Thankz kepada semua yang follow aku nanti aku follow korang balik..

Sabtu, 29 Mei 2010

TAFSIR MIMPI ANDA "part 2"

Ok! sambungan tafsir mimpi semalam! ha! untuk pengetahuan korang jangan terlalu percaya sangat tafsir mimpi ni kalau betol pun mungkin kebetulan? hehe ha! ok sambung semalam yer... hehe


26.Mimpi berada di galangan kapal :Ada harapan baik di bidang usaha dan kesehatan.


27.Mimpi berada di gua : Akan mengalami perubahan tentang hidup anda.

28.Mimpi berada di gurun pasir : Akan meninggalkan kenikmatan atau kesenangan

29.Mimpi berada di puncak gunung : Alamat akan rnemperoleh kekayaan

30.Mimpi berada di taman bunga : Akan memperoleh kepuasan hidup.

31.Mimpi berada di tempat gelap : Ada nasehat yang berguna bagi anda.

32.Mimpi berada di tempat penyimpanan mayat : Berhati-hatilah apa yang anda lakukan

33.Mimpi berada disebuah pulau : Akan dapat pekerjaan baru.

34.Mimpi berbadan gemuk atau kuat : Akan dimuliakan orang.

35.Mimpi berbadan kurus : Akan menderita dan kekurangan.

36.Mimpi berbicara dengan hantu : Kewangan anda meningkat.

37.Mimpi berbicara dengan seorang doktor : satu keinginan lama akan termakbul

38.Mimpi berbohong : Akan ada kemajuan kewangan.

39.Mimpi bercakap-cakap dengan binatang : Alamat akan memegang pekerjaan besar

40.Mimpi bercakap-cakap dengan seorang petani : Akan disegani orang

41.Mimpi bercermin muka : Harus berhati-hati dalam segala tindakan.

42.Mimpi bercocok tanam tumbuh subur tanamannya : Usaha anda akan berhasil

43.Mimpi berdiri di atas sebuah balkoni : Akan mendapatkan seorang teman yang baik.


44.Mimpi berduka cita : Akan memperoleh keuntungan.


45.Mimpi berenang di kolam : Alamat akan menghadapi kesukaran hidup.

46.Mimpi berenang tidak sampai-sampai ke tepian : Alamat mendapat kegagalan.

47.Mimpi bergurau dengan kawan : Akan terjadi perpisahan.

48.Mimpi hari kiamat : Akan mendapat keharmonian dan pekerjaan

49.Mimpi berhubungan seorang jenderal : Usaha anda akan berhasil

50.Mimpi berjalan di tanah rata : Perkembangan ada semakin baik.

51.Mimpi berjalan-jalan dengan isteri : Alamat kurang baik, akan ada perselisihan.


P/S=huh! apa? ingat sampai 50 je ke? ada lagi la tunggu part 3! nanti aku pos tapi kena ikut keadaan intenet aku? sebab kadang-kadang intenet aku selalu low sebab tu lambat sikit pos... sory... hehe

Jumaat, 28 Mei 2010

TAFSIR MIMPI ANDA "part 1"

Semua orang pernah mimpi kan? mimpi takut? sedih? seronok? misteri dan macam-macam lagi? tapi!! korang tahu apa maksud disebalik mimpi-mimpi korang? ha! tak tahu? ok kali ni Doktor Nick ingin berkongsi pengalaman bermimpi kepada anda dan cuba merungkai apa maksud mimpi-mimpi anda yang selama ni anda sendiri pun tak tahu apa maksud mimpi anda tu? jom kita baca sama-sama apa maksud mimpi kita selama ni (tafsir mimpi ni aku dapat dari kawan dia e-mail kat aku)



1.Mimpi ada belalang makan padi : Alamat akan senang, bahagia.

2.Mimpi ada pohon roboh di atas bukit : Alamat akan turut pangkat atau derajat.

3.Mimpi air ludahnya bercampur air lain: Alamat akan kehilangan harta.


4.Mimpi anak kecil menjadi besar : Akan memperoleh kegembiraan.


5.Mimpi anak kecil sudah berumah tangga : Akan mendapat kesusahan.


6.Mimpi anaknya meninggal dunia : Akan timbul pertengkaran dalam rumah tangga.


7.Mimpi anda bertepuk tangan : Alamat anda segar-bugar.


8.Mimpi anda diculik : Berhati-hatilah dalam masalah perkawinan.


9.Mimpi anda dilantik menjadi raja: Akan sukses semua usaha anda.


10.Mimpi anda sedang berguru : Akan datang bahaya penyakit.


11.Mimpi anda sedang dibedah : Akan mendapat ujian atau cobaan.


12.Mimpi angin bertiup sepoi-sepoi bahasa : Alamat di dalam negeri aman sentosa.


13.Mimpi badan anda bongkok : Akan berbadan sehat menyenangkan.


14.Mimpi badan keluar kutu atau luka-luka : Akan memperoieh rezeki

15.Mimpi badan terasa payah atau letih : Alamat segala usaha tidak berhasil.

16.Mimpi badannya berpeluh : Akan memperoleh rezeki atau kebahagiaan.


17.Mimpi badannya terikat rantai : . Akan mengalami sakit.


18.Mimpi banyak kayu bakar di dalam rumah : Akan mendapat untung.


19.Mimpi bekerja dalam lubang galian : Harus bekerja dengan hasil yang sedikit.


20.Mimpi bekerja dan memakai minyak wangi : Akan dapat menghalau semua rintangan.

21.Mimpi bekerja di sebuah kapal : Alamat hidup anda akan tambah baik.

22.Mimpi bepergian naik kereta api : Akan ada perkembangan baik dan cepat.

23.Mimpi berada di atas bukit : Akan memperaleh harta.


24.Mimpi berada di dalam gua : Akan ada perubahan di lingkungan anda.

25.Mimpi berada di dalam kabin kapal : Ada kesulitan dalam hal hukum.


P/S=huh! takde ke mimpi korang dalam ni? la...biar betol check dah? eh! terlupa plak ada sambungan lagi la? hehe mungkin mimpi-mimpi korang ada di entry seterusnya... tunggu..... ok! aku nak sambung tido nak bermimpi lagi? hehe

Khamis, 27 Mei 2010

PROFILE PEMAIN BOLA SEPAK

Tadi aku buka e-mail aku dapat 1 e-mail dari member aku entah mana dia dapat tak tahulah? jadi aku nak berkongsi dengan korang pasal asal usul pemain bola sepak piala dunia yang akan berlangsung ni... hehe




1. Pemain paling banyak meludah di padang = Florent Malouda - France

2. Pemain paling suka makan lepat = Frank Lampard - England

3. Pemain yang menguruskan 3 pejabat pos = Helder Postiga - Portugal

4. Pengurus pasukan yang suka berlari = Luis Philipe Scolari - Portugal

5. Pemain yang main bolasepak dan ping-pong = Razak Pimpong - Ghana

6. Pemain bolasepak juga kawan baik Batman = Robinho - Brazil

7. Pemain bolasepak yang juga macam Batman = Mathias Kezman - Serbia

8. Pemain yang berkaler koko =Wes brown –England-


9. Pemain yang main bolasepak dan biola = Saviola - Argentina

10 . Pemain bolasepak yang paling manis = Maniche - Portugal

11 . Pemain yang selalu terluka di padang = Luca Toni - Italy


12. Pemain bola sepak ni abang kepada fauzi nan(perlis)=Ferdinand –England-


13. Pemain yang selalu dapat check dari bank =Peter Cech- Rep Czech-


14. Pemain yang pandai macam mana pun mesti orang kata biol =Raul Albiol –Spain-


15.Pemain yang tak pernah miss bayar bil elektrik dan bil air= Adabayour – Togo



P/S=hah! korang jangan percaya sangat? ni cuma hiburan semata-mata.. maaf takut jugak aku nanti dorang saman aku plak? tapi tu pun kalau dorang faham bahasa melayu? hehe

TAGGED

aku nak jawab tag yang diberi oleh kak nardnerd! thankz kak!!! (sory lambat jawab tag ni? hehe)




1~ Adakah anda happy skang ??

* yup! Sebab dapat menghirup udara segar di bumi Tuhan…


2~ Kenapa anda happy??

* sebab aku masih bernyawa..


3~ Apa yang membuatkan anda happy??

* dapat buat orang lain happy


4~ Pernahkah anda menerima TAG??

* banyak! Haha semua aku jawab.. haha


5~ Nyatakan warna yang anda suker?

* hitam! hehe


6~ Berikan kepada 6 orang yg kamu mahu tag.sila beritahu kepada orang yang kamu tag supaya dapat respon(nak lebih pun boleh kurang pun boleh)

= Janggel

= Miss XYZ

= Para

= Ann Frendly

= ice Juliet

= angah

= yusuf mujahidin

= zikrie

= loyar lawa

= zulkbo

= cik shinju

= balqish shafika

= tukang kata

= sugar kapas

= aesthetic

= cik fasya

= miss kacang


(sory tak letak link sekali? intenet low)


7~ Nyatakan sifat orang yg anda tag..nak tulis panjang berjela pun takpa? asalkan anda happy

semua yang aku senarai memang baik! Seronok dan rasa bertuah dapat kenal dengan semua orang yang jadi ahli blog aku pun! thankz semua! Sebab korang semua terbaik! Dan thankz lagi sekali! sebab sudi singgah blog aku dan drop komen di blog yang buruk ni… moga Allah sentiasa memberkati anda semua! Amin…

8~ ni soklan cepu emas ini..adakah anda happy dengan apa yg anda ada?

* yup! Memang happy lebih–lebih lagi ditemani oleh blogger yang selalu singgah kat blog aku? dan drop komen walaupun kadang-kadang entry aku tak best dorang still komen! Uwaa!!! Sob.. sob… terharunya... (lari-lari anak sambil kesat air mata gembira)



P/S=dan akhir sekali aku happy sebab ada kawan-kawan yang baik-baik iaitu anda semua! terima kasih!! tanpa korang siapalah aku? bertuah dapat kenal dengan korang! ni kalau aku takde nanti pun aku akan sentiasa ingat korang! i love u all!! apa-apapun hanya Allah dapat membalas budi baik anda semua...

Rabu, 26 Mei 2010

NABI MEMBAWA TETAMU

Nabi Muhamad saw ada tetamu, para sahabat tidak sanggup menerima tetamu nabi itu, semuanya dalam kemiskinan,tetapi sorang sahabat sanggup menerimanya dan membawa tetamu nabi itu ke rumahnya untuk makan malam, isterinya terkejut kerana roti di rumahnya ada tiga keping sahaja, untuk anak, isteri dan suaminya.

Waktu dijamukan makan mereka makan dalam gelap agar tetamu tidak melihat tuan rumah makan atau tidak,tetap nabi tahu hal keadaanya.Malam itu nabi dan tuan rumah berpuasa sepanjang malam ertinya tidur dengan perut kosong.Esok nabi memuji sikap sahabatnya itu kerana sudi memuliakan akan tetamunya.



Pengajaran;


-Muliakan tetamu adalah wajib, ada pun orang menziarahi rumah kita perlu dilayan biasanya membawa berkat,Allah akan menganti rezekinya dengan lipat ganda.tetapi kenalah ikhlas hati


-Orang yang mengiratkan talisilaturrahim di antara saudara sesama Islam adik beradik dan sahabat handai akan panjang umur, murah rekezi, dan para malaikat menadah tangan mendoakan kesejahteraanya kepada Allah SWT.




P/S=entry pendek plak kali ni? hehe

Selasa, 25 Mei 2010

ADA HANTU? "episod khas"

Aku dalam keadaan mamai aku terasa sesuatu dibelakangku aku menoleh tiada siapa? aku menoleh semula alangkah terkejutnya aku melihat hantu-hantu aku semula! walaupun yang ada disitu cuma toyol dan pocong mereka antara yang dari siri 5 menghilang?

Toyol "ha! ko rindu aku tak bro! nah ni aku ada bawak ko ketam masak lemak cili api dan bubur kacang hijau! moh makan!" aku "eh! korang bukan kena culik ke? macam mana korang boleh ada kat gunung ni? eh! ko bawak ketam! wah! mana ko dapat? bubur kacang hijau aku tak makan la? sory!"

Pocong "korang jangan tanya macam mana kami sampai sini? eh! tadi ko kata ketam takde? ko bagi aku makan cekedis je! cis!" toyol "yela ketam khas untuk nick dia kan ketua kita? ko nguk la!" pocong "habis ko tu pandai sangat!"

Toyol "aku pandai cari duit ape! ko pandai apa?" pocong "aku pun pandai menari poco-poco apa? nak tengok tunggu kejab eh! adoi!" aku mengetuk kepala toyol dan pocong "korang ni boleh diam tak! mana yang lain?"

Toyol "yang lain? entah? dorang singgah rumah maniam kot? gunting rambut? takpun makan manisan?" aku "huh! sapa plak maniam?" pocong "hantu baru la dia hantu india? eh! ko tak tahu ke?" aku "sebab tak tahulah aku tanya?"

Toyol "ko tahu tak siri 5 hari tu yang ada blogger blog ko tu? ko tahu tak dorang hantar kitorang kat mana?" aku "ha! aku baru teringat masa siri 5 semua blogger aku culik korang kan? dorang hantar ke mana?" pocong "sedih aku tergamak dorang! ko ceritalah toyol!" toyol "dorang hantar kami kat jirat india! trajis betol!"

Aku "mak ai! jirat india!" pocong "ha! aku,toyol,jembalang, jerangkung dan ada lagi aku lupa tapi kami semua di hantar ke sana! cis!" aku "habis yang lain ke mana?" toyol "yang lain entah aku rasa jirat cina kot? dorang ni kenapa dayus sangat! takkan benci kami hantar ke jirat india! nasib baik ada maniam! dapat jugak kitorang makan tosei dan maruku! eh! kitorang tak boleh lama ni!"

Aku "eh! kenapa tak boleh lama? kenapa korang je yang datang mana hantu lain?" pocong "hish! ko ni! coverage hanya cukup untuk 2 orang je! banyak-banyak kang line takde! macam streamyz jugak mana boleh guna ramai nanti jadi slow la line!" toyol "eh! nanti ko cari kitorang di jirat india yang berdekatan! ko cari je nama maniam a/l mutusamy dia kenal kitorang! bye! jangan lupa datang! alamak! aku dengan pocong kian kabur la! eh! ko pun sama nick!"

Aku "eh! kenapa plak ni! ok aku jumpa korang nanti! jangan lupa! mungkin dalam siri 11 atau 12 mungkin!! aghh!!!" aku terkejut "la...aku bermimpi rupanya?" aku pun termenung sejenak memikirkan hantu-hantu aku dan aku harus segera mencari tok dakir untuk menyelamatkan keluarga syahila dan hantu-hantu aku semula!

Pada ketika itu aku melihat ardy ada disebelah aku dan syahila pun sama cuma jauh sikit yela bukan muhrim! hehe aku pun segera mengejutkan syahila dan ardy untuk meneruskan perjalanan kami....


P/S=cerita ni sambungan dari siri 7:episod 70 hari tu dan sambungan cerita di atas ni plak nanti aku post iaitu siri 8! hehe ni cuma sikit je banyak lagi pengembaraan kami ke dunia fantasi nanti... tunggu....

Isnin, 24 Mei 2010

SAJA NAK SEMBANG KOSONG

Aku buat undian sebelum ni saja nak survey korang semua suka atau tak lagu kat blog aku dulu result undian tersebut(ada kat sebelah kiri blog aku) la...korang nak lagu semula ke? terharu plak aku? ingatkan tak nak letak dah sebab aku ingat nanti berat blog aku? tapi nampaknye korang nak? nanti aku letak balik la... hehe ha! terima kasih semua sebab ambik berat pasal aku! hehe yup! aku demam mungkin sebab sekarang musim panas kan? aku tak pergi klinik pun sebab aku tak larat nak bangun kaki sejuk bila berdiri pun tak stabil badan terketar-ketar tenaga pun takde sebab tak lalu makan? jadi mak aku bagi makan panadol je dan ubat demam yang dulu punya,alhamdulilah sekarang sihat balik! syukur..


P/S=nanti aku blogworking kat blog korang semua terima kasih berkunjung jugak korang kat blog aku selama aku takde...

Ahad, 23 Mei 2010

AWARD

Pergh!!! lama giler aku tak update blog?? dah berhabuk pun! kjab nak cuci dulu.... hmm... ha! sory semua lama tak update sebab aku demam 3/4 hari ni lemah badan,kaki sejuk dan selera makan pun takde? adoi.. ha! hari ni baru elok sikit? jadi aku nak letak entry baru... aku check tadi aku dapat award! yahooo!!! dari MINEMXIS thnkz! bro! ni award dia kasi...



:: PENGERTIAN BERKENAAN
AWARD INI ::






PENCIL yang besar
Menunjukkan kesenian yang begitu peka terhadap blog anda dan mencerminkan sesuatu nilai penghasilan.

FILEM bergerak tanpa henti
Menunjukkan AWARD ini di FOWARD kepada bloggerist yang betul-betul layak menerima.

LOGO bulat berkelip-kelip
jika di perhatikan betul-betul, ia adalah manusia yang berkepalakan monitor komputer. ini membawa maksud anda adalah seorang yang begitu bijak menguasai dunia alam maya ke globalisasi.


P/S=jadi award ni aku nak kasi kepada semua follower blog aku!!! silakan ambil yer..

Khamis, 20 Mei 2010

NABI MUHAMAD SAW ADA BEBERAPA KELEBIHAN

hari ni aku nak kasi info sikit tentang Nabi Kita Iaitu Nabi Muhamad SAW? nak dengar tak? semoga info ni kita dapat berkongsi bersama..


Nabi Muhamad....

-Tidak menguap waktu mengantuk,
-Tidak ketawa besar,cuma senyum,
-Tidak makan banyak,sebelum kenyang berhenti
-Tidak berminpi khawin sewaktu rumajanya,
-Tidak nampak kesan buang air besar atau kecil,
-Tidak pergi ke tempat hiburan
-Tidak menyembah berhala
-Tdak terima sedekah kecuali hadiah
-Tidak takut dengan binatang buas

-Bila dia lena hatinya jaga,
-Bila dia berjalan tidak ada bayang,
-Bila mengadap hadapan dia nampak apa dibelakang,
-Bila memberi salam dia dahulu dari orang lain,
-Bila duduk dalam majlis sentiasa tegak sahaja,
-Bila lahir sudah berkhatan,
-Bila berjalan lalat tidak hinggap pada tubuhnya,
-Bila ditempat panas awan sentiasa memayunginya,
-Bila menunggang unta lebih laju dari orang lain,
-Bila bergurau tidak sampai menyakitkan hati orang lain.
-Bila awan mendung nabi akan berubah mukanya menandakan azan...


P/S=hehe amacam ok tak entry kali ni semua? ha! esok cikgu nick eh! tetiba jadi cikgu plak? haha takdelah esok aku kasi info pasal lain plak yer... hehe

Rabu, 19 Mei 2010

ABU SALEEH DAN EPAL

Untuk menjadi seorang yang wahdinas subullussalam Abu Salleh seorang pemuda saufi jauh mengembara,dia keletihan dan berehat sebentar di tepi sungai,tiba-tiba hanyut sebiji epal yang ranum lalu dia mengambil dan memakannya.


Setelah kenyang Abu salleh teringat epal yang dimakan tentu ada tuan yang menanamnya,dia berkata "aku telah memakan benda yang haram kerana tanpa keizinan tuannya. Astaffirulllhalazimmm." Lalu disusulinya sungai itu hingga ke hulu dan Abu Salleh telah menemui kebun epal itu.


Setelah bertemu dengan Abdul Sulaiman tuan kebun itu dan Abu Salleh telah menceritakannya,Dia didapati bersalah! untuk menebus dosanya,tuan kebun telah mendenda bekerja 12 hari di kebunnya tanpa gaji dan disertakan satu syarat kena berkhawin pula dengan anak daranya yang cacat angotanya itu dan tiada ibu.


Setelah elesai bekerja Abu Salleh telah diberi penerangan,jodohnya itu anak Abdul Sulaiman sendiri,angotanya yang ialah cacat,kaki,tangan,mata,telinga dan mulut.Kerana takut dosanya tidak diampun Abu Salleh bersetuju saja syarat akhir itu dengan senang hati menerima gadis itu..


Setelah berkhawin Abu Salleh amat tekejut,didapati isterinya itu tidak cacat,malah seorang gadis dusun yang cantik rupawan sekarang baru di faham Abdul Sulaiman mahu mengujinya sahaja apa yang dimaksudkan cacat itu ialah,tidak pernah keluar dari kawasan rumahnya,tidak pernah mengambil barang orang,tidak pernah melihat lelaki selain bapanya,tidak pernah mendengar perkataan yang kotor,dan yang akhir sekali mulutnya tidak pernah mengumpat,sebab tiada kawan selain bapaknya.


Pengajaran;

seorang yang ikhlas dan jujur berjuang di jalan kebenaran biasanya Allah akan memberi rezeki tanpa disedarinya.ia itu jalan subullussalam (jalan yang keamanan dan kebenaran).Isteri solehah adalah idaman seorang lelaki yang soleh buat teman beebual dan menyelesaikan masalah dikala senang dan susah,engkaulah teman,engkaulah isteri sejati.



P/S=pergh!! lengkap entry aku ni? tapi sory panjang entry kali ni... hehe

Selasa, 18 Mei 2010

TAGGED

Aku dapat tag lagi datangnye dari kak Fyza dan Kak Cik Cepet



Rules:


It's harder than it looks...
Copy to your own notes...
Erase my answers...
Enter yours and tag twenty (20) people...
Use the first letter of your name to answer each of the following questions...
They have to be real...
Nothing made up...
If the person before u had the same first initial, you must use different answers...
You cannot use any words twice...
and
You can't use your name for the boy / girl name question...



1. What is your name : Nick
2. A four letter word : Nasi

3. A boy's name : Nazirul member aku
4. A girl's name : Nora er... ni kawan aku lalala
5. An occupation : Nak keje ape ek? hmm...
6. A colour : Nylon eh! ni katogori kaler ker? haha
7. Something you wear :New York Street baju baru aku? hehe
8. A food : Nugget

9. Something found in the bathroom :Name Kad masa sekolah saja simpan
10. A place : New Zealand
11. A reason for being late : Numb!

12. Something u shout : Nope!

13. A movie title : Narnia!

14. Something u drink : Nescafe
15. A musical group : New Boyz!

16. An animal :Naga!

17.A Streets Name:Nambia Streets

18.A type of Car: Nissan



Selesai jawab tag ni... ha! korang semua apa tunggu lagi? cepatlah bagilah aku lagi tag!!! aku nak tag dan award!!!! plizzzzz....hahahaa

BILA DITIMPA MUSIBAH ATAU SAKIT

Biasanya orang yang selalu sakit Allah sayang kepadanya,dan di akhirat akan dikurangkan sikit penyeksaannya,mengikut bagaimana kesabaran kita menerima ujian itu di dunia.

Biasa seorang yang jatuh sakit,Allah akan menghapuskan dosanya,kemudian diambil selera makannya,selepas seminggu dua diangkat tenaga kita lalu kita menjadi lemah,selepas itu pula diambilnya cahaya muka,sebab itu bila dilihat orang sakit mukanya tidak ada seri lagi.

Dalam keadaan begitulah kita dinilai tahap kesabaran,para malaikat menimbangkah sudah sampaikah masanya untuk hamba Allah ini meninggalkan dunia ini? jika tidak, pelahan-lahan akan dipulangkan semula,selera makan,tenaga dan cahaya muka lalu kita pun sihat kembali.......


P/S=saja kasi info agama sikit? hehe

Isnin, 17 Mei 2010

TAGGED

=TAG DARI NURAISYAH=


A) Ucapkan time kaseh pd blogger yg tag anda n sertakan
link blog skali.
dapat 2 juta ke? wah! thankz tag saya dua juta ni!! nak buat apa duit 2 juta ni? masuk minang awak la senang? hahahahha jangan marah gurau... hehe apa-apapun thankz nuraisyah! kasi saya 2juta!


B) Tag kan kat kwn2 korng yg semestinya akan layan berangan bersama2 korng (nak tag kat 2 juta kawan pon tak pe)
~ok..korg2 yg d bawah ni sila2 la jawab tag ni klau ade mase~

zulkbo,sugar kapas,angah1234,para,ghostone,cikecik,cikcepet,ciktot,miss kacang,cik ubi,nardnerd,ice juliet,balqish syafiqa dan fyza (sory lupa nak link sekali? intenet low)


C)Apa agaknya angan angan korng tu? korng berangan
nak buat per ngan duit ni?

Ok..nak berangan kejap..

1) Aku nak kawin 4! sorang orang cina,sorang thailand,sorang jepun dan sorang korea!
2) Ada lebih bagi kat parent
3) Aku nak buat open house khas makan kat hotel berbintang-bintang untuk follower aku!
4) Aku nak buka studio sebab aku nak terbitkan cerita hantu aku? hahaha
5) Aku nak buka bussiness
6) Aku nak melabur supaya duit aku sentiasa banyak!
7) Aku sedekah sikit kat anak yatim
8) Aku nak beli rumah kat luar negeri
9) Aku nak beli cd game banyak-banyak! haha
10) Aku nak melancong luar negeri
11) Aku beli Pulau nak buat resort
12) Aku nak beli kapal Royal Caribbean
13) Aku nak beli jet peribadi
14) Aku nak beli kereta Lambogini dan Porshe
15) AKu nak beli motor Harley Davidson
16) Aku nak beli handphone banyak-banyak! haha
17) Aku nak ke mekah
18) Aku buka syarikat penerbitan buku
19) Aku nak beli Supermarket
20) Aku nak bina Disneyland kat malaysia!

cukup 20 sebab! 10 sebab habis 1 juta? lagi 10 habis 1 juta! haha
korang macam mana plak? hehe


P/S=thankz! kepada semua yang sudi beri pendapat tentang entry henset semalam? nanti aku bagi tahu member aku...

HANDPHONE APA YANG MURAH?

hari ni aku cuma nak tanya henset tak kisahlah nokia ke? samsung ke? sony ke? atau apa-apa pun? tapi dalam RM150 ke bawah second pun boleh? tapi funtion henset tu ada camera dan radio? bukan untuk aku ni member aku tanya? dia nak trade in henset dia nak beli henset baru? aku pun tak pasti ada ke henset RM150 kebawah yang ada camera dan radio?



P/s=pendek giler jugak entry aku ni? hehehe

Ahad, 16 Mei 2010

SELAMAT HARI GURU KEPADA GURU DI SELURUH DUNIA!

Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru atau bakal guru di seluruh dunia! dengan ucapan



SELAMAT HARI GURU!!!


eh! guru-guru di negara china kecil hati? jadi (快乐的老师 Kuàilè de lǎoshī)

eh! la...merajuk pula guru vietnam jadi saya ucapkan (giáo viên hạnh phúc)

huh! guru arab pun juga?(المعلم سعيد)

nanti apa pula kata guru dari jepun (幸せな教師 Shiawase na kyōshi)

terlupa pula di korea juga (행복한 교사 haengboghan gyosa)

untuk guru di filiphina (masaya guro)

tidak lupa juga saya guru di france (professeurs heureux)

untuk guru yang berasal dari germany (Lehrer glücklich)

untuk guru di turkey (mutlu öğretmen)

kepada guru di italy (insegnante felice)

untuk guru di portugal (professora feliz)

dan tak lupa jugak buat guru di thailand (ครูสุข Khrū s̄uk̄h)



=AKHIR KATA HAPPY TEACHER DAY!!!!=


P/S=hari guru ni 1 dunia ke sambut? atau malaysia jer? entah aku pun tak pasti jadi aku ucapkan kepada semua sekali! hehe

Sabtu, 15 Mei 2010

SELAMAT HARI GURU

Semperna hari guru hari ni aku nak ambil kesempatan mengucapkan selamat hari guru kat cikgu-cikgu yang mengajar aku start dari aku tadika sampai aku form5 antaranya ialah cikgu sekolah rendah aku tak ingat plak? hehe cikgu sekolah menengah aku cuma ingat cikgu-cikgu masa aku form 5 jer? hehe maaf la jadi aku nak ucapkan hari guru kepada cikgu yang mengajar aku masa aku form 5 antaranya ialah..




Antara Cikgu-Cikgu aku masa Form 4 dan Form 5


Cikgu Aizamin(BM Form4/5)=cikgu paling sempoi pernah aku jumpa! serius! walaupun muka macam orang jahat giler! ops! maaf cikgu tapi dalam hati ada taman kan? hahaha thankz cikgu! cikgu memang orang paling spoting pernah saya jumpa! sepanjang mengajar tak pernah saya tengok cikgu marah kami,tapi saya yang terbuat cikgu kecil hati hari itu maaf cikgu? masa tu saya memang saya tak fikir panjang? buat sesuatu tak guna otak? harap cikgu halalkan pelajaran cikgu kepada saya dan terima kasih! maaf jugak tak sempat nak salam cikgu masa last sekolah? sebab saya cari cikgu tak jumpa masa tu... psst.. cikgu bila nak kawin bini no3 jemput la saya? hahaha ops! selamat hari guru cikgu aizamin!

Cikgu Rozilaini(Math Form4/5)=ha! ni cikgu ajar aku math! cikgu kerdil aku panggil bukan apa dia cikgu paling kecil dalam sekolah tu kalau orang tak tahu mesti orang kata cikgu tu budak tadika? dan la putih cute plak? haha ops! cikgu ni pun best dia ajar aku dari form1,form4 dan form 5? aku dari bangap pasal math boleh pandai jugak sikit-sikit walaupun tak berapa pandai betol-betol lagi? tapi boleh la jugak dari math aku dapat 9G trial SPM math tapi aku dapat lulus masa SPM sebenar!!! haha thankz cikgu!! dan maaf jugak tak salam cikgu masa last sekolah.... ha! terima kasih dan selamat hari guru cikgu Rozilaini!

Teacher Adibah(B.I form5)=ha! ni cikgu anita sarawak aku panggil dia sebab mulut dia pot pet tak boleh berhenti? hehe cikgu ni la kata muka aku cute macam perempuan? hahaha ada ke patut? masa tu yela aku innocent sikit muka skema jer? sekarang lepas habis sekolah aku simpan jambang dan misai baru macho sikit? hihi ha! dia ajar aku B.I walaupun masa sekolah aku bangap B.I lepas habis sekolah ni aku faham apa orang cakap B.I kat aku cuma walaupun aku tak reti nak balas balik? ha! cikgu maaf jugak sebab tak sempat salam dengan cikgu masa last sekolah? dan tak dapat nak tunaikan permintaan cikgu suruh saya jangan jadi pendiam? sory cikgu ha! selamat hari guru teacher adibah!

Cikgu Marziana(Sains form4/5)=ha!ni cikgu mengajar aku sains dia ajar sains kat kelas aku? menang best! aku walupun selalu curi-curi tido kat kelas dia dan selalu kena denda masa kat makmal sains? tapi saya berterima kasih jugak kepada cikgu sebab sains dari form3 sampai form 5 aku tak pernah lulus sains asyik dapat 30 markah ke bawah je tapi masa nak dekat SPM cikgu tu polish kitorang? ni aku dapat B sains masa SPM! haha thankz cikgu budi baik cikgu hanya tuhan dapat membalasnya! sory jugak tak salam cikgu hari tu? apa-apapun selamat hari guru teacher marziana!

Ustazah Yusliza(Agama Islamform4/5)=ni ustazah paling aku suka! i love u ustazah! ops! marah suami ustazah kang? haha love tu maksud sayang jer.ha! ustazah ni aku sempat bersalaman dengan dia syukur ambik berkat ustazah ni sepanjang ajar aku 2thn serius beb! aku tak pernah sekali pun tido kelas dia! sebab dia ajar suka bercerita macam-macam cerita dia cerita aku rasa syok je ustazah ajar memang senang faham apa di ajar semua masuk dalam kepala! thankz ustazah! sebab mengajar! ustazah ni kata aku ni anak kacukan jepun? hahaha macam-macam tapi ustazah memang tak marah pun walaupun aku pendiam bukan macam cikgu lain suruh saya bising dalam kelas? adoi. selamat hari guru ustazah yusliza!

Cikgu Zakiah(P.Seni form4/5)=ni cikgu paling lemah lembut aku jumpa! cakap pun sopan je walaupun orang kata cikgu ni garang? tapi dengan aku dia cakap lemah lembut jer? hehe selamat hari guru cikgu! dan terima kasih sebab ambik lukisan saya dan hantar ke pemeran Malaysia/Jepun terharu betol! banyak lagi lukisan lawa-lawa lukisan aku jugak dia ambik? hehe ha! dan terima kasih jugak sebab lukisan setandan pisang saya cikgu ambik buat frame!! wah! thankz cikgu! selamat hari guru cikgu zakiah!

Cikgu Surianti(P.Akaun form4/5)=hehe cikgu ni cikgu india yang mengajar kelas aku dulu? jadi aku pun aku nak ucapkan selamat hari guru jugak maaf tak jumpa cikgu sebelum dan selepas SPM sebab akaun je satu-satunya subjek aku dapat 9G! aku hantar kertas kosong jer? haha sebenarnya aku nak buang akaun aku tak minat sebab aku nak ambil tasawuf islam tapi cikgu surianti suruh ambik jadi mau tak mau kena ambik jugak? adoi... jadi maaf cikgu akaun saya tak lulus... hehe selamat hari guru cikgu surianti! hehe

Cikgu Nazirah(ekonomi asas form 5)=ha! ni cikgu mata cantik! hehe aku suka tengok mata cikgu ni sebab kaler kok campur kelabu bulu mata pun lentik? haha dia ajar aku ekonomi memang best! aku dari tak minat langsung mula-mula terus boleh minat! selamat sempat salam cikgu ni masa SPM hehe walaupun SPM aku tak dapat cemerlang E.A tapi lulus! terima kasih sebab ajar saya cikgu! halalkan semua yer cikgu? dan! terima kasih sebab bawa kami ke bank negara hari tu sebab cikgu kata nak kami release tension? best giler! first time kitorang ada aktiviti luar kenangan tak boleh dilupakan.. seronok! selamat hari guru cikgu nazirah!!!

Cikgu Rosnani (sejarah form5)=cikgu ni selalu kata aku macam cina! cis! mula-mula geram jugak tapi lama-lama jadi best jugak? haha sebab cikgu kata orang cina hensem yang tu terseronok sikit? ha! cikgu ni ajar aku sejarah aku boleh dikatan bangap jugak sejarah masa form4/5 tapi masa cikgu ni ajar aku jadi minat plak? best! senang plak faham? yang tu yang seronok tu? dan amat mengejutkan masa SPM aku dapat B buat pertama kali! lupa nak salam cikgu masa SPM? tak jumpa cikgu la? ha! sejarah selalu aku paling tinggi pun D? hehe apa-apapun terima kasih cikgu rosnani selamat hari guru!

Cikgu Nasri (P.J form 5)=cikgu ni ajar aku P.J jer? tapi sepanjang cikgu ajar P.J aku langsung tak ambil bahagian? haha sebab aku malas nak main selalu dok tepi padang jer cikgu ni paling spoting sebab bila P.J je cikgu tu akan bagi dompet dia kat aku termasuk pelajar lain! semua bagi duit dan dompet kat aku! haha sebab dorang percaya aku tengok! baik tak aku? haha jadi aku menang budak baik dan lagi 1 cikgu ni jugak selalu bagi henset dia kat aku siap bagi guna plak! dia kata nak kol sapa kol la? haha ada plak macam tu? aku ingat dia main-main rupanya btol? sebab dia kata antara semua kelas aku je yang dia percaya! wah! terharu betol! hehe apa-apapun terima kasih cikgu nasri dan selamat hari guru!!

Cikgu Loo Ye Wah (sejarah form 4)=cikgu ni cikgu cina yang mengajar aku cikgu ni walaupun umur 50 tapi still cantik maa! macam 20an! haha ops! cikgu ni selalu kata aku ni macam anak dia? Cis! haha ada ke masa raya cina dia ucap kat aku chinese new year? dan siap nak kasi ang pau dengan limau? tapi aku taknak! tak ambil pun? haha sombong giler aku.tapi dia ajar aku memang best la aku sejarah dari tak minat terus minat gegiler punya la! masa form4 aku sejarah nak kata teruk keputusan takdelah kira lulus la start form5 bila kitorang tukar cikgu masa tu susah sikit aku nak ketchup balik tapi lastly aku boleh la sikit-sikit pasal sejarah ni ha! selamat hari guru cikgu loo ye wah!!!

Cikgu woon (ekonomi asas form4)=ni cikgu cina jugak nama dia panjang aku lupa plak? yang aku tahu cikgu woon dorang panggil dia cikgu ni kan? masa dia mengajar susah aku nak tumpu sebab cikgu ni cute!! serius! macam pelakon jepun! dah la kecik je orangnyer cikgu ni geram aku tengok! haha jahat betol aku tapi masa dia ajar ekonomi asas memang aku faham la memang dia ajar detail! best! cikgu ni pun dia anggap aku macam adik dia jugak? adoi. kalau bf ok la? wakaka osp! sory cikgu gurau cikgu ni pun dah berpunya... hehe ha! selamat hari guru cikgu woon!!

cikgu zalimah(B.I form4)=cikgu ni ajar setahun je cikgu ni kan putih giler! putih pucat! hehe macam pakai kapur kasut? haha sory gurau.. apa-apapun cikgu ni ajar mesti dia bawak kitorang pergi makmal sainspelik betol? tapi ada 1 peristiwa cikgu ni mengajar ramai tido termasuk aku? tak tahu kenapa mungkin sebab makmal sains ada aircond kot tu sebab semua mengantuk? bila semua orang tertido masa tu cikgu zalimah terus keluar dan esok sampai habis form4 dia taknak mengajar kelas kami? masa tu terpaksa kitorang semua pergi minta maaf tapi hasilnya gagal sampai ke sudah dia tak mengajar kami terus pindah plak! masa aku form5! memang kami semua menyesal la.. maaf cikgu dan selamat hari guru!!!

Cikgu Toriq(P.J form 4)=cikgu ni aku panggil dia cikgu paramedik! sebab dialah satu-satunya cikgu doktor kat sekolah! sebab cikgu ni bila murid sakit ke mesti panggil dia? cikgu ni jugak pandai bab mengubati orang banyak jugak tips dia kasi kat kitorang masa kitorang dok dalam kelas bila hujan tak boleh turun P.J? cikgu ni pun sama masa mula kenal ada ke dia speaking kat aku? lepas tu cakap cina plak! last aku balas assalamualaikum cikgu! malu dia? haha tapi best la cikgu ni dia ajar kitorang P.J masa form 4 je sebab masuk form5 cikgu ni tak dok kat sekolah kitorangs sebab dia sambung belajar master apa-apapun selamat hari guru cikgu toriq!

Dan akhir sekali aku ingin mengambil kesempatan mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua cikgu yang mengajar aku di SMK TELUK KUMBAR sejak aku form 1 sampai form5 dari 2003-2007! dan seluruh warga SMKTK kerana kat situlah aku kenal bermacam-macam orang dan di situ jugak banyak kenangan yang aku rasa pahit,manis,tawar,pedas,masin dan masam! yang menjadikan aku tabah menghadapi dugaan hidup! semoga sekolah SMTK terus maju dan berjaya dia masa akan datang! ESS TEE KAY boleh!!!!!


=saya adalah bekas pelajar SMKTK dari 2003 sampai 2007 nama saya er... er... NICK cikgu kenal kan? sebab semua cikgu kat situ panggil aku NICK... haha kalau ada cikgu tertanya-tanya? ringkaskan sayalah murid paling diam dan the only one chinese look kat sana? hahaha sapa yang tak kenal mesti cikgu kenal kan? hehehe=

Jumaat, 14 Mei 2010

ANTARA ILMU DAN HARTA

Pada satu hari datang 10 orang arab badawi datang kepada nabi Muhamad saw. bertanya di antara ilmu dan harta mana satu yang penting.Nabi menjawab kalau ingin tahu lebih lanjut lagi sila tanya penerangannya kepada Saidina Ali dia seorang ahli ilmu penyelesai masalah Saidina Ali berkata.



=Ilmu dan Harta=


Ada ilmu dimuliakan Ada harta dikhuatiri jadi bahil dan kedekut


Ada ilmu diamalkan bertambah Ada harta bertambah kian takut pula dicuri orang


Ada ilmu boleh berhujah Ada harta didakwa di akhirat ada keluar zakat


Ada ilmu hati pun tenang beribadah Ada harta membimbangkan hati dan cemas


Ada ilmu boleh dijawab didakwa Allah Ada harta didakwa Allah darimana datangnya harta





Pengajaranya;

Saidina Ali seorang menantu nabi yang miskin bersama anaknya Fatimah perinsipnya biarlah susah di dunia asalkan senang di akhirat.sebab kebanyakan orang kaya masuk surga lewat dari orang miskin.seperti masuk pintu pemeriksaan kastam. orang bawa barang banyak lamalah pemeriksaannya dan soalannya. Agak-agak anda dimana?



P/S=entry pendek lagi dari aku? sekali lagi saja nak berkongsi info.... hehe

TIPS UNTUK DAPAT PAHALA DENGAN MUDAH?

tips-tips senang untuk kita dapat pahala saja nak berkongsi... hehe



- Bangun pagi lihat muka ibu bapa

- Lihat gambar kaabah

- Baca al Quran

- Senyum

- Buang sampah



Oleh sebab itu, beruntunglah mereka yang masih mempunyai ibu bapa di dunia ini. tetapi ada pula yang malang, kerana menghantar ibu bapa ke rumah orang-orang tua. jangan mencerca dan menceritakan keburukkan ibu bapa kita kepada orang lain, memalukan saja. Dibilik tidur atau ruang tamu eloklah gantung gambar kaabah, sejuk hati melihatnya, amin, dari gantung gambar separuh bogel. Banyaklah baca al Quran, jangan bila nak mati lidah keluar separuh dada,sebab tak pernah menyebut kalimah Allah. Senyumlah kepada siapa saja , jiran, dan sahabat untuk menyenangkan hati mereka nampak ceria, Buanglah sampah jumpa dimana sahaja, agar satu kebersihan dapat terjaga. Kebersihan tu satu daripada Iman. Amin.



P/S=ni info aku nak berkongsi dengan korang semua! pendek giler entry ni first time aku tulis entry pendek? hehe...

AWARD




1. COPY AWARD INI MACAM DAPAT GRAMMY,APA PERASAAN ANDA?
seronok! hehe

2. BERITAHU SAPA DAN LINK PEMBERI AWARD INI
missxyz

3 NAME THAT PEOPLE CALL YOU:-
nick! ada jugak panggil irfan....

4. THING YOU DONE YESTERDAY:-
tulis cerita fantasy aku tu siri 9!!!!! hehe

5. FIVE WAYS TO BE HAPPY...
=dapat membahagiakan family aku
=orang singgah blog aku dan drop komen! lalala
=perempuan ngorat aku! lalala
=main game! hehe
=buat orang lain ketawa..


6. APA DALAM FIKIRAN ANDA,BILA ANDA MENJADI KAYA?
kahwin 4!!! hahaha


P/S=thankz! sebab tag saya! ada sapa nak kasi aku tag atau award? silakan....

Khamis, 13 Mei 2010

TAGGED KRETIF

=tag dari angah1234=



=buat ayat sekretif yang boleh dengan menggunakan A-sampai Z=



A - Aku rasa nak makan ayam KFC tapi kereta

B- Bapak aku plak buat hal? jadi kami terpaksa

C - Cancel? geram btol takde rezeki lepas tu member aku plak kol

D- Dekat tel aku? aku tak angkat pun sebab

E - Entah la.. malas betol nak jawab tel ni? tapi

F- Fikir balik kesian plak? nanti member aku kecik ati!

G- Geram betol! mau tak mau kena jawab! aku pun jawab tel aku kata

H -Halo kenapa kol aku ni? member aku jawab ni aku la

I - Izi! aku jawab sapa izi? izi menjawab

J- Jangan dok buat lupa plak? aku hafizi la!!

K- Kenapa lambat sangat hang nak jawab? dah

L- Lenguh tangan aku ni?

M- Macam nak patah dah! ha!

N- Nick aku nak tanya ni? ada

O- orang nak kawan dengan hang ni! lawa

P - Perempuan ni! aku menjawab sapa nama dia? izi menjawab nama dia

Q- Qistina! nak tangok pic dia tak nak aku send kat hang? nanti ang fikiaq dulu kalau

R- Rasa nak kawan dengan dia bagi tahu aku! kalau hang tak mau

S- sudah! aku bagi kat nazirul dia kata kat aku kalau nick

T - Tak mau kasi kat dia? tunggu sat aku send kat hang

U - untuk hang tengok gambar dia? tetiba terdengar bunyi

V - vroom! aku bertanya tunggu sat

W- Wei bunyi apa tu? izi berkata tu cerita

X- X-men la adik aku dok tengok DVD ala

Y - yang semua orang ada kuasa tu? hang tau kan? tetiba

Z- Zupp! battery habis la? hahaha amacam ok tak?



=tag seberapa banyak orang dari follower anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"Magical Template" designed by Blogger Buster