Thankz kepada semua yang follow aku nanti aku follow korang balik..
Isnin, 21 Mac 2011
Sabtu, 19 Mac 2011
FILEM MASA DEPAN
masa dia kecik semua nak ambik kuasa dia kan? tapi bila dia dah tua dia pun dah takde kuasa semua nak ambik gigi palsu dia plak! hahahahha
ni lagi 1 cerita kalau tak salah aku cerita ni pasal drift kan? kalau cerita ni asyik bersambung sampai tak larat dah dorang nak kejar mengejar sebab kereta semua dah berapa nak laju lagi..
cerita ni pun sama bila batman dah tua aku rasa dia nak pakai baju pun minta tolong orang macam mana nak selamatkan orang? hehe
korang pernah tengok tak cerita animasi Cars? kalau cerita ni plak bersambung berkarat la semua sekali.. haha
cerita ni aku tak tahu plak sebab tak pernah tengok pun? tapi cerita ni nampaknya kalau dah tua macam mana la? hahahaDicatat oleh Unknown di 8:36 PTG
Label: INFO ♦ulasan (17)
Isnin, 14 Mac 2011
GNOME


P/S=ha! macam mana lepas tengok video kat atas ni? agak korang gnome ke yang berjalan tu? aku pun tak pasti tapi menang mengerikan!! sapa pernah tengok cerita Gnomeo dan Juliet tak pernah tengok? klik sini cerita yang baru keluar ! cerita pasal benda ni la.. (nanti aku ceritakan lagi makhluk yang di anggap mitos rupanya ada jugak yang wujud)
Dicatat oleh Unknown di 3:05 PTG
Label: INFO ♦ulasan (14)
Ahad, 13 Mac 2011
KUMBANG SEMPOI!
P/S=hahaha hebat tak kumbang kat atas ni? kalau wujud la aku rasa berjuta-juta jugak harga kumbang ni yela kumbang pandai drift... hehehe
Dicatat oleh Unknown di 10:24 PTG
Label: INFO ♦ulasan (16)
Ahad, 12 Disember 2010
FILEM YANG BAKAL DI TAYANGKAN 2011 NANTI! "part 4"
Awie-Nadzrul (Pelakon Utama)
Eman MananR-idzuan (Pelakon Utama)
Scha-Isac (Pelakon Utama)
Adam (AF2)-Roy (Pelakon Utama)
Zarina Zainoordin (AF2)-Lydia (Pelakon Pembantu)
Sinopsis:
Raja Farah-Zieda (Pelakon Utama)
S. Shamsudin-S, Shamsuddin (Pelakon Pembantu)
Nasir Bilal Khan-Niezam (Pelakon Pembantu)
Dato' Jalaluddin Hasan-Taufik (Pelakon Pembantu)
Ramli Saleh-Junaidi (Pelakon Pembantu)
Zila Bakarin-Mek (Pelakon Pembantu)
Latiff Borgiba-Pak Jono (Pelakon Pembantu)
Ruminah Sidek-Mak Melah (Pelakon Pembantu)
Harun Salim Bachik-Mad (Pelakon Pembantu)
Latiff Ibrahim-Haji Zainal (Pelakon Pembantu)
Dian P. Ramlee-Hajjah Zaharah (Pelakon Pembantu)
Nasir Ali-Bomoh (Pelakon Pembantu)
S.Azli-Osman (Pelakon Pembantu)
Lima orang sahabat telah merancang satu ekspedisi percutian ke puncak Gunung Ledang, Melaka. Ahli ekspedisi ini adalah terdiri daripada Zul, Man, Tasha, Wanie, dan Zieda. Salah seorang dari mereka berasal dari Jakarta, Indonesia iaitu Tasha. Ketibaan Tasha di LCCT dijemput oleh mereka.Kisah ini bermula di dalam perjalanan mereka ke destinasi yang ditujui. Pelbagai kisah aneh dan ganj]il dilalui sepanjang perjalanan mereka, diantaranya mereka telah tersesat jalan, peristiwa yang menakutkan, dan diganggu pontianak sehinggalah mereka mengambil keputusan untuk bermalam di chalet itu.'MAIDIN CHALET' yang diuruskan oleh Maidin serta pembantunya, Apek (Chik) telah
menyambut kedatangan Zul dan rakan-rakannya dengan penuh misteri. Di chalet ini, berlaku lagi bermacam-macam gangguan dan peristiwa aneh serta lucu. Mereka telah diganggu oleh bermacam-macam jenis hantu. Setiap hantu ada kisahnya seperti yang di ceritakan oleh Maidin dan Apek yang memang ada hubungan dan kaitan antara cerita hantu dengan tapak chalet tersebut. Macam-macam hantu ada dalam cerita ini!! Setelah Tasha mendengar kisah-kisah tersebut, dia berasa takut dan ingin meninggalkan chalet tersebut sendirian tanpa persetujuan rakan-rakannya. Tetapi malangnya, niatnya terhalang apabila pontianak menggangu perjalannya.Meraka semua menjadi keliru dan bingung kerana secara tiba-tiba Maidin dan Apek (Chik) hilang dari chalet tersebut. Antara fantasi dan realiti, sudah tiada batas ketika masing-masing dalam ketakutan. Apa akan terjadi kepada Tasha, Zul, Man, Wanie, dan Zieda. Adakah mereka akan terlepas dari igauan ngeri ini atau tidak? (trailer filem ini)
Abu Bakar Omar-Tuk Burhan (Pelakon Utama)Nasir Bilal Khan-Alang Jali (Pelakon Utama)
Rusdi Ramli-Risham (Pelakon Utama)
Hasnul Rahmat-Kaher (Pelakon Utama)
Yasmin Hani-Rahila (Pelakon Utama)
Lana Nodin-Sabrina (Pelakon Pembantu)
Afida Es-Nek Teh (Pelakon Pembantu)
Baharuddin Omar-Haji Fatah Tamim (Pelakon Pembantu)
Khaty Azean-Yati (Pelakon Pembantu)
Kuswadinata-Penghulu Arshad (Pelakon Pembantu)
Wan Maimunah-Bonda (Pelakon Pembantu)
Kamal Bakar-Naim (Pelakon Pembantu)
Azhar Che Ree-Imam Masri (Pelakon Pembantu)
Rozita Che Wan-Perempuan Misteri (Pelakon Pembantu)
Gentayangan akan membawa penontonnya ke dalam kancah pertembungan ilmu putih dan hitam antara Tuk Burhan dan Alang Jali. Di satu sisi yang lain, tentang hitam putih perjalanan kehidupan RISHAM yang mencari kebenaran tentang dirinya dan sekaligus jawapan mengapa ibunya di penjara hingga ajal menjemputnya ketika dia lahirkan di situ.Kepulangan RISHAM ke kampung bersama tiga orang temannya (Kaher, Rahila & Sabrina) telah menghidupkan kembali semangat ilmu hitam Alang Jali dan membangunkan kembali sesuatu yang sudah sekian lama tidur. Alang Jali menuntut dendam 25 tahun yang lalu pada TUK BURHAN dengan nekad untuk menghapuskan orang yang selama ini menjadi batu penghalang pada penyempurnaan ilmunya.Tuk Burhan berhasrat menghentikan semua permainan syaitan itu. Satu persatu keilmuan Tuk Burhan diuji. Risham dan Tuk Burhan bergandingan demi memasung langkah Alang Jali tetapi mahar pengorbanan mereka tidak terduga. Rupanya segala yang berlaku ada tangan ghaib / dalang di sebaliknya dan tidak pernah terfikir akan kewujudannya! Apakah maharnya? (trailer filem ni pun tak jumpa)
P/S=insyallah nanti aku siar lagi filem yang terbaru yang seterusnya... tunggu....
Dicatat oleh Unknown di 11:01 PTG
Label: INFO ♦ulasan (26)
Sabtu, 11 Disember 2010
FILEM YANG BAKAL DI TAYANGKAN 2011 NANTI! "part 3"
MISTERI JALAN LAMA
Que Haidar-Ilya (Pelakon Utama)Hans Isaac-Indra (Pelakon Utama
Datuk Ahmad Tamimi Siregar-Iskandar (Pelakon Utama)
Vanidah Imran-Old Lady / Queen Devata (Pelakon Pembantu)
Sabrina Hassan-Sara ( Isteri Indra ) (Pelakon Pembantu)
Namron-Botak (Pelakon Pembantu)
Adam Corrie Lee-Zak (Pelakon Pembantu)
Sobri Anuar-Zaidi (Pelakon Pembantu)
Afdlin Shauki-Harak (Pelakon Pembantu)
Nasir Bilal Khan-Old Man / King Dewata (Pelakon Pembantu)
Yalal Chin-Pemilik Gerai (Pelakon Pembantu)
Liyana Jasmay-Awek Botak (Pelakon Pembantu)
Sebuah kisah yang menakjubkan tentang dua dunia berbeza, namun berlandaskan kasih sayang. Dua beradik, Indra dan Ilya dalam perjalanan pulang ke kampung halaman mereka untuk urusan pengebumian ayah mereka, Iskandar. Indra adalah anak kandung Iskandar yang menjadi pelumba kereta profesional, tetapi kuat berjudi dan seringkali meminjam daripada ah long. Hidupnya kini diburu gangster. Manakala Ilya pula adalah anak angkat Iskandar yang diberikan oleh ‘seseorang’ ketika Iskandar melalui sebatang jalan lama 25 tahun dahulu. Ilya seorang anak yang baik, yang banyak membantu Iskandar membina kerjayanya. Iskandar juga sangat sayangkan Ilya. Ini jugalah yang menjadi punca ketidakpuasan hati Indra, lalu membawa diri jauh daripada keluarga. Pada hari kematian Iskandar, buat pertama kalinya selepas 15 tahun, Indra ke pejabat ayahnya untuk mengambil surat wasiat yang ditinggalkan untuknya. Indra diminta membawa Ilya pulang, kerana Ilya tidak tahu memandu. Ketika di lebuhraya, Indra dikejar oleh gangster. Lalu Indra mengambil keputusan menggunakan jalan lama.Ketika melalui jalan lama, tidak semena-mena mereka memasuki ‘dunia lain’. Pelbagai peristiwa pelik dialami mereka sepanjang berada di dunia tersebut. Daripada diganggu oleh makhluk mengerikan hinggalah kepada sesuatu yang mengasyikkan. Apakah akan terjadi kepada mereka berdua ? siapakah sebenarnya sebneranya mereka ? apakah yang terdapat di jalan lama tersebut ? (trailer filem ini)
===filem ni macam ala-ala lord of the ring pun ada===
Tomok-Azman (Pelakon Utama)Faezah-Lady X (Pelakon Utama)
Jayson-(Pelakon Utama)
Asyikin Kamal-(Pelakon Utama)
Sinopsis:
====filem ni macam ala-ala macam tranformes====
Rosyam Nor-Raja Libas(Pelakon Utama)Scha-Ratna (Pelakon Utama)
Beego-Megat (Pelakon Utama)
Mohd. Razib-Jurulatih Malaysia(Pelakon Utama)
Z.Zamrie-Aek Mangkorn (Pelakon Pembantu)
Yang Kassim-Jurulatih Siam (Pelakon Pembantu)
Sabri Yunus-Hj Hasbullah Awang (Artis Jemputan)
Sathiya-Mamak (Artis Jemputan)
Johan Abdullah-Mr. Wilson (Artis Jemputan)
Sinopsis:
Adnan Saladin seorang pakar libasan dalam permainan sepak takraw (Libas), sehingga dia di gelar sebagai raja libas malaysia.Kehebatan libasan raja libas sangat di geruni pasukan lawan terutamanya dari pasukan siam (Thailand), lebih-lebih lagi Ak Nangkhon, “killer” pasukan mereka. Di perlawanan libas yang lalu, ak nangkhon secara kotor telah mencederakan kaki raja libas, menyebabkankehebatannya merosot. Bukan itu sahaja, kecederaan itu juga telah mengakibatkan tekong malaysia (Dali) parah apabila libas gagal menampan libasan kuat ak nangkhon lalu terkena dadanya. Akibatnya Malaysia tumpas kepada Thailand untuk kali kedua berturut-turut.Malah jurulatih dan rakan sepasukan, Megat turut menyalahkan Adnan Saladin kerana kekalahan itu sehingga jurulatih sanggup memutuskan pertunangan Adnan Saladin dengan Ratna anaknya.Kebimbangan raja libas memuncak bila Mr. Wilson seorang lelaki Inggeris sanggup menaja perlawan libas pada tahun ini, lebih awal dari selalunya. Masa yang suntuk dan kecederaan kaki yang belum pulih sepenuhnya menjadi masalah yang besar kepada raja libas. Malah kebimbangannya menjadi bertambah kerana pertaruhan perlawanan kali ini adalah bola warisan, simbol keagungan permainan sepak raga yang di warisi oleh orang melayu sejak lima ratus tahun dahulu. Seandainya kemenangan memihak kepasa pasukan Thailand, bermakna bola warisan menjadi milik mereka untuk selama-lamanya dan malaysia akan kehilangan bukti bahawa permainan sepak takraw adalah berasal dari tanah melayu dan merupakan permainan tradisi orang-orang melayu. Dan raja libas adalah waris penyimpan bola itu. Tanpa di ketahui oleh raja libas, bola warisan itu kini menjadi buruan oleh pengumpul barang-barang antik yang mengetahui bahawa bola warisan itu memiliki nilai sejarah dan kuasa mistikal. Tawaran terbaru untuk bola itu adalah sebanyak USD 15 juta dan tanpa di ketahui oleh raja libas juga, Mr. Wilson telah bersekongkol dengan pasukan Thailand demi mendapatkan bola itu.Raja libas tertekan bila jurulatih mendesaknya mencari pemain baru bagi berhadapan dengan pasukan thailand. Bagi raja libas, agak mustahil dalam masa yang singkat dia dapat mengumpul pemain bagi menubuhkan pasukan yang baru. Namun,demi mempertahankan maruah, tradisi dan keagungan adat, raja libas berusaha mencari pemain. Lebih dari itu, raja libas sebenarnya mencari pewaris kepada bola warisan itu, yang menurut jurulatih, pewaris itu haruslah seorang yang sebangsa dengan raja libas, seagama dan mempunyai akhlak yang tinggi. Dan bola itu hanya boleh di pegang oleh pewarisnya sahaja.Raja libas berfikir siapa yang harus dia ambil sebagai pemain bagi mengekang kehebatan pemain Thailand. Baginya dia masih boleh bergantung harap pada megat, walaupun megat masih membenci libas kerana kekalahan yang lalu. Tanpa di ketahui oleh raja libas, Megat sudah pun menjadi duri dalam daging bila dia setuju belot setelah di rasuah oleh ak nangkhon. Malah sudah menghasut jurulatih untuk menjual permainan kepada thailand dan memberitahu ratna bahawa pertunangan libas dengannya sudah di putuskan oleh ayahnya. Ratna marah dan menuduh raja libas mementingkan bola warisan lebih daripadanya.Sewaktu memandu melewati KLCC, raja libas telah terlihat kehebatan seorang remaja (hamadi) menimang bola futsal, yang dengan kehebatannya itu dapat mempertahankan diri dari serangan tiga remaja yang lain dengan hanya menggunakan sebiji bola dan raja libas menawarkannya untuk bermain libas. Dan raja libas fikir mungkin dialah pewaris bola itu.Namun hamadi itu menolak tawaran libas kerana baginya permainan sepak raga adalah permainan yang ketinggalan zaman. Namun raja libas telah mempamerkan kehebatannya melibas apabila dia menyelamatkan hamadi dari di pukul oleh tiga remaja tadi yang kembali membalas dendam. Akhirnya hamadi setuju untuk menyertai libas selepas di beritahu bahawa dia harus mempertahankan maruah negara dalam permainan itu. Bagi raja libas dia harus mendapatkan pemain yang lain bagi mencukupkan satu regu. Sepengetahuan libas ratna juga mempunyai kehebatan menimang bola. Sewaktu dia ingin menemui ratna untuk memujuknya menyertai pasukan, libas terserempak dengan seorang remaja gemuk (Kumok) yang mempunyai kelebihan pada perutnya. Kumok dapat menyambut buah-buahan dan sayur-sayuran yang di lontarkan kerpadanya, malah telur yang di lontar tidak pecah bila di tampan dengan perutnya.Akhirnya raja libas dapat mengumpulkan regu pasukannya iaitu Megat, Hamadi dan Kumok. Raja libas berusaha mengajar mereka dengan segala pengetahuan yang dia ada untuk permainan libas. Libas sedar pasukannya tidak sehebat pasukan lawan. Namun dia masih mengharapkan Megat dapat mengepalai pasukan. Di hari perlawanan, megat tidak muncul, raja libas resah. Dia terus memupuk semangat Hamadi dan Kumok. Tanpa di duga, mereka berdua dapat mengalahkan pasukan dari china. Semangat raja libas bertambah dan Ak Nangkhon cemas bila melihat potensi pasukan malaysia. Ak Nangkhon merencana sabotaj kepada pasukan malaysia yan menyebabkan Kumok dan Hamadi tercedera ketika di perlawanan separuh akhir dengan Iraq. Raja libas sedar ada sesuatu yang di kehendaki oleh Ak Nangkhon bila Megat tiba-tiba muncul dalam keadaan parah selepas di belasah Ak Nangkhon. Akhirnya raja libas mengeluarkan bola warisan dari tempat simpanan rahsianya dan mempertaruhkan bola itu untuk perlawanan akhir antara Malaysia dan Thailand.Di perlawanan akhir pasukan Malaysia teruk di belasah oleh pasukan Thailand. Jurulatih mula kelihatan tidak yakin dan ketika raja libas melambung kain putih mengaku kalah, Ratna muncul menyelamatkan keadaan. Kelebihan ratna dengan aura rambutnya menyelamatkan Malaysia dari kekalahan. Dan ketika pasukan Malaysia alpa meraikan kejayaan, bola warisan di curi oleh Mr. Wilson. Namun jurulatih cepat sedar dan raja libas dengan libasan luar biasanya dapat menghalang bola itu dari di bawa lari oleh Mr. Wilson dan lebih mengujakan bila juru latih dan raja libas melihat bola itu di pegang oleh seorang budak lelaki sambil melaung “Malaysia juara”. Raja libas melihat pewaris kepada bola warisan.(trailer filem ini)
===filem ni macam ala-ala kungfu hustle pun ada===
Dicatat oleh Unknown di 12:32 PTG
Label: INFO ♦ulasan (24)
Jumaat, 10 Disember 2010
FILEM YANG BAKAL DI TAYANGKAN 2011 NANTI! "part 2"
KANTOI
Pengarah : Mat londonYassin Senario-Yasin (Pelakon Utama)
Fazura-Lydia (Pelakon Utama)
Rozita Che Wan-Dr. Rita (Pelakon Utama)
Ramli Hassan-Jamal (Pelakon Pembantu)
Rosnah Johari-Jamaliah (Pelakon Pembantu)
Zamarul Hisham-Insp. Razali (Pelakon Pembantu)
Roy Azman-Dr. Radi (Pelakon Pembantu)
D.D. Muchtar-Wak Wagiman (Pelakon Pembantu)
Shoffi Jikan-Salman (Pelakon Pembantu)
Kuna-Cik Non (Pelakon Pembantu)
Yang Kassim-Orang Gila 1 (Pelakon Pembantu)
Ramasundram-Orang Gila 2 (Pelakon Pembantu)
Illya Buang-Orang Gila 3 (Pelakon Pembantu)
Dato' Wan Jamal Wan Md. Saman-Orang Gila 4 (Pelakon Pembantu)
Osman Kering-Orang Gila 5 (Pelakon Pembantu)
Khir Mohd Noor-Orang Gila 6 (Pelakon Pembantu)
Wan-Din Pemandu Lori (Pelakon Pembantu)
Syed Aiman-Sam (Pelakon Pembantu)
Fathil Dani-Pemandu Bas (Pelakon Pembantu)
Aida Othman-Staff Nurse (Pelakon Pembantu)
Sheena-Nurse (Pelakon Pembantu)
Ajak Acika-Kartik (Pelakon Pembantu)
Isma Hasnor-Hernan (Pelakon Pembantu)
Harun Salim Bachik-Ketua Jaga Hospital (Artis Jemputan)
Azhar Sulaiman-Gebok (Artis Jemputan)
Rama-Ramasundran (Pelakon Utama)
Fasha Sandha-Hantu Pokok Pisang (Pelakon Utama)
Pete Teo-John (Pelakon Utama)
Patrick Teoh-Pakcik Ma Zhai (Pelakon Pembantu)
Eira Syazira-Noraini (Pelakon Pembantu)
Kuswadinata-Pak Hamid (Pelakon Pembantu)
Sinopsis:
Rama, Penyelia di syarikat penghantaran dan penyewaan kenderaan sedang mencari pemandu yang sanggup menghantar sebuah keranda ke luar kota dengan kadar segera. Rama berjaya mendapatkan khidmat Ah Meng dan Bakri. Mereka perlu sampai ke destinasi keesokan pagi.Ketika dalam perjalanan, radio van tidak berfungsi. Demi untuk menghilangkan kebosanan dan menghilangkan rasa mengantuk, mereka bercerita tentang kisah seram yang pernah mereka dengar. Bakri memulakan kisahnya tentang hantu pokok pisang… HANTU POKOK PISANG Kisah berlaku di sebuah kampung pedalaman… Zam menaruh hati pada kekasih kawannya sendiri. Noraini adalah kekasih kepada Farid yang terkenal dengan sikap buaya darat. Zam cuba memisahkan mereka berdua. Setelah mendengar cerita tentang hantu pokok pisang daripada seorang dukun, Zam cuba untuk melihatnya melalui cara yang diperkatakan oleh dukun tersebut. Ternyata benar, hantu pokok pisang memang wujud! Zam membawa Farid untuk bertemu ‘kekasihnya’, iaitu hantu pokok pisang.Setelah melalui pengalaman bersama ‘gadis’ tersebut, Farid jadi ketagih. Inilah masanya untuk Zam membuktikan pada Noraini siapa Farid sebenarnya. Zam bawa Noraini ke rumahnya supaya Noraini boleh melihat sendiri kecurangan Farid. Namun keadaan menjadi sebaliknya apabila Noraini memotong kain merah yang menghubungkan pokok pisang dan katil Zam… Cerita kedua oleh Ah Meng pula, mengisahkan empat sekawan mahu mendapatkan nombor ekor daripada roh orang mati. Keempat-empat mereka menghadapi masalah kewangan. Mereka terdengar kisah Black Dog memenangi loteri setelah meminta pertolongan daripada roh orang mati. Mereka berempat sepakat untuk mencuba nasib pula. Mereka mengunjungi kubur yang dikatakan hantunya sangat hebat, iaitu seorang perempuan yang berpakaian cheong sam. Tetapi lain pula yang terjadi... Seorang demi seorang akhirnya mati setelah diganggu oleh hantu cheong sam tersebut. TANDAS ASRAMA BERHANTU Kisah ketiga oleh Bakri mengisahkan tentang seorang pelajar, Yakob yang dipindahkan ke sekolah baru kerana masalah disiplin. Yakob kurang mesra dengan kawan-kawan barunya.Yakob kemudian mendapati mereka semua takut untuk ke tandas di waktu malam kerana dipercayai tempat tersebut pernah dijadikan pangkalan tentera Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua. Pada Yakob, itu semua tidak masuk akal. Suatu malam Yakob sakit perut dan terpaksa ke tandas. Amin dan Johan menemankan Yakob. Malangnya, mereka benar-benar berhadapan dengan hantu-hantu Jepun. VAN Cerita keempat membawa penonton kembali kepada Ah Meng dan Bakri yang kini sedang melalui ladang kelapa sawit yang gelap-gelita. Tiada kereta yang melalui jalan tersebut. Van mereka tiba-tiba rosak. Ah Meng terpaksa mencari bantuan, sementara Bakri menunggu keranda tersebut. Apabila Ah Meng kembali ke van tanpa bantuan yang sepatutnya, mereka pula dikacau hantu pakcik tua yang mahu melarikan van mereka. Ah Meng dan Bakri terpaksa mengejar van tersebut untuk mendapatkan semula keranda yang ada di dalamnya. Dapatkah mereka mencari semula van tersebut? Siapa pakcik tua yang di dalam van tersebut? ‘Sini Ada Hantu’ bakal menemukan jawapannya.(trailer filem ni)
APOKALIPS
Pengarah: mamat khalid
Kala (Jehan Miskin),
Kulat (Zoey Tan),
Aman Chai (Adam AF),
Qi Qi (Myra),
Razor (Iqram Dinzly),
Lipan (Pekin Ibrahim).
SEJAK mentari terbit dari barat, pertempuran hebat berlaku di seluruh pangea. Jasad bergelimpangan dan udara di seluruh pangea berbaur hemoglobin, selain bintang berguguran. Homo sapian yang mewakili puak-puak yang menguasai empat sumber utama kini bertempur untuk memonopoli, menjadi keadaan anarki. Tiada lagi undang-undang, hanya mereka berpegang pada janji.Pendita telah memberi perintah, supaya menjemput semua ‘Pengutus Pesanan’ untuk hadir ke satu taklimat berkaitan apa terjadi di Ground Zero, Apokalips dan penerangan mengenai kejadian letupan nuklear yang telah menyebabkan mentari terbit dari Barat hampir 23 hari lepas. Letupan nuklear yang telah menghamburkan partikel CK (Cyanogen Chloride) ke udara dan membunuh mereka yang berumur 30 tahun ke atas. Keadaan cukup kritikal. Wahai ‘Pengutus Pesanan’ sekalian, hanya kamu yang mampu menyelamatkan seluruh pangea itu, moga Maha Pencipta merahmati kamu. Dari itu, kamu sekalian ‘Pengutus Pesanan’ dijemput ke sesi maklumat yang akan dihadiri seluruh ketua klan dan pengikut seperti X (cerita ni poster dia aku tak jumpa dan trailer pun takde! sory..)
P/S=ha! macam mana? ok tak filem ni? tak cukup hebat lagi! takpe next entry aku kasi lagi filem-filem tempatan yang lain....
Dicatat oleh Unknown di 6:53 PTG
Label: INFO ♦ulasan (30)
Khamis, 9 Disember 2010
FILEM YANG BAKAL DITAYANGKAN 2011 NANTI! "part 1"
Fizo Omar (ASP Shariff),
Norliana Samsudin (Detektif Maya),
Azad Jazmin (Mikail),
Putri Mardiana (Yati),
Abd Basid (Man Jawa),
Shafie Jaafar (Tok Malik),
Shahfiez (Radhi),
Fida (Maria),
Zul Handy Black (Kimpedu),
Hairul Azreen (Remy),
Sasqia (Sarah),
Pooniah (Victor),
Chew Kin Wah (Jimmy),
Komeng (Rahim),
Nizar Jeffrey (Boboy),
Alex Yanz (Robert).
SInopsis
mengisahkan penyiasatan ASP Shariff lakonan Fizo Omar terhadap kes pembunuhan di kalangan kumpulan kongsi gelap di Kuala Lumpur.Kumpulan kongsi gelap terdiri daripada pelbagai bangsa ini menjadi huru-hara dengan kehadiran pembunuh upahan bernama Tumulak (Shaheizy Sam) yang terpaksa melakukan pembunuhan untuk menebus hutangnya.Pelbagai peristiwa dan aksi yang mencuit hati berlaku disebabkan perbuatan Tumulak dalam usahanya menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap berkenaan. Penyiasatan ASP Shariff dan Detektif Maya (Norliana Samsudin) dilakukan tanpa mengetahui siapa pembunuhnya dan sukar untuk mendapatkan maklumat kerana Tumulak licik dan bergerak sendirian.Namun, segala ancaman yang dilakukan Tumulak didalangi Kimpedu yang mengupah Tumulak untuk menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap kerana keinginannya untuk menakluki kawasan di Kuala Lumpur. Pada masa sama, Tumulak juga mempunyai dendam peribadi terhadap ASP Shariff.ASP Shariff juga diugut apabila anak dan isterinya diculik, tetapi ia tidak mematahkan semangatnya dalam menjalankan tugas. Adakah Tumulak berjaya membalas dendam terhadap ASP Shariff? Apakah aktiviti kongsi gelap di Kuala Lumpur semakin pulih atau sebaliknya? Nantikan filem ini di pawagam nanti. Pada awal 2011.(trailer filem)
SYHH..DIA DATANG
Pengarah : Saiful ApekSyarikat Penerbit : Noradz Productions Sdn. Bhd.
Genre : Komedi
Klasifikasi : U - Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan : 2011
Saiful Apek-Enol (Pelakon Utama)Aaron Aziz-Edd (Pelakon Utama)Kuna-Datin Kat (Pelakon Pembantu)Shukery Hashim-Dato' G (Pelakon Pembantu) Airis Yasmin-Zara (Pelakon Pembantu) Zami Ismail-Pak Da (Pelakon Pembantu) Khatijah tan-Mak Da (Pelakon Pembantu) Imuda-Udin (Pelakon Pembantu) Ahmad Busu-Mat (Pelakon Pembantu) Dato' Jalaluddin Hasan-Mar (Pelakon Pembantu) Jalil Hamid-Pengarah Filem (Pelakon Pembantu) Amy Mastura-Marina/ Safea (Pelakon Pembantu) Azwan Ali-Perogol (Pelakon Pembantu) Yassin Senario-Krew Produksi (Pelakon Pembantu) Acappan-Raja (Pelakon Pembantu) Khaty Fauziah Musa-Datin Julie (Pelakon Pembantu) Rosnah Mat Aris-Pemilik Warung (Pelakon Pembantu) Reanna-Yana (Heroin Filem Samseng) (Pelakon Pembantu) Avaa Vanja-Lia (Pelakon Pembantu) Rina-Rina (Pelakon Pembantu) Rama-Editor (Pelakon Pembantu) Din Beramboi-Pelanggan Gerai 1 (Pelakon Pembantu) Bob (KU2)@Kuman-Pelanggan Gerai 2 (Pelakon Pembantu)
nasib dan akhirnya di panggil untuk temuduga. Nasib mereka baik apabila di terima untuk menjadi pekerja filem. Semasa menghadiri temuduga, Datin Kat(Kuna), pengusaha filem telah terpikat dengan Enol semasa mereka bertembung.Mereka sangat gembira bila terima panggilan yang mereka telah di terima bekerja sebagai pekerja Namun begitu, nasib tidak menyebelahi mereka apabila Edd terlibat dalam kemalangan sewaktu dalam perjalanan pergi kerja pada hari pertama. Edd tidak dapat diselamatkan. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir, Edd ada meninggalkan pesan kepada sahabatnya Enol. Enol hampir berputus asa untuk meneruskan impiannya untuk menjadi
pekerja filem. Namun kemunculan Raja(Acappan) menjadikannya semakin bersemangat dan bertekad untuk meneruskan impiannya dan sahabatnya Edd.Bermulalah kehidupan Enol sebagai pekerja filem. Setelah melaporkan diri di set pengambaran, beliau di beri tugas sebagai ‘handyman’. Dari hari ke hari, Enol belajar serba sedikit cara-cara pembikinan filem dan menyimpan hasrat untuk menjadi pengarah filem. Enol berkenalan dengan Zara(Airis Yasmin) secara kebetulan. Zara merupakan gadis kampung yang datang ke Bandar dan bercita-cita untuk menjadi pelakon. Hari makin hari hubungan mereka menjadi rapat. Dalam pada itu, Datin Kat sering turun ke lokasi untuk menambat hati Enol. Pada mulanya Enol rasa kekok dan tidak selesa, tapi bila dia memikirkan itulah satu-satunya peluang jika dia ingin menjadi pengarah filem, terus dia melayan segala kerenah Datin Kat.Datin Kat yang di kala itu kesunyian dan mempunyai pergolakan
rumahtangga dengan suaminya Dato G(Shukery Hashim), terus melayan dan memikat Enol dengan wang ringgitnya. Dato G merupakan seorang suami yang suka berfoya-foya dan hidup mewah atas harta isterinya sendiri. Gadis-gadis yang menjadi pelakon tambahan di dalam filemnya pasti akan menjadi gadis tambahannya pula untuk bersuka-ria. Semua pertemuan akan di atur oleh Pengurus Produksinya iaitu Angah (Angah Raja LAwak).Datin Kat dah lama tahu mengenai kegiatan suaminya, sehinggalah pada suatu hari telah berlaku satu konflik di lokasi yang melibatkan Enol dan Pengarah(Jalil Hamid). Datin Kat masuk campur dan bermula dari hari itu Datin Kat telah bertekad untuk mengambil alih production nya itu. Dato G tidak bersetuju dan mula mengelabah. Dato G telah menetapkan syarat dan menyuruh Datin Kat menandatangani perjanjian seandainya Datin Kat ingin mengambil alih production tersebut. Datin Kat bersetuju dengan segala syarat-syarat yang telah di tetapkan. Ini memeranjatkan Dato G kerana pada awalnya, syarat yang dikenakan adalah dengan harapan Datin Kat tidak
bersetuju dan menyerah kalah. Tapi sebaliknya pula yang terjadi.Apakah yang akan terjadi seterusnya…Adakah Datin Kat berjaya menyiapkan filem tersebut? Apakah Enol bersedia dan berjaya menjadi seorang pengarah filem, sedangkan dia tidak mempunyai apa-apa pengalaman dalam bidang pengarahan. Bagaimana dengan hubungan Enol dan Zara? Siapa yang dipilih oleh Enol di antara Zara, seorang gadis kampung yang lemah lembut dan cantik atau pun Datin Kat, seorang wanita kaya yang berharta dan berkedudukan? Saksikan kesudahannya dalam filem Shhh…Dia Datang (trailer filem)
Pengarah : Prof Madya A. Razak MohaideenSyarikat Penerbit : Lineclear Motion Pictures Sdn. Bhd.
Genre : Pengembaraan
Klasifikasi : U - Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan : 10 Mac 2011
Eizlan Yusof-Iskandar (Pelakon Utama)
Aminah Rhapor-Ibu Mellissa (Pelakon Pembantu)
Cico Harahap-Suami Indah (Pelakon Pembantu)
Zaibo-Penganjur (Pelakon Pembantu)
Ramona-Rakan Lyss (Pelakon Pembantu)
Shaharuddin Thamby-Pensyarah (Pelakon Pembantu)
Patrick Teoh-Boss Hana (Pelakon Pembantu)
Yusry KRU-Pengacara (Pelakon Pembantu)
Yasmin Hani-Pengacara (Pelakon Pembantu)
Aren-Juri Pesona Ratu (Pelakon Pembantu)
Dicatat oleh Unknown di 10:26 PTG
Label: INFO ♦ulasan (20)
Rabu, 17 November 2010
FAKTA MENARIK YANG KORANG TAK TAHU!
1.Ahli falsafah Greek, annximander adalah orang yang pertama sekali menafikan bumi ini rata. Lelaki itu mengemukakan pendapatnya bahawa bumi ini bulat, pada 560 Sebelum Masihi (SM). Ideanya itu mulanya ditentang oleh golongan cendikiawan dan agama, tapi akhirnya sedikit demi sedikit mendapat sokongan masyarakat.
2.Pada 350 SM, konsep bumi ini bulat semakin diterima umum, cuma mereka tidak mempunyai bukti yang kukuh. Bukti yang dicari-cari itu hanya menjelma 18 kurun selepas itu apabila Ferdinand de Magellan melengkapkan misi pelayarannya mengelilingi bumi. Pada ketika itu, tiada siapa lagi meragui bahawa bumi ini bulat, ia tidak ada penghujungnya.
3.Air terjun tertinggi di dunia berada di Venezuela (Amerika Selatan) dengan ketinggian 988.31 meter. Ia 18 kali lebih tinggi daripada Air Terjun Niagara di Kanada (Amerika Utara)
4.Landak ialah haiwan yang mempunyai banyak duri di seluruh tubuhnya. Duri ini digunakan sebagai alat pertahanan diri ketika diserang musuh. Untuk pengetahuan anda, seekor landak dewasa mempunyai lebih 30,000 duri di seluruh tubuhnya.
5.Lembu adalah haiwan yang buta warna. Oleh itu ia akan mengejar apa saja yang dikibarkan di depan matanya sama ada kain merah atau kuning.
6.Seekor rama-rama merasa makanannya dengan menggunakan kaki dahulu sebelum mengunakan lidahnya. Ini kerana deria rasa rama-rama terlekat pada kakinya.
7.Nama Kanggaru terhasil bila beberapa pengembara kulit putih ternampak seekor binatang yang terlompat-lompat di hadapan mereka. Bila ditanya pada Orang Asli di sana, apa nama binatang itu, Orang Asli tersebut menjawab 'Kanguru' (bermaksud 'tak tahu'). Kanggaru tidak boleh melompat jika ekornya tidak menyentuh bumi. Ini kerana ekornya berfungsi sebagai spring semasa melompat.
8.Nama tempat paling singkat di dunia terdapat di Francis dan Jepun. Tempat tersebut hanya menggunakan satu huruf sahaja iaitu 'Y' dan 'O'.
9.Drama pertama yang pernah dipentaskan adalah karya seniman Mesir pada tahun 3200 sebelum Masihi. Ini bermakna lebih 5,000 tahun yang lalu. Skrip drama tersebut telah dijumpai oleh seorang arkeologi di Luxor, Mesir pada tahun 1895 yang ditulis atas tumbuhan papyrus dan masih tersimpan sehingga kini.
10.Lohong semula jadi yang terletak di Kaveri, daerah Deewa, Madhya Pradesh, India merupakan lohong yang paling dalam di dunia. Kedalamannya melebihi 300 meter dan lebarnya ialah 100 meter. Lubang semula jadi tersebut dianggap sebagai fenomena geologi yang luar biasa.
11.King Richard II dari England (1367 - 1400) adalah orang pertama yang menggunakan sapu tangan di dunia. Beliau membawa sekeping kain kecil yang digunting untuk menyapu dan membersihkan lubang hidungnya.
12.Huruf yang paling kerap digunakan dalam bahasa Inggeris adalah huruf 'E' manakala 'Q' adalah huruf yang paling kurang digunakan. Kalau tak percaya , beli surat akhbar berbahasa Inggeris dan semaklah sendiri.
13.Seorang kanak-kanak boleh menghabiskan banyak masa untuk mempelajari sesuatu yang baru melalui TV. Tetapi purata seorang kanak-kanak menghabiskan masanya menonton TV adalah kira-kira 28 jam seminggu, iaitu sama banyak dengan masa mereka di sekolah.
14.Jika anda mengira tanpa henti selama 24 jam sehari, ini bermakna anda perlu mengambil masa selama 31,688 tahun untuk sampai ke angka satu trilion!
15.Pada tahun 1876, Alexander Graham Bell menjadi manusia yang paling berjaya di dunia apabila mencipta telefon pada masa itu. Bagaimanapun, dia tidak pernah menggunakan telefon untuk berhubung untuk berhubung dengan isteri dan ibunya sebab mereka berdua pekak.
16.'Rhythm' dan 'syzygy' adalah perkataan yang paling panjang dalam bahasa Inggeris tanpa huruf vokal.
17.Pada sepanjang masa, terdapat 18,000 kilat yang masih dalam proses pembentukan di atas atmosfera bumi ini. Apabila menghentam bumi, kilat membawa bersamanya kuasa elektrik setinggi 100 juta volt! Satu lagi fakta berkaitan bumi; Satu batu (1.6 kilometer) padu kabus, yang kita lihat begitu besar dan hebat di langit, sebenarnya dihasilkan oleh kurang daripada segelen air.
18.Pelangi terbentuk apabila matahari berada 40 darjah atau kurang, di atas garis horizon.
19.Tahukah anda seekor kucing hanya boleh melihat dua warna sahaja iaitu hitam dan putih.
20.tahukah anda, nama terpanjang didunia pula di sebuah bukit di New Zealand iaitu 'Taumataw hakatangi ihangakoau auotama teaturipukak pikimaungahoronukupokaiwhenuakitanatahu'.
P/S=amacam menarik tak fakta-fakta ni? nanti aku siar lagi fakta yang lain plak lepas ni...
Dicatat oleh Unknown di 4:41 PG
Label: INFO ♦ulasan (27)
Isnin, 30 Ogos 2010
MALAM LAILATULQADAR
Jatuhnya Lailatul Qadar
Para ulama bersepakat bahawa Lailatul-Qodar terjadi pada malam bulan Ramadhan. Dan terus berlangsung pada setiap bulan Ramadhan untuk mashlahat umat Muhammad, sampai terjadinya hari qiyamat. Adapun tentang penentuan kapan persis terjadinya, para ulama berbeda pendapat disebabkan beragamnya informasi hadits Rasulullah, serta pemahaman para shahabat tentang hal tersebut. Sebagaimana tersebut di bawah ini:
1. Lailatul-Qadar itu jatuh pada malam 17 Ramadhan,iaitu malam diturunkannya Al Qur’an. Hal ini disampaikan oleh Zaid bin Arqom dan Abdullah bin Zubair ra. (HR Ibnu Abi Syaibah, Baihaqi dan Bukhori dalam tarikh).
2. Lailatul-Qadar itu jatuh pada malam-malam ganjil di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan. Diriwayatkan oleh Aisyah dari sabda Rasululah SAW: “Carilah lailatul qadar pada malam-malam ganjil di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan” (HR Bukhori, Muslim dan Baihaqi)
3. Lailatul Qadar terjadi pada malam tanggal 21 Ramadhan, berdasarkan hadis riwayat Abi Said al Khudri yang dilaporkan oleh Bukhori dan Muslim.
4. Lailatul-Qadar jatuh pada malam tanggal 23 bulan Ramadhan, Berdasarkan hadis riwayat Abdullah bin Unais al Juhany, seperti dilaporkan oleh Bukhori dan Muslim.
5. Lailatul-Qodar jatuh pada malam tanggal 27 bulan Ramadhan, berdasarkan hadis riwayat Ibnu Umar, Seperti dikutip oleh Ahmad. Dan seperti diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah, bahawa Umar bin al Khoththob, Hudzaifah serta sekumpulan besar shahabat, yakin bahwa lailat al qodr terjadi pada malam 27 bulan Ramadhan. Rasulullah SAW seperti diriwayatkan oleh Ibnu Abbas, juga pernah menyampaikan kepada sahabat yang telah tua dan lemah tak mampu qiyam berlama-lama dan meminta nasihat kepada beliau agar ia boleh mendapatkan lailatul qadar, Rasulullah SAW kemudian menasihati agar ia mencarinya pada malam ke 27 bulan Ramadhan (HR Thabroni dan Baihaqi).
6.Seperti difahami dari riwayat Ibnu Umar dan Abi Bakrah yang dilaporkan oleh Bukhori dan Muslim, terjadinya lailatul qadar mungkin berpindah-pindah pada malam-malam ganjil sepanjang sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan. Sesuai dengan informasi terakhir ini, dan kerana langkah dan pentingnya, maka selayaknya setiap muslim selalu mendapatkannya pada sepanjang sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.
Bila kita sedari malam lailatulqadar apa yang hendak dilakukan
Seperti diriwayatkan oleh Imam Muslim, Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi, bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: “Pada saat terjadinya Lailatul-Qodar itu, malam terasa jernih, terang, tenang, cuaca sejuk tidak terasa panas tidak juga dingin. Dan pada pagi harinya matahari terbit dengan jernih terang benderang tanpa tertutup sesuatu awan”.Sedangkan yang harus dilakukan agar dapat menggapainya :
1. Lebih bersungguh-sungguh dalam menjalankan semua bentuk ibadah pada hari-hari Ramadhan, menjauhkan diri dari semua hal yang dapat mengurangi kekhusyukan ibadah pada hari-hari itu. Dalam ibadat ini juga harap sertakan keluarga sekali berjemaah bersama hal itulah yang dahulu dicontohkan Rasulullah SAW.
2. Melakukan i’tikaf dengan sekuat tenaga. Itulah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.
3. Melakukan qiyamullail berjama’ah, sampai dengan rekaat terakhir yang dilakukan imam, sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Dzar ra.
4. Memperbanyak do’a memohon ampunan dan keselamatan kepada Allah dengan lafal: “Allahumma innaka ‘afuwun tuhibbul afwa fa’fu ‘anni”. Hal inilah yang diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Aisyah ra ketika beliau bertanya: “Wahai Rasulullah, bila aku ketahui kedatangan lailat al qodr, apa yang mesti aku ucapkan?” (HR Ahmad, Ibnu Majah dan Tirmidzi)10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.
Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".
Sebab turun surah al-Qadr
Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.
Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.
Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.
Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut
Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya"
Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.
Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."
Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar
Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.
Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.
Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.
Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.
Doa khusus di Malam Lailatulqadar Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut
1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.
Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"
Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku. Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa
Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:
1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.
Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.
Tanda Malam Lailatulqadar
Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:
- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasukpohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.
Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.
P/S=fuh! panjang giler entry aku kali ni? ada ke orang yang baca? hehe apa-apapun entry ni untuk info kepada anda semua....
Dicatat oleh Unknown di 6:46 PTG
Label: INFO ♦ulasan (34)
KATEGORI
- 1 TEMPAT 1001 KISAH (3)
- AKSI (12)
- ASAL-USUL (9)
- BAHASA DUNIA (7)
- CERITA PARA AMBIA (8)
- CERITA PENDEK (16)
- CERITA PENGAJARAN AKHLAK (24)
- CERPEN (2)
- COMEL (2)
- FILEM (11)
- GAMBAR (37)
- GILA (5)
- HADIAH DARI ORANG (18)
- HEBAT (4)
- HOROSKOP (1)
- INFO (36)
- JUTAAN TERIMA KASIH PADA KORANG (8)
- KAJIAN (15)
- KAUNTER PERTANYAAN (25)
- KEJAM (5)
- KELAKAR (28)
- KELAKAR SERAM (60)
- KELAKAR SERAM.. SEDIH??? (10)
- KENANGAN (1)
- KOMEN (12)
- KRETIF (25)
- LAGU (2)
- MENARIK (23)
- MIMPI (1)
- MISTERI (29)
- PASAL DIRI AKU (26)
- PASAL KAWAN AKU (2)
- PELIK (41)
- PEMGEMBARAAN (12)
- PENGALAMAN LUCU AKU (4)
- PENGEMBARAAN (7)
- PENGENALAN (2)
- PENGUMUMAN (22)
- PERGEMBARAAN (1)
- PERSONALITI (1)
- PSIKOLOGI (1)
- SAJAK (6)
- SAKTI (10)
- SCI FI (11)
- SEDIH (3)
- SERAM (20)
- SOALAN PEMINAT KEPADA AKU (43)
- TERKENA (3)
- TOP 5 PILIHANKU (2)
- UCAPAN (2)
- UNDI (3)
- UNIK (26)
- VIDEO (29)
- WORDLESS WEDNESDAY (1)










