Thankz kepada semua yang follow aku nanti aku follow korang balik..

Sabtu, 30 April 2011

MINTA TOLONG BLOGGER SEMUA

Salam... first aku nak tanya korang tahu tak lagu apa kat video bawah ni? kawan aku bagi tapi terlupa plak nak tanya lagu apa? tapi memang best la lagu ni aku suka la bila dengar mesti nak tidur jer....





P/S=lagi satu aku nak tanya ada tak kat sini yang meniaga online atau niaga kedai runcit ke?? atau korang ada kawan-kawan yang niaga online ke? atau korang kenal dengan orang yang niaga online? sebab kakak aku nak buat tesis tentang peniaga online jadi dia minta tolong aku cari peniaga online? aku dah cari tapi kakak aku nak 100 orang! adeh.. banyak tu... minta tolong korang yer... (kalau ada e-mail aku senarai kat nick_irfan90@yahoo.com nnt aku e-mail kat kakak aku dia nak send berberapa soalan tentang perniagaan online ni)

Jumaat, 29 April 2011

PELIK-PELIK BETOL LA

Salam... kali ni aku tak tahu nak update cerita apa? aku cuma letak gambar je la gambar yang pelik-pelik korang tengok je ok? layan...









P/S=agak mengerikan tak? pelik-pelik betol kan? hehe nanti aku letak gambar lain plak ok! hehe

Rabu, 27 April 2011

5 FILEM YANG PELIK 2010

Salam.. kali ni aku nak tunjukan filem tahun 2010 sahaja yang jalan cerita yang agak pelik bagi aku? kadang-kadang tu tak paham pun ada kira imaginasi pengarah filem ni tinggi jugak la antara filemnya adalah...


PEACOCK
filem ni paling pelik pernah aku jumpa sebab mengisahkan seorang lelaki yang baru kahwin tapi pada hakikatnya dia tak kawin! faham tak? sebab dia jugak jadi laki dia jugak jadi perempuan untuk memperdayakan bos dia tapi tetiba bila dia pergi kerja? dia selalu dapat panggilan telefon di rumah yang mengatakan bini dia kol? huh! padahal dia jugak yang jadi perempuan? masih tak faham? korang tengok je (Trailer)

HUMAN CENTIPEDE
Filem ni paling pelik dan ngeri sebab mengisahkan seorang doktor dia nak sambungkan 3 orang manusia ni supaya jadi macam centipede iaitu ulat gonggok! eee.. mengerikan korang tengok la sendiri (Trailer)

BURIED
filem ni tentang seorang lelaki yang kena ambush oleh pengganas dan sekarang dia terperangkap di bawah tanah dan hanya berbekalkan pemetik api dengan telefon? tapi hanya ada 90minit untuk hidup? berjayakah dia keluar dari situ? pelik cerita ni (Trailer)

THE BOOK OF ELI
filem ni plak berkenaan seorang lelaki yang di tugaskan menjaga sebuah buku aku pun tak pasti buku apa? tapi semasa dalam perjalanan ramai orang nak buku tu tapi hasilnya semua mati sebab lelaki ni sangat melindungi buku yang di bawanya dapatkan dia membawa buku tersebut ke destinasi yang sepatutnya? (Trailer)

LEGION
Filem ni aku tak berapa minat sangat sebab tentang tuhan hantarkan malaikat untuk menjaga seorang wanita hamil sebab banyak kuasa jahat nak bunuh bayi dalam kandungan tu? (Trailer)



P/S=ni adalah filem yang paling pelik bagi aku walaupun ada jugak filem di atas yang aku faham jalan cerita tapi dalam katogori filem pelik jugak memang kretif la jugak pengarah ni? hehe ha! ada lagi tak suggestion untuk filem yang jalan cerita yang agak pelik dan tak faham yang korang tengok?

MANUSIA BERSALIN KULIT!!!

Salam.. kali ni aku nak tunjukan orang yang bersalin kulit! hehe korang ingat ular je yang boleh? orang pun boleh tak percaya cubat tengok kat bawah ni kalau geli sila jangan lihat...









P/S=aku no komen je? hehe apa komen korang plak? ceciter ceciter...

5 GAME FPS PILIHAN NICK IRFAN

Salam.. kali ni entah macam mana tetiba nak cerita pasal game plak? memandang aku sekarang full time jual game sekarang hari-hari menghadap game? jadi sepanjang aku berniaga game ni aku sajak nak berkongsi game paling menarik minat aku salah satunya bergenre "Fps (first person shooter)" antara game favourite aku adalah game...


Far Cry 2
ni adalah game yang pertama aku main dalam laptop aku masa baru beli? hehe enjoy jugak game ni berlatarkan suasana dia africa...

Half Life 2
game ni plak berkongsepkan saintis jadi watak utama menarik jugak game ni..

Battlefield Bad Company 2
game ni yang aku tengah main sekarang agak menarik sebab game ni bila main rasa macam jadi tentera plak sebab kebanyakan tempat perang dalam hutan..

Medal Of Honor Limited Edition 2010
game ni plak aku mula was-was nak main sebab game ni tapi akhirnya habis jugak main game ni kita jadi askar america kena perang dengan taliban..

Call Of Duty Modern Warfare 2
game ni best sebab setiap mission kena pergi ke merata tempat! memang best giler..


P/S=habis la traffic aku menurun la lepas ni? sebab buat entry pasal game sebab selalu yang singgah blog aku kebanyakan perempuan? buat plak entry game perempuan mana la minat game? hehe maaf yer kalau entry kali ni membosankan....

Selasa, 26 April 2011

5 FILEM FANTASI PILIHAN NICK IRFAN

Salam.. kali ni aku nak berkongsi dengan korang filem yang aku suka tapi bergenre Fantasi saja (dari tahun 2006 sampai 2008) sebab filem ni aku tengok banyak kali pun tak jemu sebab jalan cerita yang agak menarik lain dari yang lain bagi akulah antaranya filemnya ialah...


Bridge To Terabithia (2007)
filem ni mengisahkan sorang budak laki yang sering dibuli disekolah tiba-tiba kedatangan budak baru perempuan di sekolahnya mereka menjadi kawan baik jadi budak perempuan tu pun tunjukan 1 rahsia dihutan di belakang rumah dia adalah hutan misteri! 1 kerana hanya di dalam hutan tersebut semua permintaan termakbul! pelik kan? tapi ending filem ni memang paling sedih bagi sebab apa? hmm... (trailer filem ni)



The Spiderwick Choronicle (2008)
Filem ni mengisahkan sebuah keluarga yang baru pindah di 1 rumah terpencil,keluarga ni ada anak kembar sorang nerd sorang nakal? tapi apabila si nakal ni telah membuka 1 buku walaupun buku tu tak boleh di buka sebab kalau buku tu di buka akan menarik perhatian kuasa jahat di luar rumah tu! dan kuasa jahat di luar rumah tu plak sejenis makhluk halimunan! macam mana mereke menangani masalah akan berlaku nanti? (trailer filem ni)


I Am Legend (2007)
filem ni plak mengisahkan di 1 bandar yang pesat membangun tapi semua manusia hilang yang tinggal hanyalah seorang saja lelaki! ha! senang cerita bayangkan kalau di tempat korang tinggal takda manusia lain selain korang saja!! boleh bayangkan? macam tu la cerita di atas korang rasa macam mana dia nak survive kalau duduk tempat macam tu? adakah ada manusia lagi selain dia? (trailer filem ni)


City Of Ember (2008)
Filem ni berkenaan manusia yang hidup di bawah tanah! mereka berkerja berkahwin dan belajar semua bawah tanah! tetiba ada 2 orang budak teringin nak meneroka dunia di atas mereka? tapi banyak plak dugaan sebab ada saja halangan menimpa adakah mereka berjaya? (trailer filem ini)


The Lake House (2006)
Filem ni mengisahkan perhubungan 2 orang manusia yang berlainan tahun? faham tak? macam ni perempuan ni dia hidup tahun 2006 tapi lelaki tu plak zaman 2004 mereka berhubung melalui peti surat kat rumah mereka iaitu lake house! kiranya peti surat tu agak misteri sebab boleh merentasi masa.. hmm.. dapatkah cinta dorang bersatu? (trailer filem ni)


P/S=mesti korang pelik kenapa harry potter dengan narnia takde? sebab harry potter dengan narnia pun fantasi kan? ni cerita fantasi yang takda sambungan habis macam tu je takda part 2 yang harry potter dengan narnia ada sambungan tapi aku suka jugak cerita tu...

Isnin, 25 April 2011

5 ORANG KAWAN BAIK NICK IRFAN

Salam.. kali ni aku nak tunjukan gambar kawan aku dan dorang ni boleh di katakan kawan baik sebab start dari sekolah sampai sekarang dorang tetap contact aku! walaupun dorang tukar nset susah nak contact tapi bila raya mesti datang jadi hubungan persahabatan kitorang tak putus la,walaupun masa sekolah dulu kawan aku ramai la jugak tapi bila dah habis sekolah semua buat haluan masing-masing tapi 5 orang kat bawah ni yang masih ingat aku...


Zamree Zainal
ha! nsem tak? dulu masa sekolah orang kata dia macam Mawi haha dia aku kenal start dari 2006 sampai sekarang still contact lagi sekarang dia Pegawai Polis di Kulai Johor dia ni banyak peminat jugak ni lagipun dia friendly orangnya..

Nazirul Akmal
ni plak aku kenal masa 2007 masa kat sekolah dulu masa form 5 kami dua yang paling pendiam sekali sebab tu dia boleh 1 kepala dengan aku? sebab aku suka kawan dengan orang pendiam sekarang dia ni Imam Muda di kampung dia..

Rafie (Pie)
ni plak aku kenal masa tahun 2004 tapi kenal rapat start tahun 2006,kesian dia sebab dulu dia excident setahun jugak pakai kerusi roda alhamdulilah sekarang dia dah boleh berjalan berkat doa rakan-rakan sekarang dia Cikgu Tuisyen.. dia antara kawan aku paling banyak cakap (Peramah)

Khairi Jaafar
dia ni aku kenal masa tahun 2004 masa tu 1 kelas aku duduk sebelah dia ha! dia ni masa aku kenal sampai sekarang masih pendiam macam dulu! hehe sekarang dia Meniaga...


Hafizi Syafiq (maaf takde gambar)

=dia ni macam aku jugak kitorang tak suka ambil gambar dia la aku kenal paling lama masa tahun 2003 lagi dulu dia pun pendiam jugak tapi sekarang peramah! dia ni banyak peminat sekarang macam justin biber plak? jeles aku... hahaha kalau tak salah dia keje Despatch di KL...


=yang takde tu maaf ye? hehe sebab yang lain kawan-kawan aku tu habis sekolah terus tak contact aku! kebanyakan tukar nombor? ha! buat perempuan di luar sana kot ada yang berkenan ke? sila abaikan niat anda sebab semua di atas dah ada gf (cuma aku je yang masih solo?? adeh)=



P/S=teringat kata-kata ustazah aku dulu "kalau kita nak tahu kawan kita tu kawan susah senang kena tunggu sampai habis sekolah bila semua dah berkerja ada kerjaya sendiri yang mana tetap datang cari kita dia kawan susah senang" alhamdulilah aku ada jugak 5 orang ni...

Ahad, 24 April 2011

NICK IRFAN ADA 15 ORANG ADIK ANGKAT!

salam.. kali ni aku nak cerita kenangan aku masa form4 sampai form5 kenangan apa? mesti korang kata ceciter ceciter? ok! sini aku nak citer..


Masa aku form4 hingga form5 aku banyak adik angkat tau semua perempuan! haha aku pun pelik masa aku form4 je dah ada 7 adik angkat aku dapat!!! tapi kebanyakan bukan 1 sekolah dengan aku semua budak dari sekolah lain

Semua kawan aku punya kerja la!!!! dorang suka kenalkan aku dengan perempuan yang muda dari aku dorang nak suruh aku ngorat buat awek! tapi lain plak jadinya sebab semua yang kawan aku kenalkan mesti jadi adik angkat aku? walaupun perempuan tu hanya muda setahun dari aku.. hahaha


Aku pun mushkil sebab bila aku mula msg dan call dorang? bila dah lama kenal semua kata aku ibarat abang bagi dorang! tak tahu kenapa? hmm..oleh itu dorang ambik aku jadi abang angkat kadang-kadang je aku ambik dorang jadi adik angkat..

Tapi tu cerita dulu masa tahun 2006-2007 je lepas 2008 semua lost contact! huhu tapi agak mengejutkan pada tahun baru 2011 tetiba ada sorang msg aku! dia kata "salam ni abg nick ke? ingat x fit?" aku pun pening fit mana 1 ni sebab adik angkat aku banyak masa tu selidik punya selidik baru aku teringat! dia adik angkat aku yang paling dekat dengan rumah aku! rumah dia bertentangan dengan flat aku? adeh! hehe dulu lost contact sebab aku tukar nset banyak kali banyak no hilang aku pun dah lupa dia? tapi agak terharu sebab dia ingat aku lagi..

Walaupun dan lama tak contact rupanya dia tetap anggap aku abang dia macam dulu dan aku pun anggap dia sebagai adik jugak! wah! touching tak? ada macam jejak kasih? lama lost contact dekat 3tahun akhirnya contact balik dulu masa aku form5 dia form 1 sekarang dia dah form5!!!


Nur Fithrah 17 tahun (aku ambik dari facebook lepas minta izin dari dia)

Comel tak? aku tunjuk kat kawan-kawan aku dorang mesti kata "adik angkat ke adik kandung ni bro? sebab muka dia sebijik macam hang la!!" haha tapi bila aku tengok memang ada macam aku? eh! tapi dia bukan adik kandung dia cuma adik angkat je mungkin kebetulan muka kami sama ada jugak kawan aku kata "tu dia nick lawa dengan comel la adik angkat hang takmau ambik buat awek ka?" aku jawab "hish! gila hang dia aku dah anggap macam adik la dia pun dah anggap aku macam abang?" ha! buat lelaki di luar sana sila jangan ngorat sebab dia dah ada bf..


P/S= (aku ambik dia jadi adik angkat sebab dia takde abang tapi teringin nak ada abang? aku plak takde adik teringin nak ada adik? macam tu lah )oklah nanti aku tunjuk gambar lain plak cadangan minggu ni nak buat entry pasal kawan-kawan aku je..

Jumaat, 22 April 2011

CAKELAND!

Salam.. kali ni aku nak tunjukan rumah kek! hehe senang cerita tempat ni semua di perbuat dari kek! perghh!! sedap kan dengar? nak tengok macam mana rupanya? cer lihat ni...








P/S=kalau korang la masuk tempat macam ni apa korang lakukan? hehe kalau aku memang aku akan cuit sikit kat jari aku makan tapu sorok-sorok jugak la nanti takut kantoi plak kang? hehe

Khamis, 21 April 2011

SCARY TORNADO!!!!

Salam... kali ni aku nak tunjukan video tornado yang paling menyeramkan bagi aku la sebab real dekat-dekat punya! mula-mula kecik je tornado ni tiba-tiba jadi besar dan agak pelik lepas tu terus hilang je???? nak tahu sila tengok video di bawah ni...




P/S=macam mana? pelik kan? terjadi kat betol-betol tengah padang bola plak tu? tapi aku tak pasti terjadi di korea,cina atau jepun nanti aku tunjukan video lain plak...

Selasa, 19 April 2011

REPLIKA!

Salam.. kali ni aku nak letak tentang replika! korang tahu apa itu replika? kalau tak salah bahasa omputih orang panggil sculptures betol ke ejaan ni? hehe aku nak tunjukan replika yang di buat oleh orang di luar negara memang hebat-hebat belaka! terpegun aku seketika.. cer tengok ni...











P/S=macam-macam la dorang buat ni pelik semuanya! hehe eh! malaysia ada tak replika??? aku tak tahu sapa tahu kongsi-kongsi la kat sini yer.. hehe

LAPTOP PILIHAN ANDA?

Salam.. kali ni aku nak tunjukan laptop! eh! tunggu bukan laptop yang biasa kita tengok macam selalu jumpa kat kedai tu ni laptop unik rasanya susah nak jumpa ni kat malaysia pun belum tentu ada? kalau ada mesti mahal harga ni...


1.Laptop Quran
kenapa aku kata quran sebab bentuk dia macam al quran la? laptop ni paling aku suka kalau ada best ni...

2.Laptop Pelik
laptop ni macam pelik je aku tengok? hehe tetiba teringat buku di perpustakaan masa sekolah dulu aku selalu buat bentuk macam ni la bila dah malas baca buku.. hehe

3.Laptop Mainan
ni bukan laptop mainan tapi bentuk je macam laptop mainan? tapi kenapalah keyboard dia macam terbelah dua jer? hehe

4.Laptop perempuan
laptop ni aku rasa mesti ramai perempuan yang suka laptop macam ni? hehe

5.Laptop Buku
laptop sekali tengok macam buku je rupanya sangka ni adalah laptop tapi pakai touch screen

6.Laptop Game
kalau nak main game bentuk laptop macam ni memang best sebab rasa macam di angkasa lepas jer? hehe


7.Laptop plasma
laptop ni bentuk macam tv plasma je aku tengok tak sangka ni laptop? hehe leper sangat...


P/S=kalau korang suka laptop yang macam mana kalau diberi pilihan nak tukar laptop? hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"Magical Template" designed by Blogger Buster