Selasa, 17 Ogos 2010

KEMALASAN MEMBAWA PADAH!!

Salam...sambung lagi cerita pengajaran kali ni? hehe rasanya sepanjang bulan puasa ni aku nak letak cerita-cerita pengajaran je harap kita boleh ambil iktibar dari kisah-kisah aku ceritakan ni...


Teo Ah Hook adalah seorang kontraktor berpengalaman bekerja sebagai seorang juru bina perumahan, di sekitar Georgstwon, Pulau Pinang. Sebuah negeri yang pesat membangun.Hampir 30 tahun Encik Teo Ah Hook berkhidmat dengan syarikat juru bina perumahan serba indah.

Tahun hadapan merupakan tahun persaraan Encik Teo daripada syarikatnya.Atas mengenang jasanya.Pihak syarikat telah meminta Encik Teo membina sebuah banglo sebelum pesaraannya.Encik Teo diberi kepercayaan penuh dengan memberi kebebasan memilih tempat,waktu dan segala kos ditanggung oleh syarikatnya.

Disebabkan perkhidmatan tinggal setahun saja lagi, rasa kemalasanya telah mula membelenggu perasaanya,Segala kepercayaan yang diberi dilakukan sekadar alah kadar sahaja.Bila tiba hari dan tarikhnya, Encik Teo untuk bersar,Satu majlis perpisahan telah di adakan pada malam itu. Semua kakitangan syarikat itu datang untuk meraikan majlis tersebut.

Selepas diberi peluang untuk Encik Teo memberi ucapan bagi membakar semangat pekerja yang lebih muda darinya.Kini tibalah Ucapan Tuan Pengarah syarikat tersebut.Setelah memberi ucapan kata pujian dan selesai makan minum tuan pengarah pun memberi pengumuman kepada para hadirin sekelian,

“Pada malam ini, Kami dengan senang hati dan mengenang jasa dan perkhimatan Encik Teo selama 3o tahun memajukan syarikat ini kami dengan sukacitanya mengumunkan Banglo yang dibina oleh Encik Teo ini diberi dengan percuma kepadanya” kata tuan pengarah.

Diikuti dengan tepukan germuruh oleh para hadirin malam itu,Encik Teo terpinga-pinga.Di dalam hatinya dia berkata , jika dia tahu Banglo itu untuknya pasti dibuatnya dengan lebih sumpurna dan pembelajaan yang besar.


P/S=ha! kan dan rugi? apa-apapun walaupun kita dah nak berpindah atau berhenti dalam 1 perkerjaan buatlah kerja dengan betol-betol mana tahu yang terakhir tu menjadi milik kita? jangan jadi macam teoh ni memang melepas! hehe

26 ulasan:

  1. haha kan dah rugi..tp lumrah la 2..bnyk yg sllu jd malas2 bla ujung masa..huhu

    BalasPadam
  2. manusia mmg macam tu...
    sian ko teoh..
    hhahaaha..
    real story ke ni..?

    BalasPadam
  3. takpe, boleh jual lagik tu (jawapan orang malas)

    BalasPadam
  4. sayangnya..
    dah la free, hasil kerja sendiri plak tuh
    tp buat cincai-cincai je

    sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna

    BalasPadam
  5. itulah kan, peringatan kpd kita supaya kena buat kerja2 yg diamanahkan dgn betul.. tak kira waktu.

    BalasPadam
  6. haha...ade lak gtu,,cite btol ke tuh?rugi2...tp kalo echah pom gtu gak.lumrah la mls kalo akhir2 gtu

    BalasPadam
  7. Salam singgah..moga sihat
    orang di sini..selamat menjalani
    ibadah puasa dengan penuh keberkatan
    jua dari-Nya...ha ha,tu dia..mau panik..silap sendiri yang nahas

    BalasPadam
  8. xkira bila bila pun. kita mesti buat bersungguh sungguh. tuhan pasti balas..=))

    BalasPadam
  9. fyza=btol sy pun mcm tu gak? hehe

    BalasPadam
  10. senandung smlm=real story??? hehehhe no komen... hehehhe

    BalasPadam
  11. cemomoi=hehehe jwpn pun org malas gak? hehe

    BalasPadam
  12. pena berkala=btol tu! rigi teramat...

    BalasPadam
  13. echah=btol klu dh akhir smua org akan malas.. cte btol??? no komen... hehehhehee

    BalasPadam