Thankz kepada semua yang follow aku nanti aku follow korang balik..

Ahad, 16 Januari 2011

JOM KETAWA! 'siri 2"

Salam.. kali ni aku nak letak lagi entry yang berunsur lawak sikit! hehe semoga korang semua terhibur dengan lawak kali ni! layan... hahahahha (eh! ada 1 blogger buat entry pasal aku la!! wah! terharu rasa... ni blog dia sila-sila la melawat yer FarhanZulhusni)






1.PECAT

Majikan : Kamu di pecat!
Pekerja : Tapi saya tidak melakukan apa-apa!!
Majikan : Itu lah sebabnya mengapa kamu di pecat...


2.KERJA RUMAH

Seorang guru sedang bertanyakan kepada seorang anak muridnya.

GURU: Ali, mengapa awak tidak membuat kerja rumah yang cikgu beri ?
ALI: Emak saya beritahu saya supaya tidak buat kerja rumah
GURU: Mengapa emak awak berkata begitu ?
ALI: Kerana semua kerja rumah emak saya yang buat.


3.JIMAT CERMAT

Pak Pandir penternak itik yang berjaya. Hasil pendapatannya yang pertama Pak Pandir membeli sebuah motorsikal.

Apabila Pak Pandir menunggang motorsikal tersebut dia hanya menggunakan gear satu. Perlahan dengan gear satu, laju dengan gear satu, naik bukit dengan gear satu. Akhirnya kerana hairan, seorang temannya Pak Kadok pun menegur, "Oi... Pandir, gunalah gear dua, tiga atau empat."

Pak Pandir menjawab, "biar berjimat, habiskan dulu satu persatu."


4.WARNA SAYA SUKA

Sampai di lampu merah semua kenderaan berhenti, termasuk Pak Pandir. Namun ketika lampu telah hijau dia masih terus berdiri. Dari hijau ke kuning, merah kemudian hijau lagi, dia masih belum menjalankan motornya. Akhirnya datang polis, "Hei... kenapa belum jalan?"

"Belum ada warna lampu yang saya sukai Encik," jawabnya.


5.KENA TAK?

Pada suatu pagi, Cik Tina ingin menghantar anaknya, Farid ke sekolah dengan menggunaka kereta barunya. Semasa hendak mengundurkan keretanya itu Cik Tina pun berpesan kepada anaknya :

Cik Tina : Farid, tolong tengok-tengokkan belakang kereta. Kalau langgar pokok beritahu ibu.
Farid: Baiklah , ibu!
Cik Tina: Kena tak ? Kena tak?
Farid: Belum, belum. Undurlah lagi ibu.
Cik Tina: Kena tak ? Kena tak?
Farid: Undur lagi, lagi, lagi .

Tiba-tiba terdengar bunyi yang kuat , bang !!

Farid: Okay ibu, dah kena pun pokok !
Cik Tina: Alamak ! Macam mana boleh terlanggar pokok? Habis kereta aku !
Farid: Kata ibu bila kena pokok beritahu, dah kena pokoklah itu !


6.MANUSIA AYAM
Seorang lelaki sakit mental menganggap dirinya adalah jagung dan terlalu takut dengan ayam. Jika ternampak haiwan itu, dia akan lari lintang pukang kerana menyangka ayam akan memakannya. Akhirnya, lelaki itu dimasukkan ke rumah sakit jiwa. Setelah beberapa bulan, doktor pun melakukan ujian ke atas lelaki itu bagi mengenal pasti apakah dia telah pulih ataupun tidak.

Doktor : Adakah kamu tahu siapa diri kamu sekarang?
Lelaki : Ya doktor.
Doktor : Siapa kamu sebenarnya.
Lelaki : Saya ini manusia doktor.
Doktor : Ya ke? Bukan jagung?
Lelaki : Bukan, saya manusia doktor.
Doktor : Kamu takut dengan ayam?
Lelaki : Tidak doktor.
Doktor : Hmm..bagus. Nampaknya kamu dah sembuh.
Lelaki : Tapi doktor, saya ada satu pertanyaan.
Doktor : Apa dia?
Lelaki : Ayam tahu tak yang saya ni dah berubah jadi manusia.
Doktor : "??$$??"


7.PALING BERSIH KER?

Sepasang suami istri merayakan ulang tahun perkahwinannya dengan makan malam di sebuah restoran. Ketika mereka hendak meninggalkan restoran tersebut, mereka ditanya oleh pemilik restoran yang berdiri di pintu.

Pemilik : "Bagaimana perasaan Anda terhadap hidangan dan layanan kami?"
Lelaki : "Ada satu perkara yang boleh saya katakan.. Anda memiliki dapur yang paling bersih di bandar ini."
Pemilik : "Dapur yang paling bersih?... Anda kan tidak pergi ke dapur. Bagaimana Anda boleh tahu yang dapur kamilah yang paling bersih?"
Lelaki : "Sebab.. Semua makanan yang kami makan berbau sabun."


8
.GIGI HAZELNUT

Abu bagitau tunang dier Siti teringin nak jumpa nenek Siti. Satu hari, Siti berkesempatan memperkenalkan Sam kepada neneknya.Sambil duduk menunggu, Abu mengunyah kacang hazelnut sampai abis semangkuk. Nenek Siti keluar lalu

Abu bersalam dengan sopan santunnya sambil berkata, "Maaflah nek, habis semangkuk hazelnut tu saya makan tadi." Dengan selamba ala salesman budak-budak pakai tie jual calculator,
nenek Siti berkata, "Takpe, Siti memang suka sangat bawakan nenek coklat kacang hazelnut ni. Gigi nenek takde dah, jadi nenek hisap je la coklatnya. Kacangnya nenek tinggalkan kat mangkuk tu."


9.TAHU TAK SAYA SIAPA?

Rosman Diterima Bekerja Sebagai Pelatih Di Sebuah Syarikat Multimedia. Selepas Melaporkan Diri Pada Hari Pertama Dia Masuk Ke Biliknya... Terus Mendail... "Tolong Buatkan Saya Kopi Cepat!" Katanya Menengking.

"Maaf, Awak Salah Sambungan. Awak Tahu Dengan Siapa Awak Bercakap Ni?" Kata Suara Di Hujung Talian.

"Tidak" Jawab Rosman. "Saya Pengarah Urusan Syarikat Ini, Awak Tahu?"

Balas Suara Itu.
Rosman Terkejut. Barulah Dia Sedar Dia Tersalah Dail. Hajatnya Mahu Menghubungi Kantin. "Encik Tahu Dengan Siapa Encik Bercakap Ni?"

Tanya Rosman.
"Tak, Awak Siapa?" Balas Pengarah Urusan Itu.

"Kalau Tak Tahu Bagus..." Kata Rosman Terus Meletakkan Gagang Telefon.


10.MALU BEB!

Seorang pemuda yang baru sahaja menamatkan pengajiannya dalam bidang kaunseling telah membuka kedai pertamanya di pinggir bandar. Beliau telah membuka kedai tersebut selama seminggu tetapi ia masih tidak mendapat sambutan. Memandangkan hari telah menjelang tengahari, pemuda tersebut mula gelisah kerana tiada seorang pun pelanggan datang untuk mendapatkan khidmatnya dalam bidang kaunseling.Namun pada hari tersebut, nasib seakan menyebelahi dirinya apabila seorang lelaki datang menghampiri kedainya dengan langkah yang penuh bergaya. Dalam hati pemuda tersebut, inilah pelanggan pertama aku dan aku perlu menunjukkan reputasi yang baik padanya. Lantas dia mencapai telefon dan bercakap dengan nada yang kuat "HEllo Dato, takpa saya akan uruskan segala-galanya, Dato jangan bimbang sebab syarikat saya memang terkenal dengan reputasi yang gemilang, lagipun kami tak pernah mengecewakan sesiapapun. Yang penting ialah staff syarikat Dato nanti akan lebih bersemangat dalam menjalankan tugasnya. Ya....Ya....Lagipun fasilitator kami bukannya calang-calang orang, memang hanya yang terbaik sahaja akan kami pilih bekerja di sini."Jelasnya kagi dengan keyakinan yang tinggi.

"Ok, takpalah Dato jangan bimbang, saya akan bereskannya secepat yang mungkin." Ujarnya pada akhir perbualan
Lelaki yang berjalan dengan penuh gaya tadi berdiri betul-betul di hadapan pemuda tersebut sambil tersenyum dan dengan penuh hemah, dia menegur "Ya, ada apa yang boleh saya bantu Encik?" "Saya datang nak pasang talian telefon" Ujarnya lagi dengan senyuman yang penuh bermakna


P/S=macam menarik tak? korang pernah tak melalui peristiwa yang di tulis di atas ni? hehehe ok! next entry aku letak lagi cerita kelakar ok! hehe

16 ulasan:

kiwi berkata...

yg part mkn kacang tue..euw..yekk..haha

Cik SHiNJU berkata...

hahaha...yg last tu mmg xleh blah :P

asliner berkata...

4-sengal
5-sengal
6-lawak!
7-kelakar giler (siyes taknak gi restoren mcm tue..)
8-eee..yek! geli.huhu

Anis Sakinah berkata...

haha klakar2.. :D

Tanpa Nama berkata...

mana lah u kutip lawak2 ni .. ? kejang mulut i gelak ! x)

Munirah Ismail berkata...

hahaha..seronok+kelakar! :D:D:D

zEri sAfEerA berkata...

wakakakaka :)) ilang stress bc lawak2 ni. yg last paking lawak.
manusia ayam palin sengal. kakakaka :D

dya adriza berkata...

cerita no 10 x pernah dengar lg hehe

zaty luvlianncez berkata...

num 9 lawak..

ape pnya pekeja daaa

Anati Soki berkata...

ok fine.. gelak guling2.. hehehehe

NARDtheNERD berkata...

eiiiiii.
makan hazelnut tu gelii gilaa.
haha.

:))

Rina Rossoneri berkata...

hakhakha memang malu okeyy

si para para berkata...

hehe baca lawak kat sini hilang sikit serabut kat kepala ni...

Unknown berkata...

sume lawak..TQ ye buat patik gelak..

Farhan Zulhusmi berkata...

bagus lah...leh x buat mcm pak pandir???hehehe

Unknown berkata...

haha...menarik la...mmg lawak...nak pecah perut baca semua lawak tuh....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"Magical Template" designed by Blogger Buster