Thankz kepada semua yang follow aku nanti aku follow korang balik..

Isnin, 16 November 2009

TASEK MAUT

Pada zaman dahulu ada seorang raja yang setiap tahun membuat pesta di sebuah tasik depan istananya. Sesiapa yang dapat menyeberangi tasek maut itu dia boleh berkahwin dengan salah seorang puterinya.

Itupun kalau bernasib baik, jika tidak ada yang dibaham buaya yang ganas di tasik itu. Pada setiap tahun bila tiba hari pesta itu,ramai anak muda yang datang melihat siapa pemuda yang berani terjun menyeberangi tasik maut itu.

Dalam keadaan tempik sorak orang ramai itu melihat buaya di tasek itu,dan menunggu siapa yang akan terjun, ada seorang anak muda yang kudung kedua tangannya Cuma ada kedua sikunya sahaja.

Keadaan tolak menolak telah berlaku Si kudung telah terjatuh ke dalam tasek itu, dengan pantas dia berenang sekuat hatinya.Semua buaya di tasek itu agak terkejut bunyi renangan yang agak berbeza pada setiap tahun.

Semua buaya menajadi takut, tambah pula dengan tempek sorak orang ramai yang luar biasa melihat Si kudung berenang menyeberangi tasek maut itu. Akhirnya Si kudung berjaya sampai ke berang tasek maut itu. Dia diistihar sebagai juara pada tahun itu.

Apabila tawaran tuan puteri sebagai isteri, Si kudung menolaknya, dengan alasan dia ditolak ke dalam tasek maut itu, Dia mencari si penolaknya tetapi tiada siapa yang mengaku. Dan berkata itu memang haknya. Dia patut terima.

Si kudung menjadi bingung dan terpinga-pinga, bila tiada sesiapa mahu mengaku, akhirnya dia terpaksa akur dengan keputusan raja itu. Maka jadilah dia menantu raja pada tahun itu.


DISUSUN SEMULA SECARA BEBAS
OLEH:NICK IRFAN

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"Magical Template" designed by Blogger Buster