Salam... ha! baca tajuk entry di atas terkejut tak? huh! ini bukan cubaan ni betol-betol! aku dapat pangkat DATUK!!!! nak tahu macam mana? meh sini aku cerita...
tekejut beruk!
Kisahnya saudara aku sebelah ayah aku datang melawat dia adalah sepupu aku umur 40an tapi dia dah kawin ada anak tua 4tahun dengan aku jadi anak dia kena panggil aku Pak Cik Nick!!! sedih.. umur aku baru 21 masa tu dah dapat panggilan pakcik dari orang yang umur 25 tapi anak dia yang umur 25 pun dah kawin kiranya anak sedara aku dah kawin...
Jadi sepupu aku ada cucu umur 3 tahun? nampak macam biasa je kan? tapi yang aku agak tergamam sebab cucu dia panggil aku Datok Nick!!! Arghhh!! eh! korang ingat aku sedih ke? takdelah sebabnya yela bukan senang nak dapat pangkat datuk kan? kiranya aku la orang termuda dapat datok? jangan jeles yer! wahai blogger sekalian hahaha.. (gelak bangga) mesti ada orang kata aku tipu ni?
===Nak tahu macam mana boleh jadi macam tu? meh aku cerita salasilah keluarga aku==
(Family Nick Irfan)
Ayah aku+mak aku
dapat la aku dan kakak aku
(Kakak Ayah aku dia kawin muda)
kakak ayah aku+suami dia
dapat anak 4 orang anak dorang ni sepupu aku tapi sepupu aku semua aku dah kawin
semua ada anak lepas tu salah sorang dari anak sedara aku pun dah kawin jugak!
dapat sorang anak 3 tahun
(paham tak? ha! terjadinya macam ni sebab ayah aku punya kakak kawin muda la umur 14 dah kawin biasalah orang dulu kawin awal dan ayah aku plak lain dia kawin lambat umur 30 baru kawin)
P/S=jadi kesimpulan entry ni ialah aku adalah Datuk Nick Irfan! jadi korang kena panggil aku Datuk Nick tau! ha tengok! senang-senang aku dapat pangkat datuk dalam usia yang muda??? korang mampu ke? maaf jangan jeles semua pembaca (miahahaha gelak jahat)
Salam... kali ni aku nak tunjukan bila dunia sekarang takde teknolgi? ha! korang boleh bayang tak macam mana? tak dapat nak bayangkan!!! takpe sila tengok gambar di bawah eh! lagi 1!!! ada orang review pasal blog aku la!! wah!! serius! aku terharu nak tengok klik sini ha! lepas dah tengok tu jangan lupa komen tau di blog tersebut? dan terima kasih buat blog itu iaitu Projek Blog!! tahniah!! semua berjaya dalam arena blogging
1.TV
tengok Tv pun korang kena lukis sendiri? memang serius bosan!! hehe
2.TELEFON
takde telefon jadi dorang guna cawan kertas di sambung dengan tali jer? hehe
3.KENDERAAN
bawak kereta pakai kaki plak?? macam kereta kanak-kanak jer..
4.JAMBATAN
amat tak selamat kalau lalu titi macam ni kena bergayut plak!!
5.KAPAL TERBANG
sian orang tu la jadi mangsa nak bawak penumpang untuk terbang? hahaha
6.CALCULATOR
yang ni paling kesian macam nak mampus je baru galas calculator batu plak tu? haha
P/S=ni semua hanyalah andaian saja sebab dunia sekarang makin lama peralatan di dunia ni semakin canggih kan? jadi benda-benda yang lama semakin di lupakan tapi kena ingatkan takde yang lama takkan ada yang baru jadi hargailah barang lama... hehe
Salam.. kali ni aku nak tunjuk gambar superhero yang kita tengok kat Filem tapi aku nak tunjukan superhero ketika waktu kecik? hehehe kiranya dorang dari kecik lagi jadi superhero tapi masa kecik dorang ni nampak skema sikit bila besar barulah dorang jadi hebat macam dalam filem tu... hehe
1.HULK
2.BATMAN AND ROBIN
3.GREEN LANTERN
4.IRONMAN
5.NINJA TURTLE
6.THE THING (Fantastic Four)
7.SUPERMAN
P/S=ha! macam mana cute tak dorang semua ni? tapi masa kecik memang takde ciri-ciri superhero.. hahahaha (kalau sudi singgah la baca pengembaraan nick irfan seterusnya siri 11:episod 103)
Salam... lama jugak aku tak update blog? sebab intenet lembab melanda kat broadband aku ni? aduh... mungkin pakai terlebih limit kot? agaknya la.. tapi!! selamat hari ni normal semula tapi still lambat jugak tapi boleh la aku update? hehe eh! kali ni aku nak letak tengkorak dalam kartun korang tengok.. ingat manusia je ada tengkorak? kartun pun ada tau! hehe
P/S=jadi inilah bahagian dalam kartun? memang agak aneh? pelik-pelik rupanya tulang dorang ni.. hehe (MAAF SEMUA AKU TAK DAPAT NAK DROP KOMEN KAT BLOG KORANG INTENET KURANG MEMUASKAN)
Salam.. kali ni aku nak letak gambar yang korang tengok banyak kali pun agak pening? sebab misteri jugak? memang aneh! tak percaya? sama-sama kita tengok gambar kat bawah ni...
P/S=aneh kan? misteri kan? hmm... sama-sama kita fikir apa bendalah gambar yang dituliskan? ada maksud tersendiri ker? aku rasalah hanya pelukis gambai ni je yang tahu...
Siapa kat sini orang kedah? korang tahu tak asal-usul tempat korang duduk tu? tak tahu? meh sini nak story sikit... hehe
Dahulu kala kononnya ada sepasang suami isteri yang baru berkahwin si suami dari CHANGLON dan isterinya plak KODIANG,mereka tinggal di GURUN sebab suaminya pemalas? dan hasil tanaman pula tidak menjadi kering kontang suaminya kerja menahan MERBUK
Satu hari si isterinya telah mengamuk dia membawa pisau dan TIKAM BATU dan rasa tak puas hati terus di lompat ke atas padang hingga rumput menjadi lumat jadilah PADANG LUMAT. Bila di lihat suaminya pulang dia geram diangkatnya pula belangga dan di BALING tak kena BELANGGA PECAH dan tumpah kuah di dinding sarang semut jadi semua semua semut hurung dan jadilah KOTA SARANG SEMUT,dia mencari-cari suaminya tiada dan dia geram dan di ambil semua beras di bakarnya jadilah BERAS TERBAKAR...
P/S=amacam? ok tak asal usul aku cerita ni? hahahaha ops! nanti korang tertanya-tanya plak? ni hanya gurauan saja... hehe
PERANCIS 0 VS 2 MEXICO adoi! kejutan lagi? banyak plak kejutan kat piala dunia 2010 kali ni pasukan pilihan nampaknya kecundang plak? adoi...
ENGLAND 0 VS 0 ALGERIA ni apa pasal ni?? banyak keputusan yang tak masuk akal berlaku!!! pelik!!! england boleh seri????
SLOVENIA 2 VS 2 USA ni pun aku pelik jugak? kenapa banyak sangat keputusan seri ni??? memang pelik...
JERMAN 0 VS 1 SERBIA ni lagi pelik! kenapa jerman boleh kalah dan macam biasa? ada kad merah!! aku pening piala dunia kali ni! banyak sangat pasukan pilihan kalah????? pelik!!!! arghh!! aku bermimpi ker??
Asyik-asyik tentang tafsir mimpi jer? sekarang tukar plak? tafsir mimpi tu ada lagi tapi nanti aku sambung sebab kali ni aku nak berkongsi info tentang solat! semua kita yang beragama islam bersolat kan? tapi korang tahu tak asal-usul solat datang dari mana? ok! mari sini aku cerita sikit...
SUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan solat Subuh Nabi Adam iaitu tatkala keluarnya Nabi Adam dari Syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama dilihatnya ialah kegelapan,membuatkannya berasa takut sangat. Lalu apabila fajar Subuh keluar, maka Nabi Adam menunaikan solat dua rakaat.
Rakaat pertama: Bersyukur terlepas dari kegelapan malam. Rakaat kedua: Bersyukur siang telah menjelma.
ZOHOR:
Orang pertama mengerjakan solat Zohor Nabi Ibrahim A.S., iaitu tatkala Allah S.W.T. memerintahkan menyembelih anaknya Nabi Ismail A.S. seruan datangnya waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.
Rakaat pertama: Bersyukur bagi penebusan. Rakaat kedua: Bersyukur dibukakan dukacitanya juga anaknya. Rakaat ketiga: Bersyukur dan bermohon keredhaan Allah. Rakaat keempat: Bersyukur korbannya digantikan kibas.
ASAR:
Orang pertama mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus A.S., iaitu tatkala dikeluarkan Allah dari perut ikan nun. Ikan nun memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus segera menunaikan solat empat rakaat tanda bersyukur diselamatkan Allah daripada 4 kegelapan, iaitu:
Rakaat pertama: Kelam kesalahan.
Rakaat kedua: Kelam air laut.
Rakaat ketiga: Kelam malam.
Rakaat keempat: Kelam perut ikan.
MAGHRIB:
Orang pertama mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa A.S.,tatkala dikeluarkan Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu menunaikan solat tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:
Rakaat pertama:menafikan ketuhanan selain Allah Maha Esa.
Rakaat kedua:menafikan tuduhan tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga:meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan hanya satu iaitu Allah, tiada dua atau tiga.
ISYAK:
Orang pertama mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa A.S., tatkala Nabi Musa tersesat mencari jalan keluar negeri Madyan, sedang dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacita waktu Isyak akhir. Lalu Nabi Musa menunaikan solat empat rakaat tanda bersyukur kehilangan perasaan dukacita tersebut, iaitu:
Rakaat pertama: Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua:terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga:terhadap Firaun.
Rakaat keempat:terhadap anak Firaun.
P/S=asal-usul terjadinya solat ni aku pun tak tahu sama ada betol atau tak? sebab ni e-mail kawan aku yang kasi.... aku sekadar berkongsi jer...
Tadi aku buka e-mail aku dapat 1 e-mail dari member aku entah mana dia dapat tak tahulah? jadi aku nak berkongsi dengan korang pasal asal usul pemain bola sepak piala dunia yang akan berlangsung ni... hehe
1. Pemain paling banyak meludah di padang = Florent Malouda - France
2. Pemain paling suka makan lepat = Frank Lampard - England
3. Pemain yang menguruskan 3 pejabat pos = Helder Postiga - Portugal
4. Pengurus pasukan yang suka berlari = Luis Philipe Scolari - Portugal
5. Pemain yang main bolasepak dan ping-pong = Razak Pimpong - Ghana
6. Pemain bolasepak juga kawan baik Batman = Robinho - Brazil
7. Pemain bolasepak yang juga macam Batman = Mathias Kezman - Serbia
8. Pemain yang berkaler koko =Wes brown –England-
9. Pemain yang main bolasepak dan biola = Saviola - Argentina
10 . Pemain bolasepak yang paling manis = Maniche - Portugal
11 . Pemain yang selalu terluka di padang = Luca Toni - Italy
12. Pemain bola sepak ni abang kepada fauzi nan(perlis)=Ferdinand –England-
13. Pemain yang selalu dapat check dari bank =Peter Cech- Rep Czech-
14. Pemain yang pandai macam mana pun mesti orang kata biol =Raul Albiol –Spain-
15.Pemain yang tak pernah miss bayar bil elektrik dan bil air= Adabayour – Togo
P/S=hah! korang jangan percaya sangat? ni cuma hiburan semata-mata.. maaf takut jugak aku nanti dorang saman aku plak? tapi tu pun kalau dorang faham bahasa melayu? hehe
---Ni aku nak cerita sikit asal-usul tempat-tempat tertentu di negeri kedah,aku pasti sangat orang kedah sendiri pun tak tau betol tak?? jom kita baca sama-sama okey!!!!!!!!!!!----
Ada sebuah negeri tanahnya amat subur dengan tanaman padi, sesiapa yang datang ke negeri ini mereka selalunya di bawa terus ke dapur,untuk makan pulut tanah atau nasi lemak,bila datang , jom ke dah (Dapur), orang luar pun memanggilnya negeri KEDAH.
Kononya ada sepasang suami isteri yang baru berkhahwin, suami dari CANGLON dan Isteri dari KODIANG, mereka berdua tinggal di GURUN sebab suaminya ini pemalas dan hasil tanaman pula tidak menjadi kering kontang setiap hari kerjanya pergi menahan MERBUK,Satu hari isterinya telah mengamuk Dia bawa pisau di TIKAM BATU,dia rasa tak puas lagi terus dia melumpat dipadang hingga rumput semua menjadi lumat jadilah PADANG LUMAT. Dia geram,diangkatnya belangga kuah di BALING suaminya tak kena BELANGGA PECAH, tumpah KUAH terkena dinding kota,semut semua pakat hurung kuah manis buat sarang, Di Panggil KOTA SARANG SEMUT.dia tunggu suaminya tak juga balik, dia geram diambilnya beras di Bakar jadi pula BERAS TERBAKAR....
(UNTUK MENGELAKKAN KEKELIRUAN YANG MAHA KELANG KABUT CERITA NI REKAAN SEMATA-MATA JER)
HUAWEI WATCH FIT 5 Series
-
Huawei introduces an exciting new chapter under its *“Now Is Your Spark” *campaign,
spotlighting a trio of innovations designed to elevate everyday experien...
February boy..
-
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum..
Salam jumaat yang mulia. Jom banyakkan berselawat.
Specialnya bulan Februari tahun 2020 ini sebab ada 29 hari...
Cantik Cepat dengan Perlaking!
-
!Assalamualaikum!
Fuhh lama dah hupdate, kuatkan diri untuk share produk best kat pasaran
sekarang dengan korang ni. Pernah dengar produk *Perlaking* serbuk...
UNTUK HARI ESOK
-
seusia perjalanan ini, tidak terasa jauhnya jarak yang telah kita lalui.
semuanya terangkum di dalam satu, diri kita. semua rasa sakit pedih mungkin
hila...
Review Filem, Drama dan Buku
-
Assalamualaikum...
Kali ini aku nak berkongsi buku, filem dan drama yang telah aku baca dan
tonton.. Penilaian boleh tengok kat sidebar.. aku ni bukanlah ...
-
sejak akhir akhir ini,aku asyik dok dengar radio je. =..=''
hotfm ye.bukan radio kat india neh.
aku suka dengar malam punya,dj chad.session pasal cinta...