Thankz kepada semua yang follow aku nanti aku follow korang balik..

Selasa, 3 November 2009

BANI ISRAIL

Kaum bani Israil menggangap Tuhan memilih mereka bangsa yang di utamakan dalam dunia ini, Allah memberi berbagai kemewahan kepada mereka, tetapi mereka telah ingkar dan lupa.

Dalam kehidupan kaum Bani Israil ini ada tiga orang manusia yang bernasib malang , kerana mereka di lahirkan dalam keadaan yang tidak normal, seorang botak , seorang buta, dan seorang lagi kusta.

Pada suatu hari datang Malaikat kepada Si Kusta, Si Botak dan Si Buta. Melihat keadaan mereka seperti mencari sesuatu, maka Malaikat pun bertanya kepada mereka ,”Apakah yang kamu mahu dalam hidup ini

Ketiga-tiganya tercengang , lantas menjawab “Hilangkanlah penyakit kusta saya ini” jawab Si kuta, “ kalau kau sihat apa yang kau nak bekerja? Kata Malaikat. Lagi “berilah saya unta, saya memeliharanya,” jawab Si Kusta.

Kemudian Malaikat melihat kepada Si Botak, dengan pantas dia menjawab,” Tumbuhkan rambutku ini’” Malaikat sapu tangan di atas kepala Si Botak, rambutnya , “Kerja apa yang kau boleh buat? Tanya Malaikat, “beri aku anak sapi, aku akan menjaganya,” jawab Si Botak.? Bagaimana dengan Si Buta?” kata Malaikat, “saya mahu melihat , berilah aku celik untuk melihat dunia ini,” jawab Si Buta, “Bila kau boleh melihat apa kerja yang kau boleh lakukan. Tanya Malaikat lagi.”Berilah aku anak kambing aku akan memeliharanya

“Baiklah aku akan tunaikan, tetapi selepas beberapa tahun aku akan datang kembali kepada kamu, untuk melihat pekerjaan kamu.dalam kehidupan di dunia ini”’ Mereka semua beredar dengan perasaan gembira

Selepas beberapa tahun , Malaikat pun datang kepada mereka bertiga,untuk menilai amal kebajikan yang mereka lakukan di muka bumi ini.setelah mereka di hilangkan dari penderitaan hidup.

Apabila Malaikat bertemu dengan mereka , sambil bertanya adakah kamu keluar zakat daripada binatang peliharaan mereka yang banyak ini?” Dengan sombong Si Botak dan Si Kusta menjawab kami yang memeliharanya kenapa mesti diberi zakat kepada orang lain.Malaikat terdiam.

Kecuali Si Buta yang memberi jawab yang baik dan mngaku telah mengeluarkan zakat hasil pemeliharaan kambingnya. Malaikat tersenyum , dan beredar dari situ Tidak lama kemudian Si Botak Dan Si Kusta kembali kepada kehidupan yang lama.. TAMAT.



PENGAJARAN DARI CERITA INI;
Setiap manusia bila hidup susah dan menderita sering meminta tolong kepada orang lain bila diberi pertolongan mereka mudah lupa




DISUSUN SEMULA SECARA BEBAS

OLEH;NICKIRFAN

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"Magical Template" designed by Blogger Buster