Thankz kepada semua yang follow aku nanti aku follow korang balik..

Khamis, 18 Februari 2010

KEAJAIBAN ADA PADA SETIAP MISTERI

HA! AKU KEMBALI LAGI! ALHAMDULILAH SEKARANG DAH SIHAT SEBELUM NI AKU TAK BEPAPA SIHAT MAKAN TAK LALU? ASYIK SAKIT KEPALA? BADAN PUN GATAL-GATAL? HUH! BUKAN KENA APA PUN AKU ELERGIC LA SEBAB HARI TU MAKAN SEAFOOD TAK TAHU AKU NI ADA ELERGIC.. OK! KALI NI DENGAN CERITA HA! BUKAN CERITA HANTU? CERITA HANTU COMING SOON! NI CERITA KORANG BACALAH SENDIRI.. HEHE CERITA NI AKU RASA KORANG PERNAH TENGOK KAT DISNEY TAPI SAJA AKU TUKAR-TUKAR SIKIT LA SIKIR DARI CERITA YANG ASAL PUNYA.. HEHE


Nick adalah seorang pelajar di sekolah SMK Teluk Kumbar dia seorang yang pendiam dan boleh dikatakan di sekolah ramai tak mengenalinya.Dia ada seorang kawan baik bernama Nazirul suatu hari mereka hendak ke dewan sekolah kerana pada hari itu ada persembahan disana tapi Nick di tahan oleh guru,guru tersebut berkata “awak ni siapa? Setahu cikgu sekolah ni tak ada cina” Nick menjawab “saya pelajar sekolah ni cikgu takkan tak kenal saya pelajar akaun kelas cikgu? Saya duduk sebelah Nazirul?”

cikgu itu berkata “sebelah Nazi? Tu bukan budak cina ker? Eh! Oh..Awak ke? La..Saya ingat budak cina tadi? Hehe sory2…oh..Nick ker?” Nick berkata “boleh saya masuk?” cikgu tu berkata “maafkan cikgu? Masuklah”Itulah Nick yang sering di salah anggap kerana memiliki wajah chinese look selepas persembahan tersebut dia dan Nazirul keluar mereka berbual

Nazirul berkata “eh! terlupa hari ni aku kena jadi mascot untuk sekolah kita? macam biasa la setiap tahun aku jadi mascot tapi hari ni aku kena pergi perjumpaan pengawas? Er.. er… Nick kau boleh ganti tak? aku dah boring jadi mascot semua orang macam tak gembira jer masa aku jadi mascot? lagipun aku mana tahu menghiburkan orang ni? tapi cikgu Adibah nak aku jadi jugak”

Nick menjawab “woi! Gila kau! Aku ni tak pandai la lagipun kalau cikgu Adibah tahu kantoi! Lagipun mascot sekolah kita kan kau?” Nazirul menjawab “ Aku tahu kau boleh! Kau kan kelakar tapi kau malu je nak tunjukkan kat orang? bagi aku kau lagi kelakar dari aku,Ni masanya! Lagipun orang bukan tahu kau pun? Nick terdiam.Nazirul berkata “tolong aku kali ni jer? Tolong Nick” Nick menjawab "ok kali ni jer Nazi'

Pada keesokan harinya Nick memakai kostum maskot sekolah semua pelajar dan guru melihatnya,semua orang memarahi Maskot sekolah mereka Nick seperti biasa hanya duduk di kerusi dan diam membisu.

keesokan harinya semua pelajar sekolah itu mengutuk Nazirul dia kebinggungan dan dia berjumpa Nick dan bertanya “kenapa semua orang kutuk aku? Aku dah agak? Kau buat apa? Kau tak ceriakan dorang ker? Adui… kenapa kau ni!" Nick hanya diam membisu.Nazirul berkata lagi “Nick kau kena berubah! Kan kau juga nak orang beri perhatian kat kau? Ni la masanya esok ada lagi pertunjukan mascot! Kau jadi lagi ok! Kali ni kau buat kelakar tau! Kalau tak! kau bukan kawan aku lagi” Nick hanya diam.

esoknya pertunjukan mascot diadakan lagi Nick tak kelihatan Nazirul mula bimbang kerana dia juga ada di pertunjukan itu tapi dalam keadaan menyamar dengan memakai topi menutup muka,tetiba suasana yang sunyi menjadi meriah setelah ketibaan Maskot mereka kali ni ia tak membosankan kerana pelbagai gelagat yang lucu yang di tunjukan oleh Maskot itu apabila dia masuk

Nazirul hanya tersenyum dan berkata dalam hati “ni la Nick yang aku kenal! Kelakar habis kau! Cayalah! wa respek lu!” ketika itu semua pelajar bersorak dan ketawa riang melihat gelgat mascot sekolah mereka……

Keesokannya Nazirul berjumpa Nick dan berkata “hebat la kau! Macam mana kau boleh jadi hebat macam tu? Hebat dari aku!” tapi sebelum Nick menjawab pertanyaan Nazirul mereka didatangi seorang perempuan yang amat cantik.

Perempuan tu berkata “awak memang hebat la Nazi! Saya suka awak! Ni no tel saya nanti miskol la ok?” dan memberikan senyuman yang manja.Nazirul berkata kepada Nick “kau tengok! Hayati tu! Pelajar paling cantik kat sekolah ni! Dia nak kawan dengan aku! Terima kasih banyak! Mari ikut aku nak belanja kau! Minta je apa-apa kat kantin aku bayar! Haha”

Nick hanya tersenyum jauh di lubuk hatinya untuk beritahu dia berubah menjadi kelakar apabila memakai mascot setelah melihat wajah Hayati yang muram apabila ketibaan mascot dan disudut hatinya dia meminati Hayati.

Pada hari tu Nazirul berubah dari seorang yang biasa kepada ceria setelah berkawan dengan Hayati walaupunbegitu setiap ayat-ayat cinta yang di hantar kepada Hayati adalah hasil ciptaan Nick tapi bagi Nick kegembiraan kawan baiknya adalah kepuasan baginya.

Satu hari Nazirul dating bersama Hayati tapi mereka tak sedari Nick berada bersama tapi di hanya memerhati dari jauh saja,dari matanya dapat di lihat wajah kehampaan ni kerana Nick juga menaruh perasaan kepada Hayati.

Dalam sedang asyik dia memerhati dia di langgar oleh seorang perempuan,perempuan tu berkata “aduh!… awk ni buta ker? kenapa bediri kat sini orang nak lalu pun susah!” Nick berkata “sory tak sengaja” perempuan tu berkata “nasib baik awak hensem macam ji ho (boy over flower) kalau tak dah lama saya side kick.eh! awak nama apa? nampak macam Skema dan Nerd campur plak dengan Geek.. hihi jangan marah..Saya Diyana”

Nick berkata “ saya Nick” Diyana berkata "awak buat apa ni? Ha! Skodeng ? Sapa yang awk skodeng saya nk tengok juga ha! Hayati! Eh! Dia tu kawan saya awak buat apa skodeng dia? Awak minat kat dia ke? Awak jangan! dia dah ada bf Nazirul,Hayati yang bagitahu tapi pelik la mascot tu macam bukan diri Nazi jer?”

Nick berubah muka dan berkata “kenapa awak kata maskot tu bukan Nazi memang betol la dia siapa lagi? Diyana berkata “yela tapi mascot tu macam bukan dia macam orang lain kat dalam tu? Hmm..awak rasa tak? Tapi bukan Nazi yang jadi mascot tu sebab saya cintakan orang yang sebenar saya tak boleh terima hakikat Nazi ialah mascot tu! Dia tak kelakar tapi bila dia jadi mascot tu dia kelakar habis? Misteri tak?”

Nick berkata “awak benar-benar nak tahu ke orang yang sebenar dalam maskot tuh?" Diyana menjawab "eh! kenapa awak kata macam tuh? bukan Nazi ke yang jadi maskot tuh? siapa sebenarnya orang dalam tuh?? awak tahu ker! saya dah agak"

Nick menjawab "eh! bukan er.. maksud saya..." belum sempat dia menjawab Diyana berkata "hehe awak ni gelabah betul! macam awak plak yang jadi maskot tuh? tapi bagi saya siapa yang jadi maskot tu memang dia jadi diri dia sendiri kan? dia macam tak nak tunjuk diri dia sebenar lepas jadi maskot baru dia tonjolkan diri sebenarnya,saya teringin nak tahu orang sebenar dalam maskot tu tapi kalau saya dah tahu mungkin misteri dan keajaibannya akan hilang?"

Nick pun menjawab "keajaiban itu pasti ada pada setiap misteri" jangan risau keajaiban takkan hilang walaupun misterinya terbongkar” Diyana terkejut dan berkata “apa maksud awak? Nick pun terus berkata “nanti jumpa lagi? saya ada kerja sekejab“ dia terus meninggalkan Diyana yang kebingungan…

Keesokan harinya petunjukan mascot diadakan semperna hari guru Nick seperti biasa membuat aksi lucu pada hari itu Nazirul tak hadir ke sekolah dia menelefon Hayati mereka berbual bersama kebetulan Hayati juga tak ke sekolah,setelah selesai persembahan mascot.

Diyana menelefon Hayati “Yat! kau rugi tak datang sekolah hari ni ada pertunjukan mascot? kenapa tak datang kesian bf kau ni? haha” Hayati terkejut dan berkata “eh! Aku tengah berbual dengan Nazi ni? Dia tak pegi sekolah sebab demam eh! Kau ni silap orang apa? pertunjukan maskot tak ada la hari ni Nazi kata”

Diyana terkejut dan berkata “eh! Yat! Kau tengah sembang dengan bf kau ker? Tak ada apa aku gurau jer?” dia terus meletakan tel dan dia mula mengesyaki sesuatu.Setelah pertunjukan habis Nick turun dari pentas tetiba dia di tahan oleh Diyana dia bertanya “siapa kau! Aku tel Hayati dia kata tengah sembang dengan Nazi?”

Nick mula gelisah ada terus beredar tapi Diyana tetap mengekorinya Nick berhenti dan membelakangi Diayan dan hanya berkata “bukan ker awak tak nak tahu misterinya sebab nanti keajaiban akan hilang” Diyana terkejut tapi Nick terus bergegas beredar dari situ…

Setelah selesai Nick pulang dan memberikan mascot kepada Nazirul dan berkata “eh! kenapa bagi kat aku mascot ni?” Nick menjawab "pertunjukan mascot dah habis lepas ni dah tak ada jadi aku pulangkan kat kau terima kasih Nazi sebab kau aku ada keyakinan berdepan dengan orang walaupun aku bersembunyi sebalik mascot? Tapi aku cukup puas aku doakan kau dengan Hayati bahagia”

Nazi berkata "eh! hari ni ada pertunjukan maskot ker? alamak! aku kata kat Hayati aku demam? aduh!" Nick menjawab "la...tak apa aku ada kenal dengan kawan Hayati dia ada kat pertunjukan tu nanti aku kasi tahu dia jangan bagitahu Hayati" Nazi bersalaman dengan Nick dan berkata “aku berterima kasih kat kau! kau sahabat aku dunia akhirat!” selepas bersalaman Nick terus berjalan pulang.

Tetiba Diyana yang dari sejak tadi mengekorinya tanpa dia sedari menegurnya “hai! Nick! Puas hati tak bila dapat jadi diri sendiri? Seronok kan bila dapat jadi diri sendiri depan orang ramai? Saya kagum dengan awak masa atas pentas tadi awak hebat! Walaupun ramai orang fikir tu Nazi? hanya saya je tahu tu awak,saya harap kita boleh jadi kawan?”

Nick terkejut dan bertanya “kenapa awak cakap macam tu?” Diyana hanya tersenyum dan berkata “saya dah tahu sebab mestilah sebab "keajaiban tu memang ada misteri,walaupun misteri saya dah terbongkar tapi ia tetap dengan 1 keajaiban" siapa sangka awak boleh jadi macam tadi

Nick menjawab "er...jangan bagitahu sesiapa tau! especially Hayati ok?" Diyana menjawab "misteri saya yang sudah terbongkar mana boleh orang lain tahu juga? kalau Hayati tahu nanti dia suka kat awak plak? mana boleh? hihi" mereka berdua ketawa sambil berjalan berdua dan berborak mesra.... TAMAT



P/S=JANGAN BERSELINDUNG DI SEBALIK SESUATU UNTUK JADI SENDIRI,JANGAN BUAT SESUATU DEMI KEBAHAGIAN ORANG LAIN,JANGAN SANGKA SKEMA(MACAM AKU) TAK BOLEH MELAKUKAN SESUATU YANG TAK DIDUGA KERANA SETIAP ORANG ADALAH SAMA DAN JANGAN SANGKA KALAU TAK ADA JODOH DENGAN SEORANG BERMAKNA JODOH KORANG DAH TAK ADA? JANGAN RISAU SETIAP ORANG PASTI ADA JODOH... KERANA SETIAP MESTERI TERBONGKAR PASTI BERSAMA KEAJAIBAN YANG TAK PERNAH KITA SANGKA.... FIKIR-FIKIRKANLAH..

32 ulasan:

NICK IRFAN berkata...

minta maaf kepada iceq terdelete plak ulasan awk?? sory..

Ice Juliette berkata...

iceq tp bkn ice kan??
hehe^^ lawak laaa.. tp mmg xmenahan ble diyana tu ckp..
naseb baek awk nsem mcm ji hoo.. ehem3.. puji dri sndri la tuuu.. kui3..

Afiqah Azmee berkata...

setujuuu sangat dengan p/s nick tu..

jodoh Allah da tetapkan da..

Ice Juliette berkata...

woitzz.....
ice pngil abg leyh x nie?? ke nk pngil nick jee??? adoii..... kompius sudaaaaaaa.......

Unknown berkata...

best sgt... pen0h dgn maks0d tersirat..different fr0m 0ther st0ries.. diadaptasi drp kisah benar kerw?? hihihi~

mas berkata...

best ar citer ni....tp kan dlu bukan nick dah post ker n3 ni???

Ice Juliette berkata...

ice pon xyah la gisau psl jodoh nie.. sbb sume di cpta berpasangan kan?? cume lambat atau cepat.. tu je bezenye..

dbah berkata...

best ssgt!!
hahaXD
keep it up!:)
n be urself!

annfrendly berkata...

selamat kembali:)
lorh.. ciannye adik..
allergic seafood...
nti jgn mamam seafood lagi taw..
makan ayam, daging...

suke lah citer ni dik..
kesian kat nick..
Nazirul amik kesempatan atas kebaikkan dia..

yup.. setuju dengan adik..
jgn sangak org skema tak boleh melakukan sesuatu yg tak diduga..

iyllienaz berkata...

comel betol klo nick jd maskot..hehe

seri berkata...

rs ny lebih baik nick,nazirul n diyana tu jujur kn?


bru kte tau keiklasan hayati tu ^^
pape pn

nick,best r!

Unknown berkata...

thnkz semua sbb sudi komen!!!

Unknown berkata...

ice juliet=nick dlm cte ni bkn sy sj je letak nick? hehehhehe

Unknown berkata...

miss lula=btol3!!! hehe

Unknown berkata...

ice=pggl abg pun xpe sy ok jer.... hehe

Unknown berkata...

midorie=kisah benar? er... er... tah la no komen... yela kot? tah... hehehhehehehhehehehe

Unknown berkata...

mas=dh post ker? la...x pasan lak? hehehe

Unknown berkata...

ice juliet=btol tu ice! kita smua ade jodoh ape2 pun jgn risau....

Unknown berkata...

dbah=wah! follower baru! thnkz!!! hehe

Unknown berkata...

ann=thnkz kak! hehe tu la x sangke elergic plak? ape2 pun ni cte pengajaran jgk... hehehe wlpn skema mmg hebat! hehee

Unknown berkata...

iylienaz=comel ker??? thnkz! hehehehe

Unknown berkata...

seri=tp klu hayati thu kang msti akan melukakan hati dia jd syhhh... diam2 je tau... jgn kasi thu hayati....

Unknown berkata...

alergic ngan seafood?
;D
len kali blehla nick jd maskot n' diyana jd audience
bleh ganti maskot colonel sanders

Nand Nasyari berkata...

ni cite betol ke @ rekaan irfan..? eceh.. muke nk ensen je..hak3 ;P

YanTzAnabella berkata...

ellow~

Ice Juliette berkata...

name ice xde kena mngena ngan aishah pon.. name sbenar ialah Nuur..

hans berkata...

alhamdulillah ko dah sihat

Unknown berkata...

hana kimi=haha memandai jer awk ni... haha adoi...

Unknown berkata...

nand=er... cte brtol ker rekaan? no komen.... hehehehehehhheehheheeehhehe

Unknown berkata...

yantyantie=halo...

Unknown berkata...

ice juliet=oh.. ingatkan aishah td.. nuur ape???/

Unknown berkata...

hans=alhamdulilah lah... ko mcm mne ok?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"Magical Template" designed by Blogger Buster