Thankz kepada semua yang follow aku nanti aku follow korang balik..

Isnin, 16 November 2009

MERBUK BERTUAH

Sharif seorang yang sangat pemalas bekerja melaikan mendenak burung ketitel, Berbeza dengan abangnya seorang yang kaya raya kuat bekerja.


Pada suatu hari Sharif kehilangan buruk ketitil kesayangannya untuk pergi mendenak burung hutan,apabila mengena dia akan pergi menjual ke pasar.untuk menyara hidup dia dan isterinya.

Dalam kebengungan itu dia teringat akan seekor ketitil abangnya Mahmud untuk dipinjam bagi mendenak burung lain.Abangnya tidak ada masa untuk pergi mendenak burung hutan kerana sebuk dengan perniagaannya.


Bila sampai ke rumah abangnya dia mencerita hajatnya itu. Abangnya Mahmud berkata” Aku tak mahu kau hilangkan burung kesayanganku itu.Petang ini selepas mendenak,kau pulangkan semula, Faham,” bentak abangnya.


Sharif terdiam, dengan perlahan dia mengundurkan diri sebelum dia melangkah pintu keluar abangnya berkata lagi,“Whooo,Sharif untung kau di kedai aku ini kian bertambah, Bini kau kata dia dah malu nak ambil barang, kau carilah kerja lain,” runggut abangnya.


Sharif pergi mengangukkan kepalanya..sambil membawa burung ketitil abangnya itu dengan wajah sayu.Di hutan tebal di puncak bukit itulah Sharif meletakan ketitil abangnya di dahan kayu,sambil beberapa burung hutan datang mendekati ketitil abangnya.Asyek Sharif memerhati ketitil hutan berbunyi galak mendekati denaknya.


Ketitil kesayangan abangnya terlepas terbang bersama burung ketitil hutan,Sharif menjadi cemas,peluhnya kian banyak mengalir, hatinya menjadi kalut dan jantung kian kencang berdenyut.

Dia memetik-memetik ibujari dengan telunjuknya, meminta agar ketitil abangnya turun ke bumi, Asyik dia memanggil ketitel itu tangan menguis-nguis tanah di kakinya,Tiba-tiba dia terpegang sesuatu berkeping dan keras.


Sharif terkejut bila didapatinya wang seling emas bertembun di bawa kakinya.Mujur sharif membawa kain sarung, dia mengisinya sebanyak mungkin.dan di bawanya pulang.

Dia bercadang akan membayar berapa sahaja harga burung ketitel abangnya itu, dan akan melunaskan semua hutang nya


Sesampainya di rumah ,dia agak terkejut, apabila dia melihat ketitil kesayang abangnya ada di tepi jendela rumahnya dengan jenak burung ditangkapnya dan di masukan semula ke dalam sangkar.



DISUSUN SEMULA SECARA BEBAS
OLEH:NICK IRFAN

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"Magical Template" designed by Blogger Buster