Thankz kepada semua yang follow aku nanti aku follow korang balik..

Jumaat, 5 Ogos 2011

KAWANKU SEORANG PEMBUNUH!

Salam.. aku teringat lagi masa bulan puasa tahun 2000 masa tu aku darjah 4 tetiba aku teringat masa tu kawan aku jadi pembunuh! ha! mesti korang nak tahu macam mana dia boleh jadi pembunuh? meh sini aku nak ceciter...



Aku teringat lagi masa tu bulan puasa jugak aku tengah sembang dengan kawan aku Arul tetiba ada sorang lelaki menghampiri kami! lelaki tu ialah!!! hehe kawan aku jugak nama dia Din tapi Din ni menghampiri kami dengan pisau berdarah kat tangan dia!! dengan muka tak bersalah dia ketawa terbahak-bahak plak sambil kata "mati pun hang! baru puas hati aku!! haha"

Aku dengan Arul dah cuak masa tu kenapa dengan kawan kitorang yang sorang ni? gila ke? dia bunuh sapa plak sebab pisau berdarah kat tangan dia!! aku dengan takut-takut berani tanya "Din hang awat pisau berdarah tu hang bunuh sapa?" Arul plak kata "Din bawak mengucap Din aku ni kawan hang ni"

Lepas tu Din tengok kitorang dia kata "aku pilih dia sebab aku geram dah la dia makan depan aku masa bulan puasa! memang dasar tak hormat bulan ramadhan! aku apa lagi ajak ayah aku bunuh dia! tapi aku sendiri yang kelar leher dia lepas tu.." belum sempat Din habiskan kata-kata dia..


Aku terkejut terus kata "wo! hang bunuh anak sapa? agak-agaklah hang ni dah tak waras ka? letak pisau tu Din" Arul plak dah nangis aku tengok tapi Din dengan muka inesen dia kata "hangpa gelabah ni awat? aku dah bunuh dia malam ni ayah aku kata nak sedekah daging dia kat hangpa dua"

Aku dah rasa pelik aku pun tanya "eh! hang bunuh sapa sebenarnya siap nak bagi daging kat kami?" Din tergelak besar masa tu tapi Arul masih tak berhenti menangis lagi,paling tak boleh blah dia kata "hahaha pisau ni ayah aku ajar aku sembelih ayam tadi untuk buat lauk berbuka nanti?"

Aku pun tanya balik "habis yang hang kata dia makan depan hang kenapa plak?" Din kata "ha! ayah aku suruh pilih ayam mana yang nak aku sembelih? jadi aku dok renung ayam mana paling kurang ajaq bila aku tabuq makanan nanti,tiba-tiba ada sekoq ayam ni yang sambaq dulu makanan aku tabuq tu? aku apa lagi bila aku tengok dia makan? sah dia tak puasa! jadi aku pilih ayam tu untuk disembelih!"

Aku dengan Arul memang berbulu je tengok Din masa tu yela ayam mana boleh puasa! rasa nak cepuk je Din masa tu tapi dia pegang pisau masa tu kalau di rodoknya kami? hehe risau jugak..

Tapi memang peristiwa paling sempoi! haha aku teringat kisah ni pun terbaca paper kosmo tadi pagi tetiba teringat sama je kisah aku dengan Din masa kitorang kecik-kecik dulu,tapi memang perangai Din dulu dia suka dok buat kecoh! haha..


P/S=korang paham la kan budak-budak benda kecil nak dijadikan besau? yang tak boleh tahan muka Din macam pembunuh bersiri je masa tu rupanya baru lepas sembelih ayam? adoiyai... (Din ni tak tahu ada lagi ke tak? sebab sebelum aku pindah ke penang last aku jumpa dia kata kena jantung berlubang harap-harap dia sembuh)

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

takut biler bce tajuk tpi tersenyum bile dah abis bce,hehe2...papepon harap gak kawan awk to sembuh..amin..:D

BERMASALAH berkata...

tu bukan pembunuh namanya tapi penyembelih. hahahaha

selamat berpuasa. hari keenam sudah.

dill berkata...

siap bawak pisau berdarah2. kalau saye ketar 1 badan dah.semoga dia cepat sembuh

dill.

Tanpa Nama berkata...

Hua hua hua...
Buek saspen yo...

Afzainizam berkata...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
أهلا وسهلا يا رمضان!! ... رمضان كريم
”Selamat Berpuasa & Selamat Berbuka
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
diy buat servis kereta

uihhhh ayam rupanya... aduhhhh habis riwayat ayam tu kena bunuh...


pasal radio tu aku ada buat entry dia DIY pasang radio sendiri
lihat entry Diy Pasang Head unit dan Power Amp 26 julai punya story baru ajerr tu

Shima Hishamuddin berkata...

pergh long time no see. haha.
waaa dulu penah sembelih burung puyuh ! best kot, tapi burung puyuh tu busuk sikit haha

puteri ain berkata...

hahahaha . kelakar la korang ni . hehe

- zuriey - berkata...

pandai si din tu sembelih ayam

MR. SYAH berkata...

xbleh blah arul tu nangis.. haha..

mas berkata...

hahahah

lawak la din 2 kan

si para para berkata...

pembunuhan halal tu nick.hehe

asliner berkata...

aik, orang yang baru lepas sembelih ayam pun boleh rupe macam pembunuh bersiri ek? hihi

miera berkata...

haha! buat suspen jeh.

ayie berkata...

haha kesengalan berlaku.. adoi nasib la tak semua ayam disembelihnye kalau semua dok sabaq je..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"Magical Template" designed by Blogger Buster