sebab masa ni hanya form 2 saja sekolah petang menang seronok sakan la sebab form 2 dapat conquer sekolah... haha
-kedua masa form 3 sebab dapat pengalaman 1 kelas kena histeria kecuali aku cerita ni aku ada cerita dalam entry aku yang lepas memang pengalaman mistik agak misteri..
-
-ketiga aku suka zaman form 5 sebab masa ni dapat banyak peminat wanita! bukan nak berlagak tapi serius ayangkanlah ada 3 kelas berbeza tapi seluruh perempuan dalam 3 kelas tu suka kat aku! sebabnya bila aku lalu je kelas dorang mula la minta no? siap tahan aku nak ajak kapel? ada yang menjerit-jerit tak kira cina,melayu dan india tak tahu kenapa? hahaha
====oleh kerana permintaan yang terlalu ramai berjuta orang kat facebook minta gambar aku (ceh! bujet popular la plak? sila muntah ijo) eh! gurau je takde pun orang minta gambar aku tapi saja je aku nak letak sebab tadi terjumpa gambar kelas kat bawah ni masa aku buka facebook kawan aku tadi====
DI MANAKAH NICK IRFAN?? (hint sikit aku adalah mamat yang tak nsem sekali)
AGAK KORANG AKU DALAM BULATAN MANA?? hehe1.kuning
2.hitam
3.oren
4.hijau
5,kelabu
6,putih
7.pink
8.merah
9.ungu
10.koko
11.atau xde bulatan

Dicatat oleh Unknown di 6:34 PTG
Label: PASAL DIRI AKU ♦ulasan (40)
Khamis, 3 Februari 2011
BENGKAK SURUT
Jutaan terima kasih yang tak terhingga buat 25 orang blogger yang komen aku dalam entry lepas sebab suruh aku letak Nila+Cuka! alhamdulilah hanya Tuhan saja yang boleh membalasnya... u all my friend! (kalau aku jutawan setiap sorang aku bagi sebijik kereta) P/S=insyallah kalau betol-betol ok bengkak di rahang aku ni nanti aku update semula blog aku ni dengan gambar-gambar yang pelik dan menarik untuk tatapan semua...
Dicatat oleh Unknown di 2:37 PTG
Label: PASAL DIRI AKU ♦ulasan (22)
Sabtu, 8 Januari 2011
NIK IRFAN DAN NICK IRFAN ADA KENA MENGENA KER?
kalau tak salah aku dia penyanyi
nama sebenar NIK IRFAN BIN DATOK NIK IZANI
dia orang kelantan menetap di Hatfield, Herefordshire, United Kingdom
lahir pada 19 feb 1991
ni plak twitter dia (http://twitter.com/nikirfan) facebook pun ada
CAPRICE RECORDS ni aku tak tahu sebab semua maklumat aku ambik kat facebook dia..
-ni muka dia aku letak besar sikit bagi perempuan tengok puas-puas sebab dia hensem dah macam model aku tengok-II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
=========
=======
=====
===
==
=
Dan mamat di bawah ni plak adalah
nama sebenar di rahsiakan
orang penang menetap di Teluk Kumbar
14.julai.1990
aku takde twitter facebook ada la tapi tak aktif pun
=gambar kecik je dan di tutup sebab aku takdelah sehensem Nik Irfan=(sory gambar penuh aku takde? privacy lagipun segan la... cuba korang perhatikan? tak sama kan? walaupun rambut sama! kulit pun sama eh! oh tidak! tapi! kitorang tetap orang yang berlainan cuma berkongsi nama yang sama)
P/S=entry untuk yang bertanya di e-mail aku dan di inbox facebook aku.. harap maklum...
Dicatat oleh Unknown di 10:49 PTG
Label: PASAL DIRI AKU ♦ulasan (25)
NICK IRFAN PENYANYI TERKENAL?

Fiz=nick ko sekarang dah terkenal tak kasi tahu aku pun? ape punye kawan la.. kata malu nak tunjuk muke? tapi aku dah tengok muka ko kat youtube siap main gitar lagi! muka ko nampak macam mat salleh pun ada! hensem gila! sah ko ramai peminat..
Nick Irfan=huh! bila masa plak aku letak gambar aku kat youtube? main gitar? mana plak hang nampak? silap orang la wei...
Fiz=eleh.. jangan nak berselindung la? aku tengok muka ko kat sini (kawan aku bagi laman web tersebut) korang nak tengok klik sini dan sini
Nick Irfan=aku tadi try tengok-tengok laman web kawan aku bagi tu eh! memang nama aku!! tapi cuma bezanya dia NIK IRFAN aku NICK IRFAN.. haha tapi kan aku google dan kat youtube nama NIK IRFAN perghh!! banyak jugak! popular jugak mamat bernama nama NIK IRFAN tu.. google plak nama NICK IRFAN hanya yang keluar blog aku jer... sedih
P/S=kepada semua untuk mengelak kekeliruan yang maha kelam kabut? aku nak memberitahu jangan terkeliru ye? dalam video tu bukan aku harap maklum...
Dicatat oleh Unknown di 6:11 PTG
Label: PASAL DIRI AKU ♦ulasan (23)
Isnin, 27 Disember 2010
AKU MENGILAI BERSAMA PONTIANAK?

Yen=Eh! nick ada perempuan berdiri kat tepi pokok rambutan tu... kat luar pagar tu! nampak macam kakak Watie ja?
Nick=ha! la aku rasa dia yang takutkan kita dok buat mengilai plak? (sebab masa tu perempuan tu tak nampak macam hantu siap pakai T-shirt putih dan seluar jeans)
Yen=jom kita ajuk dia nak? (terus yen pun mengilai sama dengan perempuan tu)
Nick=ha! boleh jugak? hihihihi Kak watie kami tak takut la!! hihihihi
Yen dan Nick=hihihihi (dalam 10 minit jugak kami mengilai dengan perempuan tu)
lepas kami mengilai sama-sama dengan perempuan tu aku dengan yen terus balik rumah siap lalu lagi depan perempuan yang kami sangka Kak Watie sambil jelir lidah (mesti korang kata "Cis! nick ni penipu pembaca! kami kecewa!" aku plak jawab "belum habis lagi la! ok ni sambung balik)
Keesokan harinya aku dengan Yen cerita kat member kawan kami yang lain Din dan Syah ni dialog perbualan kami...
Nick=ha! hangpa nak tau tak semalam kami dengar orang mengilai! haha ingatkan sapa rupanya Kak Watie? apa lagi kami siap mengilai dengan dia la..
Yen=betol tu! dia ingat boleh takutkan kami kot? hehe
Syah=Kak Watie mengilai kat depan rumah dia?
Din=eh! tunggu sat! setahu aku rumah kak watie tu kosong sebab kak watie tak tinggal situ dah...
Aku dengan Yen serius memang dah seram giler! tapi kami masih nak bukti jadi aku,Yen,Syah dan Din pergi tempat kami dengar perempuan mengilai.. Korang nak tahu masa tu memang nak luruh jantung aku ketaq lutut sebab rumah tu kosong!! dan tempat kami tengok kak watie berdiri sebelah pokok tu adalah longkang!!!! jadi adakah dia terapung!... korang pikir sendiri..!! semenjak hari tu aku,Din,Syah dengan Yen tak berani keluar malam bila azan maghrib kami balik apatah lagi lalu kat tempat kami jumpa kak watie..
P/S=ha! ni memang kisah benar memang berlaku kat depan mata aku! sampai sekarang aku boleh imagine lagi susuk tubuh Kak Watie yang kami nampak tu tapi selamat muka dia aku tak nampak kalau nampak!! tak tahu la... kali ni aku taknak cerita pasal muka aku bukan apa sebab bila aku buat entry cerita pasal aku je mesti ada orang nak tengok gambar! sebabnya aku seriusly tak suka ambik gambar! entahlah kenapa tapi aku cukup paranoid bila nampak camera mesti nak sembunyi jer.. hehe
Dicatat oleh Unknown di 12:06 PG
Label: PASAL DIRI AKU ♦ulasan (25)
Ahad, 26 Disember 2010
KHAIRUL FAHMI CHE MAT ABANG NICK IRFAN?
Nick Irfan=eh! kenapa hang tanya macam tu plak? aku mana ada abang la...
Kawan aku punya kawan=eh! tadi fiz kata abang ko penjaga gol malaysia? khairul fahmi che mat kan?
Nick Irfan=huh! fiz yang kata? cis! mana ada la! hang toksah dok dengaq cakap dia ni! makrok songla betol fiz! (mata aku mula merenung tajam kawan aku tu)
Fiz=hahahaha aku gurau la kerol! tak sangka ko percaya plak? haha dia dengan penjaga gol malaysia tu takde kena mengena pun hahaha..
kawan aku punya kawan(kerol)=la...sengal la ko ni! serius aku ingat betol tadi! lagipun memang ada iras sikit kawan ko ni dengan penjaga gol malaysia tu walaupun tak 100% ada la dalam 75%..
Nick Irfan=huh! dah la tu! masuk meh (sambil geleng kepala dan buat muka terkejut)
======Psstt.... BETOL KE ESOK START PUKUL 7PAGI SAMPAI 7 MALAM TAKDE ELEKTRIK SELURUH PULAU PINANG????======
P/S=khairul fahmi ni bukan abang aku yer? dan rasanya aku takde bau-bau bacang pun dengan dia? jadi sila jangan tertipu.. aku hanya ada 2 beradik aku bongsu ada kakak sorang.. harap maklum... adoiyai... hahahaha
Dicatat oleh Unknown di 2:37 PTG
Label: PASAL DIRI AKU ♦ulasan (39)
Isnin, 20 Disember 2010
NICK IRFAN KER???
aku ingat lagi masa sekolah rendah ayahlah yang aku ajar rambut sikat tepi! hehe dari darjah 1 sampai darjah 6 aku buat rambut macam ni bila dipikir balik memang tak boleh blah!! nampak skema habis! hahaha
start form1 sampai form 5 aku buat rambut macam ni setiap tahun tanpa tukar! hahaha minyak rambut je bertukar start dari Bryclcreem,Tencho dan last sekali Gell memang keras habis rambut aku masa tu.. haha
masa ni aku baru habis SPM tahun 2008 rambut aku jadi macam ni la perghh! masa tu macho jer bila jalan... hahaha
Tapi masa tahun lepas aku malas nak potong rambut jadi bila dah panjang nak buat macam tahun 2008 tak boleh jadi aku sekadar tolak belakang je rambut aku bila kering jadilah macam tu... hehe
serius! rambut aku sekarang pada hari ni rasanya sejibik serupa macam harry potter dalam gambar ni! hahaha mesti korang kata rambut tak boleh blah! haha tapi entahlah 2010 ni memang aku malas nak jaga penampilan bangun pagi sampai malam aku tak pernah plak sikat rambut....


II
II
II
II
II
II
II
=========
=======
=====
===
==
=
Dicatat oleh Unknown di 9:04 PG
Label: PASAL DIRI AKU ♦ulasan (35)
Ahad, 19 Disember 2010
PELAKON HONG KONG? PENYANYI KOREA? DAN MODEL SELUAR DALAM THAILAND?

SITUASI 1
cerita ni masa aku form 4 aku keluar dengan 2 orang kawan kelas aku kitorang ke Kompleks Bukit Jambul saja nak release tension lepas habis tuisyen kitorang main boling dan snuker tapi aku nak cerita masa kat boling masa tu kawan aku dua orang je yang main aku tak main pun biasalah aku nerd dulu mana la tahu main boling ni? hehe masa kawan aku main boling aku duduk kat kerusi je tengok dorang main tiba-tiba ada budak perempuan dalam usia 5/6 tahun la dia datang dekat aku dia kata "Eh! pelakon Hong Kong datang malaysia!" aku terkejut aku toleh kat sebelah kat belakang pun takde sapa? aku tanya la budak tu "pelakon mana plak dik? abang tak nampak pun?" budak kecik tu terus jawab "ops! melayu ka? saya ingat pelakon hong kong tadi? sory bang" terus dia lari masa tu aku lupa nak tanya sapa pelakon yang di maksudkan tu? tapi aku rasa Andy Lau la... hehehehe
=masa tu aku rasa bangga plak tapi tak sempat nak peluk budak tu? eh! tapi kalau peluk dia kang tak pasal-pasal orang label aku ni perogol kanak-kanak plak? hahahaha=
SITUASI 2
ni plak tahun 2008 masa tu aku baru habis SPM dengan parent balik kampung lepas tu kitorang singgah kat pejabat pos mak aku nak pos apa entah lupa plak? aku dengan ayah aku je tinggal dalam kereta lepas tu ayah aku plak nak keluar nak cari makan lapar katanya tinggal aku je sorang? aku pun apa lagi turun dari kereta sandar kat bonet kereta ambik angin sebab kereta ayah aku takde air cond tetiba ada sorang mak cik datang kat aku dia kata "are you korean singer?" aku terkejut terus aku kata "erkk..kenapa plak mak cik?" terus mak cik tu kata "la...melayu rupanya? mak cik ingatkan penyanyi korea tadi? sebab muka adik iras-iras dengan salah sorang anggota band di korea tapi mak cik lupa nama dia?" aku senyum je dalam hati bangga gila masa tu.. haha
=aku try google cari penyanyi berkumpulan di korea? aku tengok takde pun yang muka macam aku? entah-entahlah mak cik tu saja kata macam tu sebab nak cover malu agaknya? entahlah.. hmm..=
SITUASI 3
Ni cerita masa tahun lepas masa tu parent aku takder rumah kawan aku plak datang? masa tu aku tak pakai baju yela masa tu tengah tido aku pun terus buka pintu alangkah terkejutnya aku sebab kawan aku datang bawak adik dia perempuan plak! rasanya umur 5/6 kot? aku apa lagi terus tutup semula pintu je la malu aku tak pakai baju masa tu lepas tu aku jerit "tunggu sat wei aku nak pakai baju dulu!" lepas pakai baju masa nak buka pintu aku terdengar adik kawan aku ni kata "kawan abang ni thailand ka?" aku dengar kawan aku tergelak kecil dia kata "dia melayu la dik?" masa aku buka pintu adik kawan aku tu memang tengok aku pelik tapi aku hanya senyum je tapi!!!! korang nak tahu dia kata apa? "abang ni model seluar dalam ke?" aku tergamam beb!! dalam hati aku kata "kalau dia bukan adik kawan aku sah aku sepak dah dia! punya kurang ajo budak ni!"
=aduh! jatuh saham aku! hina rasa dia kata macam tu kalau dia kata macam model jer ok jugak? ni model seluar dalam! caik! hahaha=
Dicatat oleh Unknown di 2:58 PG
Label: PASAL DIRI AKU ♦ulasan (24)
Selasa, 30 November 2010
PONTIANAK GIGIT AKU!!
Lepas bangun dan ambil sembahyang dan solat terus aku tengok cermin? alamak!!! tapi tak nampak plak? Yela mana nampak sebab belakang tengkuk jadi aku suruh mak aku tengok kat tengkuk aku? bila mak aku tengok dia kata "Arghh!!!" mak aku terkejut sebab ada kesan 2 lubang kecil plak kat tengkuk aku ni? tapi bapak aku kata mungkin tercucuk apa-apa kot? jadi aku abaikan taknak pikir apa-apa..=Tapi aku ada cerita kat kawan aku 2 orang lelaki dan perempuan yang sorang perempuan kata "pontianak gigit hang sebab hang hensem nick!" huh! betol ke pontianak ni akan gigit orang yang hensem saja?
=Takpe abaikan aku tanya kawan aku Nazir dia kata "pontianak gigit hang sebab dia suka hang?" arghh!! tak sanggup aku!! ngeri dengar harap-haraplah bukan!
=Aku tanya lagi sorang lagi kawan aku Yana dia plak kata "lelaki hensem darah dorang sedap sikit?" gulp! menyesal jadi lelaki hensem! haha
P/S=jadi kesimpulan cerita aku ni jangan percaya cerita karut mana ada pontianak gigit tengkuk orang plak kan? kan? (padahal saja nak sedapkan hati jer) ok! nanti aku upload lagi pic yang menarik....
Dicatat oleh Unknown di 6:07 PG
Label: PASAL DIRI AKU ♦ulasan (26)
Selasa, 7 September 2010
AKU BENCI HARI RAYA!!!
Sekarang alhamdulilah aku beransur pulih tapi tak sepenuhnya lagi itu pun aku pergi farmasi sebab atas nasihat parent aku? aku taknak makan ubat doktor dah!! agak-agaklah kalau makan aku mesti tido 12jam! ubat tido apa dia kasi? bila aku pergi farmasi seminggu selepas tu doktor bagi ubat biji aku telan sampai 40biji! serius! barulah kurang gatal di badan aku ni! selamat ubat dia murah dalam Rm3 untuk 10biji dan doktor kata aku tak boleh makan SEAFOOD! uwaa!! sedih! dah la ketam! sotong! udang fav aku! masa tu ok lagi sekali doktor kata DAGING jugak! arghh!! tidak! tapi kesedihan aku terubat bila doktor
kata ayam boleh makan! hehe hmm..jadi sebab itulah aku benci hari raya ni!! nak puasa lagi! 3 bulan pun takpe! uwaaa!! sebab raya tak boleh makan rendang! sebab aku setiap tahun mesti mentedarah rendang di pagi raya!!!! uwaa...!!!
P/S=sedih betol aku tak dapat rasai nikmat kesedapan makan daging! sob... sob...
Dicatat oleh Unknown di 2:48 PTG
Label: PASAL DIRI AKU ♦ulasan (22)
KATEGORI
- 1 TEMPAT 1001 KISAH (3)
- AKSI (12)
- ASAL-USUL (9)
- BAHASA DUNIA (7)
- CERITA PARA AMBIA (8)
- CERITA PENDEK (16)
- CERITA PENGAJARAN AKHLAK (24)
- CERPEN (2)
- COMEL (2)
- FILEM (11)
- GAMBAR (37)
- GILA (5)
- HADIAH DARI ORANG (18)
- HEBAT (4)
- HOROSKOP (1)
- INFO (36)
- JUTAAN TERIMA KASIH PADA KORANG (8)
- KAJIAN (15)
- KAUNTER PERTANYAAN (25)
- KEJAM (5)
- KELAKAR (28)
- KELAKAR SERAM (60)
- KELAKAR SERAM.. SEDIH??? (10)
- KENANGAN (1)
- KOMEN (12)
- KRETIF (25)
- LAGU (2)
- MENARIK (23)
- MIMPI (1)
- MISTERI (29)
- PASAL DIRI AKU (26)
- PASAL KAWAN AKU (2)
- PELIK (41)
- PEMGEMBARAAN (12)
- PENGALAMAN LUCU AKU (4)
- PENGEMBARAAN (7)
- PENGENALAN (2)
- PENGUMUMAN (22)
- PERGEMBARAAN (1)
- PERSONALITI (1)
- PSIKOLOGI (1)
- SAJAK (6)
- SAKTI (10)
- SCI FI (11)
- SEDIH (3)
- SERAM (20)
- SOALAN PEMINAT KEPADA AKU (43)
- TERKENA (3)
- TOP 5 PILIHANKU (2)
- UCAPAN (2)
- UNDI (3)
- UNIK (26)
- VIDEO (29)
- WORDLESS WEDNESDAY (1)






