KERANA 1 HIASAN PASU BUNGA KAMI DI GANGGU
bapak aku dengar ada orang menjerit pukul 3 pagi menjerit macam dalam video di atas ni! mak aku kata mungkin orang tingkat bawah atau atas kot? sebab yela kami tinggal flat TAPI!!! bapak aku kata dengar macam perempuan tu menjerit kat dalam rumah kami sedangkan aku dan kakak aku dah tidur masa tu...
Malam Kedua
mak aku masa nak bangun ke bilik air dia ternampak ada 1 kelibat putih di depan dia! mak aku kata siap rasa sejuk! tapi mak aku kira hebat jugak sebab lepas dia nampak tu dia buat macam biasa pergi bilik air sebab mak aku kata mungkin khayalan dia sebab kebetulan dia baru bangun tidur mungkin mengelamun agaknya kami semua tak syak apa-apa lagi...
Malam Ketiga
malam ketiga aku plak kena terdengar orang perempuan nyanyi sayup-sayup jer!!!! serius beb! mula aku syak bawah flat aku tapi bila dengar betol-betol bunyi tu dengar kat pasu bunga!! kebetulan pasu bunga tu depan aku plak sebab mak aku letak kat ruang tamu lepas tu aku tidur memang kat ruang tamu masa tu? patut aku dengar macam dekat jer agak lama jugak tetiba aku dengar perempuan tu nangis plak! ha! lagi la parah masa tu aku hanya mendiamkan diri tak bergerak langsung sampailah azan subuh? aku terus masuk bilik mak dan ayah aku cerita kat dorang sambil badan mengigil jer masa tu...
Malam keempat
sampailah malam keempat kami ingat takde apa rupanya keesokan harinya kakak aku plak demam! dia kata masa dia tengah tidur dalam keadaan mengelamun dia ternampak ada perempuan baju putih berdiri depan dia sambil senyum dan lambaikan tangan!!!! arghhh!!! bila ayah dan mak aku dengar macam terus petang tu jugak ayah aku bawah pergi sekolah letak kat bilik guru (sebab ayah aku cikgu masa tu kat sekolah rendah)
Malam Kelima
Aku,mak dan kakak aku normal semula tapi!! ayah aku plak yang kena dia kata lepas je ayah aku hantar pasu bunga ke sekolah malam tu ayah aku mimpi ada 4 orang red indian mengelilingi ayah aku tengah tidur! dorang marah sebab buang pasu bunga! dorang kata pasu bunga tu tempat tinggal dorang tapi ayah aku kata dia minta maaf dengan cara elok dia kata bukan bermaksud nak buang tapi kami semenjak ada pasu tu kami di ganggu lepas tu ayah aku kata dia bagi kat sekolah dia mengajar red indian tu kata minta maaf sebab yang ganggu kami tu hantu raya yang di kurung kalau tak silap dorang ni kira penunggu pasu bunga tu kot? Alhamdulilah keesokan harinya kami tak di ganggu lagi...
P/S=Semenjak hari tu parent aku jadi fobia nak ambik barang barang yang orang bagi sebab tak mahu jadi macam pasu bunga tu? jadi pesan aku kat korang semua cuma 1 dengar baik-baik ye! ingat! kalau orang bagi benda apa-apa sekalipun walaupun cantik? jangan ambik takut jugak jadi apa-apa macam kami 1 family aku dulu...