PEPATAH YANG PATAH "bahagian 2"
Salam.. korang ada baca tak bahagian 1 sebelum ni ada 25 kan? ada orang tanya aku cipta ke? hehe 25 semua tu aku copy je bukan aku yang cipta TAPI!!! entry kali ni sambungan 26 sampai 50 semua aku yang cipta! seriusly! takde copy orang lain punya yang semalam betol! hari ni hak cipta terpelihara ok.. hahaha (sebab intenet terlampau lembab? jadi dari takde nak buat apa? jadi aku tecipta la peribahasa yang agak korang tengoklah sendiri)
26. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah,hati ayam sama-sama kita mentedarah
27. Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh blah!!
28. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia aku pun tak tahu kat mana? haha
29. Genggam bara api biar sampai hangus tangan
30. Pecah kaca pecah gelas,ha! sapa bagi pecah ni? hari-hari macam ni bangkrap jawabnya
31. Bila duduk sama rendah, bila berdiri aku sorang je kau tetap duduk! hampeh!
32. Kalau takut dilambung ombak, jangan la duduk tepi pantai banyak tempat lagi ada..
33. Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili
34. Bukit sama didaki, lurah kau turun seorang aku nak pakai tangga.
35. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau terus membajak sawah
36. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepi, bersakit-sakit tak perlu, bersenang-senang pasti
37. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi banyak
38. Yang kejar tak dapat, yang kendong berciciran kalau tercicir kutip la..
39. Biar mati anak, jangan mati pucuk
40. Sediakan payung sebelum hujan tapi kalau lebat sangat pakailah baju hujan
41. Kalau tak ada angin kenapa pokok bergoyang tengoklah atas mestilah ada beruk kat situ..
42. Bagai enau dalam belukar tapi orang plak buang anak masing-masing bila lepas buat maksiat
43. Bagai kucing kehilangan anak atau dia tak beranak lagi?
44. Api bila kecil menjadi kawan bila besar panggillah bomba
45. Untung sabut timbul yang tenggelam tu sah benda tu berat
46. Asam di darat,Ikan di laut dalam periuk jadi ikam masak asam..
47. Kera di hutan disusukan anak di di rumah minum susu Dutch Lady
48. Alang-alang menyeluk pekasan baik lagi menyeluk saku,pekasam buat makan la..
49. Sudah gaharu cendana pula,sudah tahu diam-diam saja
50. Hangat-hangat tahi ayam,bulat-bulat tahi kambing,panjang-panjang tahi orang..
P/S=amacam yang mana menjadi pilihan hati korang? aku suka last sekali... haha aku nak berehat dulu dari blogging sehari dua ni sebab aku tengah bengang intenet lembab! nak buat entry ni pun kena ambik masa 15 minit! cis! oklah jumpa lagi (bila intenet aku dan ok nanti)
17 ulasan:
Salam...
akak suka yg biar mati anak jangan mati pucuk tu..kuang asam jek..hahaha
hahahaaha lol... gila klakar
hehe ko mmg kreatif nick..
sory dah lama x dtg sini..
sbk giler skrng..
ko dah pakai header lain eh..hehe
rindu citer antu ko...
slmt taun baru nick.peace
hehe rajin beno mereka cipta ye..
Selamat berehat tapi jangan lama2 dik.. :-)
hahahaaha
macam2 korang ubah
P/S : Bersama Hans di Restoran Keluarga Anda - Yankies Hut
weyh!! lama tak dgq pekataan mentedarah.. wakakaka.. utara baik punya.. wakakak
hahahahah last tu mmg best..
intenet mmg lembap,rasa nak lempang je,tapi xtau nak lempang apa/siapa
hek2..nice
suke yang last sekali..haha
p/s: ala,kalau hak cipta terpelihara tak boleh la nak copy dari nick? =p
hahaahha
jom ratah hati ayam sama2 ;P
haha..ak ske yg last 2...
no 43 sangat kelakar! hahaha~ rosak2..
diz tyme i like yg 47..
sye suka susu fernleaf ahhaha
haha rosak2!!;p
haahah terbaik!
hahaah x bole blah la kan tuka peribahasa..
yg last tu mmg cm nice jer
hihi
hahaha memang kau terbaik la.... bagus siooot....
aku saja je cari kat google pepatah yg patah, sbb lama xtgk..
pastu termasuk blog kau, ada "bahagian 2" itu yang nak masuk tgk... hahahahah
bagus2!
Catat Ulasan