Thankz kepada semua yang follow aku nanti aku follow korang balik..
Rabu, 9 Januari 2013
Selasa, 15 Mac 2011
LAPTOP COMPAQ PRESARIO CQ40
laptop ni hadiah dari mak aku semperna hari jadi aku yang ke 19 aku tertanya jugak mak aku dapat mana duit beli laptop ni? (mesti korang kata "kurang ajar punya anak mak dia beri hadiah kat dia? dia nak jual plak?" ) eh! jangan ingat macam tu? aku dah tanya mak aku kalau nak jual laptop boleh ke? mak aku jawab dengan muka yang sedih jer...hmm.. aku bercadang saja nak jual sebab laptop aku ni semua game tak boleh main!! aku pelik jugak sebab laptop kawan aku macam aku jugak tapi semua game boleh masuk dalam laptop dia? geram! uwaa!! (mesti korang kata "Cis! nick ni ada laptop nak main game je kerja dia!") eh! korang jangan kata macam tu plak? nak buat macam mana aku nk peminat tegar games lagipun bila main games hilang sikit tension...
===Ha! Ni plak perisian untuk laptop aku===
Window Vista Ultimate 32 Bit
System Rating 3.7
4 RAM
AMD Athlon (tm) X2 Dual Core QL-65
2.10 GHZ
ATI Radeon HD 3200
DirectX 10
hmm.. ada tertinggal lagi tak? rasanya yang ni je la kot perisian kat laptop aku yang aku tahu la...
P/S=berapa RM agak-agak kalau nak jual ek? sapa tahu sila la kongsi kat sini ok! terima kasih.. kerjasama amat di hargai...
Dicatat oleh Unknown di 5:58 PTG
Label: PENGUMUMAN ♦ulasan (13)
Jumaat, 11 Mac 2011
GEMPA BUMI DI JEPUN! SEMOGA MALAYSIA TAK KENA.. AMIN
Sama-sama kita doakan semoga Malaysia tak kena bencana macam ni...
"Ya Lindungilah kami dari bencana-bencana seperti ini"P/S=eh! video ni bukan kejadian yang berlaku aku saja ambik je letak kat blog? aku rasa video ni rakaman dalam filem kalau tak salah tapi kejadian yang benar-benar berlaku korang semua boleh tengok kat youtube sendiri memang agak menakutkan jugak...
Dicatat oleh Unknown di 8:50 PTG
Label: PENGUMUMAN ♦ulasan (19)
Isnin, 7 Mac 2011
LAIN YANG DI MINTA LAIN YANG DAPAT?
TAPI!!!
-PERTAMA-
Nak tahu apa? ha! meh sini nak cerita semalam aku check nset dalam laci (sebab aku jarang pakai nset selalu simpan dalam laci je) bila tengah check jumpa 3 no tak di kenali msg kata nak beli CD? aku pun balas la bagitahu secara detail lepas tu dia kol terus plak!!! aku angkat la sekali dia ajak berbual!! (suara dia agak cute jugak) huh! siap tanya rumah aku? umur? minta pic aku plak? 1 pun aku tak layan.. hehe (tujuan utama aku nak jual CD)
Masa tu aku dah pening dia ni nak beli CD ker? last perbualan dia kata "I suka suara U macho" huh! apakah!!! aku tanya balik dengan serius "nak beli CD ke tak ni?" lepas tu dia kata "ala u ni kita kenal-kenal dulu la boleh?" gulp! trauma aku terus aku letak nset tadi dia kol aku bagi kawan aku yang layan lagipun kawan aku sekarang baru clash dengan awek dia... (perempuan tu bukan orang dari blogger tapi dari YM sebab aku ada promot CD Games kat YM)
-KEDUA-
Aku reply no yang kedua plak? dia ni taknak jawab msg dia kol terus! aku angkat rupanya lelaki aku panggil dia uncle sebab dia kata panggil unlce sebab dia umur 50an dia nak beli CD games kat cucu? aku dah berkira-kira masa tu mesti dapat jual tapi aduh! dia tanya macam-macam!
cara nak install? sah ke boleh main? mana dapat CD game tu? original ke cetak rompak? kenapa murah sangat? dijamin sampai esok? dia was-was takut aku tipu? lepas tu dia bagi aku cakap dengan cucu dia? lagi la parah anak dia tanya macam-macam sampai panas telinga aku!! aku tengok jam dia bercakap dengan aku 3jam!!! lepas tu dia bagi telefon kat uncle tu aku ingatkan jadi la last-last dia kata "semoga berjaya jual CD game tu" terus letak fon! arghh!! (Uncle ni aku tak tahu plak dia dapat mana pasal aku jual CD games ni mungkin blog kot? hmm...)
yang ni paling tak boleh blah sekali!! aku ingat betol-betol serius dia nak beli? rupanya sekali bila aku kol dia jawab aku macam kenal je suara tu? la...baru aku perasan dia tu kawan aku dia pakai no fon baru!!! lahabau! hampeh! sengal! kurang asam punya kawan! buat penat sampai 1 jam aku explain kat dia tengok-tengok member sendiri! hak ptuih! geram betol aku! panas giler betol...

P/S=jadi sekarang malas nak pikir panjang aku dah fed up jadi aku buat keputusan MUKTAMAD aku nak jual PC DVD GAMES aku 15 keping tu dengan harga RM50 sekali dengan Postage!!!! jadi sapa nak bank in kat aku RM50 aku pos sekali 14 keping PC DVD GAMES tu last offer sapa nak bagitahu kat aku....
Dicatat oleh Unknown di 11:11 PTG
Label: PENGUMUMAN ♦ulasan (21)
AKU NAK JUAL PC DVD GAME! RM5 1 CD!!

Aku cadang nak jual PC DVD games dengan harga yang murah RM 5 jer! (kat kedai tak dapat ni) sebab aku ada terlampau banyak la games kira-kira dalam 20 keping!!! haha tapi bukan aku beli semua ada setengah member bagi tapi kebanyakan games yang ada kat aku tak boleh main kat aku sebabnya Graphic kad laptop aku tak cukup tinggi? yela semua games graphic power belaka? jadinya aku cadang nak jual ada sapa berminat sila msg aku nombor ni (0174428276=Nick Irfan) jangan kol sebab selalunya aku silent enset! hehe
Ha! mesti korang kata aku gila? sebab selalunya PC DVD games RM10 sekeping kan? eh! aku bukan gila aku masih waras lagi ok! serius memang aku nak jual RM5 jer lagipun aku simpan pun bukan boleh main sebab laptop aku graphic biasa tak cukup tinggu untuk support main game-game ni..
Ni senarai games aku nak jual
1.Medal Of Honor Limited Edition
2.Half Life 2:Episod 1
3.Counter Strike v1.1
4.Doom 3:last man standing (bonus game Bet on Soldier)
5.Operation Flashpoint 2 Dragon Rising
6.Nancy drew trail of twister(bonus series phantom of vanice,light camera curse dan resorting to danger)
7.2142 battlefield v1.5
8.Sniper Ghost Warior (bonus games sniper art of victory dan Terrorist takedown)
9.PES 2011
10.Nancy Drew Castle Malloy
11.Need For Speed (semua series ada dalam ni)
12.Terrorist Takedown 3
13 Heroes Of Might And Magic (bonus game world war II combat,battle mages dan heart of iron II:doomsday)
14.Fallout 3
(ni ada 14 keping lagi 6 keping aku dah jual kat jiran aku)
========kalau korang nak=======
1 CD game aku bagi RM5+pos laju RM 10!! jadi kena bank in RM 15!!..
2 CD game aku bagi RM10+pos laju RM10 jadi kena bank in RM 20!!
3 CD game aku bagi RM15+pos laju RM 10 jadi kena bank in RM25!!
tapi kalau ambik atas dari 4 CD game atau semua sekali korang borong aku tambah pos laju RM 5 jer....
kesimpulannya korang ambik lebih dari 3 CD game baru aku charge pos laju RM5 jer sebab kalau pesan bawah dari 3 CD game aku malas nak pos sikit-sikit sebab tu aku charge lebih aku nak pos sekali banyak je senang....
=sapa yang nak games contact aku no tel yang ada kat atas tu.. seriusly aku nak bagi semua game tu dengan hanya RM60 + RM5 poslaju RM65 untuk 14 CD game!!!! lepas korang bank in kat aku esok aku akan pos laju kat korang!!!! serius ni bukan main-main lagipun aku taknak simpan game ni semua buat sakit hati sebab laptop aku tak sesuai untuk game canggih macam ni!! uwaa!! sob.. sob..=
P/S=sapa nak cepat-cepat sikit yer? aku nak promot kat Facebook,Ym dan Mudah.com kejab... hehe
Dicatat oleh Unknown di 12:42 PG
Label: PENGUMUMAN ♦ulasan (27)
Khamis, 20 Januari 2011
TOLONG UCAP HAPPY BESDAY KAT KAKAK AKU!
Ni anggaplah sebagai kek besday yang babah,mama kasi dan nick kasi kat akak tanda ucapan kami semua tak lupakan besday akak (sedih start 2009 sampai 2011 bila besday akak je mesti akak tak balik)...P/S=happy besday kat kakak aku NoorNasirah yang sekarang study kat UUM di sintok dengan ucapan "bila nak balik woi? cadang nak makan KFC ni!!!" hahaha (maaf gambar kakak aku takde katanya privasi lagipun muka dia iras-iras Scha Al Yahya! hehe)
Dicatat oleh Unknown di 1:31 PTG
Label: PENGUMUMAN ♦ulasan (15)
Rabu, 29 Disember 2010
2011 BLOG 1001 KISAH TIADA LAGI?
1.hidupku mesti akan sunyi tanpa blog ni..
2.nick nak ke mana plak? jangan tinggalkan saya!!
3.kalau nick tak kendali blog ni sapa plak nak kendali nanti? uwaaa....
4.jangan la berhenti nanti saya nangis 44hari kerana nick?
5.nick kenapa 100 kisah dah tiada? nick nak kahwin ker? sedihnyer...
6.nick kalau saya kata I LOVE YOU kat awak? awak jangan pergi boleh?
7.kalau nick berhenti blog saya pun nak berhenti sama..
8.nick janganlah berhenti kami semua sayangkan nick!!
9.nick kalau nick teruskan blog saya akan belanja nick setiap hari.
10.kalau nick berhenti blog saya nak mogok tak nak makan seminggu..
2.blog ko ni bukan best pun eloklah berhenti berblog
3.blog macam ni? tak payah cakap ko berhenti je aku sokong
4.elok la blog pun macam sampah! hahaha
5.ko nak berhenti? kenapa tak berhenti dari dulu lagi..
6.mesti 2011 ko nak aktif kat facebook plak kan?
7.aku rasa intenet rumah ko kena potong kot? haha padan muka
8.nick kami disini mengalu-alukan nick kalau nak keluar dari arena blogging..
9.ko nak buang blog ni ke tahun 2011 ni? aku sokong sangat! yes!
10.ko nak buang blog ni buang je la bukan best sangat pun aku hari-hari tengok tak lalu makan..
====TAPI HAKIKATNYA AKU BUKAN NAK BERHENTI BERBLOG BUAT MASA NI AKU NAK TERUSKAN BERBLOG TAPI CUMA NAMA BLOG AKU JE AKAN BERTUKAR DULU AKU PAKAI "1001 KISAH" BETOL TAK? NANTI TAHUN 2011 NI AKU NAK LETAK NAMA BLOG AKU "WHO AM I? MY NAME IS NOBODY?" YANG TU JER? HAHA====
(SAPA YANG LINK BLOG AKU SILA TUKAR NAMA BUKAN 100 KISAH DAH NAMA BLOG AKU NI YER? HEHE)
P/S=saja tukar nama sebab dari 2009 asyik pakai 1001 kisah jer? hehe apa-apapun tahniah buat Malaysia sebab kalah dalam kemenangan dengan argerat 4-2!! yahooo!! Malaysia boleh!!!!
Dicatat oleh Unknown di 3:03 PTG
Label: PENGUMUMAN ♦ulasan (20)
Isnin, 13 Disember 2010
SENARAI FILEM-FILEM PADA TAHUN 2011!!!
3GP
-- arahan Aidilfitri Mohamed Yunos, terbitan Primeworks Studios
ADIK MANJA RETURNS
-- arahan Dharma Harun, terbitan Adik Manja Entertainment
AKU BUKAN TOMBOY
-- arahan Syamsul Yusof, terbitan Skop Productions
BAIK GILER
-- arahan Mansor Akob, terbitan Layar Dimensi
BERANI PUNYA BUDAK
-- produksi M'sia-Thai lakonan Afdlin Shauki, Awie & Sharifah Sofia, terbitan Vision Works
BUNGA LALANG
-- arahan Dain Iskandar Said (Dukun), terbitan Apparat & Convergence Entertainment
CAHAYA
-- arahan Johan John, lakonan Elaine Daly, Khir Rahman, Namron dll
CUN
-- arahan Osman Ali, terbitan Tayangan Unggul
...DALAM BOTOL
-- arahan Khir Rahman, terbitan Raja Azmi (Pengedaran J.A.S)
DATIN GHAIRAH
-- arahan Sabree Fadzil, terbitan De Baron
DILARANG MASUK
-- filem thriller arahan Jeff CKS, lakonan Isma Hanum, Esma Danial dll
HANTU BUKIT CINA
-- arahan Liza Ismail & TS Jeffrey, lakonan Gambit, Fouziah Gous dll
HANYUT
-- arahan U-Wei Saari, lakonan Sofia Jane, Diana Danielle, Khalid Salleh dll
HIJAB
-- arahan Pierre Andre, terbitan YB Pictures
KARAK
-- arahan Yusry, terbitan KRU Studios
KARIPAP CINTA
-- filem adaptasi novel, arahan Othman Hafsham (Soal Hati), lakonan Gambit dll
KEMBAR SIANG
-- arahan Hatta Azad Khan, terbitan Metrowealth
KERAMAT
-- arahan Azhari Zain, terbitan Metrowealth
KL GANGSTER
-- arahan Syamsul Yusof, terbitan Skop Productions
KONGSI
-- arahan Farid Kamil, terbitan Metrowealth
MOMOK... JANGAN PANGGIL AKU
-- arahan M. Jamil, terbitan Galaksi Seni
NUR KASIH
-- filem adaptasi siri TV, arahan Kabir Bhatia (Cinta, Sepi & Setem)
OMBAK RINDU
-- filem adaptasi novel, arahan Osman Ali
RASUK
-- arahan S. Baldev Singh (penerbit Akhirat, pengarah bersama Kecoh Betul)
RATU
-- arahan A. Razak Mohaideen, terbitan Line Clear Motion Pictures
SEKALI LAGI...
-- arahan Hashim Rejab, terbitan Metrowealth
SENARIO OPS POCOT
-- arahan Ismail Bob Hasim, terbitan Metrowealth
SENJAKALA
-- arahan Ahmad Idham, lakonan Liyana Jasmay dll
SERU
-- arahan Pierre Andre, terbitan Tayangan Unggul
TOLONG! AWEK AKU PONTIANAK
-- arahan James Lee (Histeria), terbitan Tayangan Unggul
========================================
(tak confirm akan buat / tak siap / tak jadi buat)
ADUH SALEHA
AKUARIUM CINTA
BINTANG RAGUT BULAN
BRAVO 5
BUNIAN MAHKOTA SERI HELANG
CE1
CITIZEN M
CYBER X: ANCAMAN PENGGODAM
EMPAYAR: DENDAM TAMINGSARI
KEKASIHKU SERU
KELIP-KELIP (animasi)
MEK ANI
PAHLAWAN MAT KILAU
RANSAN
ROCK 2
SALADIN (animasi)
TAIKO
UPIN & IPIN: ANGKASA (animasi)
ZOMBI KILANG BISKUT
P/S=amacam terjua tak dengan filem yang bakal di tayangkan ni??? ha! kalau korang nak tahu macam mana filem-filem ni? eh! jangan tanya aku plak? kta tunggu je sama-sama thun 2011 ni nanti yer!! selamat menonton.....
Dicatat oleh Unknown di 3:53 PTG
Label: PENGUMUMAN ♦ulasan (22)
Isnin, 18 Oktober 2010
INILAH HENSET BARU AKU!!
II
II
II
II
===========
=========
=======
=====
===
==
=
yang ni resit pembelia henset aku tu (tak nampak klik bagi besar nama aku terpaksa padamkan sebab nanti korang tahu plak nama sebenar aku? hehe) ha! yang kat bawah ni plak henset aku nak tengok ok! sila skrool ke bawah....II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
==============
============
==========
========
======
====
==
=

Ni la henset baru baru aku tu jenama "TOUCHBERRY 212 pro" seriusly memang RM100 jer bukan secondhand tapi first hand!! tapi kalau dengan memory kad sekali? dalam RM150 la korang mesti terkejut tapi dia bukan macam blackberry aku rasa henset aku ni mini berry comey je henset ni sampaikan ramai kawan-kawan aku kata henset aku ni henset mainan? hahaha ha! kalau sapa berminat nak dapatkan henset macam aku ni atau ada jugak touchberry yang sebijik macam blackberry cuma RM300!! korang boleh pergi kalau kat penang korang pergi di Kompleks Bukit Jambut tingkat 1 kalau tak salah aku betol-betol depan tangga...
P/S=walaupun bukan blackberry sebenar tapi jadilah jugak kan? merasa jugak aku pakai jenama berry ni... hehe
Dicatat oleh Unknown di 1:06 PG
Label: PENGUMUMAN ♦ulasan (47)
Rabu, 8 September 2010
PUASA VS RAYA
Sekarang malam 29 aku pun tak pasti sampai sakarang malam ke berapa malam lailatulqadar? sebab semua malam 10 terakhir bagi aku sama jer? pelik jugak! tapi aku ada tanya kawan-kawan,jiran-jiran sanak saudara saja nak tahu pengalaman dorang macam mana? dapat feedback macam-macam! ada yang kata malam 17,21 dan 25? entahlah tapi bagi aku malam 25 kot? kenapa 25?
Entahlah sebab malam tu sejuk beku dan malam tu jugak masa aku ternampak 1 kelibat macam kabus tapi warna hitam melintas laju di lot parking motor kat flat aku! aku tengok dari tingkap bilik aku serius! bulan puasa ni aku tak tipu tau! depan mata aku sendiri! sampai moto tu terangkat sebelum terbalik masa tu! aku sempat rakam tapi malangnye enset aku plak battery kong masa rakam tu! rugi betol! kalau aku rakam boleh tunjuk kat korang meremang bulu roma aku dan bila kejadian tu jugaklah suis laptop aku terpadam sendiri!! sebab aku tengah taip masa tu (sampai sekarang aku dok pikir apa benda hitam tu? nak kata hantu kan hantu kena ikat? takkan bunian? atau...)
Memang malam 25 tu sejuk sikit! sejuk beku hingga ke tulang hitam! tapi sekejab je la dalam beberapa jam lepas tu panas macam dalam oven plak! tapi ketika aku tulis entry ni jam pukul 3.30pagi bapak aku kata sekarang agak sejuk macam malam 25 tapi sejuk kali ni lain dari biasa! binatang pun tak bunyi senyap sunyi jer hmm.. mungkin malam ni? entahlah hanya Allah yang tahu....
Kalau malam ni lah malam lailatulqadar? aku pun tak tahu nak minta apa? sebab macam-macam bermain dalam kepala otak aku? hehe apa-apapun harap keluarga aku sihat sejatera,murah rezeki dan yang lain tu peribadi? hehe dan tak lupa jugak buat pengomen blog aku ni tak kiralah korang komen entry apa sekalipun aku doakan semoga korang semua pun berada dalam keadaan yang sihat dan murah rezeki... amin.. ha! sepanjang berpuasa ni apa yang aku dapat ialah melatih diri tahan lapar dahaga! haha sebab aku ni suka makan walaupun badan tak jugak naik-naik alhamdulilah la sebab member aku kebanyakan semua obesiti? hehe puasa mengajar kita erti bersabar? melatih kita berlajar menjaga percakapan? apa lagi? hmm.. dan banyak lagilah...
Bila raya plak? ops! mesti semua masih marah aku sebab entry aku sebelum ni? "aku benci raya!" sebenarnya saja je aku tulis tajuk macam tu nak kasi gempak jer! hehe bukan aku benci cuma jeles dengan orang lain? salah satunya budak! cis! dorang dapat beraya kat rumah-rumah sambil minta duit raya! aku masa kecik serius aku tak pernah beraya rumah ke rumah! sebab bila raya je member aku semua balik kampung tinggal aku sorang kat taman tu masa kecik dulu! bila besar plak member aku semua kebanyakan balik kampung jugak! beraya uwaa!! malang betol nasib aku? yang aku ni setiap tahun hmm..beraya dengan hantu raya jer? haha..
Aku jeles jugak tengok orang dapat beraya kat kampung? buat dodol? masak lemang! berkumpul ramai-ramai? main bunga api? Hmm..kenapa aku jeles? sebab aku dah takde kampung! atok dan nenek aku sebelah mak dan ayah semua dah meninggal jadi aku raya kat kubur jer! sedihnyer dah la mak aku cuma 2 beradik bapak aku plak 4 jadi sepupu plak boleh kira dengan jari dan sanak saudara aku kebanyakan dok KL jadi memang raya aku biasa-biasa jer...
====AKU NAK TANYA KORANG SEMUA SILA JAWAB YER? AGAK-AGAK KORANG RAYA HARI APA? KHAMIS KE JUMAAT? MUSHKIL AKU====
P/S=huh! agak panjang jugak entry aku ni? saja nak luahkan semua yang terbuku di hati entah ada atau tidak ke orang baca cerita aku ni? hehe... dan akhir kata dari aku "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI NICK IRFAN DAN KELUARGA! BERHATI-HATILAH DI JALAN RAYA SEMOGA ANDA TAK TERJUMPA HANTU RAYA" Assalamuailaikum....
Dicatat oleh Unknown di 3:18 PG
Label: PENGUMUMAN ♦ulasan (24)
Ahad, 25 Julai 2010
OTAK KITA MUNGKIN ROSAK SEBAB.....
1. Tidak mengambil sarapan pagi - Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisipada otak dan menjadikannya kurang aktif.
2. Terlebih makan - Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.
3. Perokok - Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh menga kibatkan penyakit 'Alzheimer'.
4. Penggunaan gula yang berlebihan - Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.
5. Pencemaran udara - Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.
6. Terlebih tidur - Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.
7. Menutup muka ketika tidur - Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.
8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat - Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.
9. Kurang berimiginasi - Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.
P/S=eh! aku terlupa nak copy yang ke-10 plak? adoiyai... jadi 9 pun ok la kot? hehehe yg 10 tu agak-agak korang apa? sekarang heboh pasal video ariel dan luna? tu pun boleh jadi penyebab kerosakan otak! jadi paham-paham la... hehehehehe
Dicatat oleh Unknown di 9:49 PG
Label: PENGUMUMAN ♦ulasan (42)
Jumaat, 11 Jun 2010
YAHOO PIALA DUNIA DAH BERMULA!
P/S=harap-harap ada kejutan pada piala dunia ni? semoga pasukan yang di anggap underdog seperti pasukan ALGERIA,HONDURAS,SWITZELAND,CHILE,AFRICA,MEXICO,URUGUAY,GREECE,AMERIKA,AUSTRALIA,SERBIA,NEW ZEALAND,GHANA,CAMEROON,IVORY COAST dapat memberi tentang hebat kepada pasukan pilihan seperti FRANCE,BELANDA,JERMAN,DENMARK,AGENTINA,ITALI,BRAZIL,PORTUGAL dan akhir sekali aku harapkan supaya ENGLAND juara... hehe
Dicatat oleh Unknown di 8:33 PTG
Label: PENGUMUMAN ♦ulasan (38)
Sabtu, 15 Mei 2010
SELAMAT HARI GURU
Cikgu Aizamin(BM Form4/5)=cikgu paling sempoi pernah aku jumpa! serius! walaupun muka macam orang jahat giler! ops! maaf cikgu tapi dalam hati ada taman kan? hahaha thankz cikgu! cikgu memang orang paling spoting pernah saya jumpa! sepanjang mengajar tak pernah saya tengok cikgu marah kami,tapi saya yang terbuat cikgu kecil hati hari itu maaf cikgu? masa tu saya memang saya tak fikir panjang? buat sesuatu tak guna otak? harap cikgu halalkan pelajaran cikgu kepada saya dan terima kasih! maaf jugak tak sempat nak salam cikgu masa last sekolah? sebab saya cari cikgu tak jumpa masa tu... psst.. cikgu bila nak kawin bini no3 jemput la saya? hahaha ops! selamat hari guru cikgu aizamin!
Cikgu Rozilaini(Math Form4/5)=ha! ni cikgu ajar aku math! cikgu kerdil aku panggil bukan apa dia cikgu paling kecil dalam sekolah tu kalau orang tak tahu mesti orang kata cikgu tu budak tadika? dan la putih cute plak? haha ops! cikgu ni pun best dia ajar aku dari form1,form4 dan form 5? aku dari bangap pasal math boleh pandai jugak sikit-sikit walaupun tak berapa pandai betol-betol lagi? tapi boleh la jugak dari math aku dapat 9G trial SPM math tapi aku dapat lulus masa SPM sebenar!!! haha thankz cikgu!! dan maaf jugak tak salam cikgu masa last sekolah.... ha! terima kasih dan selamat hari guru cikgu Rozilaini!
Teacher Adibah(B.I form5)=ha! ni cikgu anita sarawak aku panggil dia sebab mulut dia pot pet tak boleh berhenti? hehe cikgu ni la kata muka aku cute macam perempuan? hahaha ada ke patut? masa tu yela aku innocent sikit muka skema jer? sekarang lepas habis sekolah aku simpan jambang dan misai baru macho sikit? hihi ha! dia ajar aku B.I walaupun masa sekolah aku bangap B.I lepas habis sekolah ni aku faham apa orang cakap B.I kat aku cuma walaupun aku tak reti nak balas balik? ha! cikgu maaf jugak sebab tak sempat salam dengan cikgu masa last sekolah? dan tak dapat nak tunaikan permintaan cikgu suruh saya jangan jadi pendiam? sory cikgu ha! selamat hari guru teacher adibah!
Cikgu Marziana(Sains form4/5)=ha!ni cikgu mengajar aku sains dia ajar sains kat kelas aku? menang best! aku walupun selalu curi-curi tido kat kelas dia dan selalu kena denda masa kat makmal sains? tapi saya berterima kasih jugak kepada cikgu sebab sains dari form3 sampai form 5 aku tak pernah lulus sains asyik dapat 30 markah ke bawah je tapi masa nak dekat SPM cikgu tu polish kitorang? ni aku dapat B sains masa SPM! haha thankz cikgu budi baik cikgu hanya tuhan dapat membalasnya! sory jugak tak salam cikgu hari tu? apa-apapun selamat hari guru teacher marziana!
Ustazah Yusliza(Agama Islamform4/5)=ni ustazah paling aku suka! i love u ustazah! ops! marah suami ustazah kang? haha love tu maksud sayang jer.ha! ustazah ni aku sempat bersalaman dengan dia syukur ambik berkat ustazah ni sepanjang ajar aku 2thn serius beb! aku tak pernah sekali pun tido kelas dia! sebab dia ajar suka bercerita macam-macam cerita dia cerita aku rasa syok je ustazah ajar memang senang faham apa di ajar semua masuk dalam kepala! thankz ustazah! sebab mengajar! ustazah ni kata aku ni anak kacukan jepun? hahaha macam-macam tapi ustazah memang tak marah pun walaupun aku pendiam bukan macam cikgu lain suruh saya bising dalam kelas? adoi. selamat hari guru ustazah yusliza!
Cikgu Zakiah(P.Seni form4/5)=ni cikgu paling lemah lembut aku jumpa! cakap pun sopan je walaupun orang kata cikgu ni garang? tapi dengan aku dia cakap lemah lembut jer? hehe selamat hari guru cikgu! dan terima kasih sebab ambik lukisan saya dan hantar ke pemeran Malaysia/Jepun terharu betol! banyak lagi lukisan lawa-lawa lukisan aku jugak dia ambik? hehe ha! dan terima kasih jugak sebab lukisan setandan pisang saya cikgu ambik buat frame!! wah! thankz cikgu! selamat hari guru cikgu zakiah!
Cikgu Surianti(P.Akaun form4/5)=hehe cikgu ni cikgu india yang mengajar kelas aku dulu? jadi aku pun aku nak ucapkan selamat hari guru jugak maaf tak jumpa cikgu sebelum dan selepas SPM sebab akaun je satu-satunya subjek aku dapat 9G! aku hantar kertas kosong jer? haha sebenarnya aku nak buang akaun aku tak minat sebab aku nak ambil tasawuf islam tapi cikgu surianti suruh ambik jadi mau tak mau kena ambik jugak? adoi... jadi maaf cikgu akaun saya tak lulus... hehe selamat hari guru cikgu surianti! hehe
Cikgu Nazirah(ekonomi asas form 5)=ha! ni cikgu mata cantik! hehe aku suka tengok mata cikgu ni sebab kaler kok campur kelabu bulu mata pun lentik? haha dia ajar aku ekonomi memang best! aku dari tak minat langsung mula-mula terus boleh minat! selamat sempat salam cikgu ni masa SPM hehe walaupun SPM aku tak dapat cemerlang E.A tapi lulus! terima kasih sebab ajar saya cikgu! halalkan semua yer cikgu? dan! terima kasih sebab bawa kami ke bank negara hari tu sebab cikgu kata nak kami release tension? best giler! first time kitorang ada aktiviti luar kenangan tak boleh dilupakan.. seronok! selamat hari guru cikgu nazirah!!!
Cikgu Rosnani (sejarah form5)=cikgu ni selalu kata aku macam cina! cis! mula-mula geram jugak tapi lama-lama jadi best jugak? haha sebab cikgu kata orang cina hensem yang tu terseronok sikit? ha! cikgu ni ajar aku sejarah aku boleh dikatan bangap jugak sejarah masa form4/5 tapi masa cikgu ni ajar aku jadi minat plak? best! senang plak faham? yang tu yang seronok tu? dan amat mengejutkan masa SPM aku dapat B buat pertama kali! lupa nak salam cikgu masa SPM? tak jumpa cikgu la? ha! sejarah selalu aku paling tinggi pun D? hehe apa-apapun terima kasih cikgu rosnani selamat hari guru!
Cikgu Nasri (P.J form 5)=cikgu ni ajar aku P.J jer? tapi sepanjang cikgu ajar P.J aku langsung tak ambil bahagian? haha sebab aku malas nak main selalu dok tepi padang jer cikgu ni paling spoting sebab bila P.J je cikgu tu akan bagi dompet dia kat aku termasuk pelajar lain! semua bagi duit dan dompet kat aku! haha sebab dorang percaya aku tengok! baik tak aku? haha jadi aku menang budak baik dan lagi 1 cikgu ni jugak selalu bagi henset dia kat aku siap bagi guna plak! dia kata nak kol sapa kol la? haha ada plak macam tu? aku ingat dia main-main rupanya btol? sebab dia kata antara semua kelas aku je yang dia percaya! wah! terharu betol! hehe apa-apapun terima kasih cikgu nasri dan selamat hari guru!!
Cikgu Loo Ye Wah (sejarah form 4)=cikgu ni cikgu cina yang mengajar aku cikgu ni walaupun umur 50 tapi still cantik maa! macam 20an! haha ops! cikgu ni selalu kata aku ni macam anak dia? Cis! haha ada ke masa raya cina dia ucap kat aku chinese new year? dan siap nak kasi ang pau dengan limau? tapi aku taknak! tak ambil pun? haha sombong giler aku.tapi dia ajar aku memang best la aku sejarah dari tak minat terus minat gegiler punya la! masa form4 aku sejarah nak kata teruk keputusan takdelah kira lulus la start form5 bila kitorang tukar cikgu masa tu susah sikit aku nak ketchup balik tapi lastly aku boleh la sikit-sikit pasal sejarah ni ha! selamat hari guru cikgu loo ye wah!!!
Cikgu woon (ekonomi asas form4)=ni cikgu cina jugak nama dia panjang aku lupa plak? yang aku tahu cikgu woon dorang panggil dia cikgu ni kan? masa dia mengajar susah aku nak tumpu sebab cikgu ni cute!! serius! macam pelakon jepun! dah la kecik je orangnyer cikgu ni geram aku tengok! haha jahat betol aku tapi masa dia ajar ekonomi asas memang aku faham la memang dia ajar detail! best! cikgu ni pun dia anggap aku macam adik dia jugak? adoi. kalau bf ok la? wakaka osp! sory cikgu gurau cikgu ni pun dah berpunya... hehe ha! selamat hari guru cikgu woon!!
cikgu zalimah(B.I form4)=cikgu ni ajar setahun je cikgu ni kan putih giler! putih pucat! hehe macam pakai kapur kasut? haha sory gurau.. apa-apapun cikgu ni ajar mesti dia bawak kitorang pergi makmal sainspelik betol? tapi ada 1 peristiwa cikgu ni mengajar ramai tido termasuk aku? tak tahu kenapa mungkin sebab makmal sains ada aircond kot tu sebab semua mengantuk? bila semua orang tertido masa tu cikgu zalimah terus keluar dan esok sampai habis form4 dia taknak mengajar kelas kami? masa tu terpaksa kitorang semua pergi minta maaf tapi hasilnya gagal sampai ke sudah dia tak mengajar kami terus pindah plak! masa aku form5! memang kami semua menyesal la.. maaf cikgu dan selamat hari guru!!!
Cikgu Toriq(P.J form 4)=cikgu ni aku panggil dia cikgu paramedik! sebab dialah satu-satunya cikgu doktor kat sekolah! sebab cikgu ni bila murid sakit ke mesti panggil dia? cikgu ni jugak pandai bab mengubati orang banyak jugak tips dia kasi kat kitorang masa kitorang dok dalam kelas bila hujan tak boleh turun P.J? cikgu ni pun sama masa mula kenal ada ke dia speaking kat aku? lepas tu cakap cina plak! last aku balas assalamualaikum cikgu! malu dia? haha tapi best la cikgu ni dia ajar kitorang P.J masa form 4 je sebab masuk form5 cikgu ni tak dok kat sekolah kitorangs sebab dia sambung belajar master apa-apapun selamat hari guru cikgu toriq!
Dan akhir sekali aku ingin mengambil kesempatan mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua cikgu yang mengajar aku di SMK TELUK KUMBAR sejak aku form 1 sampai form5 dari 2003-2007! dan seluruh warga SMKTK kerana kat situlah aku kenal bermacam-macam orang dan di situ jugak banyak kenangan yang aku rasa pahit,manis,tawar,pedas,masin dan masam! yang menjadikan aku tabah menghadapi dugaan hidup! semoga sekolah SMTK terus maju dan berjaya dia masa akan datang! ESS TEE KAY boleh!!!!!
=saya adalah bekas pelajar SMKTK dari 2003 sampai 2007 nama saya er... er... NICK cikgu kenal kan? sebab semua cikgu kat situ panggil aku NICK... haha kalau ada cikgu tertanya-tanya? ringkaskan sayalah murid paling diam dan the only one chinese look kat sana? hahaha sapa yang tak kenal mesti cikgu kenal kan? hehehe=
Dicatat oleh Unknown di 1:26 PTG
Label: PENGUMUMAN ♦ulasan (40)
Khamis, 22 April 2010
WAJAH HANTU DALAM CERITA AKU "Part 4"
========================================

=========================================
==========================================


==========================================

==========================================
P/S=HA! AMACAM HENSEM TAK YANG AKHIR TU? HAHAHAHA OK! ESOK AKU LETAK ENTRY PASAL LAIN PLAK? STAND BY!! HEHE TERIMA KASIH SEBAB SUDI LAWAT BLOG AKU YANG HUDUH NI?? DAN SELAMAT BERBLOG!!!
Dicatat oleh Unknown di 8:46 PTG
Label: PENGUMUMAN ♦ulasan (32)
WAJAH HANTU DALAM CERITA AKU "Part 3"
==========================================

==========================================

===========================================

============================================

============================================

============================================
Dicatat oleh Unknown di 3:50 PG
Label: PENGUMUMAN ♦ulasan (32)
Rabu, 21 April 2010
WAJAH HANTU DALAM CERITA AKU "Part 2"
=========================================
=========================================
=========================================
==========================================
==========================================
=========================================
P/S=ESOK AKU POST PART 3 PLAK? HEHE TUNGGU! LEPAS HABIS AKU POST GAMBAR NI AKU NAK JAWAB HUTANG TAG KORANG OK! HEHE
Dicatat oleh Unknown di 7:18 PG
Label: PENGUMUMAN ♦ulasan (42)
Selasa, 20 April 2010
SECARA EXKLUSIF! WAJAH HANTU DALAM CERITA AKU "Part 1"
=========================================
P/S=HEHE OK TAK? NI LA WAJAH HANTU IKUT IMAGINASI AKU LA BILA TULIS CERITA HANTU,GAMBAR NI YANG KELUAR DALAM KEPALA OTAK AKU? HEHE IMAGINASI KORANG MACAM MANA? APA-APA PUN NANTI AKU POST PART 2 PLAK! HANTU YANG LAIN PLAK? HEHE
Dicatat oleh Unknown di 7:45 PTG
Label: PENGUMUMAN ♦ulasan (41)
Sabtu, 10 April 2010
DAH SIAP PUN! HEHE
P/S=HA! LAMA AKU MENGHILANG SEBELUM NI TENGAH CARI IDEA SIAPKAN CERITA HANTU NI... HEHE
Dicatat oleh Unknown di 4:54 PG
Label: PENGUMUMAN ♦ulasan (24)
Jumaat, 12 Mac 2010
PARA PELAKON YANG TERLIBAT!!!!
2.MISS LULA,
3.NARDTHENERD,
4.ANNFRENDLY,
5.ICE JULIET,
6.MR Z,
7.MISS LOLLY,
8.MAS,
9.AMIRAH,
10.IYLIENAZ,
11.BILLET,
12.YANTZYANTIE,
13.NAND,
14.SYA_AR,
15.YNA KAWAI,
16.HANS,
17JANGGEL.....
22.CIK AIDACOMEL
23.ALIMAZ
24.SUGARKAPAS STRAWBERRY
25.EIRIE
26.PAK LONG
27.GHOSTONE
28.ZULKBO
29.MASTER TEDDY
30.KASIHKUAMIERA
P/S=HA! SAPA NAK BERLAKON DALAM CERITA AKU NI SILA LAPOR DIRI? SIAPA CEPAT DIA DAPAT! CERITA AKU LAGI 1 EPISOD DAH NAK HABIS AKU ADA IDEA NAK SIAPKAN SIRI AKHIR TAPI MASALAHNYA AKU MASIH MEMERLUKAN BEBERAPA ORANG LAGI PELAKON! TAPI ER... ER.. WATAK SAMPINGAN JE KOT? TAPI! ATLEAST ADA LA JUGAK NAMA KORANG NANTI KAN? HEHE
Dicatat oleh Unknown di 4:16 PTG
Label: PENGUMUMAN ♦ulasan (32)
Khamis, 11 Mac 2010
MINTA MAAF SANGAT KAT SEMUA FOLLOWER AKU SEMUA!!
HA! SEBAB TU LAH AKU NAK BAGITAHU KAT NAMA-NAMA YANG TERLIBAT NANTI JANGANLAH KORANG MAKI AKU PLAK? MENYUMPAH AKU KER? CACI AKU KER? KALAU JUMPA KAT MANA-MANA KORANG BELASAH AKU KER? AKU PINJAM NAMA KORANG SEBAB KORANG YANG SELALU MEMERIAHKAN BLOG AKU,JADI AKU LETAK WATAK KORANG JUGAK? APA-APA PUN CERITA HANTU AKU SIRI 5 KALI INI LAIN DARI YANG LAIN SEBAB ADA MANUSIA!! IAITU KORANG SEMUA!! AKU MASUKAN SEKALI! SAPA NAMA-NAMA YANG MASUK DALAM CERITA AKU NANTI KORANG TENGOK SENDIRI... AKU NAK MINTA MAAF SEKALI LAGI DEMI ALLAH BUAT NIAT AKU NAK MENYINGUNGKAN PERASAAN SESIAPA? AKU TENGAH JUNJUNG AL-QURAN NIDAN TAKDE NIAT AKU NAK BURUKAN KORANG KER? TUJUAN AKU YANG UTAMA IALAH NAK MENGHIBUR! NAMA-NAMA KORANG AKU MASUKAN SEBAB NAK MEMERIAHKAN CERITA AKU SEBAB DULU ASYIK AKU DENGAN HANTU JER? SEKARANG AKU NAK BAWA KORANG IKUT AKU SEKALI DENGAN HANTU-HANTU,MINTA MAAF KALAU ADA YANG TAK SUKA KER?AKU NAK MOHON MAAF DUNIA AKHIRAT AKU TAK NAK NANTI AKU MATI TERSEKSA.. MAAFKAN AKU TAU................
P/S=BUAT MASA NI AKU BARU SIAP SAMPAI EPISOD 45 LAGI 5 EPISOD LAGI.. DOAKAN AKU DAPAT SIAPKAN.. HA! SAPA NAK AKU MASUKAN NAMA KORANG SILA BAGITAHU... HEHE
Dicatat oleh Unknown di 4:11 PG
Label: PENGUMUMAN ♦ulasan (32)
KATEGORI
- 1 TEMPAT 1001 KISAH (3)
- AKSI (12)
- ASAL-USUL (9)
- BAHASA DUNIA (7)
- CERITA PARA AMBIA (8)
- CERITA PENDEK (16)
- CERITA PENGAJARAN AKHLAK (24)
- CERPEN (2)
- COMEL (2)
- FILEM (11)
- GAMBAR (37)
- GILA (5)
- HADIAH DARI ORANG (18)
- HEBAT (4)
- HOROSKOP (1)
- INFO (36)
- JUTAAN TERIMA KASIH PADA KORANG (8)
- KAJIAN (15)
- KAUNTER PERTANYAAN (25)
- KEJAM (5)
- KELAKAR (28)
- KELAKAR SERAM (60)
- KELAKAR SERAM.. SEDIH??? (10)
- KENANGAN (1)
- KOMEN (12)
- KRETIF (25)
- LAGU (2)
- MENARIK (23)
- MIMPI (1)
- MISTERI (29)
- PASAL DIRI AKU (26)
- PASAL KAWAN AKU (2)
- PELIK (41)
- PEMGEMBARAAN (12)
- PENGALAMAN LUCU AKU (4)
- PENGEMBARAAN (7)
- PENGENALAN (2)
- PENGUMUMAN (22)
- PERGEMBARAAN (1)
- PERSONALITI (1)
- PSIKOLOGI (1)
- SAJAK (6)
- SAKTI (10)
- SCI FI (11)
- SEDIH (3)
- SERAM (20)
- SOALAN PEMINAT KEPADA AKU (43)
- TERKENA (3)
- TOP 5 PILIHANKU (2)
- UCAPAN (2)
- UNDI (3)
- UNIK (26)
- VIDEO (29)
- WORDLESS WEDNESDAY (1)













