BILA TAHUN BARU DISAMBUT BERSAMA "HANTU"
BILA MELIHAT KEADAAN POCONG YANG TENGAH MARAH AKU MENJAWAB "RILEX LA CONG JANGAN HANGIN LAK! BIASALAH KO KAN DAH MEMANG MAYAT? TAKKAN DORANG NAK BUNGKUS DENGAN KAIN LANGSIR PULAK?" POCONG DENGAN SAYU MENJAWAB "YELA BUNGKUS AKU SEKEJAB DAH LA,MACAM BUNGKUS KUIH BALIK TERUS BUKA MAKAN,NI DIBUNGKUSNYA AKU BERTAHUN SESAK NAFAS BOLEH MATI AKU KO TAU TAK! EH! AKU MEMANG DAH MATI PUN? SILAP LEH MATI SEKALI LAGI AKU KO TAU!'
AKU MENENANGKAN POCONG YANG TENGAH MARAH DAN BERTANYA SOALAN LAIN KEPADANYA "EH! BADAN KO KENA IKAT KAN? MACAM MANA KO LEH TEL AKU?" POCONG MENJAWAB "MEMANG LA TAPI NI TOYOL TOLONG KOL AKU KAT PUBLIK PHONE BIASALAH TOYOL KAN BANYAK DUIT"
AKU PUN BERTANYA LAGI "OK LA NANTI AKU ON THE WAY PEGI KUBUR KO? BATU NISAN KO KALER HIJAU KAN?" POCONG MENJAWAB "CEPAT LA DATANG AKU DAH PANAS DOK DALAM KAIN NI ASYIK BAU KAPUR BARUS JER DAH SERAM AKU"
SELEPAS AKU MANDI DAN MAKAN AKU MENGAMBIL KAIN PELEKAT DAN KAIN BATIK UNTUK DIBERI KEPADA POCONG AKU ON THE WAY KE KUBUR POCONG DENGAN MENAIKI VAN MAYAT SETIBANYA DISANA AKU TAK NAMPAK POCONG JADI AKU KOL,DIA TAPI TAK DI ANGKAT AKU HANYA DAPAT MSG DARINYA BERBUNYI "NGUK LA KO NI NICK! AKU HANTU LA MALAM BARU LEH JUMPA AKU! GILER KO MANA ADA HANTU SIANG! MALU LA JATUH MARUAH AKU KANG! ADOI... NI HA TOYOL PESAN BUBUR KACANG HIJAU JANGAN LUPA BELI"
AKU TERSENYUM HAMPIR TERLUPA MALAM BARU MEREKA KELUAR,AKU MEMBERSIHKAN KUBUR DISITU SELEPAS ITU AKU BERJALAN-JALAN DI GERAI MAKAN MENCARI BUBUR KACANG HIJAU BUAT TOYOL..
TETIBA NSETKU BERBUNYI ADA ORANG KOL LAGI DARI LANGSUIR AKU MENJAWAB LANGSUIR BERKATA "EH! NICK NANTI KALAU KO SINGGAH KEDAI BAJU BELI BAJU KURUNG? BOLEH? BELI TUDUNG EKIN! HEHE AKU TERINGIN NAK PAKAI,YELA SELAMA NI AKU TAK BERTUDUNG BERDOSA LAK? JADI AZAM TAHUN BARU NAK BERTUDUNG DAN AKU DAH JEMU ASYIK PAKAI BAJU PUTIH JER? HA! KO BELI SYAMPU PANTIEN OK! SEBAB MALAM NI TAHUN BARU JADI AKU NAK JADIKAN RAMBUT AKU GUNA JARI PUN BOLEH DAN BELI MEKAP JUGA PUCAT SEMACAM JER MUKA AKU NI SERAM LAK AKU TENGOK,BOLEH EK? NANTI DUIT KO MINTA KAT TOYOL BANYAK DUIT NAH NI HA! PONTIANAK NAK CAKAP DENGAN KO"
PONTIANAK WOI! NICK IRFAN AKU PONTIANAK KO BELI BAJU KAT AKU JUGA TAU! KALAU LANGSUIR NAK BAJU KURUNG AKU NAK BAJU SEKSI BOLEH KO TAU LA AKU NI KAN DAH LAMA JANDA JADI AKU NAK PAKAI SEKSI SIKIT MANA LA TAHU ADA JEMBALANG TANAH KER? HANTU RAYA TERPIKAT KAT AKU? EH! BELI JUGA SUSU KAT ANAK AKU TAU! SUSU FERNLERF OK?"
AKU MENJAWAB "BANYAK KO MINTA PONTI! YELA AKU BELI,ADE APE LAGI?" TETIBA TERDENGAR RIUH RENDAH DAN AKU TERDENGAR SUARA "WOI NICK IRFAN AKU NI DRAKULA! AKU NAK KIRIM KO BELI AIR SIRAP! AKU DAH JEMU MINUM DARAH CADANG NAK TRY AIR SIRAP LAK TAKPUN AIR STRAWBERRY KALAU TAK DE AIS KACANG PUN AKU LAYAN OK! ASALKAN AIR WARNA MERAH! YANG TU JE AKU NAK PESAN KALAU BAB BAJU KO PERNAH TENGOK FILEM AKU KAN? BAJU AKU KO TAHULAH SENTIASA KEMAS"
TERDENGAR PULA PONTIANAK BERKATA "ALAH! BAJU SPONSOR! JANGAN NAK BERLAGAK LA!" SUASANA MENJADI RIUH AKU MEMPERLERAIKAN MEREKA "DAH! JANGAN GADUH! KO GELAK DRAKULA DAN KO MENGILAI PONTIANAK NAIK BULU ROMA AKU!"
PONTIANAK BERKATA "EH! AKU MENGILAI KER? SORY...DAH LA PI BELI APE YANG KITORANG PESAN OK? BYE KREDIT NSET LOW LA KEDAI ZOMBIE BUKA TENGAH MALAM SIANG TUTUP"
AKU TERUS MEMBELI SEGALA YANG DIPESAN OLEH MEREKA JAM MENUNJUKAN PUKUL 7MALAM HAMPIR NAK MAGHRIB TETIBA AKU BERLANGGAR DENGAN SESEORANG DIA BERKATA "EH! NICK KER? KO NAK PERGI MANA?" AKU MENJAWAB "LA KO KER SETAN? KO NAK PEGI MANA? NAK MENGGODA MANUSIA LA TU! BERDOSA KO TAU TAK! BILA KO NAK BERUBAH DAH TAHUN BARU NI? KO JANGAN GODA AKU LAK? AKU NAK PEGI SEMBAHYANG NI"
SETAN TUNDUK MELIHATKU DENGAN SAYU"KO NI TAK BAIK TAU! AKU DAH BERAZAM TAHUN BARU NI NAK JADI SETAN YANG BAIK! DAH! KO PEGI SEMBAHYANG WAKTU DAH NAK HABIS NI NANTI AKU KITA JUMPA LAGI BYE!" DALAM HATIKU BERKATA "INSAF JUGAK SETAN NI?" AKU BERLALU PERGI....
SETELAH SELESAI AKU BERSEMBAHYANG MAGHRIB DAN ISYAK AKU PERGI KUBUR DI PINTU MASUK KUBUR AKU MELIHAT SEMUA HANTU ADA BERDIRI DISANA.
AKU BERKATA "WAHAI YA AHLI KUBUR!" SALAH SORANG DARI MEREKA BERKATA "SAPE AHLI KUBUR? AKU DAH SIGN OUT DARI JADI AHLI KUBUR! EH! LAMBAT KO HARI NI DAH PUKUL 10MLM DAH NI! LA NAPA KO BAWAK VAN MAYAT? HINA KAMI RASA BAWA LA KENARI KER? FERARI KER?" KATA HANTU PENANGGAL PADAKU
TERDENGAR JIN BERKATA SEPERTI MEMBELAKU "BIASALAH DIA SEMBAHYANG ISYAK,DIA KAN MANUSIA KITA HANTU LAH EH! NAK DEMAND LEBIH PULAK! KALAU DIA BAWAK KERETA JATUH LA MARUAH KITA SEBAGAI HANTU KO PERNAH DENGAR HANTU NAIK KERETA? VAN MAYAT ADA,NAIK JER LA"
AKU TERSENYUM DAN BERKATA "KO JER BAGUS WALAUPUN KO HANTU KO PAHAM AKU" JIN BERKATA "BIASALAH AKU KAN JIN ISLAM DAH JOM BERTOLAK KE DATARAN MERDEKA"
AKU BERKATA "SORY LA AKU TAK BELI KAT KORANG APE PUN?" JIN MENJAWAB "AKU TAK KISAH PUN SEBAB AKU TAU,SELUAR AKU NAK DAH SOLD OUT! SELUAR JIN.. ADOI..." HANTU PENANGGAL BERKATA PULA "AKU KO TAU LA KAN? AKU MANA ADA BADAN KO TAK PAYAH BELI APA AKU TAK KECIK HATI PUN"
AKU MENJAWAB DENGAN SENYUMAN "LEGA KORANG TAK KECIK HATI JOM LETS GONE! KITA KER DATARAN MERDEKA EH! MANA LANGSUIR,POCONG ,DRAKULA DAN PONTIANAK? DORANG TAK BAYAR HUTANG AKU LAGI NI?"
TETIBA AKU DITARIK SELUAR DAN AKU TERKEJUT MELIHAT JIN DAN HANTU PENANGGAL TERKEJUT DAN MENJERIT! "ARGHH!!! HANTU!" AKU MELIHAT DAN BERKATA "LA..TOYOL RUPANYA APA LA HANTU PLAK KORANG NI? ADOI...WAH! BANYAK DUIT KO BAGI NI AKU BELI SEMUA TAK SAMPAI PUN SERATUS PUN"
SELAMBA TOYOL MENJAWAB "KEEP THE CHANGE!" HANTU PENANGGAL"CIS! PUNYA SOMBONG MENTANG-MENTANG KO KAYA!" TOYOL TERSENGIH SAJA DAN BERKATA "NICK! PONTI DAN SUER DORANG DAH PERGI DULU DORANG KAN BOLEH TERBANG?"
AKU BERTANYA "HABIS POCONG DAN DRAKULA MANA?" TOYOL BERKATA "DRAKULA TERBANG DENGAN PONTI DAN SUER HMM...POCONG?" TETIBA AKU TERDENGAR SUARA MINTA TOLONG AKU BERGEGAS KE SANA RUPANYA POCONG DALAM KERANDA.
AKU MEMBUKA KERANDA DAN AKU MEBUKA BALUTAN DI MUKANYA POCONG MENJERIT 'HA! AH... LEMAS AKU KO,LAMBAT SANGAT! ADOI... DORANG TADI LAGI LA KUANG AJO! DORANG SUMBATKAN AKU DALAM KERANDA! SIAP TUTUP LAK TU! DAH LA AKU TAKUT GELAP!"
AKU KETAWA DAN BERKATA 'DAH! CEPAT LA AKU MELEMPARKAN KAIN PELEKAT DAN BATIK KEPADANYA" POCONG MENINGGIKAN SUARA "CIS! KO NI MACAM PERLI AKU JER! KO TAK NAMPAK KER AKU KENA IKAT NI!" AKU BERKATA " EH! TERLUPA LAK? HAHA MAMPUS AKU NAK TUKO SORANG WOI! HANTU KAT LUAR MEH LA TOLONG KORANG JANGAN NAK LARI NANTI AKU TAK BAWA KORANG SAMBUT NEW YEAR!!"
TETIBA RAMAI HANTU DATANG MENOLONG MENUKARKAN KAIN KAPAN POCONG KEPADA KAIN PELEKAT DAN BINI POCONG KAIN BATIK.TOYOL BERKATA "KALAU AKU TOLONG KO? KO BAWAK AKU PERGI JUGAK EK?" JIN BERKATA "KO BUDAK LAGI! DOK UMAH JER LA! NANTI DUIT KITA ORANG CURI LAK?"
TOYOL MENARIK MUKA DAN BERLALU PERGI JIN MEMANDANGKU DIA BERKATA "BUDAK NI KITA TAK BOLEH BAGI MUKA KENA TEGAS" AKU TERSENYUM SELEPAS ITU KAMI BERTOLAK.....
TETIBA KAMI BERLANGGAR SEBATANG POKOK DI TENGAH JALAN AKU MEMERHATI ADA DUA BATANG! AKU KELUAR DARU VAN AKU TERDENGAR ORANG MENANGIS,KAMI TERKEJUT TETIBA HANTU PENANGGAL BERKATA "WOI! TENGOK ATAS LA BUKAN KIRI KANAN! NI HA HANTU GALAH YANG KITA LANGGAR TADI KAKI DIA"
JIN PULA BERKATA " KO NAPA HANTU GALAH? NANGIS MALAM-MALAM NI SERAM LAK AKU DENGAR DAN KIRI KANAN HUTAN NI" HANTU GALAH BERKATA "PERSATUAN HANTU TINGGALKAN AKU DORANG PERGI DATARAN MERDEKA TAK AJAK AKU PUN,KECIK HATI AKU KO TAU! DAH LA TU HANTU PONTI DAN SUER EJEK AKU LAK! ! INGAT AKU TAK ADA PERASAAN KE!"
AKU SIMPATI MELIHAT HANTU GALAH YANG AGAK TINGGI ITU KAMI MEMUJUKNYA DAN AKU BERKATA "KO HANTU GALAH KAN? TINGGI LAK TU? KO NI BERDIRI KAT SINI KO TAK MALU KER? KAMI DIBAWAH NI TERNAMPAK PELIK JER KO PUNYE..."
BELUM SEMPAT AKU MENGHABISKAN AYATKU HANTU GALAH MEMOTONG "PATUT LA PONTI DAN SUER GELAKKAN AKU TADI DORANG TENGOK CIS! MALUNYE AKU! MANA NAK LETAK MUKA NI" KAMI SMUA KETAWA POCONG BERKATA "KO NI PAKAI LA SELUAR LABUH SIKIT! ADUI...WAT MALU JER! HAHA DAH JOM IKUT KAMI KO JALAN LA KO KAN TINGGI KAKI MELANGKAH JAUH"
KAMI TERUSKAN PERJALANAN LAGI AKU NAMPAK PULA HANTU JEPUN TENGAH BERKAWAT POCONG SURUH AKU MEMBERHENTIKAN KERETA POCONG BERKATA "MANA JALAN NAK PERGI DATARAN MERDEKA? EH! KO DOK KAWAD TAK HABIS-HABIS NI TAK BORING KER? ZAMAN JEPUN DAH HABIS LA! ZAMAN DAH BERUBAH DUNIA DAH MAJU"
HANTU JEPUN MENJAWAB SEMULA "HABIS KO DOK TERLOMPAT-LOMPAT AKU TAK KATA APE PUN!" JIN BERKATA DAH JANGAN GADUH "KO TAU TAK JALAN PERGI DATARAN MERDEKA?" HANTU JEPUN BERKATA "AKU TAU! NAK IKUT BOLEH TAK? AKU TERINGIN NAK TENGOK ORANG MELAYU KAWAD AKU BOLEH PELAJARI PERKARA BARU"
AKU MENJAWAB "DAH! JOM MASUK TUNJUK KITORANG JALAN" HANTU JEPUN BERKATA "OK JOM!" KAMI MEMBAWANYA....
KAMI MENERUSKAN PERJALANAN SAMPAI KE DATARAN MERDEKA HANTU JEPUN TURUN PERGI MENGAMBIL TIKET TAPI DIHALANG OLEH SEORANG MANUSIA BERKATA "HANTU TAK DIBENARKAN MASUK NI UNTUK MANUSIA JER" HANTU JEPUN "BAIR BETOL? TAKKAN TAK BOLEH MASUK? AKU TEMBAK KANG!!"
MANUSIA TU BERKATA 'EH! RILEX LA HANTU JEPUN NI AKU LA HANTU RAYA KAN AKU BOLEH BERUPA MANUSIA HAHA NAH! AMBIK TIKET MASUK TAPI KORANG JANGAN TAKUTKAN MANUSIA LAIN PULAK? NANTI SEMUA LARI RUGI LA AKU"
HANTU JEPUN MENJAWAB "MANUSIA YANG BOLEH NAMPAK KAMI NICK IRFAN JER JANGAN RISAU" AKU DAN HANTU YANG LAIN MENUNGGU DI KERETA TETIBA AKU TERBAU WANGI AKU BERKATA "EH! BAU APE NI? MACAM PERFUME ONE DROP JER?" TETIBA TERDENGAR JIN BERKATA "LA.. BAU KO KE POCONG? MANA KO BELI? BERAPA HENGGET EK?"
AKU BERKATA "KITA NAK SAMBUT TAHUN BARU PUN KO NAK PAKAI WANGI KER?" POCONG MENJAWAB "HABIS KO NAK SUH AKU PAKAI BAU KEMENYAN KER?" TETIBA HANTU JEPUN DATANG KAMI TERUS KE DATARAN MERDEKA TINGGAL 15MINIT LAGI UNTUK MEYAMBUT TAHU BARU KAMI BERPANDANGAN SESAMA SENDIRI DAN MEMINTA MAAF KALAU ADA SALAH SILAP SEPANJANG KENAL SATU SAMA LAIN... TETIBA TERDENGARLAH LAUNGAN 10.9.8.7.6.5.4.3.2.1!!! SELAMAT TAHUN BARU! SEKARANG TIBALAH TAHUN 2010.....!!!!!!!!!!!!
P/S=SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU KEPADA SEMUA FOLLOWER DARI AKU DAN HANTU-HANTU AKU!!!!! INGAT PESAN AKU NI "SETIAP GERAK GERI ANDA DI PERHATIKAN....." HAHAHA OK TAK ENRTY KALI INI? BAGI AKU KEGEMBIRAAN KORANG KEPUASAN AKU,KALAU KORANG ENJOY AKU PUN SERONOK.... HA! KORANG NAK TAK KALAU AKU SAMBUNG CERITA NI BAHAGIAN DUA???? KALAU KORANG NAK LA..... KALAU RAMAI NAK AKU UPLOAD KAN SAMBUNGAN KE-2....