Thankz kepada semua yang follow aku nanti aku follow korang balik..

Isnin, 16 November 2009

BAHADI WALI ALLAH

PADA zaman dahulu ada seorang hamba Allah yang telah bersara dari perkhidmatan tentera, waktu dia bekerja dahulu sentiasa sibuk dan tidak ada masa baginya untuk beribadat kepada Allah SWT. Setelah tamat perkhidmatannya dua puluh dua tahun dalam usia empat puluhan lebih dia membina sebuah rumah di hujung kampung dari sebidang tanah yang dibelinya dari ganjaran kerjanya.

Di hujung kampong itu dia bercucuk tanam hasilnya dijual ke pasar melalui seorang peraih di kampong itu. Demi menampung perbelanjaan hariannya di samping pencennya yang tidak seberapa. Di kampung itu ada seorang tua yang telah lanjut usianya, di sebabkan kampung itu agak terpencil,dialah yang menjadi iman dan guru agama yang mengajar anak buah di kampong itu.

Saban minggu setiap malam jumaat pesara ini sering mengikuti pengajian Tok Iman yang lanjut usia ini , kerana tiada orang lain lagi yang sangup datang ke kampung itu kerana jauh di pendalaman, persara ini mengikuti pengajiannya dengan khusyuk, Biasanya pesara ini duduk di tepi dinding penjuru tiang, Sebab dia takut dan sememangnya dia tahu tahu apa-apa dalam pelajaran agama selama ini.

Keluarganya baik sebelah mak dan babahnya memenang kurang pengetahuan agama,sehinggalah dia bertugas sebagai tentera , baru dia menerima sadikit sebanyak pelajaran agama itu pun seperti berbuluan kucing yang bertumpuk tumpuk setengahnya hitam, putih dan kuning.Menunjukan solatnya tidak menentu , ikut hati dan minat rasa nak buat, dia buat rasa malas di tingglkan begitu sahaja . Ini menunjukan imannya masih nipis dan tiada nur iman yang sebenar.seperti kaca lampu pelita minyak. Yang perlu selalu di gosok untuk berkilat dan mengeluar sinar yang terang.

Setelah lebih lima tahun dia mengikuti pengajian itu, Pada satu hari Tok Iman surau itu meninggal dunia, orang kampong semuanya nampak sedih dan terharu, lebih lagi dialah orang yang sering mrenjadi tempat rujukkan orang kampung.Ramai orang menziarahi Tok iman tua itu, selepas mayat itu di mandi, seorang demi serang melihat jenazah Tok Iman tua itu, bila tiba giliran pesara itu dia nampak di lekok dahi Tok Iman tu itu ada satu benda belenangan seperti minyak, pesara itu turus mengucupnya lalu berdoa , kemudian pesara pun pergi .

Setelah dua tiga hari , Surau itu pun sebuk mencari iman penganti , hampir setiap malam tolak menolak berlaku untuk mengimamkan solat lima waktu. Akhirnya kena kepada pesara tentera itu, dia menjadi panic, dan mengeletar seluruh tubuh, namun atas keyakinannya dia tabahkan hati, ini mungkin Allah telah memilihnya untuk menjadi iman di surau itu atas dorongan orang ramai juga.

Kemudian pesara tentera itu itu selesai mengimankankan solat malam itu, seluruh penghuni kampung itu agak terkejut, kerana bacaan imam pesara tentera itu lebih baik dari tok Iman tua dahulu, Itulah bahadi yang diterimanya dari dahi Tok Iman tua.


DISUSUN SEMULA SECARA BEBAS
OLEH:NICK IRFAN

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"Magical Template" designed by Blogger Buster