Thankz kepada semua yang follow aku nanti aku follow korang balik..

Memaparkan catatan dengan label SERAM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SERAM. Papar semua catatan

Rabu, 17 Ogos 2011

BERTARUNG DENGAN JIN DALAM TANDAS?

Salam.. kali ni aku nak menulis plak sebab asyik letak video je? boring jugak ha! aku nak cerita kisah masa aku nak masuk tandas awam masa bulan 6 hari tu! kisahnya macam ni...



Kejadian ni berlaku masa parent aku ambik kakak aku dari UUM sebab dah habis study dah kat sana? lepas tu kitorang berhenti kat perhentian R&R kalau tak silap? ala..yang tempat rehat tu? sebab aku nak buang air kecil dalam perjalanan nak ke tandas,ada seorang pakcik dia tengah dukung anakberdiri kat luar tandas,masa aku nak masuk tandas pakcik tu tahan aku

Pakcik Dukung Anak:eh! dik! jangan masuk ada orang tengah histeria sebab pakcik dengar macam dia tengah bertarung dengan benda halus.

Nick Irfan:huh? biaq betoi pak cik? mana pak cik tau?

Pakcik Dukung Anak:tak percaya cuba adik duduk dekat pintu dengar ada orang tengah bercakap-cakap macam tengah marah? seram.

Aku pun pergi dekat pintu tandas letak telinga kat situ aku dengar ada orang menjerit "keluar la! aku cabar kau kalau berani keluar dari badan ni! jangan sampai aku tarik kau keluar! tengok? kawan kau kat depan dah keluar kau bila lagi!! kesian dia ni tersiksa!! Arghh!! Allah!!" aku terkejut tetiba ada sorang mamat entah dari mana datang macam mat rempit je aku tengok? Dia nak masuk tandas lepas tu pakcik tu pun tahan jugak

Pakcik Dukung Anak:eh! dik! jangan masuk ada hantu dalam tandas tu! kami pun tengah tunggu keadaan reda..

Mamat Rempit:eh! pesal plak pakcik? tandas rosak ke?

Nick Irfan:pakcik ni kata ada makhluk halus dalam tandas ni aku dengaq tadi macam orang tengah marah-marah rasanya dia tengah bertarung dengan hantu yang rasuk dalam badan pesakit kot?

Mamat Rempit:eh! ko biar betol doh! aku dah tak tahan ni nanti kalau terkucil cane?

Nick Irfan:hang pancut la kat belakang tandas tu kalau tak tahan sangat? hehe

Mamat Rempit:cis! ko ingat aku anjing ke! siot tol!

Tetiba ada orang keluar dari tandas tu sorang laki macam student je sebab dia pakai baju kemeja dan galas beg muka macam skema je kitorang pun apa lagi terus tanya dia..

Pakcik Dukung Anak:macam mana dik? makhluk halus tu dah keluar ke? ustaz mana yang rawat tu? dia ada dalam ke?

Mamat Skema:ha? ustaz? rawat? makhluk halus? mana ada sapa saya sorang je?

Nick Irfan:habis? tadi aku dengaq suara macam marah-marah ja? macam paksa makhluk halus tu keluar? sapa kena histeria? mesti hang ni?

Mamat Skema:la...bila aku kena histeria? yang menjerit tu aku la sebab aku sembelit teran taik tak keluar sebab tu aku aku marah-marah taik paksa dia keluar last-last dah geram sangat aku tarik dia keluar sekarang baru lega? hehehe sory la...

Mamat Rempit:cilanat punya cibaun! nasib baik aku tak tahan nak terkucil kalau tak memang pecah muka ko dengan helmet ni! phuih! lahabau! (lepas tu dia masuk tandas tak tahan sangat kot walaupun mulut masih dok maki-maki)

Pakcik Dukung Anak:la...ingatkan ada hantu ke apa tadi? 15minit pak cik tunggu? anak pakcik sampai tertidur dah,lain kali jangan buat macam ni... adeh..

Nick Irfan:adoiyai.. apalah hang ni aku nak terkencing pun takdak mood?

Mamat Skema:hehehehe (muka macam kerang busuk je tersengih kat kitorang)


=Akhir sekali aku tak jadi nak buang air pun masa tu terus patah balik mamat rempit dengan pakcik tu je yang masuk tandas..=


P/S=ha! moral the story korang kalau dalam tandas jangan buat macam mamat skema ni nanti semua orang taknak masuk tandas susah la nanti semua pancut kat dinding tandas plak ramai-ramai? hahaha (memang pengalaman yang paling aku tak boleh blah!)

Selasa, 9 Ogos 2011

DI BAKAR HIDUP-HIDUP!!

Salam... baca tajuk kat atas tu mesti korang dan rasa seram kan? kalau korang nak tahu lebih lanjut tengok la video bawah ni tu pun kalau berani la? hahahahaha




P/S=sepatutnya tajuk diatas tu "dibakar hidup-hidup dan sedap di makan?" korang paham-paham sendiri la ye? hehehe

Jumaat, 17 Jun 2011

DEFINASI HANTU!!!

Salam... ni aku nak cerita sikit pasa hantu eh! mesti korang terkejut apesal tetiba je citer pasal hantu ni? sebab tadi aku dapat emel dari member aku kat facebook dia kasi suruh aku letak kat entry aku? aku tengok punya tengok boleh la lagipun aku tak boleh upload video plak kat blog aku sekarang ada prob jadi aku letak entry bertulis plak...


Ni eksperimen member aku dengan member dia dulu la cerita pasal hantu (aku copy sebijik je dalam emel member aku bagi yang mana tak paham tu buat-buat paham je la)


=nak panggil hantu=
- senang jer korang borak je pasal dia, dia datang la. kalau yg baik sikit tu bila korang tukar citer dia blah, tp yg gengster tu korang plak yg kene blah dari situ.

=nak detect hantu=
- tak yah pakai alat cam mat saleh tu, rasa guna tangan je. kalau rasa cam meremang tu korang pusing la sampai rasa tu paling kuat kat situ le dia lepak.

=nak nampak hantu Real depan mata=
1. kalau kaco tempat dia mmg dia kaco balik nanti korang jumpa la dia
2. Dia nak geng dengan orang yang penakut. kalau orang yang penakut kalau korang tegur, sure dia ikut sampai umah.

=nak tengok hantu imbasan hantu tepi mata=
1. kat asrama selalu ni, ni biasa dia melintas je. mata kita mmg leh nampak yg camni bila dia melintas. pas tu dengar la cam ada bunyik org masuk toilet la etc2. wat tak tau je pasal dia lalu je tu.

=cara menghalang hantu bila pindah umah=
1. umah lama kene tinggal selama 40 hari biasa ada la. so time pindah cuci umah suma lantai dengan air sampai bersih sebab hantu suka tempat kotor
2. wat doa selamat
3. kalau semua benda korang dah buat benda tu adagak, elok pindah jer..

Kaler antu -
putih - paling low level, selalu yg nampak yg ni la. pasal paling banyak.
kaler gelap(cokelat/itam etc) - level atas sket, biasa kat hutan. kalau nampak elok chow je.
kaler2 lain - level atas dua ni, kalau korang leh nampak mmg special case la. tp kalau kene kacau huhuhuhuhu

bila hantu dekat kita -
1. paling basic sekali meremang la
2. sejuk pon ada gak, cam kat seekers tu siap effect termometer lg
3. Bau busuk/hanyir - ni aku takut sket, pasal terbayang daging reput huhuhu
4. Panas - ni ada gak tp biasa kalau rasa panas ni jin (jin kan dari api)
5. Pening kepala - ni selalu ramai gak yg kene, tp diorg tolak kata migrain je
6. sekeliling nampak lebih gelap - ni ada gaknak explain kenapa mmg tak tau le
7. rasa berangin - rasa je, tp pokok/daun tak goyang pon.
8. Kenapa kita rasa? - setau aku rasa ni sama cam bila kita tenung belakang orang lain. nanti org tu mesti pusing belakang pasal rasa something. konsep dia sama la, pasal dia tengah konsentret kat kita.

kalau dengar bunyi antu -
1. korang sorang je dengar yg lain tak - dia target kat sorang je, sebenarnya dengar lam kepala/otak bkn kat telinga. dia mmg leh target camtu.
2. bunyik2 pelik - pintu la, tapak kaki la, seret rantai la n etc

antu makan?
1. nasik - yg makan nasik ni biasa yg kene rasuk je
2. buah - mkn zat dia je, rasa manis dia hilang. (tak caya korang try la kat pokok besar tu)
3. kfc/ayam goreng - ni korang leh xperimen sendiri kalau nak rasa, campak jauh2 pas tu sound la 'wei ni untuk korang'. malam2 sahaja, n bila korang ada rasa meremang. kalau kat hutang time camping lagi masyuuuk.

rasuk kat antu???
1. full takeover - antu yg takeover, kene tolak gerenti terbang punya
2. meracau2/jerit - kalau pegang tenaga cam org normal, nampak je tu. bkn masuk pon. biasa pompuan la, dah dia nampak benda tu mmg takut la.
3. semi mode - kalau penah dengar pasal org yg perangai kuat marah pas tu bila marah mesti kata aku ni nampak ko kecik je!. benda tu kat dlm bdn tapi dia tak takeover, dia lepak jer. tapi bila marah kita dah allow control kat dia so mata kita pon guna mata dia. (benda tu ada yg besau n tinggi beb). Sebab tu kalau marah kene sabarrrr.


P/S=entah apa benda la ko tulis ni Fizi? aku langsung tak paham hahaha tapi dah kita kawan baik nanti aku tak letak ko kecik hati plak? jadi aku letak la kat entry aku seperti yang ko minta sebab nak kongsi pengalaman hantu ko dengan blogger di blog aku tapi aku rasa mesti ramai kawan-kawan kat blogger aku ni tak paham bila baca.. hehehe (nanti aku letak entry lain plak?)

Selasa, 14 Jun 2011

BATU BERDIRI SENDIRI!

Salam.. kali ni aku letak entry pasal video balik fanomena batu berdiri! korang cuba tengok aku pun pelik macam mana batu tu boleh berdiri sendiri? memang misteri betol tengah-tengah malam plak tu! perghh!!! hmm...





P/S=kalau tak salah aku kejadian ni berlaku kat perlis tahun bila aku tak pasti plak? memang menyeramkan...

Jumaat, 3 Jun 2011

SUARA MISTERI DISEBALIK LOGO YAHOO!

Salam... aku tak pasti benda ni korang tahu ke tak? tapi try buka laman web yahoo lepas tu kalau korang berani la!!! lalala ha! yang lemah semangat jangan plak buat ok! hehehehehe nampak tak logo kat bawah ni...


YAHOO! (kalau berani aku bagitahu siap-siap la cuba klik kat tanda seru tu nanti ada suara misteri yang keluar) suara tu agak menyeramkan tau! lalala... hehehe eh! tak percaya plak? ingat aku tipu ek? ok kalau tak percaya ce buat tengok nanti kongsi dan ceciter ok apa korang dengar... lalala..


P/S=yang mana dah try bagitahu la apa korang dengar ek? ceciter kat sini... hehehehehehehehehehhe

Ahad, 1 Mei 2011

LAPTOPKU BERHANTU!!!!! -offline-

Salam... start bulan mei ni laptop aku tiba-tiba hilang wireless! jadi laptop aku tak boleh online! pelik la setahu aku sebelum ni aku tak pernah usik apa-apa? pagi 30 April 2011 aku buka laptop aku cucuk broadband celcom takde? aku ingatkan kena potong jadi aku cuba try test kat laptop kakak aku? eh! boleh plak!!! aku try tengok kat laptop cari la intenet takde! aku enable pun tak boleh buka disable pun sama? aku uninstall wireless adapter lepas tu install balik pun tak boleh connect!!! pening aku...

Akhir sekali geram sangat aku nak format lain laptop aku? masuk cd untuk format tak boleh format jugak! haish! ni yang memeningkan aku sebab semua takde masalah! ok cuma intenet tak boleh connect! antivirus dah scan takde virus! arghhh! pelik aku kekadang rasa macam laptop ni sengaja nak mainkan aku!!!! grrr... selamat kakak aku tengah bercuti jadi la boleh la guna laptop dia kejab? nanti kakak aku pergi balik U dia nampaknya berhenti la sekejab blog aku ni...


P/S=sapa pernah jadi macam ni? sila angkat tangan macam saya? hehe apa-apapun yang mana tahu nak menyelesaikan masalah ni ceciter ceciter... hmm...please..bantu aku msg je no ni 0174428276 nick irfan... sebab aku malas nak online intenet sekarang ni sebab ganggu la guna laptop kakak aku ni? sabo je la....bala bala....

Jumaat, 29 April 2011

PELIK-PELIK BETOL LA

Salam... kali ni aku tak tahu nak update cerita apa? aku cuma letak gambar je la gambar yang pelik-pelik korang tengok je ok? layan...









P/S=agak mengerikan tak? pelik-pelik betol kan? hehe nanti aku letak gambar lain plak ok! hehe

Rabu, 27 April 2011

MANUSIA BERSALIN KULIT!!!

Salam.. kali ni aku nak tunjukan orang yang bersalin kulit! hehe korang ingat ular je yang boleh? orang pun boleh tak percaya cubat tengok kat bawah ni kalau geli sila jangan lihat...









P/S=aku no komen je? hehe apa komen korang plak? ceciter ceciter...

Isnin, 11 April 2011

TAKUTLAH PLAK?

Salam... kali ni aku nakletak gambar yang agak takut jugak? selamat takde kat malaysia? sebab benda ni hanya ada di USA kalau tak salah agak menakutkan cuba tengoklah sendiri...






P/S=kalau la exam klip kertas kat atas tu ada rupa macam ni? memang pelik? rasanya trauma budak-budak nak jawab exam! hehe

Jumaat, 25 Mac 2011

SERAM! MANUSIA DISUMPAH JADI PERABOT

Salam.. kali ni aku nak tunjukan manusia yang disumpah menjadi perabot rumah!! betol! eh! ingat aku tipu ke? ok! tak percaya sila lihat di bawah.. hehe


1.LELAKI LAMPU
sian dia kepala dia jadi lampu bilik tidur!


2.DISUMPAH BERAMAI-RAMAI
dorang semua tengah lepas tetiba disumpah jadi sofa...


3.KERUSI BONTOT
kerusi ni berbentuk seperti korang tengok la sendiri...


4.MEJA BONTOT
kenapa tunjuk bontot je? adoiyai...


5.LELAKI WARDROBE
lelaki ni plak sumpah menjadi wardrobekesian...


6.TANGAN TOMBOL PINTU
tangan yang berbentuk tombol pintu...


7.LACI BADAN WANITA
apa punya malang nasib wanita ini...


8.KAKI MEJA
kaki sapa la ni siap dengan kasut tumit tinggi lagi..


9.WANITA KERUSI
amat sadis badan takde tinggal kaki jer..
=eh! apesal ada 9 sepatutnya 10 aduh! tertinggal lagi 1 plak!! tapi takpe la=



P/S=macam-mana kesian tak kat dorang semua di atas ni? hahahahaa takde la sebenarnya ada 1 syarikar buat perabot dorang buat semua perabot berbentuk manusia!! kretif jugak dorang ni tapi agak mengerikan kalau malam-malam... hehehehe

Rabu, 16 Mac 2011

ANAK PATUNG PUAKA

Salam... ha! dalam entry lepas banyak yang kata kat aku jangan jual laptop! thnkz! sebenarnya aku taknak jual saja je nak tanya berapa nilai laptop aku ni? itu jer.. jangan risau aku takkan jual sebab ni mak aku yang bagi mana boleh jual! sian mak aku.. ha! jadi aku pikir cadang nak tukar graphic kad yang best sikit bulan depan untuk main game itupun kalau aku ada modal la? hehe kat sini aku nak kongsi 1 video yang agak menyeramkan! betol ni! kalau nak tengok sila pakai earphone di kepala untuk keseraman yang berganda! hahaha eh! korang ingat aku main-main ker? eh! tak percaya ker? ok tak percaya cer klik tengok itu pun kalau berani la... hehehe


untuk lagi seram aku letak gambar patung ni.. hehe



Nyanyian Seram.. hihi



P/S=seram tak dengar anak patung tu bernyanyi? mesti korang meremang bulu roma kan? hehe (entry merepek je sebab geram cari pendrive aku tak jumpa!! sebab dalam tu banyak aku simpan gambar-gambar yang pelik cadang nak siar la)

Rabu, 16 Februari 2011

HOLLYWOOD ZOMBIE

Salam.. hai! bertemu kembali! lama jugak aku tak update rindu kat aku tak? tak rindu? tipulah!! hahaha ha! kali ni aku nak letak berkenaan zomba tapi zomba artis hollywood punya seram ke tak jom sama-sama layan!! hehe


1.MILEY CYRUS

2.LEONARDO DE CAPRIO

3.MADDONA

4.TOM CRUISE

5JUSTIN BIEBER

P/S=haha seram tak? eh! aku nak tanya laptop aku cepat panas la buka tak sampai sejam dah panas dan terpadam sendiri!! kenapa ye? aku pakai laptop compaq C40 presario kipas dalam laptop rosak ke? kalau nak ganti berapa ratus yer?

Selasa, 8 Februari 2011

HISTERIA 1 KELAS "siri 3"

Salam... Ada orang tanya kat aku cerita betol ke? yup! cerita betol terjadi masa tahun 2005 masa tu aku form3 ha! sapa yang ikut cerita seram pasal histeria aku alami ni mesti perasan dalam kelas aku ada 30 orang pelajar yang kena 26 orang cuma aku dan lagi 3 orang kawan aku tak kena kan? mesti korang kata "nick bangga la sebab dia tak kena kacau?" ha! jangan ingat aku tak kena kacau? aku pun kena!!! nak tahu macam mana ikuti kisah selanjutnya..



Hari Ketiga (sabtu)

Mesti korang kata "eh! hari sabtu bukan cuti ke? nick pergi sekolah buat apa?" ha! korang silap la sebab masa ni memang cuti tapi aku nak ceritakan hari sabtu aku plak kena!!! ok! stand by tapi aku sembung sikit cerita semalam...

Semalam hari jumaat kelas kitorang balik awal sebab yang tinggal kat kelas semua lelaki bayangkan dalam kelas ada 4 orang je lelaki!! haha sebab semua kena histeria sampaikan Ustaz Husni puji kitorang dia kata "kuat semangat hangpa 4 orang ni sebab tak kena kacau" tapi semua masa tu muka cuak je,bila dah tinggal 4 orang dalam kelas kami di beri balik awal pukul 11 lepas rehat terus kami boleh balik

Masa kami berempat dalam perjalanan pulang kami sembang macam biasa sebab taknak ingat sangat pasal kejadian tadi masing-masing takut,lepas kitorang keluar dari pagar pintu sekolah aku terpaksa berjalan sorang-sorang pergi ke bawah pokok kat simpang sekolah tunggu bapak yela aku anak cikgu bapak aku ajar sekolah rendah? jadi kena tunggu la sikit bapak aku datang masa aku berjalan sorang-sorang tu serius beb seram sejuk je! naik bulu roma aku masa tu..

Lepas bapak aku sampai aku pun balik ke rumah salin baju terus buat kerja khusus kemahiran hidup masa tu mak aku muka macam susah hati jer tapi masa tu aku tak perasan lagi sampai malam aku buat kerja khusus sampai aku tertido kat luar masa tu disini kisah aku bermula..

Masa aku tengah tido aku mimpi aku nampak sorang perempuan masuk bilik aku! muka dia macam pakai bedak sejuk putih jer cuma keliling mata hitam dia tenung aku dengan renungan yang agak tajam (seriusly aku ingat muka dia sampai sekarang walaupun sekarang dan 2011) masa tu jugak badan aku terasa berat! aku dah rasa lain macam masa tu aku cuba lawan tapi tak berdaya sampailah ke azan subuh mak aku gerak baru aku tersedar! aku mula tak pikir apa-apa lagi bila nak ambik sembahyang tangan aku lebam macam bekas digigit jer!

Aku cerita kat mak-ayah tapi mak aku kata dia perasan ada sesuatu sebab masa aku balik rumah mak aku rasa seram rupanya masa kena tindih mak aku baca ayat qursi hembus kat aku baru aku terjaga (rupanya ibu kita ada naluri bila ada perkara tak baik berlaku) aku bagitahu kat sekolah cuma aku dan 3 orang kawan tak kena kacau? rupanya tu kerja ayah plak sebab dia letak ayat qursi kat poket baju aku dan jampi pendinding hembus kat aku! patutlah aku tak kena bila semua orang kena histeria...

Bila sekolah bermula kembali hari isnin kawan aku 3 yang orang tak kena histeria plak tak datang sebab aku dengar dorang cerita kawan aku 3 orang ni masa malam dorang dengar ada suara perempuan panggil nama dorang! sampai demam dorang tu! tapi selepas hari seterusnya kelas kembali seperti sedia kala rupanya punca ustaz bagithu kelas aku bising sangat sampai menganggu makhluk halus

Lepas tu dorang kata kenapa aku sorang je tak kena? ustaz kata sebab aku ni paling pendiam kat kelas padahal aku pun kena love bite kat lengan masa kena tindih kat rumah! aku tak cerita kat sapa-sapa pun nanti dorang kata hantu tu minat kat aku plak? Ish!! taknak la!! tapi memang pengalaman yang tak dapat aku lupakan! seram beb!


P/S=jadi pesan aku hormatilah makhluk halus kalau korang ganggu dia habislah mungkin dia gangu dengan lebih teruk lagi.. pesan aku semoga korang bukan mangsa seterusnya... hehe

Isnin, 7 Februari 2011

HISTERIA 1 KELAS "siri 2"

Salam.. sambung cerita semalam pasal histeria 1 kelas aku kena kan? eh! semalam berhenti kat mana? kejab aku pun pening... tunggu ha! baru aku ingat! ok sambung semula semalam kisah pertama seperti yang korang baca ada 5 orang perempuan dan 2 orang lelaki kena histeria kan? kali ni mungkin banyak lagi? atau takde langsung? ikuti kisah selanjutnya...


-Makhluk Halus kepala durian-
(lebih kurang macam ni)


=Hari Kedua (Jumaat)=

Semalam kan aku ada cerita pasal kawan aku 7 orang yang kena histeria kan? dorang semua hari ni tak datang sebab semalam kan dah kena kacau? jadi dari 30 pelajar sebelum ni sekarang tinggal 10 saja pelajar perempuan 7 je pelajar lelaki (termasuk aku) sebab hari tu kebanyakan tak hadir sebab pengetua sendiri bagi kelonggaran terpulang nak datang ke tak tapi yang datang kami semua di tempatkan kat kelas kosong kat tingkat bawah sekali sebab kelas kami tingkat 3 ustaz tengah pagar kelas kami tu..

Masa kat kelas bawah sekali tu aku dah rasa seram sejuk je padahal bukan hari hujan kelas tu form 6 duduk tapi kebetulan form 6 pergi lawatan 2 hari jadi kitorang pinjam kelas dorang,masa tu keadaan berjalan seperti biasa je tapi "Ku Sangka Pelangi Hingga Ke Petang Rupanya Mendung Di Tengah Hari" jeng jeng jeng!! kawan baik aku (Firdaus) kena! semalam fandi yang duduk sebelah aku tak hadir kan dia kena histeria semalam jadi Firdaus yang duduk sebelah aku kat kelas baru tu..

Masa tu Firdaus pandang aku dengan tenungan tajam dia kata "ada orang panggil nama aku la nick kat tingkat atas? hang dengar tak?" aku terkejut belum sempat nak jawab terus Firdaus lari dari kelas sebab dia kata ada orang panggil dia tapi walaupun dia sempat keluar kami sempat jugak kepung dia bawak kat Ustaz Helmi dia jampi apa aku tak pasti terus Firdaus ni pensan..

Lepas tu kami masuk kembali kat kelas tetiba Azmer (dia ni dua alam korang paham-paham la) tetiba dia menangis teresak-esak bila kami tanya dia pandang muka kami semua dengan mata dia yang merah tu! perghh! seram siot masa tu! terus pelajar perempuan panggil ustazah sebab ustaz dah takde masa tu terus ustazah ni papah si Azmeer ni dan tenangkan dia...

Lepas tu pengetua masuk kelas kami dia sembang siap buat lawak lagi kat kami sebab tak mahu kami semua takut? tapi!! ingatkan dan habis rupanya ada yang kena lagi! Amirul plak kena sebab masa pengetua tengah bercakap dia plak boleh melukis kebetulan dia duduk belakang aku! aku toleh kat Amirul ni kata pengetua panggil dia senyap je aku tengok lukisan dia? alangkah terkejutnya aku!!!!!

Dia lukis "Muka alien tapi berkepak,kaki satu,kepala macam durian tajam-tajam!!" pergh! mengigil aku masa tu terus aku toleh kat pengetua aku geleng kepala tanda seram,apa lagi kami semua terus rampas pensel dia sebab dia melukis tanpa henti bila kami ambik pensel dia dia mula mengamuk!! terus kami budak lelaki yang ada masa tu 4 orang je termasuk aku pegang dia bawak pegi surau dan masa tu jugak budak perempuan 10 orang meracau dan yang nangis! parah giler masa tu.

=ha! hari pertama dalam kelas ada 30 pelajar 5 perempuan 2 lelaki yang kena? hari kedua nampaknya 17 orang pelajar masa tu cuma Aku,Saddam,Hafiz dan Akmal yang tak kena histeria===


P/S=ha! ada lagi sambung ni korang nak tahu apa nasib kami berempat lepas ni? adakah kami pun kena? nanti esok nanti aku sambung cerita..

HISTERIA 1 KELAS

Salam.. ha! terima kasih sebab ada yang bertanya tentang bengkak di rahang aku ni? alhamdullilah buat masa ni bengkak semakin surut sebab hari-hari lepas subuh dan lepas isyak aku letak nila+cuka walaupun busuk tahan la sebab nak baik tapi cuma yang masih sakit adalah gusi aku!!!! Arghh! pelik betol.. tension betol disebabkan itu aku tak boleh mengunyah dengan kerap nanti sakit nampaknya makan sup la aku ni buat masa ni..


(info EPL sikit hahaha padan muka MU kalah dengan kelab tercorot Wolves! tak sangka wolves hebat jugak dorang tak layak di bawah sebab wolves banyak tewaskan kelab ternama? dan chelsea walaupun beli tores kalah jugak dengan liverpool 1-0? asenal plak seri 4-4 sama dengan newcastle! perghh! hebat newcaslte tapi aku bangga kelab aku menang 3-0 dengan west bromich iaitu MAN CITY!!! haha bravo the citizen! tahniah roberto mancin isemoga menang EPL tahun ni!!)



Eh! korang baca tajuk di atas kan? sebenarnya yang tu aku nak cerita sebab tadi tiba-tiba teringat kenangan masa tahun 2005 masa tu aku form 3 teringat ni pun sebab sembang dengan kawan aku di Facebook dia tanya pasal kejadian yang kitorang alami tu..
hehe saja letak gambar ni bagi suspen sikit


=Hari Pertama(khamis)=

Ceritanya macam ni masa tu hari khamis tahun 2005 bulan julai tapi hari bulan lupa plak? kelas aku ada 20 pelajar perempuan 10 pelajar lelaki kitorang berlajar macam biasa tetiba ada sorang budak(suraya) menangis masa balik dari tandas? masa tu semua pikir dia kena rogol! haha sebab semua tanya dia buat tak tahu je? lepas tu sambung belajar seperti biasa tetiba perempuan yang nangis tu pensan!! apa lagi terkejut la kitorang semua 1 kelas semua budak perempuan tolong kipas dia,kami semua sangka mungkin dia letih tak makan masa rehat? tapi itu baru permulaan..

Tetiba dalam keadaan yang kelam kabut masa tu semua budak perempuan biasalah tumpu kat suraya ni sebab dia kan pensan? tapi kami budak lelaki perasan ada sorang je budak perempuan (Hanis) tak bergerak dia cuma duduk kat tempat dia sampai mulut terkumat-kamit kepala pandang sekeliling!! kami sekumpulan budak laki pelik tengok hanis ni tapi masa tu kami tak pikir apa-apa lagi.. itu baru sikit..

Lepas tu kami panggil Ustaz Zamree dia suruh kami berpindah ke perpustakaan plak? sebab dia nak jampi apa aku tak pasti masa kami semua berkemas nak ke perpustakaan kawan baik aku (Fandi-bukan nama sebenar) sebab aku duduk sebelah dia,fandi ni masa aku ajak dia ke perpustakaan dia terdiam membisu! mata dia tak berkelip asyik pandang kipas angin kat bilik darjah kami muka plak memang cuak habis ustaz zamree suruh kami tinggalkan dia biar dia yang uruskan.. nampaknya mula dah nak merebak..

Lepas kitorang pergi kat perpustakaan kami semua baca buku macam biasalah semua budak perempuan takut tapi kami budak lelaki cool jer? hehe sekali ada sorang lagi budak (Faiz) dia plak terpaku macam fandi jugak kebetulan aku duduk sebelah dia! fuh! kali ni dia walaupun terpaku memandang kat tingkap perpustakaan tapi masa tu aku tanya "kenapa woi?" faiz ni kata "aku nampak benda!" aku terkejut sebab aku tak nampak apa? lepas aku tengok badan dia mengigil terus aku panggil cikgu kat perpustakaan tu lepas tu kami bawak dia keluar dari situ dan ada sorang Ustazah kata suruh kami semua berkumpul kat pondok bacaan ramai-ramai jangan berpecah..

Masa kami duduk kat pondok bacaan kami berkumpul laki dan perempuan sembang la pasal kejadian tu masa tu mula kami syak ada sesuatu tak kena ni tetiba! ingatkan benda tu tak ikut rupanya ada 3 orang pelajar perempuan aku lupa nama dorang menangis lepas balik dari tandas terpaksa kami panggil cikgu lagi masa tu.. terus kami semua dia beri balik awal esok cikgu kata kelas kami murid-murid terpulang nak datang sekolah atau tidak...

=ha! itu baru hari pertama dah 2 orang lelaki dan 5 orang perempuan yang kena nanti aku sambung lagi hari kedua=




P/S=aku cerita ni sebab nak ingat kembali detik-detik peristiwa tu sebab aku sembang dengan aku kawan lelaki (saddam) kat facebook kitorang semata-mata bincang pasal histeria ni la... nak tahu selanjutnya? sama ada aku kena atau tak? nanti aku ceritakan..

Ahad, 6 Februari 2011

BARBIE KURUS

Salam.... wah! lama jugak aku tak update blog nampaknya? hehe bukan apa sebab hari-hari aku letak nila kat bengkak di rahang aku ni jadi tak selesa nak update blog? hehe ha! ok! sekembalinya aku di arena blog ni untuk menyiarkan barbie yang agak pelik semuanya kurus-kurus berlaki macam kena anoreksa plak? nak tengok? silakan...













P/S=mengerikan plak aku tengok kalau barbie bentuk macam ni? dah macam jerangkung plak? hahaha

Khamis, 20 Januari 2011

ZOMBIE GIRL!!

Salam.. kali ni aku nak letak entry berkenaan pasal zombie plak? hehe tetiba aku sekarang minat plak pasal zombie ni? seriusly kalau boleh aku macam nak je orang make up aku jadi zombie! atau berlakon filem zombie ke? eh! Ha! pengumuman! kepada pengarah filem yang terbaca blog aku ke mana la tahu kan? ha! kalau nak pakai extra pelakon untuk berlakon watak zombie? atau watak utama jadi pembunuh zombie ke? sila-sila la offer aku yer? hahahha














P/S=amacam menakutkan tak? hehe eh! perasan tak semua zombie perempuan je aku letak? hehe sebenarnya gambar ni di ambil semasa festival zombie girl masa ni semua orang di galakan berpakain seperti zombie... hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"Magical Template" designed by Blogger Buster