Thankz kepada semua yang follow aku nanti aku follow korang balik..

Selasa, 12 Januari 2010

KENANGAN DI SEKOLAH

HAI SEMUA FOLLOWER NAK DENGAR TAK KISAH AKU MASA FORM5? HAHA APA JADI? CERITA APA? JOM TENGOK....


Aku ingat lagi masa aku form5 awal tahun cikgu pilih aku untuk membentangkan isu semasa kat depan semua budak form5 kelas aku,tapi selama 3 ari berturut-turut! aku dah gelabah balik rumah nak mandi tak basah bukan tak basah langsung basah kepala jer,makan tak kenyang nak buat macam mana masa tu hanya ada biskut merry je,tido tak lena yela malam ada babun mana tah buka tv punya kuat! cis! aku kelam kabut esok nak presentation? geram cikgu pilih aku pehal! atas alasan aku pendiam! nak bagi aku biasa bercakap? hak puih! cikgu kena la paham aku ni pendiam hormat la sikit!

Tapi tak pe malam tu aku punya la pikir macam mana nak buat? kalau kata demam pagi tu juga ayah aku akan hantar ke klinik? kalau kata sakit perut pagi tu juga mak aku masak macam-macam suruh makan? kalau kata sakit kepala? kakak aku mula la promo plaster tempal kat kepala tu(apa orang panggil) korang tau kan? kalau kata sakit badan nanti parent aku hantar refleksologi plak? jadi memang tak ada idea dah nak bagi alasan! kalau ponteng? ha! lagi la kantoi! memang malam tu hanya tuhan yang tahu aku tak tido sampai siang!

Lepas je sembahyang subuh tetiba ayah aku datang kat aku dia kata "awat gelabah semacam ni? hang ada buat salah kat sekolah ka" aku cerita la kat bapak aku? rupanya bapak aku lagi terrer wei bagi idea!!!!! tak terpikir aku nak buat idea macam tu! haha lepas tu bapak aku kata "dulu babah pun macam tu juga tapi otak mau pandai la" aku pun apa lagi jalankan idea bapak aku tu anak bapak la katakan bak kata pepatung "macam mana kuah nak tumpah kat nasi kalau tak korang tak tumpahkan" haha

Ok2 cerita dia macam ni lepas idea ayah aku bagi tu? terus aku senyum jer control macho la tu.setiba di kelas semua tepuk tangan dorang memang macam tu saya suka usik aku sebab pendiam la katakan? lepas aku masuk kelas semua tanya apa yang nak aku bentang kan? aku kata "nanti aku bentang la belum azan lagi macam mana nak betang sejadah"

Tetiba cikgu panggil la "NICK" dengan muka senyum aku berkata "dengar semua budak-budak kelas aku! korang pun sama follower blog aku dah korang baca entry aku ni jadi korang dengar la ok? soalan aku senang jer "Korang Tau Tak Apa Aku Nak Cakap?" semua budak kelas aku termasuk follower yang baca ni jawab "Tak Tau" aku terus kata "Kalau Hangpa Semua Tak Tau Apa Aku Nak Cakap,Baik Aku Tak Payah Cakap" aku terus duduk di kerusi semua mulut ternganga jer cikgu kata "er.. er.. cikgu binggung ni macam kena pukau? esok sambung presention tau! cikgu tak tau nak kata apa"

Esok aku datang sekola cikgu tanya "Nick bentangkan presentation anda!" aku bertanya "Korang Tau Tak Apa Aku Nak Cakap?" dorang semua pandai dorang buat isyarat muka aku nampak tapi aku buat tak tahu jer semua budak kelas aku termasuk follower blog aku kata "Dah Tau!" aku pun balas balik "Kalau Korang Dah Tau Jadi Buat Apa Aku Nak Cakap Lagi?"cikgu terlopong lagi mulut dia saambil garu kepala dan berkata "apa maksud hang nick cikgu pening?" aku dengan megah menjawab"Dah Semua Orang Tau Buat Apa Saya Nak Cakap?" semua budak kelas aku pening aku dengan muka selumber dek jer la...

Esok aku kena buat pembentangan depan kelas tapi cikgu dengan megah berkata "Nick Kami Dalam kelas Ni Ada Setengah Tau Apa Hang Nak Cerita! Ha! Jawab La Nick?" semua gelakan aku termasuk follower blog aku,dalam hati aku berkata "cis gelakkan aku ek? korang ingat aku tak tau nak jawab?" aku dengan tenang menjawab balik pertanyaan cikgu "Kalau Ada Setengah Yang Tau Dan Setengah Tak Tau? lagi senang! ha! Yang Tak Tau Bagi Tau Yang Tak Tau" aku terus pergi dengan senyuman sinis dorang terkena lagi! wakakaka cikgu terus pensan!

P/S=NI CERITA BETOL NI! HAHAHA CERITA NI DAH PERNAH DIBUAT OLEH BAPAK AKU MASA DIA SEKOLAH DULU JADI DITURUNKAN IDEA NI KEPADA AKU? HAHAHA JADI KALAU KORANG KENA BUAT PEMBENTANGAN KALAU KORANG NAK GUNA AYAT AKU NI TERPULANG LA TAPI JANGAN LECTURE ATAU CIKGU KORANG PENSAN DAH? APA-APA PUN KALAU KORANG DIBERI KERJA BUAT TAU! JANGAN JADI MACAM AKU NI... HEHEHE

38 ulasan:

iyllienaz berkata...

ok..aku xbape paham ngan simbol2 segala tu..ape kah sebnarnya??waa..xpuas hati plak..

Afiqah Azmee berkata...

HAHAHAHAHA... mantap gak cadangan nick ni.. nanti nak try ahhh.. howoe~ :D

lawak siaaa... :DDD

Mahirararara berkata...

hahaha !
wak lu dowh bg idea cmtuh .
waakkaak !

Tanpa Nama berkata...

wey. terima kaseh pakai huruf kecil haha. bru aku blh baca.

+

aku xblh fhm cerita kau la psl ada tulisan yg jd bentuk love, right, tick, factory. ape ntah. font webdings kuar (-.-')

Tanpa Nama berkata...

ayat aper tu..xpaham ler

p/s yg tampal kt kepala tu pngl koyok

Aslina berkata...

apa yang simbol2 tu?

tak paham laa... kene copy-paste kat words pastu translate ke?

Aslina berkata...

haaa...baru aku dapat tangkap ape bende ko nak cube citer...

heheh...best jugak eh buat cenggitu...

Tanpa Nama berkata...

heheh..

bgune neh.,ekeke.. =P

MM berkata...

ni mcam ceerite hikayat JOHA jer..famous kat kedah nu...

Ice Juliette berkata...

wakakaka...
gle pe??
bgos gak idea babah kmoo tuu..
leyh la try skali *berlkali2 aku gse nk try nie act..
hehe ^^ cuz aku mmg laa mls nk buat presentation nie...

Tanpa Nama berkata...

hahaha..

baguih gilew idea ayah ko!!!

sgt bagus!!

Tanpa Nama berkata...

adoi ya...len kali nyanyi je lagu Adam AF kat depan tu...terbaek la.

PEJUANG KESENIAN EXTREME berkata...

Bapak borek anak rintik..
Idea ko boleh pakai siut..boleh tiru ni..hahah
salah2..bukan idea ko..,idea bapak ko..hah

Kak Aidah berkata...

Salam Nick,
Ni cerita betul ke. Baiknya cikgu nick tu tak marah pun. Musykil akak kejap, hehehe.....

Unknown berkata...

iylinienaz=simbol xde ape makna pun... hehehe

Unknown berkata...

miss lulu=hahaha try la.. ape2 pun yg berlaku sy x terlibat ek? hehehe

Unknown berkata...

maheyra=hehehe bapak spoting la masa tu... hehehe

Unknown berkata...

kambeng hitam=sory ade kesilapan teknilal sikit.... hehehe

Unknown berkata...

kasihkuamiera=sory silap sikit... oh koyok ker???

Unknown berkata...

bukan nama sebenar=sory silap sikit... hehehe

Unknown berkata...

master tedy=yup! mmg berguna...

Unknown berkata...

mi mael=cerita kat kedah ker? btol la bpk aku org kedah... oh... patut la dia dpt idea kat sana...

Unknown berkata...

ice=try la brguna ni... hehehe

Unknown berkata...

ghostone=bapak borek anak rintik la katakan... hehehee

Unknown berkata...

fatinzol=ade nak nynyi lak? hehehe

Unknown berkata...

pejuang kesenian=tau xpe anak bapak la katakan.. hahaha

Unknown berkata...

kak aidah=cikgu tu spoting sbb tu dia x marah klu cikgu garang sy x berani buat la....

Unknown berkata...

bukan nama sebenar=yup! kena copy paste sory kesilapan teknikal...

mas berkata...

hebat ar idea tu....boleh dimuat turunkan kpd anak cucu cicit piut nick laa...hehehehe

Unknown berkata...

mas=yup!!! mmg! hehehe saya akan turunkan jgk...

syah berkata...

hahahaaa
kuang hassaammm
tp bernas jugak eh

Unknown berkata...

sya ar=hehehe ank bapak la katakan? hehe

Honeyz berkata...

akak tertanye2, biar btol ni idea dr ayah nick? patutnye kasi semangat. tp lain plak diajar. tp yela, utk sahut cbrn ckp dpn kelas kan.. xnak kasi nervous, wat jela ek idea gitu. hehe.

serius terkejut gak leh berani wat gitu n cikgu lak x marah. rupenye cikgu sporting..patutla pn.. jd sape2 yg terfikir nk tiru aksi ni, make sure cikgu korang pn sporting ek. kang x pasal2 kena marah =D

Unknown berkata...

hhoneyz=sbnrnya bkn idea ayah sy dia cuma cerita pasal kwn dia je yg mcm sy takut naik pentas.. jd bila dgr mc tu sy trus la buat nk try tgk? hehehe cikgu spotting hbis! wlpn dia cikgu laki muka macam mafia! ganas! serius tp lawak hbis spotting lak tu... slalu bg tips kat kitorg mcm mne nk ngorat awek? hehe

Unknown berkata...

test

XYZ berkata...

best seyh... ade cikgu cam tu...
dulu sy klu malas ponteng kelas je...
jahatnye.. =)

Unknown berkata...

miss xyz=cikgu spoting masa tu... last2 kena denda jgk? hehe

Unknown berkata...

thnkz smua sudi komen!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"Magical Template" designed by Blogger Buster