Thankz kepada semua yang follow aku nanti aku follow korang balik..

Isnin, 30 Ogos 2010

MALAM LAILATULQADAR

Salam... tadi aku ade terbaca 1 artikel yang agak menarik untuk di kongsi bersama-sama,jadi aku ambik artikel ni sama-sama kita baca ok! layan....



Lailatul Qadar adalah malam yang lebih baik dari seribu bulan. Siapa saja akan mendapatkan keutamaan malam tersebut, karena itu adalah janji Allah kepada kita. Karena itu mengisinya dengan serangkaian ibadah merupakan sunnah yang sangat dianjurkan Rasulullah SAW bersabda,” Barangsiapa mencari lailat al qodr, hendaknya ia mencarinya pada malam kedua puluh tujuh” (HR Ahmad).


Jatuhnya Lailatul Qadar

Para ulama bersepakat bahawa Lailatul-Qodar terjadi pada malam bulan Ramadhan. Dan terus berlangsung pada setiap bulan Ramadhan untuk mashlahat umat Muhammad, sampai terjadinya hari qiyamat. Adapun tentang penentuan kapan persis terjadinya, para ulama berbeda pendapat disebabkan beragamnya informasi hadits Rasulullah, serta pemahaman para shahabat tentang hal tersebut. Sebagaimana tersebut di bawah ini:


1. Lailatul-Qadar itu jatuh pada malam 17 Ramadhan,iaitu malam diturunkannya Al Qur’an. Hal ini disampaikan oleh Zaid bin Arqom dan Abdullah bin Zubair ra. (HR Ibnu Abi Syaibah, Baihaqi dan Bukhori dalam tarikh).

2. Lailatul-Qadar itu jatuh pada malam-malam ganjil di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan. Diriwayatkan oleh Aisyah dari sabda Rasululah SAW: “Carilah lailatul qadar pada malam-malam ganjil di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan” (HR Bukhori, Muslim dan Baihaqi)

3. Lailatul Qadar terjadi pada malam tanggal 21 Ramadhan, berdasarkan hadis riwayat Abi Said al Khudri yang dilaporkan oleh Bukhori dan Muslim.

4. Lailatul-Qadar jatuh pada malam tanggal 23 bulan Ramadhan, Berdasarkan hadis riwayat Abdullah bin Unais al Juhany, seperti dilaporkan oleh Bukhori dan Muslim.

5. Lailatul-Qodar jatuh pada malam tanggal 27 bulan Ramadhan, berdasarkan hadis riwayat Ibnu Umar, Seperti dikutip oleh Ahmad. Dan seperti diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah, bahawa Umar bin al Khoththob, Hudzaifah serta sekumpulan besar shahabat, yakin bahwa lailat al qodr terjadi pada malam 27 bulan Ramadhan. Rasulullah SAW seperti diriwayatkan oleh Ibnu Abbas, juga pernah menyampaikan kepada sahabat yang telah tua dan lemah tak mampu qiyam berlama-lama dan meminta nasihat kepada beliau agar ia boleh mendapatkan lailatul qadar, Rasulullah SAW kemudian menasihati agar ia mencarinya pada malam ke 27 bulan Ramadhan (HR Thabroni dan Baihaqi).

6.Seperti difahami dari riwayat Ibnu Umar dan Abi Bakrah yang dilaporkan oleh Bukhori dan Muslim, terjadinya lailatul qadar mungkin berpindah-pindah pada malam-malam ganjil sepanjang sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan. Sesuai dengan informasi terakhir ini, dan kerana langkah dan pentingnya, maka selayaknya setiap muslim selalu mendapatkannya pada sepanjang sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.


Bila kita sedari malam lailatulqadar apa yang hendak dilakukan

Seperti diriwayatkan oleh Imam Muslim, Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi, bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: “Pada saat terjadinya Lailatul-Qodar itu, malam terasa jernih, terang, tenang, cuaca sejuk tidak terasa panas tidak juga dingin. Dan pada pagi harinya matahari terbit dengan jernih terang benderang tanpa tertutup sesuatu awan”.Sedangkan yang harus dilakukan agar dapat menggapainya :


1. Lebih bersungguh-sungguh dalam menjalankan semua bentuk ibadah pada hari-hari Ramadhan, menjauhkan diri dari semua hal yang dapat mengurangi kekhusyukan ibadah pada hari-hari itu. Dalam ibadat ini juga harap sertakan keluarga sekali berjemaah bersama hal itulah yang dahulu dicontohkan Rasulullah SAW.

2. Melakukan i’tikaf dengan sekuat tenaga. Itulah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

3. Melakukan qiyamullail berjama’ah, sampai dengan rekaat terakhir yang dilakukan imam, sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Dzar ra.

4. Memperbanyak do’a memohon ampunan dan keselamatan kepada Allah dengan lafal: “Allahumma innaka ‘afuwun tuhibbul afwa fa’fu ‘anni”. Hal inilah yang diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Aisyah ra ketika beliau bertanya: “Wahai Rasulullah, bila aku ketahui kedatangan lailat al qodr, apa yang mesti aku ucapkan?” (HR Ahmad, Ibnu Majah dan Tirmidzi)


LAILATULQADAR MALAM YANG DINANTI OLEH MUKMIN

10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.

Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".


Sebab turun surah al-Qadr

Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.

Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.

Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.


Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut

Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya"

Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.

Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."


Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar

Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.

Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.

Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.

Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.


Doa khusus di Malam Lailatulqadar Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut


1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.

Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"

Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku. Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa

Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:

1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.

Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.


Tanda Malam Lailatulqadar

Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:

- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasukpohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.

Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.


P/S=fuh! panjang giler entry aku kali ni? ada ke orang yang baca? hehe apa-apapun entry ni untuk info kepada anda semua....

Ahad, 29 Ogos 2010

BILA YAKIN SEMUA BENDA BOLEH JADI!

Salam.. kali ni aku sambung lagi kisah-kisah teladan untuk renungan kita bersama... sama-sama kita ambil iktibar... insyaallah..


Pada zaman
dahulu ada seorang anak yatim kerjanya mengembala kambing arwah bapanya di kampung yang tinggal di seberang sungai.Ibunya seorang balu yang sudah tua kehidupan mereka sedikit susah dan sengsara.

Pada suatu malam dia berkata kepada ibunya, sambil melihat bulan dan bintang di langit yang cerah disebabkan bulan mengambang.“Saya bercadang untuk pergi belajar dengan tuan guru pondok seberang sungai itu mak,saya ingin mendalami ilmu agama“ kata si anak yatim itu.

“Kau boleh belajar nak,tetapi bagaimana dengan yuran persekolahan dan segala alat keperluan belajar? Kita orang meskin nak,” jawab ibu Bunyinya sayu.“Saya akan menjual seekor kambing peliharaan,wangnya untuk yuran persekolahan tentu boleh mak,” kata si anak yatim kepada ibunya

Pada petang jumaat ibunya membawa Si Yatim untuk diserahkannya kepada tuan guru pondok seberang sungai,waktu belajar Si Yatim kena duduk di bawah rumah kerana tiada mempunyai buku dan alat tulis.Harga kambingnya cuma cukup membayar asrama dan yuran sekolah pondok sahaja.

Waktu belajar tuan guru tok janggut ada berpesan kepada muridnya setiap pekerjaan kerja hendaklah dimuali dengan bismillah Sesiapa yang yakin dengannya segala macam kerja boleh dan dipermudahkan oleh Allah SWT sambil menarik-narik janggutnya

Sewaktu cuti penggal pertama Si Yatim pulang ke kampungnya.petang plak dia menjaga kambing-kambingnya,Tiba-tiba hujan turun kambing-kambing enggan pulang puas Si Yatim mengejarnya semua kambingnya mengelilingi sebuah tasek besar,

Si Yatim menjadi bingung,lama baru dia terfikir kata tuan guru tok janggut itu lantas dia membaca bismilah, tanpa disedarinya kaki boleh melangkah ke permukaan air tasik itu.

Melihat keadaan itu, semua kambing-kambing lari pulang.Sejak peristiwa itu, Si Yatim tidak lagi tinggal di asrama,dia boleh berulang alik dari rumahnya ke sekolah pondok seberang sungai itu.Dia juga boleh membantu ibunya memelihara kambing arwah ayahnya.

Setelah keputusannya baik Si Yatim bercadang membuat kenduri kesyukuran,Sewaktu dia menjemput tok guru haji jangut pergi ke rumahnya, tok guru menjadi hairan bagaimana hendak ke seberang jika tiada sampan.

Si Yatim tersenyum, lalu dia membaca bismillah, terus berjalan di atas air dengan pantasnya seperti kilat menyeberang sungai itu.tok guru jangut tercengan hairan.

Si Yatim meminta tok guru dengan penuh yakin, tetapi malangnya tok guru terus tengelam bila dia cuba melakukannya. TAMAT.



P/S=
Tiap kerja dengan penuh yatin dan izin Allah SWT pasti diberkati.tapi rasanya kalau sekarang baca bismillah pun rasanya tak boleh kita terapung di atas air? dulu-dulu boleh la... apa-apapun sekarang apa jua perkerjaan kita mulakan dengan bismillah mudah-mudahan kerja kita dipermudahkan olehNya....

Sabtu, 28 Ogos 2010

DULU? KINI? AKAN DATANG?

Salam.. terimalah sajak yang tak seberapa dari aku untuk renungan kita bersama... hehe





DULU? KINI? AKAN DATANG?

Dimana kita dulu?
Aman damai dalam rahim ibu,
Cuma bersiap siaga menunggu hari
Menerjah keluar di dunia penuh pancaroba

Dimana kita kini?
Terlalu mudah untuk dijawap,
Berdiri di depan cermin lihat wajah anda
Tegang lagikah kulit,hitamkah rambut dikepala.

Dimana kita akan datang?
Lihatlah tanah perkuburan kita,
Bagaimana mayat masuk ke dalam kubur
Dibacanya talkin buat peringatan yang terakhir.


===Nick Irfan===


P/S=hehe saja nak mencuba jer...

ANTARA MAZMUMMAH YANG MENGHILANGKAN BAHAGIA DI HAT

Salam.. sekarang ni aku nak cerita sikit antara-antara sifat mazmummah baru dapat kat e-mail tadi... hehe kebanyakan entry aku bulan puasa ni aku ambil dari e-mail aku yang dulu-dulu punya tapi yang ada unsur pengajaran dan nasihat untuk kita kongsi bersama-sama....



1. Pemarah=paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Pendendam tersembunyi=iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Cinta dunia=tidak dapat menderita kerana kalau dapat pun susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

4. Bakhil=sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia

5. Tamak=orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak lagipun org tamak selalu rugi.. Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar=andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..contoh time keja banyak tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja hehe)

7. Ego=ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak=terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlak0n-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takbur dengan apa yang kita ada..


Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dll tetapi ialah MAZMUMMAH.Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain....andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.

Wallahualam"


P/S=macam mana? semoga lepas ni kita cubalah buang segala sifat mazmummah dalam diri kita ni... aku pun mulai sekarang akan cuba buang sifat-sifat mazmummah dalam diri aku.... amin...

Jumaat, 27 Ogos 2010

10 MAYAT YANG TAK REPUT!!

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM , TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP .

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?' Maka jawabnya Rasulullah saw 'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.' Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.

Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.




Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-

1. Para Nabi

2 Para Ahli Jihad

3. Para Alim Ulama

4. Para Syuhada

5. Para Penghafal Al Quran

6. Imam atau Pemimpin yang Adil

7. Tukang Azan

8. Wanita yang mati kelahiran/beranak

9. Orang mati dibunuh atau dianiaya

10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan :

' Wahai Ridhwan , sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. '

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :

'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.'

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. ' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' Surah Al-Baqarah : 237

Untuk renungan dan amalan bersama ..

WALLAHUALAM..



P/S=ni artikel yang aku baca tadi jadi saja nk berkongsi dengan korang semua... eh! hari ni nuzul quran kan? selamat nuzul quran semua!

Khamis, 26 Ogos 2010

CARILAH YANG PALING CANTIK

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini...



Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu
: Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang
saya suruh.Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar
: Baiklah...apa yang saya harus buat?


Cikgu
: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga.
Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar
: Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.



Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.


Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar
: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput
yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang,saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula,jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu
: Ya,itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan
seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang.Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.


P/S=menarik artikel ni jadi aku nak berkongsi dengan korang semua... sama-sama kita hayatinya...

Selasa, 24 Ogos 2010

MENCARI KEBERKATAN DOA

Salam ha! saja letak lagu kat blog aku ni? hehe baru teringat tadi aku ada terbaca 1 artikel dalam e-mail aku entahla sapa yang hantar? apa-apapun menarik jugak artikel dia.... sama-sama kita hayati yer..


DOA SENJATA ORANG MUKMIN…. BERIKUT ADA PANDUAN TATA CARA BERDOA
IAITU:




1)ANGKAT TANGAN KE PARAS DADA

2)RAPATKAN KEDUA-DUA BELAH TAPAK TANGAN

3)APABILA URAT TANGAN BERTEMU IA AKAN MENJADI SEPERTI HURUF BA? TITIK BA TERLETAK DI HATI KITA.KEDUDUKANNYA RENDAH DARI TANGAN YG KITA TADAH.SETIAP HURUH HIJAIAH DIDALAM AL QURAN ADA MALAIKAT YANG MENJAGANYA. HURUF BA DIJAGA OLEH MALAIKAT BERNAMA ‘HAR HAYAAIL’. MALAIKAT INI AKAN MENGANGKAT DOA KITA TERUS MENGHADAP ALLAH TANPA SEBARANG PERANTARA. OLEH ITU BERDOA BERSUNGGUH-SUNGGUH DENGAN PENUH PENGHARAPAN.

4)DUDUKLAH DALAM KEADAAN SOPAN SEPERTI DUDUK IFTIRASY DAN DUDUK TAHIYAT AKHIR. JIKA BERDIRI TEGAKKAN BADAN BETUL-BETUL DAN JANGAN MENYANDAR / BERSANDAR.

5)SEPANJANG BERDOA, BANYAKKAN MEMUJI KEBESARAN ALLAH DAN MENYEBUT NAMA-NAMA ALLAH YANG LAIN YANG BERSESUAIAN DENGAN KEPERLUAN DOA KITA PADA MASA ITU. CONTOHNYA… JIKA BERDOA MOHON DIPERMUDAHKAN REZEKI, SEBUTLAH NAMA ALLAH AR-RAZAQ DAN DISUSULI JUGA DENGAN BERSALAWAT NABI SAW

6)BERDOALAH BERSUNGGUH-SUNGGUH DARI HATI. GUNALAH BAHASA YG DAPAT DIFAHAMI KERANA ALLAH MAHA PENGASIH DAN SANGAT MEMAHAMI DAN MENDENGAR SEGALA BICARA TULUS HAMBA-HAMBANYA

7)AJARKANLAH ADAB BERDOA KEPADA SELURUH AHLI KELUARGA SEDARI USIA KECIL KERANA INSYA ALLAH IA AKAN DAPAT MEMBENTUK PERIBADI BAIK DALAM KEHIDUPAN.


P/S=sama kita cuba yer malam lailatulqadar ni.. insyaallah moga doa kita di makbulkan olehNya... Amin

Isnin, 23 Ogos 2010

KEIKHLASAN SEORANG HAMBA

Salam.. bertemu kembali! hehe kali ni sambung kisah seterusnya ok? sama-sama kita hayatinya..


Umar pergi padang gurun dan melihat seorang hamba yang menjaga beribu ekor kambing,Umar ingin menduga hati hamba pengembala kambing itu,lalu Umar berkata "jualah seekor dua kambing itu kepada saya,saya akan bayar dengan harga yang lebih!"

Hamba pegembala kambing itu terkejut selama ini dia tidak pernah membuat sesuatu tanpa pengetahuan tuannya. dia pun berkata "maaf saya tak dapat menjualnya kerana kambing-kambing ini kepunyaan orang" Jawab hamba itu dengan tenang.

Umar menjawab “Kenapa tidak boleh,tuan punya kambing ini bukan tahu,Cuma kita berdua saja di sini saya akan bayar dengan harga dua kali ganda? Bagaimana setuju?" sambil mengeluarkan wang yang ditawarkannya itu dan tersenyum.melihat wajah hamba itu yang agak gelisah.

“Tidak,walaupun sesiapa tidak nampak cuma kita berdua sahaja,tetapi Allah nampak akan perbuatan kita,saya tak mahu didakwa di akhirat nanti.“ kata hamba itu dengan tegas umar menjawab “kerana keikhlasan kamu sorang hamba,Hari ini aku bebaskan kamu daripada menjadi hamba pergilah kamu dengan wang upah menjaga kambing ini agar kamu hidup bebas dan merdeka, tidak lagi menjadi seorang hamba ‘”Kata Umar sambil menepuk-nepuk bahu pegembala kambing itu.


P/S=jadi kalau nak buat apa benda yang salah sekalipun? atau ada orang bagi rasuah ke? atau apa-apapun yang korang rasa serba salah? Walaupun takde sapa nampak masa tu tapi ingat Allah sentiasa memerhatikan kita semua...

Ahad, 22 Ogos 2010

BERJUANG WALAU DITIMPA MUSIBAH

Salam... thankz semua yang sudi singgah dan drop komen! hehe ha! kali ni aku nak siar lagi kisah-kisah untuk kita hayati bersama....


Sewaktu Abu Hanifah membaca hadis nabi SAW yang agak panjang, tiba-tiba dia mengalir air mata, semua yang mendengar nya agak hairan, setelah hadis dibacanya habis, dia pun pengsan.

Selepas dia sedar mereka pun bertanya hal keadaannya.Dia pun menceritakan, bahawa kakinya di sepit seekor kala jengking, sewaktu membaca hadis nabi, kerana dia ingin menghabiskan cerita nabi itu, supaya tidak terputus dia membacanya terus dia terpaksa menahan sakit, sehinggalah dia pengsan.


P/S=Begitulah cinta dan kasih seorang hamba bernama Abu Hanifah kepada junjungan kita Nabi Muhamad SAW dia sanggup menahan sakit sehingga pengsan.Wah! kalau aku la tengah bagi ceramah nampak kala jengking belum sampai lagi kat kaki aku dah lari dah.. hehehe

Sabtu, 21 Ogos 2010

LAWAK DAN KESIAN PLAK TENGOK?

Salam... hari ni aku nak letak video kejab kawan aku bagi tadi aku ingat video apa tadi? hehe apa-apapun memang lawak dan kesian pun ada? adoi.... hahaha


P/S=nanti malam aku sambung balik cerita pengajaran akhlak....



Jumaat, 20 Ogos 2010

PERGORBANAN NABI TERHADAP ORANG LAIN

Salam... ha! jumpa lagi! hahaha macam biasa sambung lagi kisah-kisah pengajaran? sory la kalau korang bosan dengan cerita aku ni? tapi nak buat macam mana memang aku target bulan puasa nak siar kisah-kisah pengajaran jer... kepada yang selalu singgah blog aku terima kasih dan sory ada blog aku tak boleh nak singgah balik intenet prob sikit sory....


Nabi ada 8 darham dia pergi ke pasar,bercadang hendak membeli kain, bila tiba saja di pasar ada seorang kanak kanak menagis ketakutan ibunya marah duitnya hilang, nabi kesihan dia derma 2 darham, tinggal 6 darham lagi.

Kemudian nabi membeli kain dengan berharga 4 darham sahaja, sewaktu dia hendak keluar dari pasar, ada satu keluarga miskin, meminta bantuan kepada nabi untuk membeli pakaian, nabi terus memberi kain ela yang dibelikannya tadi kepada keluarga miskin itu.

Nabi tinggal 2 darham, nabi beli semula kain tapi cuma dapat membeli kain yang murah sahaja, sewaktu pulang bila dia sampai di pertengahan jalan, ada seorang hamba Allah meminta orang ramai menghadiahkan kain untuk mengapankan ibunya yang telah meninggal dunia, lalu nabi segera mensedekahkannya.


P/S=Korang boleh berkorban untuk orang lain sedangkan kita sendiri tidak dapat faedah apa-apa tapi itulah dinamakannya keikhlasan? tapi kalau aku plak ikut keadaan dulu? hehe tapi ada sorang member aku bila tolong kawan-kawan mesti dia kata "Aku tolong ini dengan ikhlas! sumpah tak ada udang di sebalik mee tapi ada sikit je isi ayam di bawa sudu" apakah maksudnya itu? adoiyai... hahaha

Rabu, 18 Ogos 2010

ORANG TUA MENGUTUK NABI

Salam.. bersambung lagi kisah teladan? kali ni aku nak cerita sikit pada korang berkenaan hormat menghormati.. jom baca... hehe



Ada seorang perempuan tua sedang mengutip pelepah tamar untuk dijadikan kayu api, sedang dia mengutip itu mulutnya rancak mengutuk, dan menyumpah seranah nabi Muhamad saw.Kebetulan nabi Muhamad berada di situ, dan beliau terus membantu perempuan tua itu mengutip pelepah tamar itu.

Setelah selesai sambil berjalan pulang ke rumahnya, masih juga dia mengutuk dan menghina kepada nabi Muhamas saw tetapi nabi cuma diam sahaja,malah terus memikul pelepah tamar
untuk dijadikan kayu api itu hingga sampai ke rumahnya.

Setelah sampai di rumahnya,perempuan tua itu pun bertanya kepada nabi Muhamad saw dengan penuh terharu kerana sudi menolongnya "Anak muda ini siapa ?" tanya perempuan tua itu."Sayalah Muhamad anak Abdullah." jawab nabi dengan penuh sopan.Perempuan tua itu pun terkejut dan tunduk dengan penuh perasaan malu......



P/S=Jangan menghina seorang itu dengan tanpa usul periksa terlebih dahulu.Mengumpat itu sama seperti memakan daging mentah saudaranya sendiri dan memfitnah pula lebih dahsyat daripada membunuh apa-apapun kalau nak kutuk bila ada orang tak di kenali ke? tanpa dulu dia siapa? takut-takut orang yang korang nak kutuk itu adalah dia...

Selasa, 17 Ogos 2010

KEMALASAN MEMBAWA PADAH!!

Salam...sambung lagi cerita pengajaran kali ni? hehe rasanya sepanjang bulan puasa ni aku nak letak cerita-cerita pengajaran je harap kita boleh ambil iktibar dari kisah-kisah aku ceritakan ni...


Teo Ah Hook adalah seorang kontraktor berpengalaman bekerja sebagai seorang juru bina perumahan, di sekitar Georgstwon, Pulau Pinang. Sebuah negeri yang pesat membangun.Hampir 30 tahun Encik Teo Ah Hook berkhidmat dengan syarikat juru bina perumahan serba indah.

Tahun hadapan merupakan tahun persaraan Encik Teo daripada syarikatnya.Atas mengenang jasanya.Pihak syarikat telah meminta Encik Teo membina sebuah banglo sebelum pesaraannya.Encik Teo diberi kepercayaan penuh dengan memberi kebebasan memilih tempat,waktu dan segala kos ditanggung oleh syarikatnya.

Disebabkan perkhidmatan tinggal setahun saja lagi, rasa kemalasanya telah mula membelenggu perasaanya,Segala kepercayaan yang diberi dilakukan sekadar alah kadar sahaja.Bila tiba hari dan tarikhnya, Encik Teo untuk bersar,Satu majlis perpisahan telah di adakan pada malam itu. Semua kakitangan syarikat itu datang untuk meraikan majlis tersebut.

Selepas diberi peluang untuk Encik Teo memberi ucapan bagi membakar semangat pekerja yang lebih muda darinya.Kini tibalah Ucapan Tuan Pengarah syarikat tersebut.Setelah memberi ucapan kata pujian dan selesai makan minum tuan pengarah pun memberi pengumuman kepada para hadirin sekelian,

“Pada malam ini, Kami dengan senang hati dan mengenang jasa dan perkhimatan Encik Teo selama 3o tahun memajukan syarikat ini kami dengan sukacitanya mengumunkan Banglo yang dibina oleh Encik Teo ini diberi dengan percuma kepadanya” kata tuan pengarah.

Diikuti dengan tepukan germuruh oleh para hadirin malam itu,Encik Teo terpinga-pinga.Di dalam hatinya dia berkata , jika dia tahu Banglo itu untuknya pasti dibuatnya dengan lebih sumpurna dan pembelajaan yang besar.


P/S=ha! kan dan rugi? apa-apapun walaupun kita dah nak berpindah atau berhenti dalam 1 perkerjaan buatlah kerja dengan betol-betol mana tahu yang terakhir tu menjadi milik kita? jangan jadi macam teoh ni memang melepas! hehe

Isnin, 16 Ogos 2010

PENJUAL SUSU DAN ANAKNYA

salam... ok! kali ni sambung lagi kisah seterusnya... sama-sama kita baca dan ambil iktibar dari kisah ni ye??? jom layan...


Pada zaman pemerentahan khulafah Omar Abdul Aziz dia sering mengambil berat kehidupan masyarakatnya di luar kota, yang jarang diberi perhatian oleh seorang pemerintah.

Pada suatu malam Omar Abdul Aziz berjalan malam dan meninjau di sebuah perkampungan yang sunyi,Tiba-tiba dia terdengar perbualan dua orang penghuni di sebuah pondok kecil,

“Emak kenapa tambah air ke dalam susu yang hendak dijual itu?” kata anaknya , agak kecewa.“Cis! Kau diam tak ada orang yang tahu dan nampak, lagi pun jika kita campur air dah tentu kita akan dapat untung lebeh,” jawab maknya.

“Tetapi Allah mat mengtahui dan maha melihat, Tidakah berdosa jika kita lakukan perkara ini?”soal anaknya.Maknya terdiam ., Khalifah Omar Abdul Aziz pun mengangkat tangan tanda bersyukur dan berdoa kepada Allah SWT. Kerana ada rakyatnya yang berjiwa luhur. Dan segera pergi dari itu.


P/S=Kadangkala terdapat orang yang sepatutnya menjadi contoh tauladan tidak kira pada usianya yang peting keikhlasan hati nuraninya paling utama jujur dalam setiap perbuatan yang kita lakukan sebab ingat apa yang kita lakukan Tuhan nampak....

Ahad, 15 Ogos 2010

AL KHARAMAH

Semalam cerita pasal orang mati? sekarang aku nak siarkan cerita lain plak? sila-silalah baca semoga kita semua dapat iktibar dalam cerita aku ni... Insyaallah..


Al KARAMAH seorang yang sangat warak dan kuat beribadat tinggal bersama ibunya,sewaktu mudanya dia sangat taat dan patuh menghormati orang tuanya.
Tidak pernah meyakiti hati ibunya.

Apabila dia berkawin dengan seorang perempuan yang cantik,dia duduk berasingan dengan ibunya, dan jarang pula pulang ke rumah menjenguk ibunya untuk bertanya khabar.Hati ibunya rasa terguris dengan sikap anaknya itu.yang seolah terlupa akan tanggungjawab seorang anak apabila sudah berkawin.

Setelah sekian lama Al Karamah jatuh sakit dan hampir mati, tetapi nyawanya bagai tersekat ditubuhnya rohnya susah hendak keluar seperti ada sesuatu yang menghalangnya,Hal keadaan ini telah diceritakan kepada Nabi Muhamad oleh jiran-jirannya yang terdekat. Mungkin dia berdosa dengan ibunya, “Panggil ibunya datang untuk mengampun dosa anaknya ini,” kata Nabi.

Tetapi ibu Al Karamah menolak tapi ssetelah mendengar cerita Nabi bahawa kharamah sedang nazak barulah ibu datang dan melihat anaknya itu dan memaafkan anaknya itu.Selepas ibunya memberi kemaafan Al karamah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir, setelah sekian lama dalam kedaan nazak yang mati terseksa itu.kembalilah Al Karamah ke Ramatullah.



P/S:Anak-anak yang mendurhakan kepada ibubapa di dunia ini Allah tidak akan menanguhkan penyeksaan di akhirat, tetapi balasannya disediakan di dunia ini jadi kepada semua hormatilah ibu anda dan ayah anda juga! ok! kerana tanpa dorang takde la kita kat dunia ni.....

Khamis, 12 Ogos 2010

ABU KHULAIFAH

Salam.. start bulan puasa aku dah jarang update blog? hehe bukan apa aku tak boleh nak taip la bila taip je perut pun ikut sama berbunyi? hehe tapi malam ni sebelum sembahyang terawih aku nak berkongsi kisah ni...


ABU KHULAFAH seorang ahli sofi yang warak sering mengerjakan solat malam, dan suka mengembara dari satu masjid ke satu masjid untuk bermunajat kepada Allah SWT.Selepas solat isyak Abu Khulafah terdengar suara orang menangis amat terseksa keadaannya, selepas Abu Khulafah mengerjakan solat sunat dua rakaat dan dia pergi mencari dari mana datangnya suara itu.


Tapi setelah di cari di sekaliling masjid tiada kelibat orang pun yang dilihatnya selepas itu Abu Khulaifah pun melelapkan matanya dan dia bermimpi di dalam mimpi Abi Khulafah bertemu dengan hamba Allah yang terseksa itu, “Allah telah murka,harta yang banyak ditinggalkan di dunia telah disalah gunakan oleh Anak-anakku! Mereka sering berjudi,minum arak dan berpoya-poya dengan perempuan, mereka langsung tidak mengeluarkan zakat, solat, apatah lagi untuk berdoa kepadaku.Inilah akibat yang aku terima, penyeksaan." kata orang itu.

Abu Khulaifah berkata "apa yang boleh saya tolong?" orang itu berkata “Tolonglah engkau sampaikan ceritaku ini kepada anak-anakku,minta mereka semuanya bertaubat dan kembali di jalan Allah SWT jumpa mereka di sini" Abu Khulaifah mendengar segala yang di nyatakan oleh orang itu...

Dan setelah Abu Khulafah pun terjaga,esoknya dia segera mencari anak-anak hamba Allah yang terseksa itu, dan menceritakan apa yang telah berlaku, Maka menangislah semua anak Hamba Allah itu. Segera insaf dan bertaubat kepada Allah SWT.Setelah beberapa tahun kemudian , Abu Khulafah singgah lagi di masjid itu, selepas solat insyak dia terdengar pula suara dari belakang masjid yang ada tanah perkuburan itu Kali ini penuh dengan kegembiraan gelak ketawa seperti orang mendapat sesuatu,

Setelah dia solat dua rakaat , dia tidur dan di dalam mempi Abu khulafah bertemu semula dengan hamba Allah itu, “Anak-anakku telah telah melaksanakan apa yang aku minta,terima kasih banyak “ kata hamba Allah itu



P/S= Semoga kita tak melupakan orang yang disana dan selalulah sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka... Al-fatihah kepada semua ahli kubur...................

Selasa, 10 Ogos 2010

SEMUA CERITA ADA

Salam.. sekejab je pejam celik esok puasa! wah! rasanya macam baru je sambut puasa? hehe best bulan puasa ni salah satunya hantu setan dah kena ikat! tak sabar nak sambut ramadahan! yela boleh sembahyang tawarih eh! terawih? aku pun pening mana ejaan yang betol? hehe dan yang paling best sekali!!!! Malam Lailatulqadar!!! malam yang lebih baik dari 1000 bulan! aku setakat ni tak pasti pernah dapat ke tak? harap tahun ni kita semua boleh dapat malam lailatulqadar.. amin...

Ha! baru perasan lama aku tak menulis cerita hantu? sebenarnya siap lama dah tapi siri 8 dan siri 9 takde hantu langsung semua berkisar tentang fantasi sebab tu aku malas nak siar kalau aku siar pun sah! takde sorang pun baca sebab susah nak paham sikit kena baca dengan teliti baru paham kot?

Masuk siri 10 sampai 12 baru hantu masuk balik kot? haha tapi kan makin lama makin complicated cerita aku tu! adoi.. menyesal pun ada tulis cerita hantu sampai siri 12!!! sebab cerita aku tulis ada hubung kait sikit? kalau tak baca dari mula memang tak paham lebih kurang cerita aku macam cerita LOST hehe ha! sekarang ni aku tak tulis cerita hantu sebab sekarang bulan puasa tadi baru je semua hantu-hantu aku hantar telegram tadi dorang kata kirim salam kat semua? sebab malam ni semua kena jail.. hahahaha

Hmm... ok! back to point! tujuan aku tulis entry ni sebab untuk mengucapkan terima kasih kepada korang semua sebab selalu komen entry-entry aku walaupun kadang-kadang entry aku? aku baca pun tak best! haha tapi terharu betol sebab ada komen! walaupun komen hanya "nice entry" ok la! aku tak kisah korang tulis komen pun aku dh seronok dah... terharu serius! yela bukan senang orang nak komen entry kita...

Dan akhir kata terima kasih keran menyokong aku selama ni walaupun kita semua tak pernah berjumpa hanya di alam maya saja? aku tetap sayang korang semua! aku dah anggap korang semua macam abang,kakak,adik dan kawan aku dah! kerana tanpa korang blog aku tak hidup la sampai setahun! ye! hari ni genap setahun aku berblog!!! sebenarnya tujuan aku nak buat blog cadang nak menulis je? aku nak siap sedia cerita cinta? cerita seram? cerita fantasi? cerita seram lawak? lepas tu aku nak berhenti terus..

Masa start menulis cerita pendek kisah cinta mood berblog biasa sebab komen tak banyak mana pun? nak dapat 1 pun susah chatbox langsung tak begerak! ahli tak sampai 100? Tapi bila start menulis hantu lawak sampai siri 7 je? sekali tu dia!!! ahli 1000 lebih!!!!! giler babeng punya banyak! terkejut aku! terus aku jadi sayang kat blog ni mula-mula buat tak tahu je? haha sebab aku target ahli nak 1001 masa blog ni genap setahun tapi nampaknya sebelum setahun dah sampai 1000 lebih!! wah! thankz semua!

Nama blog ni pun aku dapat melalui mimpi! serius!!! masa tu aku nak siap buat blog tajuk aku masa tu kalau tak salah "PENULISAN AKU" haha giler poyo tajuk masa ni? lepas tu aku tukar jadi "LOVE AND SAD STORY" lagi la sengal! haha yang ketiga "CERITA CINTA" sebab masa tu cerita aku tulis semua pasal cinta je? hehe jadi 1 ketika aku tido aku mimpi aku punya blog nama "1001 KISAH" terkejut aku masa tu! bila dah bangun terus aku tukar nama? tapi ok la jugak nama ni sebab aku bukan tulis cerita cinta semata aku selit juga cerita hantu! lawak! info! cerita pengajaran akhlak! cerita ambia! gambar dan macam-macamlah...



P/S=tak pernah aku tulis entry panjang? hehe saja je nak tulis entry panjang entah ada orang baca ke tak ni? hahaha tapi takpelah tak kisah pun asal korang lawat blog aku pun aku dah seronok dah thankz!!! :-)

Isnin, 9 Ogos 2010

AWARD

Salam.. aku nak letak award ni dah lama sebenarnya terlupa plak? apa-apapun thankz kepada orang yang bagi aku award ni! blog anda memang best!!














=Macam biasalah aku berlaku adil jadi aku nak kasi award ni kepada orang yang komen entry aku sebelum ni=

=SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA AHLI BLOG AKU DAN JUGA SILENT READER BLOG NI!! HA! KORANG SEMUA DAH GANTI KE PUASA TAHUN LEPAS? KALAU TAK GANTI KENA SEDIAKAN SECUPAK BERAS LA NAMPAKNYA HEHEHE=


P/S=la.. baru aku perasan! award dorang bagi ni ada soalan! lupa nak copy! adoi.. tapi nak buat macam mana? takpe la...

Ahad, 8 Ogos 2010

SAMA-SAMA KITA AMBIK IKTIBAR

Salam... ni email dari sahabat aku memang agak menakutkan!! cuba korang teliti betol-betol tarikh dalam ni?? perasan apa-apa tak? apa-apapun harap-harap cuma kebetulan sahaja.....



(1-1-2010) Tahun baru "hari Jumaat"

(26-2-2010) Maulidur rasul "hari Jumaat"

(2-4-2010) Good friday "hari Jumaat"

(28-5-2010) Hari wesak "hari Jumaat"

(10-9-2010) Hari raya Aidilfitri "hari Jumaat"

(27-8-2010) Nuzul Al-Quran "hari Jumaat"

(5-11-2010) Depavali "hari Jumaat"




Adakah KIAMAT sudah hampir????

Dalam Al-Quran Allah telah berfirman bahawasanya KIAMAT terjadi hari JUMAAT!!!!
Banyak2 kita beristighfar dan berdoa pada Allah semoga dosa2 di kita
ampuni..




22 Tanda Kiamat Semakin Hampir


1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan ).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui internet, iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik.Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.


P/S=semoga kita semua dapat iktibar dengan artikel ni.... amin...

Sabtu, 7 Ogos 2010

PEMINTA SEDEKAH DAN 3 ORANG USTAZ

Sewaktu mereka sedang menunggu minuman dan makanan ustaz mohamad,ustaz nik, dan ustaz irfan di datangi seorang peminta sedekah dalam keadaan yang kusut masai dan nampak cengkong macam kelaparan.Ustaz nik berkata kepada peminta sedekah itu, jangan minta sedekah nanti mati muka kamu tinggal tulang,tapi ustaz mohamad hanya tersenyum saja kepada pemuda tersebut peminta sedekah itu beralih kepada ustaz irfan dan ustaz irfan memberi dua ringgit, kemudian peminta sedekah itupun berlalu pergi.


=======MEREKA MEMULAKAN PERBUALAN======


USTAZ NIK: kenapa anta beri wang kepadanya?

USTAZ IRFAN : ana kasihan tengok dia macam tak makan, lapar nampak? kenapa tak beri dia wang ustaz nik? 20 sen pun jadilah...

USTAZ NIK : ana beri nasihat saja mudah-mudahan dia mendapat taufik dan hidayah sebab kalau beri dia wang takut kalau dia beli arak atau dadah kita dikira bersubahat..

USTAZ IRFAN : oh.. tapi ana niat kalau dia lapar dia dapat makan dia dapat berfikir dengan waras...


USTAZ NIK : ha! anta pula kenapa anta tak beri wang atau nasihat sekalipun ustaz mohamad?

USTAZ IRFAN : kasihan peminta sedekah tadi anta hanya tersenyum saja kepadanya? tak baik begitu...

USTAZ MOHAMAD : eh! kalian jangan salah sangka ana beri juga tadi,walaupun bukan sedekah nasihat atau sedekah wang anta sedekahkan senyuman? bukankah senyum itu sedekah juga?

USTAZ IRFAN dan USTAZ NIK : huh???????????


P/S=huh! pandai betol ustaz mohamad? hahaha kalau aku jumpa peminta sedekah aku tak sedekahkan nasihat,duit atau senyum aku sedekah doa semoga orang yang lalu nanti ada yang bersimpati dengan nasib dorang.... ha! korang plak kalau jumpa peminta sedekah korang nak buat macam ustaz yang mana???
hehe

KILAT!!

salam... tadi aku ada baca 1 artikel ni menarik jugak untuk dikongsi? hehe sama-sama kita baca yer.. hehe


1. Kilat berlaku sebelum, semasa dan selepas hujan.

2. Ambil langkah keselamatan apabila kilat berlaku 6 batu ( 9.6 km) dari tempat kita berada. Untuk mengira jarak kilat gunakan teknik "Flash to Bang" ( Kilat ke Guruh). Kiraan 5 saat dari masa kilat kelihatan dan guruh kedengaran ialah jarak 1 batu. ( 10 saat = 2 batu , 20 saat = 4 batu , 30 saat = 6 batu ).Sekiranya tempoh antara kilat dan guruh ialah kurang daripada 30 saat , langkah keselamatan berikut hendaklah diambil.

3. Hanya selepas 30 minit selepas kejadian kilat serta ribut petir barulah boleh dianggap selamat.


A. LANGKAH KESELAMATAN APABILA BERADA DI DALAM BANGUNAN

1. Matikan semua peralatan elektrik dan tanggalkan plug dari soket dinding jika perlu.

2. JANGAN gunakan talipon talian rumah/pejabat gunakan talipon bimbit jika perlu sahaja
3. Jangan duduk berhampiran pintu dan tingkap yang menghadap luar rumah.
4. Elakkan berada di bilik air atau paip air yang diperbuat daripada besi.



B. LANGKAH KESELAMATAN APABILA BERADA DI LUAR RUMAH


1. Cari perlindungan di bangunan besar seperti kedai, pejabat dan rumah yang mempunyai besi penahan kilat (lightning arrestor).

2. Jika tidak cari perlindungan dalam kereta, van, lori dimana semua tingkap ditutup rapat.
3. Jika tiada berlindung dikawasan rendah yang tiada objek logam seperti dalam parit, longkang, tanah berlekuk dan sebagainya.
4. Boleh mencari perlindungan di kawasan hutan tebal yang dikelilingi pokok-pokok yang banyak serta sama tingginya.
5. APABILA berada dalam kumpulan PASTIKAN jarak anda dengan rakan anda yang lain antara 15 kaki ke 20 kaki.

6. DUDUK dalam keadaan menyangkung, kaki dirapatkan dan letak tangan pada telinga.
7. JANGAN berlindung di Pondok Talipon, Pondok Bas, Bangsal, Khemah, Di Bawah Pokok.
8. JANGAN berada di Kawasan Lapang, Padang Bola, Padang Golf.
9. JANGAN berada di Kawasan Berair seperti Tasik, Sungai, Paya, Kolam Mandi, Taman Tema Air dan sebagainya
10. JANGAN berada di tanah tinggi, Gunung dan Bukit.
11. JANGAN berada di tempat yang ada dua unsur seperti Batu dengan Tanah, Air dengan Darat, Pokok dan Tanah.
12. JANGAN berada di tempat berhampiran logam seperti Pagar, Tiang Talipon, Tiang Elektrik.

13. APABILA berada dalam bot di atas air dan anda tidak sempat ke daratan pastikan anda DUDUK rendah ditengah bot, JANGAN letakkan tangan dan kaki anda ke dalam air.


P/S=saja nak berkongsi dengan korang maklumat ni... hehe

Jumaat, 6 Ogos 2010

KEBAIKAN COCA-COLA?

salam.. aku tertarik baca 1 artikel ni ni tak sangka jugak aku? coke ade kebaikan aku ingat minuman bergas tak baik untuk kesihatan? apa kebaikan coke yang korang semua dan aku tak tahu? jom baca....

" Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna?"


Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!

9.Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.


10.Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.

11. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh... mesti buat overhaul ni!

12. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!. Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dll. Sama jer! Anak bapak dan Keluarga 69.

13.Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.

14.Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalamasa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang!

15.Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.

16.DiIndia, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak. Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot? Cubalah!

17.Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%. Kat Mekah ada Mecca Cola. Betul ker? Yang pernah pi Mekah bleh confirm kot?

18.Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga dll. Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan cuci/pelincir/penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak pass sains khasnya kimia dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah.


P/S=ha! aku pun baru tahu ni! memang pelik jugak fakta ni? korang percaya tak? aku tak tahu plak? cadang nak test jugak ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"Magical Template" designed by Blogger Buster