Thankz kepada semua yang follow aku nanti aku follow korang balik..

Memaparkan catatan dengan label CERITA PENGAJARAN AKHLAK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label CERITA PENGAJARAN AKHLAK. Papar semua catatan

Selasa, 7 September 2010

BERSANGKA BAIKLAH

Salam.. kali ni aku nak siarkan kisah teladan lagi? kisah seterusnya ialah! sama-sama kita ikuti kisahnya...


Ada dua orang hamba Allah pengutip derma untuk bina masjid datang ke sebuah rumah seorang Pak haji di kampong Hulu dengan senang hati Pak haji menjemput mereka masuk.

Semasa mereka hendak mengeluarkan buku pungutan derma.Mereka melihat Pak Haji mengeluarkan sekotak rokok dan di hulurkan seorang sebatang,bila seorang daripada mereka hendak mengambil mancis api di atas meja Pak Haji menghalangnya, lalu diberinya api daripada putting rokok yang sedang dihisapnya.

Kedua pengutip derma masjid itu terkejut, dan berkata pada di dalam hati "pasti Pak Haji ini seorang yang kedekut?" lalu mereka meminta diri lantas Pak Haji bertanya kedatangan mereka setelah diceritakan tujuan mereka, Pak Haji tersenyum mesra,sambil mengeluarkan wang tunai seratus ringgit Malaysia.

Saya tak suka membazir,kalau hendak derma,bila-bila masa saja boleh Insya Allah.kata Pak Haji sambil tersenyum.Kedua-dua Penderma itu pun berundur,Terasa malu di dalam hati,kerana tersalah sangka.


P/S=Jadi pengajaran dalam cerita ni berbaik sangkalah dengan semua orang sebab kadang-kadang orang yang kita jumpa walaupun pada mulanya nampak macam orang tak baik tapi tak semestinya dalaman pun begitu contoh aku la orang selalu kata aku sombong! tapi dorang tak kenal aku kalau dah kenal aku ni lama-lama barulah korang tahu aku hehe baik orangnya.. betol tak semua? haha

Khamis, 26 Ogos 2010

CARILAH YANG PALING CANTIK

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini...



Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu
: Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang
saya suruh.Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar
: Baiklah...apa yang saya harus buat?


Cikgu
: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga.
Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar
: Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.



Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.


Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar
: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput
yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang,saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula,jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu
: Ya,itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan
seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang.Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.


P/S=menarik artikel ni jadi aku nak berkongsi dengan korang semua... sama-sama kita hayatinya...

Isnin, 23 Ogos 2010

KEIKHLASAN SEORANG HAMBA

Salam.. bertemu kembali! hehe kali ni sambung kisah seterusnya ok? sama-sama kita hayatinya..


Umar pergi padang gurun dan melihat seorang hamba yang menjaga beribu ekor kambing,Umar ingin menduga hati hamba pengembala kambing itu,lalu Umar berkata "jualah seekor dua kambing itu kepada saya,saya akan bayar dengan harga yang lebih!"

Hamba pegembala kambing itu terkejut selama ini dia tidak pernah membuat sesuatu tanpa pengetahuan tuannya. dia pun berkata "maaf saya tak dapat menjualnya kerana kambing-kambing ini kepunyaan orang" Jawab hamba itu dengan tenang.

Umar menjawab “Kenapa tidak boleh,tuan punya kambing ini bukan tahu,Cuma kita berdua saja di sini saya akan bayar dengan harga dua kali ganda? Bagaimana setuju?" sambil mengeluarkan wang yang ditawarkannya itu dan tersenyum.melihat wajah hamba itu yang agak gelisah.

“Tidak,walaupun sesiapa tidak nampak cuma kita berdua sahaja,tetapi Allah nampak akan perbuatan kita,saya tak mahu didakwa di akhirat nanti.“ kata hamba itu dengan tegas umar menjawab “kerana keikhlasan kamu sorang hamba,Hari ini aku bebaskan kamu daripada menjadi hamba pergilah kamu dengan wang upah menjaga kambing ini agar kamu hidup bebas dan merdeka, tidak lagi menjadi seorang hamba ‘”Kata Umar sambil menepuk-nepuk bahu pegembala kambing itu.


P/S=jadi kalau nak buat apa benda yang salah sekalipun? atau ada orang bagi rasuah ke? atau apa-apapun yang korang rasa serba salah? Walaupun takde sapa nampak masa tu tapi ingat Allah sentiasa memerhatikan kita semua...

Jumaat, 20 Ogos 2010

PERGORBANAN NABI TERHADAP ORANG LAIN

Salam... ha! jumpa lagi! hahaha macam biasa sambung lagi kisah-kisah pengajaran? sory la kalau korang bosan dengan cerita aku ni? tapi nak buat macam mana memang aku target bulan puasa nak siar kisah-kisah pengajaran jer... kepada yang selalu singgah blog aku terima kasih dan sory ada blog aku tak boleh nak singgah balik intenet prob sikit sory....


Nabi ada 8 darham dia pergi ke pasar,bercadang hendak membeli kain, bila tiba saja di pasar ada seorang kanak kanak menagis ketakutan ibunya marah duitnya hilang, nabi kesihan dia derma 2 darham, tinggal 6 darham lagi.

Kemudian nabi membeli kain dengan berharga 4 darham sahaja, sewaktu dia hendak keluar dari pasar, ada satu keluarga miskin, meminta bantuan kepada nabi untuk membeli pakaian, nabi terus memberi kain ela yang dibelikannya tadi kepada keluarga miskin itu.

Nabi tinggal 2 darham, nabi beli semula kain tapi cuma dapat membeli kain yang murah sahaja, sewaktu pulang bila dia sampai di pertengahan jalan, ada seorang hamba Allah meminta orang ramai menghadiahkan kain untuk mengapankan ibunya yang telah meninggal dunia, lalu nabi segera mensedekahkannya.


P/S=Korang boleh berkorban untuk orang lain sedangkan kita sendiri tidak dapat faedah apa-apa tapi itulah dinamakannya keikhlasan? tapi kalau aku plak ikut keadaan dulu? hehe tapi ada sorang member aku bila tolong kawan-kawan mesti dia kata "Aku tolong ini dengan ikhlas! sumpah tak ada udang di sebalik mee tapi ada sikit je isi ayam di bawa sudu" apakah maksudnya itu? adoiyai... hahaha

Rabu, 18 Ogos 2010

ORANG TUA MENGUTUK NABI

Salam.. bersambung lagi kisah teladan? kali ni aku nak cerita sikit pada korang berkenaan hormat menghormati.. jom baca... hehe



Ada seorang perempuan tua sedang mengutip pelepah tamar untuk dijadikan kayu api, sedang dia mengutip itu mulutnya rancak mengutuk, dan menyumpah seranah nabi Muhamad saw.Kebetulan nabi Muhamad berada di situ, dan beliau terus membantu perempuan tua itu mengutip pelepah tamar itu.

Setelah selesai sambil berjalan pulang ke rumahnya, masih juga dia mengutuk dan menghina kepada nabi Muhamas saw tetapi nabi cuma diam sahaja,malah terus memikul pelepah tamar
untuk dijadikan kayu api itu hingga sampai ke rumahnya.

Setelah sampai di rumahnya,perempuan tua itu pun bertanya kepada nabi Muhamad saw dengan penuh terharu kerana sudi menolongnya "Anak muda ini siapa ?" tanya perempuan tua itu."Sayalah Muhamad anak Abdullah." jawab nabi dengan penuh sopan.Perempuan tua itu pun terkejut dan tunduk dengan penuh perasaan malu......



P/S=Jangan menghina seorang itu dengan tanpa usul periksa terlebih dahulu.Mengumpat itu sama seperti memakan daging mentah saudaranya sendiri dan memfitnah pula lebih dahsyat daripada membunuh apa-apapun kalau nak kutuk bila ada orang tak di kenali ke? tanpa dulu dia siapa? takut-takut orang yang korang nak kutuk itu adalah dia...

Selasa, 17 Ogos 2010

KEMALASAN MEMBAWA PADAH!!

Salam...sambung lagi cerita pengajaran kali ni? hehe rasanya sepanjang bulan puasa ni aku nak letak cerita-cerita pengajaran je harap kita boleh ambil iktibar dari kisah-kisah aku ceritakan ni...


Teo Ah Hook adalah seorang kontraktor berpengalaman bekerja sebagai seorang juru bina perumahan, di sekitar Georgstwon, Pulau Pinang. Sebuah negeri yang pesat membangun.Hampir 30 tahun Encik Teo Ah Hook berkhidmat dengan syarikat juru bina perumahan serba indah.

Tahun hadapan merupakan tahun persaraan Encik Teo daripada syarikatnya.Atas mengenang jasanya.Pihak syarikat telah meminta Encik Teo membina sebuah banglo sebelum pesaraannya.Encik Teo diberi kepercayaan penuh dengan memberi kebebasan memilih tempat,waktu dan segala kos ditanggung oleh syarikatnya.

Disebabkan perkhidmatan tinggal setahun saja lagi, rasa kemalasanya telah mula membelenggu perasaanya,Segala kepercayaan yang diberi dilakukan sekadar alah kadar sahaja.Bila tiba hari dan tarikhnya, Encik Teo untuk bersar,Satu majlis perpisahan telah di adakan pada malam itu. Semua kakitangan syarikat itu datang untuk meraikan majlis tersebut.

Selepas diberi peluang untuk Encik Teo memberi ucapan bagi membakar semangat pekerja yang lebih muda darinya.Kini tibalah Ucapan Tuan Pengarah syarikat tersebut.Setelah memberi ucapan kata pujian dan selesai makan minum tuan pengarah pun memberi pengumuman kepada para hadirin sekelian,

“Pada malam ini, Kami dengan senang hati dan mengenang jasa dan perkhimatan Encik Teo selama 3o tahun memajukan syarikat ini kami dengan sukacitanya mengumunkan Banglo yang dibina oleh Encik Teo ini diberi dengan percuma kepadanya” kata tuan pengarah.

Diikuti dengan tepukan germuruh oleh para hadirin malam itu,Encik Teo terpinga-pinga.Di dalam hatinya dia berkata , jika dia tahu Banglo itu untuknya pasti dibuatnya dengan lebih sumpurna dan pembelajaan yang besar.


P/S=ha! kan dan rugi? apa-apapun walaupun kita dah nak berpindah atau berhenti dalam 1 perkerjaan buatlah kerja dengan betol-betol mana tahu yang terakhir tu menjadi milik kita? jangan jadi macam teoh ni memang melepas! hehe

Isnin, 16 Ogos 2010

PENJUAL SUSU DAN ANAKNYA

salam... ok! kali ni sambung lagi kisah seterusnya... sama-sama kita baca dan ambil iktibar dari kisah ni ye??? jom layan...


Pada zaman pemerentahan khulafah Omar Abdul Aziz dia sering mengambil berat kehidupan masyarakatnya di luar kota, yang jarang diberi perhatian oleh seorang pemerintah.

Pada suatu malam Omar Abdul Aziz berjalan malam dan meninjau di sebuah perkampungan yang sunyi,Tiba-tiba dia terdengar perbualan dua orang penghuni di sebuah pondok kecil,

“Emak kenapa tambah air ke dalam susu yang hendak dijual itu?” kata anaknya , agak kecewa.“Cis! Kau diam tak ada orang yang tahu dan nampak, lagi pun jika kita campur air dah tentu kita akan dapat untung lebeh,” jawab maknya.

“Tetapi Allah mat mengtahui dan maha melihat, Tidakah berdosa jika kita lakukan perkara ini?”soal anaknya.Maknya terdiam ., Khalifah Omar Abdul Aziz pun mengangkat tangan tanda bersyukur dan berdoa kepada Allah SWT. Kerana ada rakyatnya yang berjiwa luhur. Dan segera pergi dari itu.


P/S=Kadangkala terdapat orang yang sepatutnya menjadi contoh tauladan tidak kira pada usianya yang peting keikhlasan hati nuraninya paling utama jujur dalam setiap perbuatan yang kita lakukan sebab ingat apa yang kita lakukan Tuhan nampak....

Ahad, 15 Ogos 2010

AL KHARAMAH

Semalam cerita pasal orang mati? sekarang aku nak siarkan cerita lain plak? sila-silalah baca semoga kita semua dapat iktibar dalam cerita aku ni... Insyaallah..


Al KARAMAH seorang yang sangat warak dan kuat beribadat tinggal bersama ibunya,sewaktu mudanya dia sangat taat dan patuh menghormati orang tuanya.
Tidak pernah meyakiti hati ibunya.

Apabila dia berkawin dengan seorang perempuan yang cantik,dia duduk berasingan dengan ibunya, dan jarang pula pulang ke rumah menjenguk ibunya untuk bertanya khabar.Hati ibunya rasa terguris dengan sikap anaknya itu.yang seolah terlupa akan tanggungjawab seorang anak apabila sudah berkawin.

Setelah sekian lama Al Karamah jatuh sakit dan hampir mati, tetapi nyawanya bagai tersekat ditubuhnya rohnya susah hendak keluar seperti ada sesuatu yang menghalangnya,Hal keadaan ini telah diceritakan kepada Nabi Muhamad oleh jiran-jirannya yang terdekat. Mungkin dia berdosa dengan ibunya, “Panggil ibunya datang untuk mengampun dosa anaknya ini,” kata Nabi.

Tetapi ibu Al Karamah menolak tapi ssetelah mendengar cerita Nabi bahawa kharamah sedang nazak barulah ibu datang dan melihat anaknya itu dan memaafkan anaknya itu.Selepas ibunya memberi kemaafan Al karamah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir, setelah sekian lama dalam kedaan nazak yang mati terseksa itu.kembalilah Al Karamah ke Ramatullah.



P/S:Anak-anak yang mendurhakan kepada ibubapa di dunia ini Allah tidak akan menanguhkan penyeksaan di akhirat, tetapi balasannya disediakan di dunia ini jadi kepada semua hormatilah ibu anda dan ayah anda juga! ok! kerana tanpa dorang takde la kita kat dunia ni.....

Isnin, 2 Ogos 2010

PEMINTA SEDEKAH DENGAN PENJUAL ROTI

Salam.. lama jugak aku menghilang? hehe saja nak rehat kejab? rindu aku tak! hahaha eh! ha! ni aku nak cerita sikit.... meh baca...





Pada zaman dahulu ada seorang miskin pergi ke pasar dia cuma melihat penjual bakar roti.
bila dia teringin hendak beli duit tiada,lalu dihampirinya tempat bakar roti itu dan cuma dapat menghidu bau roti bakar itu sahaja lima kali.

Apabila dia hendak pergi, tukang roti bakar itu minta dia membayar harga yang dia mencium bau roti bakar itu, harga sebanyak lima darham.Si miskin tidak ada wang, lagi pun dia tidak makan, sekadar mencium bau roti bakar sahaja.Bagaimana mungkin dia perlu membayarnya. Akhirnya pertengkaran pun berlaku.

Kebetulan ada seorang hakim yang bijaksana melihatkan keadaan itu. Lalu dia berkata "jangan susah hati wahai si miskin, saya akan membayarnya" Sambil hakim itu mengeluarkan wang siling satu darham di letak ke atas pinggan dan berbunyi sebanyak lima kali.


Kemudian dia berkata kepada penjual roti bakar yang sombong itu "Adakah kamu dengar bunyi wang syiling yang jatuh lima kali tadi" lalu dijawab oleh penjual roti bakar itu "ya saya dengar" si bijaksana pun menjawab "jadi sekarang selesailah hutang si miskin ini, saya telah pun tolong membayarnya.

kerana si miskin tidak makan dia cuma menghidu baunya saja, kamu juga sudah untung kerana mendengar bunyi jatuhannya seling sahaja"lalu si bijaksana pun pergi meninggalkan penjual roti dan si miskin yang hairan...



P/S=aku tertarik baca cerita ni tapi apa pengajaran cerita ni?? hmm.. entah lah korang rasa apa???

Rabu, 28 Julai 2010

TUKANG GUNTING RAMBUT DAN TUAN HAJI "part 2"

Salam... sapa ada baca bahagian 1 cerita tuan haji dan tukang gunting rambut yang aku letak dulu? sapa yang tak baca sila klik sini kesian pak haji tu kan? kena kaw-kaw dengan tukang gunting rambut tu? haha tapi kali ni tuan haji tu pergi jugak kedai gunting rambut tu tapi kali ni tukang gunting rambut ni plak tanya kepada tuan haji tu! apa dia tanya? baca ni...


TUAN HAJI TERSEBUT PERGI KE KEDAI GUNTING RAMBUT ITU LAGI UNTUK MENGGUNTING RAMBUTNYA YANG TUMBUH PANJANG SEMULA DAN JANGGUT JUGA.APABILA TUKANG GUNTING ITU MEMULAKAN TUGASNYA,MEREKA PUN BERBORAK DAN BERCAKAP MENGENAI BYK PERKARA.

TAPI BILA MEREKA MULA BERBICARA MENGENAI ALLAH, TUKANG GUNTING ITU PUN BERKATA,'' SAYA TAK PERCAYA ALLAH ITU WUJUD.'' TUAN HAJI ITU MENJAWAB ''KENAPA KAMU KATA BEGITU?''

''CUBA KAMU KELUAR DI TENGAH JALAN ITU DAN TUNJUKKAN PADA SAYA BAHAWA ALLAH ITU WUJUD. KALAU BETUL ALLAH WUJUD,KENAPA RAMAI SANGAT ORANG SAKIT KAT LUAR TU? KENAPA MASIH ADA KANAK-KANAK YANG TERBIAR? KALAU BETUL ALLAH WUJUD, DAH TENTU TIADA KESAKITAN DAN KEPERITAN HIDUP DALAM DUNIA NI.SAYA TAK DAPAT BAYANGKAN ALLAH YANG MAHA PENYAYANG BOLEH MEMBENARKAN SEMUA INI BERLAKU''.

TUAN HAJI ITU PUN BERFIKIR SEJENAK TAPI DIA TIDAK MEMBERI SEBARANG JAWAPAN KERANA TIDAK MAHU MEMULAKAN PERTENGKARAN,SELEPAS TUKANG GUNTING RAMBUT ITU MENGHABISKAN TUGASNYA, TUAN HAJI TADI PUN PERGI.

SELEPAS BEBERAPA LANGKAH,TUAN HAJI TADI TERNAMPAK SEORANG LELAKI BERAMBUT PANJANG, SELEKEH, KOTOR DAN JANGGUT TIDAK TERURUS. SI LELAKI TADI PUN BERPATAH BALIK DAN PERGI SEMULA KE KEDAI GUNTING RAMBUT TADI DAN BERKATA,'' KAMU TAHU TAK SEBENARNYA TUKANG GUNTING RAMBUT JUGA TIDAK WUJUD?''

''KENAPA KAMU KATA MACAM TU? SEDANGKAN SAYA BARU GUNTING RAMBUT KAMU TADI'' KATA TUKANG GUNTING RAMBUT ITU. ''TIDAK!'' TUAN HAJI TERSEBUT. ''KALAU TUKANG GUNTING RAMBUT WUJUD, DAH TENTU TIDAK ADA ORANG YANG BERAMBUT PANJANG TIDAK TERURUS DAN KOTOR SERTA JANGGUT YANG PANJANG DAN KOTOR MACAM LELAKI DI TEPI JALAN ITU''.

'AH! TUKANG GUNTING RAMBUT MEMANG WUJUD! LELAKI TU JADI MACAM TU SEBAB DIA TIDAK DATANG PADA SAYA UNTUK MENGUNTING RAMBUTNYA!'' KATA TUKANG GUNTING RAMBUT ITU. ''TEPAT SEKALI! THAT'S THE POINT! ALLAH JUGAK WUJUD TAPI MEREKA YANG MENERIMA KEPERITAN & PENDERITAAN TIDAK MENGINGATINYA DAN MEMOHON PERTOLONGAN DARINYA.'' JAWAB TUAN HAJI TERSEBUT SEBELUM BEREDAR MENINGGAL TUKANG GUNTING RAMBUT DALAM KEADAAN TERPINGA-PINGA...


P/S=kesimpulan cerita tukang gunting rambut dengan tuan haji ni? pandai-pandailah korang menilai sendiri aku pun tak tahu nak cakap macam mana? hahaha

Jumaat, 18 Jun 2010

TUAN HAJI DAN TUKANG GUNTING RAMBUT

hari ni aku nak letak entry pasal cerita plak? hehe


Masuk seorang tuan haji ke dalam kedai gunting rambut dan berjumpa dengan tukang gunting rambut dan berkata "saya tuan haji dan penceramah agama di kampung saya,saya buat kerja semua kerana Allah dan pahala... ha! saya ingin mengunting rambut di kedai kamu" tapi bila dilihat tanda harga dia berkata "mahalnye! tidak boleh kurang sedikit harga?" tukang gunting rambut itu menjawab "takkan berkira dalam kerja ibadat?"

Setelah masuk tuan haji itu duduk di kerusi dan tukang gunting rambut pun berkata "mengapa tuan tak duduk menghadap kiblat? bukankah itu sunat dan dapat pahala?" tuan haji itu pun membetulkan kedudukan dan diam,dan tukang gunting itu pun berkata lagi "mengapa tuan tak berzikir dan bertasbih? bukankah itu pahala juga?" tuan haji pun terkumat-kamit mulutnya...

Setelah selesai mengunting rambut dan wang pun dibayar tuan haji itu baru saja hendak melangkah kaki keluar tukang gunting rambut itu berkata "ada baiknya solat dulu 2 rakaat tanda kesyukuran?" Tuan haji itu lantas berkata "kamu nampaknya lebih tahu banyak ilmu dari saya sedangkan kamu hanta tukang gunting rambut saja? rasanya tak layak kamu menjadi tukang gunting rambut kerana bagaimana kamu nak beribadat jika hanya mengunting rambut saja?"

Tukang gunting itu menjawab "saya menjadi tukang gunting rambut juga ibadat kerana menolong orang dan ketentuan Allah,tak semestinya orang yang alim di luaran mempunyai banyak ilmu?" tuan haji itu terdiam dan tunduk lalu pergi dengan keadaan malu..



P/S=ok tak cerita? hehe ni cerita aku dapat dari e-mail kawan aku (perempuan) yang hantar dalam e-mail aku tadi jadi aku kongsi dengan korang semua dan! di bawah ni keputusan perlawanan piala dunia... hehe


GREECE 2 VS 1 NIGERIA 1 kesian aku tengok nigeria ni? sebab apa? kad merah la? boleh dikatakan banyak plak game kad merah melibatkan pasukan benua africa apa-apapun syabas buat greece! hehe...

KOREA 1 VS 4 AGENTINA wah! hebat jugak! 3 gol jaringan hugain! perghh!! 1 lagi gol aku lupa nama? hehe messi dan teves tak score kali ni? korea plak gol jaringan aku lupa kugak? tapi apa-apapun arghh!! frust giler aku! 2 pasukan favourite aku kecundang! spain dan korea! harap-harap england dan jepun meneruskan perjuangan...

Khamis, 10 Jun 2010

MUSLIM

Ha! maaf semua aku tak dapat singgah blog korang yang drop komen kat blog aku? sebab intenet aku agak lembab sikit nanti tengah malam ni insyaallah aku terjah blog korang tau! terima kasih kepada semua yang sudi datang blog aku...



Pada zaman dahulu ada dua orang sahabat yang kerjanya menjala ikan, di sebatang sungai seorang muslim dan seorang lagi non muslim

Tetapi yang anehnya yang si muslim ini hari-hari pulang dengan tangan kosong , tidak mendapat seekor ikan pun untuk di bawa pulang ke rumah.

Pada hal yang non muslim ini mendapat pulangan yang amat lumayan , malah lebih daripada keperluan rumahnya, selalu pula diberikan kepada kawannya si muslim.

Kadangkala dia terasa malu juga untuk menerima pemberian kawannya itu , tetapi untuk tidak mengecilkan hati kawannya itu dia terpaksa menerimanya.

Si Muslim setiap kali menebar jalanya menyebut nama Allah , tetapi tidak juga mendapat hasil yang diharapkan, malah selalu saja jalanya tidak mengena, usah kata anak ikan, daun kayu pun malas masuk ke dalam jalanya.

Saban hari keadaan begitu berlaku, Bila dia mati , atas berkat kesabarannya Malaikat membawanya masuk ke surga, malah si non muslim ini dihuban ke dalam neraka, kerana tidak pernah bersyukur ketika mendapat rezeki Allah SWT.



PENGAJARAN DARI CERITA INI:

Allah akan memberi ganjaran itu di akhirat.kelak., Jika Allah tidak memberkati doa dan permohonan kita di dunia ini jadi bersyukur dengan apa yang ada...

Rabu, 26 Mei 2010

NABI MEMBAWA TETAMU

Nabi Muhamad saw ada tetamu, para sahabat tidak sanggup menerima tetamu nabi itu, semuanya dalam kemiskinan,tetapi sorang sahabat sanggup menerimanya dan membawa tetamu nabi itu ke rumahnya untuk makan malam, isterinya terkejut kerana roti di rumahnya ada tiga keping sahaja, untuk anak, isteri dan suaminya.

Waktu dijamukan makan mereka makan dalam gelap agar tetamu tidak melihat tuan rumah makan atau tidak,tetap nabi tahu hal keadaanya.Malam itu nabi dan tuan rumah berpuasa sepanjang malam ertinya tidur dengan perut kosong.Esok nabi memuji sikap sahabatnya itu kerana sudi memuliakan akan tetamunya.



Pengajaran;


-Muliakan tetamu adalah wajib, ada pun orang menziarahi rumah kita perlu dilayan biasanya membawa berkat,Allah akan menganti rezekinya dengan lipat ganda.tetapi kenalah ikhlas hati


-Orang yang mengiratkan talisilaturrahim di antara saudara sesama Islam adik beradik dan sahabat handai akan panjang umur, murah rekezi, dan para malaikat menadah tangan mendoakan kesejahteraanya kepada Allah SWT.




P/S=entry pendek plak kali ni? hehe

Rabu, 19 Mei 2010

ABU SALEEH DAN EPAL

Untuk menjadi seorang yang wahdinas subullussalam Abu Salleh seorang pemuda saufi jauh mengembara,dia keletihan dan berehat sebentar di tepi sungai,tiba-tiba hanyut sebiji epal yang ranum lalu dia mengambil dan memakannya.


Setelah kenyang Abu salleh teringat epal yang dimakan tentu ada tuan yang menanamnya,dia berkata "aku telah memakan benda yang haram kerana tanpa keizinan tuannya. Astaffirulllhalazimmm." Lalu disusulinya sungai itu hingga ke hulu dan Abu Salleh telah menemui kebun epal itu.


Setelah bertemu dengan Abdul Sulaiman tuan kebun itu dan Abu Salleh telah menceritakannya,Dia didapati bersalah! untuk menebus dosanya,tuan kebun telah mendenda bekerja 12 hari di kebunnya tanpa gaji dan disertakan satu syarat kena berkhawin pula dengan anak daranya yang cacat angotanya itu dan tiada ibu.


Setelah elesai bekerja Abu Salleh telah diberi penerangan,jodohnya itu anak Abdul Sulaiman sendiri,angotanya yang ialah cacat,kaki,tangan,mata,telinga dan mulut.Kerana takut dosanya tidak diampun Abu Salleh bersetuju saja syarat akhir itu dengan senang hati menerima gadis itu..


Setelah berkhawin Abu Salleh amat tekejut,didapati isterinya itu tidak cacat,malah seorang gadis dusun yang cantik rupawan sekarang baru di faham Abdul Sulaiman mahu mengujinya sahaja apa yang dimaksudkan cacat itu ialah,tidak pernah keluar dari kawasan rumahnya,tidak pernah mengambil barang orang,tidak pernah melihat lelaki selain bapanya,tidak pernah mendengar perkataan yang kotor,dan yang akhir sekali mulutnya tidak pernah mengumpat,sebab tiada kawan selain bapaknya.


Pengajaran;

seorang yang ikhlas dan jujur berjuang di jalan kebenaran biasanya Allah akan memberi rezeki tanpa disedarinya.ia itu jalan subullussalam (jalan yang keamanan dan kebenaran).Isteri solehah adalah idaman seorang lelaki yang soleh buat teman beebual dan menyelesaikan masalah dikala senang dan susah,engkaulah teman,engkaulah isteri sejati.



P/S=pergh!! lengkap entry aku ni? tapi sory panjang entry kali ni... hehe

Isnin, 16 November 2009

SALAH SANGKA

Ah Seng seorang yang tinggal di seberang sungai.Dia selalu menaiki sampan penambang pulang ke rumahnya selepas membeli barang di kuala kurau.Di sebuah pekan kecil di kuala sugai itu.

Pada suatu hari Ah Seng,bersama bininya pergi berbelanja di pekan kecil itu, waktu petang, Ah Seng berjumpa dengan kawan lamanya bernama Abu yang bekerja sebagai kontrak di kuala Lumpur untuk pulang ke kampung seberang.

Abu pulang bersama mak, dan isterinya yang baru berkawin. Sewaktu hendak membayar tambah Ah Seng dengan pantas berkata, “Abu Lu gua,bini sama mak lu, bini gua, jangan susah, lu duduk diam-diam,” Ulang Ah Seng.

“Apa lu cakap Ah Seng,wa punya mak ,lu mahu bikin bini,lu jangan main-main Ah Seng, nanti wa hentam lu punya muka” kata Abu marah .

“Tata, gua cakap, lu, gua, mak lu, bini gua, wa kasi bayar semua tambang , lu jangan susah” Kata Ah Seng sekali lagi.

“Wooo, Cakap lah itu macam gua salah dengar dan gua salah faham , soryylah Ah Seng, soryyy” Kata Abu , agak malu, kerana tersalah sangka.


DISUSUN SEMULA SECARA BEBAS
OLEH:NICK IRFAN

BAHADI WALI ALLAH

PADA zaman dahulu ada seorang hamba Allah yang telah bersara dari perkhidmatan tentera, waktu dia bekerja dahulu sentiasa sibuk dan tidak ada masa baginya untuk beribadat kepada Allah SWT. Setelah tamat perkhidmatannya dua puluh dua tahun dalam usia empat puluhan lebih dia membina sebuah rumah di hujung kampung dari sebidang tanah yang dibelinya dari ganjaran kerjanya.

Di hujung kampong itu dia bercucuk tanam hasilnya dijual ke pasar melalui seorang peraih di kampong itu. Demi menampung perbelanjaan hariannya di samping pencennya yang tidak seberapa. Di kampung itu ada seorang tua yang telah lanjut usianya, di sebabkan kampung itu agak terpencil,dialah yang menjadi iman dan guru agama yang mengajar anak buah di kampong itu.

Saban minggu setiap malam jumaat pesara ini sering mengikuti pengajian Tok Iman yang lanjut usia ini , kerana tiada orang lain lagi yang sangup datang ke kampung itu kerana jauh di pendalaman, persara ini mengikuti pengajiannya dengan khusyuk, Biasanya pesara ini duduk di tepi dinding penjuru tiang, Sebab dia takut dan sememangnya dia tahu tahu apa-apa dalam pelajaran agama selama ini.

Keluarganya baik sebelah mak dan babahnya memenang kurang pengetahuan agama,sehinggalah dia bertugas sebagai tentera , baru dia menerima sadikit sebanyak pelajaran agama itu pun seperti berbuluan kucing yang bertumpuk tumpuk setengahnya hitam, putih dan kuning.Menunjukan solatnya tidak menentu , ikut hati dan minat rasa nak buat, dia buat rasa malas di tingglkan begitu sahaja . Ini menunjukan imannya masih nipis dan tiada nur iman yang sebenar.seperti kaca lampu pelita minyak. Yang perlu selalu di gosok untuk berkilat dan mengeluar sinar yang terang.

Setelah lebih lima tahun dia mengikuti pengajian itu, Pada satu hari Tok Iman surau itu meninggal dunia, orang kampong semuanya nampak sedih dan terharu, lebih lagi dialah orang yang sering mrenjadi tempat rujukkan orang kampung.Ramai orang menziarahi Tok iman tua itu, selepas mayat itu di mandi, seorang demi serang melihat jenazah Tok Iman tua itu, bila tiba giliran pesara itu dia nampak di lekok dahi Tok Iman tu itu ada satu benda belenangan seperti minyak, pesara itu turus mengucupnya lalu berdoa , kemudian pesara pun pergi .

Setelah dua tiga hari , Surau itu pun sebuk mencari iman penganti , hampir setiap malam tolak menolak berlaku untuk mengimamkan solat lima waktu. Akhirnya kena kepada pesara tentera itu, dia menjadi panic, dan mengeletar seluruh tubuh, namun atas keyakinannya dia tabahkan hati, ini mungkin Allah telah memilihnya untuk menjadi iman di surau itu atas dorongan orang ramai juga.

Kemudian pesara tentera itu itu selesai mengimankankan solat malam itu, seluruh penghuni kampung itu agak terkejut, kerana bacaan imam pesara tentera itu lebih baik dari tok Iman tua dahulu, Itulah bahadi yang diterimanya dari dahi Tok Iman tua.


DISUSUN SEMULA SECARA BEBAS
OLEH:NICK IRFAN

MERBUK BERTUAH

Sharif seorang yang sangat pemalas bekerja melaikan mendenak burung ketitel, Berbeza dengan abangnya seorang yang kaya raya kuat bekerja.


Pada suatu hari Sharif kehilangan buruk ketitil kesayangannya untuk pergi mendenak burung hutan,apabila mengena dia akan pergi menjual ke pasar.untuk menyara hidup dia dan isterinya.

Dalam kebengungan itu dia teringat akan seekor ketitil abangnya Mahmud untuk dipinjam bagi mendenak burung lain.Abangnya tidak ada masa untuk pergi mendenak burung hutan kerana sebuk dengan perniagaannya.


Bila sampai ke rumah abangnya dia mencerita hajatnya itu. Abangnya Mahmud berkata” Aku tak mahu kau hilangkan burung kesayanganku itu.Petang ini selepas mendenak,kau pulangkan semula, Faham,” bentak abangnya.


Sharif terdiam, dengan perlahan dia mengundurkan diri sebelum dia melangkah pintu keluar abangnya berkata lagi,“Whooo,Sharif untung kau di kedai aku ini kian bertambah, Bini kau kata dia dah malu nak ambil barang, kau carilah kerja lain,” runggut abangnya.


Sharif pergi mengangukkan kepalanya..sambil membawa burung ketitil abangnya itu dengan wajah sayu.Di hutan tebal di puncak bukit itulah Sharif meletakan ketitil abangnya di dahan kayu,sambil beberapa burung hutan datang mendekati ketitil abangnya.Asyek Sharif memerhati ketitil hutan berbunyi galak mendekati denaknya.


Ketitil kesayangan abangnya terlepas terbang bersama burung ketitil hutan,Sharif menjadi cemas,peluhnya kian banyak mengalir, hatinya menjadi kalut dan jantung kian kencang berdenyut.

Dia memetik-memetik ibujari dengan telunjuknya, meminta agar ketitil abangnya turun ke bumi, Asyik dia memanggil ketitel itu tangan menguis-nguis tanah di kakinya,Tiba-tiba dia terpegang sesuatu berkeping dan keras.


Sharif terkejut bila didapatinya wang seling emas bertembun di bawa kakinya.Mujur sharif membawa kain sarung, dia mengisinya sebanyak mungkin.dan di bawanya pulang.

Dia bercadang akan membayar berapa sahaja harga burung ketitel abangnya itu, dan akan melunaskan semua hutang nya


Sesampainya di rumah ,dia agak terkejut, apabila dia melihat ketitil kesayang abangnya ada di tepi jendela rumahnya dengan jenak burung ditangkapnya dan di masukan semula ke dalam sangkar.



DISUSUN SEMULA SECARA BEBAS
OLEH:NICK IRFAN

PENCURI YANG TERTIPU

Omar seorang ketua khafilah yang hidup berpindah randah dengan 4o orang pekerjanya sebagai hadam membantu menjual minyak wangi yang berbagai.Dia sering berkhemah di sesuatu kawasan sebelum meneruskan perjalanananya.

Pada suatu hari ada seorang saudagar yang singgah bermalamdi khemahnya, Pada keesokan hari,saudagar itu mengadu kepadanya,dia kehilangan wang seribu dinar,wang itu diletakan di bawah bantal sewaktu tidur.

Omar seorang khafilah yang pintar,dia memerentah semua pekerjanya berkumpul, sesiapa yang mengambil wang itu,harap pulangkan kembali, sebelum penyesatan dijalankan. Tetapi tiada siapa pun yang mahu mengaku

Oleh sebab tiada seorang pun mengaku, Omar meminta setiap orang mesti memengang ekor kaldai yang.ada di dalam kemah itu, didalam kemah itu ada kaldai tua yang tahu siapa pencuri wang seribu dinar itu,pasti dia akan tendang keluar.Saya akan mencium tangan kamu.

Setelah hamper 40 orang masuk keluar di dalam khemah itu, tiada siapa pun yang ditendang keluar oleh kaldai itu.Namun Omar dengan tenang memanggil seorang daripada hambanya yang tidak memengang ekor kaldai itu.

Pekerja itu menjadi pucat ketakutan,dan mengaku bersalah. Mereka semua hairan bagaimana omar boleh tahu, Omar berkata dia telah menyapu minyak wangi di ekor kaldai itu,si pencuri takut hendak memengan ekor kaldai itu, tangannya tidak berbau minyak wangi.



DISUSUN SEMULA SECARA BEBAS
OLEH:NICK IRFAN

KALDAI DATUK CUCUNYA.

Pada Zaman dahulu ada sebuah kampung tinggal seorang datuk bersama cucunya ,hidup dalam keadaan yang susah dan melarat, mereka sering jadi mangsa ejekan masyarakat yang suka menjaga tepi kain orang lain.


Kerja keluarga miskin ini mencari kayu api untuk dijual ke pasar dengan bantuan seekor kaldai tua, Saban hari mereka membawa kaldai tua itu, hasil jualan kayu api itu untuk menyara hidup mereka


Disebabkan tidak tahan dengan umpat keji orang kampung, mereka bercadang untuk berpindah ke kampong lain, Sebaik sahaja mereka melintasi jalan keluar dari kampung itu, orang kampong telah mentertawakannya.


“Sudahlah kaldai itu tua kena bawa bebanan barang yang berat,tak ada otak punya manusia,” tuss, sambil meludah ke tanah kata seorang muda yang mengejek, bila melihat keadaan itu.

Bila mendengar perkataan itu, Datuk dan cucunya itu pun membuang bebanan di atas belakang kaldai itu ke dalam sungai. Mereka terus berjalan.Bila tiba di satu selekoh jalan ada pula orang berkata,


“ Bodohnya orang tua ini , ada kaldai tidak ditunggang?”Orang itu pun meminta cucunya menaiki kaldai itu , dia berjalan mengikuri kaldai tua itu. Bila sampai di satu selekoh jalan , Ada pula orang berkata, “Datuk yang tua berjalan,cucu duduk di belakang kaldai,? Cucunya pun turun dan datuknya pula menunggang kaldai tua itu.,


bila sampai satu selekoh jalan , ada pula seoarng perempuan tua berkata. “Cucu berjalan,datuknya duduk di atas kaldai , tak ada otak.”Si datuk mengambil keputusan , memikul kaldai dengan sebatang kayu, diikat kaki tangan kaldai itu lalu dipikulnya , cucu di hadapan datuknya di belakang. Berjalanlah mereka terhuyung hayang.


Bila sampai satu selekoh jalan orang ramai masih ketawa melihat kebodohan mereka, Akhirnya si datuk dan cucunya mencampak kaldai tua itu ke dalam sungai. Kemudian mereka berasa seperti kehilang sesuatu. Kedua-duanya melengung panjang


DISUSUN SEMULA SECARA BEBAS
OLEH:NICK IRFAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"Magical Template" designed by Blogger Buster