Thankz kepada semua yang follow aku nanti aku follow korang balik..

Isnin, 11 Januari 2010

SEMUT

OK KALI NI AKU NAK CERITAKAN SEDIKIT PASAL SEMUT? ADA APA DENGAN SEMUT? JOM TENGOK DALAM "1 TEMPAT 1001 KISAH"


Tadi aku sakit perut adoi.. keracunan makanan agaknye? tak tahu la.. aku tertido kat mangkuk jamban masa tu lemah giler la asal muntah mesti cirit? asal cirit mesti muntah? asal nak muntah dan cirit mesti aku pening kepala? adoiyai.aku masa tu nak menjerit panggil mak dan ayah pun suara tak larat menjerit sakit halkum.jadi aku hanya tido jer kat jamban cuba korang bayangkan? mesti korang kata eeuww... kotor dan jijik tapi nak buat macam mana? dah ditakdirkan aku muntah malam tu masa aku dok terlantar bukan di hospital tapi di jamban,masa aku terlantar aku lihat banyak semut datang kepada aku ingat dorg nak tolong ke? ni tak? dorang buat dek jer? dorang pergi naik mangkuk jamban pi makan muntah aku ingat aku ni jin ker? kalau makan muntah aku boleh jadi kuat? ngong punya semut! dah la makan tak ajak aku! eh! silap! bukan maksud aku dah makan muntah aku tak bayar apa-apa! ingat free ka muntah aku tu! aku muntah burger beli tadi dalam 2 hengget tau! korang sedap-sedap mentedarah muntah aku! cis! rasakan!!!" aku apa lagi dengan rasa tak bersalah sebab rasa akulah berkuasa aku bunuh semua semut! ha! masih sempat lagi tu? aku walaupun dok sakit ni bila dah bunuh semua semut baru puas hati,dalam hati aku kata "haha padan muka korang tu la siap jeling kat aku tadi! ingat aku sakit tak boleh bunuh korang! walaupun sakit kerjaya aku sebagai pembunuh semut masih berjalan! padan muka! menjanda bini korang! dan menduda laki korang! haha" lepas tu aku termuntah lagi tetiba.....

masa tu aku mula terasa badan aku berubah menjadi kecil semakin lama semakin bukan kecil dah jadi halus dah! siap ade area tv kat kepala eh! sesunggut la.

masa tu aku takde suara nak menjerit panggil mak dan ayah aku! tetiba aku jadi semut" aku terkejut! macam mana ni tapi takpe think positive! hmm..mesti aku boleh bergerak merata wah! dengan saiz aku yang kecik dan comel ni leh pi rumah jiran sebelah aku yang kedekut ni nak curi gula? haha lepas tu aku nak geget anak perempuan dia! hahaha jahatnya aku.

aku nak pi mana tak takut dah sebab aku bebas! haha dengan menggunakan saiz kecil aku ni senang aku nak menyelinap kemana-mana aku nak pergi! muahaha lepas aku letih berjalan aku nak balik rumah nak tido dalam bilik tetiba aku teringat alamak! aku ni semut macam mane nak tido dalam bilik?

masa tu aku tengok semua barang-barang dalam bilik aku semua beso belaka! wah! baru aku sedar aku ni jadi semut! aku nangis "waa!!" betapa kecilnya aku masa tu? aku termenung nak pi mana ni?

tetiba ada seekor semut datang kepada aku dia kata "eh! ko mat! mane ko pergi? bini dan anak ko cari kesian dorang ingat ko dah mati dibunuh manusia bernama Nick Irfan masa dia bunuh kawan kita tadi alhamdulilah ko selamat ramai kawan kita terkorban tadi tapi takpe dorang mati syahid!"

aku terkejut "eh! apa ko ckp? nick irfan? eh! tu aku! ha! eh!" semut tadi bingung melihatku

"woi! mat! ko mat la! aku ni dol kawan ko! bila masa plak ko Nick Irfan? Nick Irfan manusia,kita ni semut bro! ape la bangang tahap keldai ko ni! perasan nak jadi manusia la tu! sedor la diri tu sikit! cuba ko cermin diri ko dah memang ko spesis semut! cer ko tengok raba sikit badan ko tu! ada buntut beso! perut kurus! kat mulut ko ni ha! tajam ni macam chopstick! ko ingat ape sepit baju? ni mulut ko! ape la baral punya kawan aku ni! selama ni tak pernah aku dengo kawan kita nak jadi manusia"


aku menjawab kembali "eh! tapi aku memang manusia la!" semut dol menjawab "cait! jangan ko sebut manusia! aku hangin dengor! ape bukti ko manusia bai! adoiyai.. dah! pi masuk sarang semut kita bini ko ada dalam"

aku masih bengang tapi aku jawab juga "bini aku mana 1?" semut dol menjawab "bini ko? tah la semua spesis semut sama jer ko cari sendiri la kalau ko tak jumpe ko ambik la bini sape-sape pun kadang kat sini selalu tertukar bini yela kita spesis semut semua kaler hitam? haha aku nak bersiap ni ada misi nak dibincangkan permaisuri semut"

aku masuk ke sarang semut aku melihat banyak semut di sana ada juga permandangan sedih sebab ada semut tercedera? aku berjalan lagi tetiba aku terjumpa seekor lagi semut ni dah macam bau mayat.

aku kata la "ko ni bau mayat la!' semut tu melihatku dengan muka yang bengis "musibat! aku ni spesis semut mayat takkan nak bau KFC plak! cis! kuang ajo" dia berlalu pergi tetiba aku ternampak pula semut yang warna yang merah mengancam"cik adik? tumpang tanya ada nampak bini saya?"

semut tu menoleh "bai! aku jantan la! aku ni semut merah! aku tak kenal bini ko blah la lu!" aku kebinggungan aku berkata dalam hati "eh! macam mana aku boleh jadi semut ni? aku dah takde pengalaman dalam dunia pensemutan ni"

tetapi pertanyaanku tersentak,aku disergah oleh sekumpulan semut-semut lain mereka berkata "woi! ko ni termenung apa! putus cinta ker? dah jom kita pergi"

aku berkata "nak pergi mana? aku belum tido lagi letih pun tak habis ni" tetiba semut dol berkata "ko ni buta sejarah betol la! semut mana ada tido! jom ikut aku kita nak berperang" dan dia menarik aku "jom! modus operandi kita nak geget Nick Irfan sebab dia selalu buli kita"

aku terkejut "eh! korang nak geget aku ker? aku Nick Irfan" semut dol berkata "giler ko! kami geget manusia jer!" aku nak tak nak terpaksa mengikuti juga aku dalam perjalanan ke jamban aku menutup hidung dan berkata "busuknya" tetiba aku terdengar laungan tentera semut "serang!!!"

tetiba aku terdengar geget bontot dia! kasi geget perut dia! ni la balasan sebab ko bunuh pak sedara aku! cabut bulu ketiak dia! kita kumpul buat baju sejuk! cabut bulu kaki dia buat tikar mengkuang! haha"

tetiba aku terasa badanku sakit aku hairan teiba sedar aku melihat banyak semut mengerumuniku aku terjaga bila bangun aku terkejut aku manusia kembali! aku bersyukur pada Allah rupanya tadi hanyalah mimpi tetiba aku melihat banyak semut masih di jamban tapi kali ni aku tak membunuhnya aku segera ke dapur dan memberi mereka gula.

ketika tu semua semut sudah pergi aku hanya melihat semut dol dan angkatan tenteranya dan aku berdoa smoga mereka dapat hidup bahagia lepas ni dan aku berjanji takkan membunuh semut lagi.....


P/S= NI CERITA BETOL! AKU MIMPI MASA TU TAHUN 2009 BULAN DISEMBER.. AKU NAK POST DARI TAHUN LEPAS TAPI PENDRIVE HILANG PLAK MASA TU? HA! GELAK-GELAK JUGA TAPI CERITA NI PENGAJARAN LAIN KALI SAPA YANG SUKA BUNUH SEMUT TU BERHENTI LA OK? NANTI KORANG JADI SEMUT PLAK MACAM MANA BILA SEDARA MARA KORANG DIBUNUH MANUSIA? PIKIR-PIKIRKANLAH.. APA-APA PUN JANGAN ANIAYA HAIWAN SAYANGILAH HAIWAN SEBAB DIA PUN NAK HIDUP JUGAK.....

30 ulasan:

Insan Biasa berkata...

Mereka yg tak baca antri ni benar2
dalam kerugian hidupnya....

aku akan baca antri ni berkali kali ,
Menarik cerita dan cara menulisnya .

FatinZol berkata...

ahaha...mimpi jadi semut?..aiyyoh...xpe la skali skala merasa...=)

marinahunny berkata...

hahahaha btul ke mimpi ni..??

kasihkuamiera berkata...

hahhahahah nie sakit pyot kew akit mental nie
ngn semut pun awk jeles
hehehehehehhehe tahap bahaya nie
nak soh sy temph bilik kt hospital bahagia x
wakakakkakakakakka gurau jew

GhOsToNe berkata...

uiks..

kalolah realitinye terjadi!

master teddy berkata...

bro..cte lu wat wa gelak ar.hehe,,keep it up!

wa sokong lu sal jgn aniaya haiwan.walau cmne x ske pon kt haiwan tu jgn buli dorg.

cte yg kelakar tp penuh ngn pengajaran.hehe,,

yna_kawaii berkata...

wah!interesting mimpi ya~;p
iya btol tu..suma makhluk shud be treated the same kan...

iyllienaz berkata...

haha..bile bagi gula, bertambah2 la semut datang..ohh..tp still xsuke semut byk2..

mid0rie zizie berkata...

bru td membunuh seangkatan semut.. x b0leh menahan dirie dri membunuh r.. bunuh semut!! ( dihasut syaitan ).. huhu..

DAYANA berkata...

wah....hebat tul..two thumbs up... terelit seribu satu pengajaran.. sekecil-kecil makhluk Allah... mereka tetap makhlauk Allah..jadi hormatila mereka....

NICK IRFAN berkata...

insan biasa=wah! thnkz! eh! ko puji sikit2 dh ler... aduh.. biasa jer entry ni.... hehee

NICK IRFAN berkata...

fatinzol=yup! sekali sekala kan? hehehe

NICK IRFAN berkata...

mariahunny=btol la...

NICK IRFAN berkata...

kasihkuamiera=klu ade kosang wad bahagia ape salahnyer... lgpn sy hidup pun x pnh bahagia teringin jgk nk rsa bahagia... hehehehehhehe

NICK IRFAN berkata...

ghostone=uih! jgn la jd realiti plak? seram aku... ni mimpi la...

NICK IRFAN berkata...

master teddy=thnkz! hehehe 2 la saja selitkan klakar dan bg pengajaran sikit? hehehe

NICK IRFAN berkata...

yna kawaii=lps jd mcm ni sy dh xnk bunuh semut lagi...

NICK IRFAN berkata...

iyllienaz=eh! dpt pahala... hehee lgpn sian semut tu...

NICK IRFAN berkata...

midorie zizie=ha! x baik la nnt awk dpt mimpi mcm ni ha! eh!!! awak napa blog awk x leh nk bg ulasan????

NICK IRFAN berkata...

dayana=thnkz! hehehe yup! sekecil makhluk allah dia pun nak hidup jgk?

.millalara. berkata...

dunia pensemutan.. sumpah teruja! hehehe....

nice story ohh.. imaginasi anda sungguh tinggi ;)

NICK IRFAN berkata...

MILARA=hehee imaginasi tinggi? xde la biasa jer lgpun tuhan kasi guan la sebaik mungkin...

mas berkata...

tak baek oohhh dera bnatang

NICK IRFAN berkata...

mas-btol tu mas pengajaran cte ni... hehehe

sya ar berkata...

HAHAHA.
mcm the ant bully.

NICK IRFAN berkata...

sya-ar=huh! yup! btol3.. hehe

Honeyz berkata...

x paham nape ramai letak komen ca ketawa (letak hehe/haha). sdgkan akak plak, awal2 bace..tgk word "muntah", nk2 kate makan, trase loya plak tekak ni. hehe. but then bace story tu, btol2 ade "rase".. bak kata nick, menyelami "dunia persemutan"...

sungguh! betol pe nick katekan tu, sekecil2 makhluq, tapi semut juga punya hati dan perasaan. mereka juga hidup dan bernyawa cm kita. tp mgkn sbb haiwan x tunjuk muke sedih n nanges, jd manusia kurang mengerti, hilang rase utk haiwan.

sedangkan dalam Al-Qur'an pun, siap ade surah yg dinamakan semut (Al-Naml).. teringat juga kisah nabi sulaiman yg boleh dgr dan faham tatkala semut minta perlindungan n keselamatan (dr dipijak manusia)...

p/s: akak kalau semut biase xde mslh mane, tp kalau semut api, nak2 kena geget, mmg x tahanla.. sure bunuh gakla. hehe. tp yela, tu kes sbb mudharatkan kita, jd dibenarkan :)

NICK IRFAN berkata...

honeyz=xthu la kak? ni cte pengajaran hehehe ape2 pun sy sokong kata2 akak sbb tu skrg sy x bunuh semut dh insaf oh.. ape2 pun dia makhluk allh dan berhak utk hidup... semut api? hehe klu tegk2 dekat2 mmg mengancam! hahaha merah menyala ape2 pun klu dia geget sakit mau x mau kena bunuh gak..

MissXYZ berkata...

best la... mimpi leh jadi entri blog...

pandai menulis... =)

NICK IRFAN berkata...

miss xyz=cte pengajaran ni.. mimpi jd semut! hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"Magical Template" designed by Blogger Buster