Thankz kepada semua yang follow aku nanti aku follow korang balik..

Selasa, 13 Oktober 2009

PERGINYA KEPALA PENGHUNI RUMAH PUTIH

Rasa kesayuan perlahan-lahan merayap di bendul jendela.Lampu-lampu terpasang terang benderang di segenap penjuru di bilik.Suara dari para jemputan kenduri ketiga menguasai suasana malam itu

Keluarga penghuni rumah putih,perlahan-lahan diresapi kembali semangat menghadapi kenyataan ,tidak seperti tiga hari yang lalu,mereka terasa bagai dunia ni bergoncang ,bila berita musibah datang mencengkam suasana kehidupan


Mereka tidak menduga,segala harapan telah musnah,dan setiap doa yang di pohon,agar pemergian kepala penghuni rumah putih itu sejahtera ke tanah suci tidak termakbul

Malah,setiap hari mereka menghitung hari kepulangan kepala penghuni rumah putih,dengan segala macam persiapan telah di sediakan untuk meyambutnya ,tetapi ternyata musibah telah pun musnahkan harapan mereka

Waktu itu semua keluarga penghuni rumah putih sedang menunggu waktu maghrib ,tiba-tiba deringan telefon berbunyi mengugat suasana.Gangangan telefon diangkat ,sebuah berita musibah terpacul keluar dari seorang pegawai jemaah haji

Abah.....!!!!
Pekik anak gadis penghuni rumah putih ganggangan telefon terlepas langkahnya bagai tidak bermaya,semangat dan kekuatanya hilang dirampas berita musibah

Semua keluarga penghuni rumah putih telah dibendung rasa kesayuan,air mata kasih keluar bercucuran,terasa sebak di dada hendak bernafas,kesayuan bagai bergantung di mana-mana di ruang rumah itu

Malam itu kampung Mas Tempawan menjadi gempar,semua sanak saudara dan sahabat handai telah dihubungi dari kampung Hulu hingga ke Hilir merasai kesedihan itu

Ramai keluarga yang terdekat berpusu-pusu datang.ada yang mengeluh dan mengurut dada,ada yang meluahkan perasaan hampa dan kecewa kerana tiada lagi bertemu wajah

Waktu itu kepala penghuni rumah putih silih berganti terbayang di ruang mata para pengunjung yang bersimpati,akhirnya mereka bercadang untuk mengadakan sembahyang ghaib,doa tahlil,bacaan yassin dan khulhu selama tiga malam berturut

Bila Malam semakin mencengkam kesepian,setiap ruang rumah putih bagai diisi dengan lambang kesayuan,kepul asap kemenyan masih mengembarkan baunya di segenap penjuru.anak kecil seperti mengerti,malam itu tiada ketawa riang ,tiada tempik sorak atau gurau senda,malah semua anak cucu terasa semacam ada satu kehilangan dari pemergian yang tak kembali

Ramai sanak saudara dan sahabat handai yang mengalirkan air mata,masing-masing berpandangan di tengah rumah kerana tiada mayat kepala penghuni rumah putih,inilah yang menjadikan mereka sayu dan sedih

Anak gadis penghuni rumah putih merupakan penanggung derita yang paling tenat.kedua kelopak matanya di bendungi air jernih yang mengalir bagai tak mahu berhenti,sehingga kedua kelopak matanya menjadi kembang dan bengkak

Dia amat terasa kekecewaan telah menerima satu kemenangan,bila segala doa dan harapannya selama ini tidak dapat restu ilahi

Dia seolah mahu menampar segala yang berada di hadapannya,malah apa yang dilihat tiada keindahan lagi,ketika itu hatinya telah diracuni oleh satu perasaan kehilangan yang amat sukar di cari ganti

Dia menghempaskan dirinya di atas katil dan meyembamkan mukanya ke bantal,dia meluahkan segala derita pahit yang diterimanya,tetapi ternyata hampa.di waktu itu dia terasa diamana dia duduk airmatanya tetap mengalir bagaikan banjir yang melanda empangan pecah

Perasaan sayu dan pilu mengcengkam tubuhnya yang kecil dan lebut,dadanya bergerak-gerak bila sedunya kian menjadi menyerang pangkal hatinya,walaupun dia tahu tangisan bukanlah ubat keramat yang dapat menyelesaikan masalah yang dihadapinya

Dan di ketika itulah kenangannya kepada arwah kepala penghuni rumah putih datang menjelma,dia bagaikan ternampak wajah itu berdiri di setiap sudut dan ruang rumah itu, keluar dan masuk seperti hari-hari yang pernah di rasainya hatinay terasa pilu dia manangis lagi.

"Abah..............." dia tiba-tiba memekik sekuat hatinya, tetapi suara itu tertampan pada bunga-bunga bantal yang basah dengan lelehan air matanya.

"Selamat tinggal Su." Kata-kata itu masih kental bersemadi di sudut hatinya.Malah, kata-kata itu merupakan mengucapkan terakhir buatnya,sewaktu kepala rumah putih berangkat meninggalkan dia dan keluarganya di lapangan terbang BL dahulu, sebelum dia meninggalkan tanah pulau ini.

Wajah itu masih terbayang di ruang matanya, dia nampak air mata perpisahan mengalir membasahi kedua pipinya "Su, jagalah diri mu baik-baik jika abah pergi tidak kembali." Dia amat terasa pilu bila mengingatkan kata-kata itu.

Malah,kata-kata itu telah mencurigai di benak hatinya dengan berbagai dugaan dan andaian yang ngeri dan menakutkan,sehingga dia menjadi berat hendak melepaskan pelukan kepala penghuni rumah putih

Kini,dugaan dan andaian yang diramalkan telah benar terjadi ,telah menjadi keyataan,telah datang menguasai suasan penghuni rumah putih,bahawa perpisahan telah menerima kemenangan dari pemergian yang tak mungkin lagi dapat bertemu kembali

Sejak malam pertama,kedua dan ketiga,keluarga penghuni rumah putih mengadakan kenduri arwah dan sembahyang berjemaah dari waktu maghrib hingga isyak,dan para jemputan telah pun membaca yassin dan khulhu kepada arwah si mati dengan harapan semoga arwah dapat di tempatkan dengan orang yang beriman

Selesai berdoa, para tetamu menikmati segala hidangan yang disediakan.Selama tiga hari berturut-turut telah beratus ringgit habis di belanjakan dengan harapan agar arwah kepala penghuni rumah putih aman dan damai di alam barzah dan semoga rohnya di cucuri rahmat bersama orang-orang yang sollihin.Sebelum dia dilupakan...

Khamis, 1 Oktober 2009

TRAGEDI MISTERI

Aaron adalah seorang mahasiswa di satu pusat pengajian tinggi tapi pada satu hari dia bercuti selama beberapa minggu setelah pulang dia di sambut mesra oleh keluarganya tapi selepas itu dia terus tidur mungkin kepenatan keesokan paginya Aaron masih tidur hingga ke malam ibunya datang ke biliknya dia memanggil

“Aaron bangun makan malam ni mak dh siapkan makanan kegemaran Aaron ni? Marilah makan? Lama Aaron tidur letih yer” Aaron menjawab “ibu hari ni Aaron kurang sihat tapi dah janji dengan kawan kolej nak pergi camping kat hutan lipur?”

ibunya berkata “eh! Kan Aaron tak sihat rehat tak payah pergi,aaron kena jaga kesihatan tu jangan dipaksa kalau tak sihat rehat tau? Ibu bimbang la kalau sesuatu terjadi?”

Aaron berkata “tapi mak camping ni amat bermakna bagi Aaron? Lagipun dah janji dengan kawan kami akan pergi bersama walau apa pun terjadi?”

ibunya hairan dan bertanya “apa maksud Aaron? Aaron rehat la dah merepek dah ibu lihat Aaron bercakap? Nanti ibu ambilkan ubat dan nanti ibu telefon kawan Aaron dan bagitahu Aaron tak sihat mereka mesti paham” Aaron hanya tersenyum…..


ibunya keluar dari bilik dan terus ke telefon untuk menelefon kawan Aaron tapi dia baru sedar dia tak mempunyai no tel kawan-kawan Aaron dia menjerit

“Aaron! Apa no tel kawan Aaron!” Aaron menjawab “ambil tel saya tengok nama Kamarul dia room mate saya”

ibunya menelefon kamarul “halo” ni Kamarul kawan Aaron ker? Ni mak cik mak Aaron dia tak dapat pergi ikut kamarul dan rakan-rakan yang lain ker hutan lipur dia tak sihat?”

Kamarul menjawab “eh! Apa dah jadi dengan dia? Dia demam ker?” ibunya menjawab “ye..dia tak sihat dia kata lemah badan? Dia suruh sampaikan salam kepada semua dia tak dapat ikut korang sekali” minta maaf yer?”

Kamarul “tak pa makcik kami paham” selepas letak tel ibu Aaron terlena keletihan…..


Sementara itu di sana Kamarul memberitahu kepada rakan-rakan yang lain mereka semua terkejut salah sorang dari mereka berkata

“apa kata kita pergi melawat Aaron nak?” Kamarul berkata “tu la kesian dia? Dia bersemangat nak ikut kita pergi camping tak sangka plak dia demam? Adui… tapi tak best plak kita pergi tanpa Aaron? Kita singgah rumah dia dulu? Amacam geng?”

semua bersepakat dan bersetuju untuk melawat Aaron.sedang nyenyak tidur ibunya terjaga dan berkata

“eh! Bunyi en kereta sapa pulak malam buta ni? Skrg pukul 11 malam? Sapa pulak datang?” ibunya keluar utk melihat ha! Sapa pulak ramai-ramai ni?

Kamarul yang berdiri di pintu pagar berkata “makcik kami kawan kolej Aaron kami datang nak melawat Aaron?”

ibunya berkatda “oh…kawan Aaron? Jemput la masuk” sambil membuka pintu pagar"

Aaron? Ni kawan-kawan datang ibu ingat sapa tadi?”

mereka bertanya “Aaron kau tak apa-apa ker? Kau okey ker?”

Aaron terjaga dari tidur dan melihat rakan-rakan dia berkata “oh..korang rupanya? terima kasih sebab datang melawat aku?”

Kamarul berkata kepada Aaron “kitorang nak jenguk kau sebelum bertolak? Tapi tak best la kau tak ikut sekali?”aarom menjawab "sebenarnya aku memang nak ikut korangtapi aku tak sihat la?"

tetiba salah sorang kawan Aaron perempuan berkata “makcik? Boleh Aaron ikut kami? kami akan jaga dia selamanya?

Makcik jangan risau percaya la cakap kami?” ibunya terkejut dan berkata “jaga Aaron baik2 ya? Janji dengan makcik?”

mereka menjawab “terima kasih makcik!” mereka bersiap membantu Aaron…


Tetiba selepas berada di hadapan rumah Aaron memandang ibunya dan memeluk ibunya dan berkata

“minta maaf ibu halalkan makan minum Aaron? Aaron nak minta maaf banyak-banyak selamat tinggal ibu”

ibu yang terkejut belum sempat berkata Aaron terus pergi kearah kawan-kawannya dan melambaikan tangan kepada ibunya dan menjerit

“ibu! Aaron sayang ibu! Nanti Aaron sampaikan salam ibu pada ayah!”

ibunya terkejut kerana suaminya telah lama meninggal dan menjerit “Aaron!” dan terjaga ibunya berkata

“aku mimpi rupanya eh! Bila masa pulak TV terpasang?”

Berita satu kemalangan telah berlaku pada pukul 11mlm.telah mengorbankan semua penumpang iaitu 14orang semua pelajar tersebut menyertai perkhemahan di hutan lipur…. Belum sempat berita tersebut tamat ibunya menutup Tv dan dalam keadaan tekejut dia berkata

“apa ni? Eh! Aaron!” dia bergegas ke bilik Aaron dan menjerit

“Aaron! Fuh! Aaron masih tidur rupanya mesti mimpi jer tadi?”

dia lalu mengejutkan Aaron “Aaron bangun nak? Aaron! Aaron! Bangun nak! Aaron! Bangun cepat tengok muka ibu ni! Aaron! Tidak!”

ketika itu baru ibunya sedari anaknya telah pergi………….



PESANAN DARI NICK IRFAN
JANGAN BIARKAN ORANG YANG TERSAYANG KORANG PERGI WALAUPUN DALAM MIMPI MUNGKIN MEREKA PERGI TAK KEMBALI LAGI....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"Magical Template" designed by Blogger Buster