Thankz kepada semua yang follow aku nanti aku follow korang balik..

Memaparkan catatan dengan label CERITA PARA AMBIA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label CERITA PARA AMBIA. Papar semua catatan

Ahad, 29 Ogos 2010

BILA YAKIN SEMUA BENDA BOLEH JADI!

Salam.. kali ni aku sambung lagi kisah-kisah teladan untuk renungan kita bersama... sama-sama kita ambil iktibar... insyaallah..


Pada zaman
dahulu ada seorang anak yatim kerjanya mengembala kambing arwah bapanya di kampung yang tinggal di seberang sungai.Ibunya seorang balu yang sudah tua kehidupan mereka sedikit susah dan sengsara.

Pada suatu malam dia berkata kepada ibunya, sambil melihat bulan dan bintang di langit yang cerah disebabkan bulan mengambang.“Saya bercadang untuk pergi belajar dengan tuan guru pondok seberang sungai itu mak,saya ingin mendalami ilmu agama“ kata si anak yatim itu.

“Kau boleh belajar nak,tetapi bagaimana dengan yuran persekolahan dan segala alat keperluan belajar? Kita orang meskin nak,” jawab ibu Bunyinya sayu.“Saya akan menjual seekor kambing peliharaan,wangnya untuk yuran persekolahan tentu boleh mak,” kata si anak yatim kepada ibunya

Pada petang jumaat ibunya membawa Si Yatim untuk diserahkannya kepada tuan guru pondok seberang sungai,waktu belajar Si Yatim kena duduk di bawah rumah kerana tiada mempunyai buku dan alat tulis.Harga kambingnya cuma cukup membayar asrama dan yuran sekolah pondok sahaja.

Waktu belajar tuan guru tok janggut ada berpesan kepada muridnya setiap pekerjaan kerja hendaklah dimuali dengan bismillah Sesiapa yang yakin dengannya segala macam kerja boleh dan dipermudahkan oleh Allah SWT sambil menarik-narik janggutnya

Sewaktu cuti penggal pertama Si Yatim pulang ke kampungnya.petang plak dia menjaga kambing-kambingnya,Tiba-tiba hujan turun kambing-kambing enggan pulang puas Si Yatim mengejarnya semua kambingnya mengelilingi sebuah tasek besar,

Si Yatim menjadi bingung,lama baru dia terfikir kata tuan guru tok janggut itu lantas dia membaca bismilah, tanpa disedarinya kaki boleh melangkah ke permukaan air tasik itu.

Melihat keadaan itu, semua kambing-kambing lari pulang.Sejak peristiwa itu, Si Yatim tidak lagi tinggal di asrama,dia boleh berulang alik dari rumahnya ke sekolah pondok seberang sungai itu.Dia juga boleh membantu ibunya memelihara kambing arwah ayahnya.

Setelah keputusannya baik Si Yatim bercadang membuat kenduri kesyukuran,Sewaktu dia menjemput tok guru haji jangut pergi ke rumahnya, tok guru menjadi hairan bagaimana hendak ke seberang jika tiada sampan.

Si Yatim tersenyum, lalu dia membaca bismillah, terus berjalan di atas air dengan pantasnya seperti kilat menyeberang sungai itu.tok guru jangut tercengan hairan.

Si Yatim meminta tok guru dengan penuh yakin, tetapi malangnya tok guru terus tengelam bila dia cuba melakukannya. TAMAT.



P/S=
Tiap kerja dengan penuh yatin dan izin Allah SWT pasti diberkati.tapi rasanya kalau sekarang baca bismillah pun rasanya tak boleh kita terapung di atas air? dulu-dulu boleh la... apa-apapun sekarang apa jua perkerjaan kita mulakan dengan bismillah mudah-mudahan kerja kita dipermudahkan olehNya....

Ahad, 22 Ogos 2010

BERJUANG WALAU DITIMPA MUSIBAH

Salam... thankz semua yang sudi singgah dan drop komen! hehe ha! kali ni aku nak siar lagi kisah-kisah untuk kita hayati bersama....


Sewaktu Abu Hanifah membaca hadis nabi SAW yang agak panjang, tiba-tiba dia mengalir air mata, semua yang mendengar nya agak hairan, setelah hadis dibacanya habis, dia pun pengsan.

Selepas dia sedar mereka pun bertanya hal keadaannya.Dia pun menceritakan, bahawa kakinya di sepit seekor kala jengking, sewaktu membaca hadis nabi, kerana dia ingin menghabiskan cerita nabi itu, supaya tidak terputus dia membacanya terus dia terpaksa menahan sakit, sehinggalah dia pengsan.


P/S=Begitulah cinta dan kasih seorang hamba bernama Abu Hanifah kepada junjungan kita Nabi Muhamad SAW dia sanggup menahan sakit sehingga pengsan.Wah! kalau aku la tengah bagi ceramah nampak kala jengking belum sampai lagi kat kaki aku dah lari dah.. hehehe

Khamis, 12 Ogos 2010

ABU KHULAIFAH

Salam.. start bulan puasa aku dah jarang update blog? hehe bukan apa aku tak boleh nak taip la bila taip je perut pun ikut sama berbunyi? hehe tapi malam ni sebelum sembahyang terawih aku nak berkongsi kisah ni...


ABU KHULAFAH seorang ahli sofi yang warak sering mengerjakan solat malam, dan suka mengembara dari satu masjid ke satu masjid untuk bermunajat kepada Allah SWT.Selepas solat isyak Abu Khulafah terdengar suara orang menangis amat terseksa keadaannya, selepas Abu Khulafah mengerjakan solat sunat dua rakaat dan dia pergi mencari dari mana datangnya suara itu.


Tapi setelah di cari di sekaliling masjid tiada kelibat orang pun yang dilihatnya selepas itu Abu Khulaifah pun melelapkan matanya dan dia bermimpi di dalam mimpi Abi Khulafah bertemu dengan hamba Allah yang terseksa itu, “Allah telah murka,harta yang banyak ditinggalkan di dunia telah disalah gunakan oleh Anak-anakku! Mereka sering berjudi,minum arak dan berpoya-poya dengan perempuan, mereka langsung tidak mengeluarkan zakat, solat, apatah lagi untuk berdoa kepadaku.Inilah akibat yang aku terima, penyeksaan." kata orang itu.

Abu Khulaifah berkata "apa yang boleh saya tolong?" orang itu berkata “Tolonglah engkau sampaikan ceritaku ini kepada anak-anakku,minta mereka semuanya bertaubat dan kembali di jalan Allah SWT jumpa mereka di sini" Abu Khulaifah mendengar segala yang di nyatakan oleh orang itu...

Dan setelah Abu Khulafah pun terjaga,esoknya dia segera mencari anak-anak hamba Allah yang terseksa itu, dan menceritakan apa yang telah berlaku, Maka menangislah semua anak Hamba Allah itu. Segera insaf dan bertaubat kepada Allah SWT.Setelah beberapa tahun kemudian , Abu Khulafah singgah lagi di masjid itu, selepas solat insyak dia terdengar pula suara dari belakang masjid yang ada tanah perkuburan itu Kali ini penuh dengan kegembiraan gelak ketawa seperti orang mendapat sesuatu,

Setelah dia solat dua rakaat , dia tidur dan di dalam mempi Abu khulafah bertemu semula dengan hamba Allah itu, “Anak-anakku telah telah melaksanakan apa yang aku minta,terima kasih banyak “ kata hamba Allah itu



P/S= Semoga kita tak melupakan orang yang disana dan selalulah sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka... Al-fatihah kepada semua ahli kubur...................

Isnin, 19 Julai 2010

PUASA SUNAT

Hajas seorang hartawan dan dermawan yang sering menjemput kawan-kawannya, sewaktu makan tengah hari. ataupun makan malam , dia berasa senang hati bila menjemput kawan-kawannya makan bersama.

Suatu hari Hajas mempelawa Bedawi kawan lamanya seorang yang kuat beribadat makan tengahari bersamanya, “Maaf , hari ini tak dapat makan bersama dengan kau Hajas"

“Minta maaf ,aku sedang puasa sunat,” kata Bedawi Kemudian Hajas berkata, ”Nabi kata puasa sunat musim panas tidak digalakan,”sambil dia memandang muka Bedawi,

Tetapi aku takut pada api nereka yang lebih panas ,” kata Bedawi sambil tunduk. Seperti berfikir."Tapi nabi kata, puasa sunat selang sehari,” terang Hajas.lagi. “Tapi adakah aku engkau tahu , aku akan hidup esok hari,?” Tanya Bedawi kepada Hajas “kalau begitu baiklah, engkau teruslah beribadat,” kata Hajas lalu memberi salam dan beredar dari situ. TAMAT.


PENGAJARAN DARI CERITA INI;

Dalam beribadat banyak godaan dan ujian yang akan datang menguji keimanan kita, sama ada kita ikut pujukan orang atau syaitan dan terus beribadat kepada Allah AWT.


DISUSUN SEMULA SECARA BEBAS
OLEH:NICK IRFAN

Jumaat, 6 November 2009

NENEK TUA YANG BAHIL

Di sebuah kampong tinggal seorang nenek tua yang terlalu bahil, hartanya banyak tetapi tidak pernah diberikannya kepada orang lain, payah pula untuk bersedekah kepada jiran –jiran dengan binatang ternakannya pun dia berkira.

Pada suatu hari, ketika dia sedang memasak kueh peneram di ruang dapur rumahnya, tiba datang saekor kucing mengambil seketul kueh peniram itu dan dibawanya lari keluar rumah.

Belum pun sempat kucing itu memakannya, Nenek tua bahil itu telah dapat mengesan , lantas dia memburu kucing hitam itu, lari lentang pukang kucing itu di kejarnya seluruh kampong.

Apabila di dapati kueh itu telah tinggal sebelah saja. Sebelah lagi dapat juga di baham oleh kucing hitam itu. Hatinya sangat panas , sebab terlalau bahilnya nenek tua itu, sanggup dia memukul kucing hitam itu sehingga mati.

Selang beberapa bulan pula dia sedang membuat kueh jala , di dapaur rumahnya, sedang dia memasak itu, seekor ayam jantan telah mencuri sekeping ruti jalanya, Dia dapat mengesan dan dikejarnya ayam jantan itu seluruh kampong.

Esoknya ayam itu didendanya tidak diberi makan dan dikurung selama tiga hari.akhirnya ayam jantan itu pun mati kerana kelaparan dan kehausan.

Pada suatu malam nenek tua bahil itu bermimpi. Dia sakit kuat dan hampir hendak mati, dalam keadaan lemah dan tidak bermaya itu dia terasa seperti berada di dalam kubur. Dia duduk di atas lantai seperti sebelah kueh peneram dan di atas kepalanya pula ada bumbung seperti roti jala.

“Inilah tempat tinggal kau bila mati nanti, kau terlalu bahil, lihat surga kau berlantaikan kueh peneram dan bumbungnya pula di buat dari kueh jara.Inilah hadiah kucing hitam dan ayam jantan yang kau seksa sehingga mati di dunia dahulu”.

Seperti ada suara menyebut begitu, Nenek tua bahil itu pun terkejut, lalu melompat dari katilnya.

Pagi esok dia memberi kucing dan ayam di kampungnya makan dengan percuma.mula dari mempi ngeri itu Nenek tua bahil itu tidak lagi kedekut dan bahil.



PENGAJARAN DARI CERITA INI;Harta didunia ini bukan hak kita seorang, kerana rezeki orang kaya itu ada hak juga ke atas mahluk lain yang meskin.





DISUSUN SEMULA SECARA BEBAS

OLEH:NICK IRFAN

SHEIKH ABDUL KADER JAILANI

Sheikh Abdul Kader Jailani seorang saofi yang dikurniakan Allah AWT kepadanya pekara yang luar biasa,seperti terbang di udara, berjalan di atas di atas air, dan dapat melihat kejadian yang luar jangkauan.

Pada suatu hari anak jin Islam datang kepadanya untuk menuntut ilmu keagamaan, pada mulanya Sheikh Abadul Kader Jailani menolak, kerana di takuti anak-anank murid yang ramai di asrama itu diganggu oleh anak jin itu.

Tetapi setelah pujuk dan membuat janji dengan Sheikh Abdul Kader Jailani anak jin Islam itu dibenarkan belajar dengan nya dan tinggal bersama pelajar –pelajar lain di asrama itu.
Hampir dua tahun anak jin itu belajar dan bergaul bersama anak-anak manusia , Cuma yang tahu rahsianya Sheikh Abdul Kader Jailani seorang sahaja , Sesekali tuan guru Sheikh Abdul Kader Jailani bertanya kabar ,

“Adakah kamu senang berkawan dengan manusia, ? “
“Ya, senang sekali,” jawab anak jin Islam itu .
‘Tetapi jangan sesekali kau membuat kacau.”
“Saya ingat pesanan tuan guru,”

Pada satu malam peperiksaan akhir tahun akan bermula, Ramai diantara pelajar yang belajar hingga jauh malam,dalam keadaan masing-masing sudah keletihan, Ada di antara mereka yang malas hendak menutup lampu minyak yang tersangkut di syiling asrama itu.

Anak jin Islam meminta mereka menutup lampu itu, semua pelajar di asrama terasa malas mereka meminta anak jin Islam menutupnya di antara mata rasa mengantuk dan lena ayam itu, anak jin Islam bertindak luar biasa.

Dia menghulurkan tangannya , panjang seperti spring menutup lampu menyak itu, Semua pelajar yang melihat keadaan itu menjadi panik dan terkejut besar , ada tangan panjang menutup lampu.

Semua pelajar asrama itu lari bertempiaran , ada yang terjun tingkap dan lompat tangga, ramai pula yang patah kaki dan tangan, melihat keadaan yang tidak terkawal itu, Anak jin Islam itu terasa dia bersalah

Esok Tuan Guru Shaik Abduk Kader Jailani memanggil anak jin Islam itu, dan dia meminta maaf atas pekara itu, Sheikh Abdul Kader Jailani terpaksa memberhentikan pengajian anak jin itu.Pada hari keduanya semua pelajar tercari-cari pelajar tangan panjang itu, Tuan Guru Shaik Abdul Kader Jailani menceritakan pekara yang sebenar. Semua pelajar pun faham .



PENGAJARAN DARI CERITA INI:
Ilmu manusia yang Allah Kurniakan boleh menarik dan mengajar jin senis mahluk lain dari keturunan manusia.




DISUSUN SEMULA SECARA BEBAS
OLEH:NICK IRFAN

Selasa, 3 November 2009

BANI ISRAIL

Kaum bani Israil menggangap Tuhan memilih mereka bangsa yang di utamakan dalam dunia ini, Allah memberi berbagai kemewahan kepada mereka, tetapi mereka telah ingkar dan lupa.

Dalam kehidupan kaum Bani Israil ini ada tiga orang manusia yang bernasib malang , kerana mereka di lahirkan dalam keadaan yang tidak normal, seorang botak , seorang buta, dan seorang lagi kusta.

Pada suatu hari datang Malaikat kepada Si Kusta, Si Botak dan Si Buta. Melihat keadaan mereka seperti mencari sesuatu, maka Malaikat pun bertanya kepada mereka ,”Apakah yang kamu mahu dalam hidup ini

Ketiga-tiganya tercengang , lantas menjawab “Hilangkanlah penyakit kusta saya ini” jawab Si kuta, “ kalau kau sihat apa yang kau nak bekerja? Kata Malaikat. Lagi “berilah saya unta, saya memeliharanya,” jawab Si Kusta.

Kemudian Malaikat melihat kepada Si Botak, dengan pantas dia menjawab,” Tumbuhkan rambutku ini’” Malaikat sapu tangan di atas kepala Si Botak, rambutnya , “Kerja apa yang kau boleh buat? Tanya Malaikat, “beri aku anak sapi, aku akan menjaganya,” jawab Si Botak.? Bagaimana dengan Si Buta?” kata Malaikat, “saya mahu melihat , berilah aku celik untuk melihat dunia ini,” jawab Si Buta, “Bila kau boleh melihat apa kerja yang kau boleh lakukan. Tanya Malaikat lagi.”Berilah aku anak kambing aku akan memeliharanya

“Baiklah aku akan tunaikan, tetapi selepas beberapa tahun aku akan datang kembali kepada kamu, untuk melihat pekerjaan kamu.dalam kehidupan di dunia ini”’ Mereka semua beredar dengan perasaan gembira

Selepas beberapa tahun , Malaikat pun datang kepada mereka bertiga,untuk menilai amal kebajikan yang mereka lakukan di muka bumi ini.setelah mereka di hilangkan dari penderitaan hidup.

Apabila Malaikat bertemu dengan mereka , sambil bertanya adakah kamu keluar zakat daripada binatang peliharaan mereka yang banyak ini?” Dengan sombong Si Botak dan Si Kusta menjawab kami yang memeliharanya kenapa mesti diberi zakat kepada orang lain.Malaikat terdiam.

Kecuali Si Buta yang memberi jawab yang baik dan mngaku telah mengeluarkan zakat hasil pemeliharaan kambingnya. Malaikat tersenyum , dan beredar dari situ Tidak lama kemudian Si Botak Dan Si Kusta kembali kepada kehidupan yang lama.. TAMAT.



PENGAJARAN DARI CERITA INI;
Setiap manusia bila hidup susah dan menderita sering meminta tolong kepada orang lain bila diberi pertolongan mereka mudah lupa




DISUSUN SEMULA SECARA BEBAS

OLEH;NICKIRFAN

WALADUN SOLEHON

Pada zaman nabi Allah Sulaiman,ada seorang anak muda yang Allah SWT meletakannya di tengah laut dalam, di dalam sebuah kulit lokan yang besar seperti istana.

Melihat keadaan itu nabi Sulaiman terkejut macam mana boleh ada Istana di dalam laut ini dan didiami pula seorang anak muda yang kacak di dalam sebuah kulit lokan bersila seperti sedang bertafakur

Apabila nabi Sulaiman bertanya kepada malaikat, hal keadaan anak muda itu, Malaikat menjawab, “Anak muda ini seorang yang amat taat kepada kedua ibu bapanya.dan sangat kuat beribadat dengan solat malam.

Kebetulan pada zaman itu hanya dia seorang anak muda yang ada kelebihannya daripada anak muda yang lain, lalu Allah SWT mengurniakannya bertafakur di dalam laut dalam dengan sebuah istana berkilau emas tempayan. TAMAT.



PENGAJARAN DARI CERITA INI;

Anak yang soleh dapat membela nasib kedua orang tuanya di akhirat kelak, Malah ganjaran yang ALLah kurniakan lebih berganda.



DI CERITA SEMULA SECARA BEBAS
OLEH:NICK IRFAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"Magical Template" designed by Blogger Buster