Ahad, 6 Jun 2010

SEJARAH TENTANG SOLAT

Asyik-asyik tentang tafsir mimpi jer? sekarang tukar plak? tafsir mimpi tu ada lagi tapi nanti aku sambung sebab kali ni aku nak berkongsi info tentang solat! semua kita yang beragama islam bersolat kan? tapi korang tahu tak asal-usul solat datang dari mana? ok! mari sini aku cerita sikit...



SUBUH:


Orang yang pertama mengerjakan solat Subuh Nabi Adam iaitu tatkala keluarnya Nabi Adam dari Syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama dilihatnya ialah kegelapan,membuatkannya berasa takut sangat. Lalu apabila fajar Subuh keluar, maka Nabi Adam menunaikan solat dua rakaat.

Rakaat pertama: Bersyukur terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua: Bersyukur siang telah menjelma.



ZOHOR:

Orang pertama mengerjakan solat Zohor Nabi Ibrahim A.S., iaitu tatkala Allah S.W.T. memerintahkan menyembelih anaknya Nabi Ismail A.S. seruan datangnya waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.

Rakaat pertama: Bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua: Bersyukur dibukakan dukacitanya juga anaknya.
Rakaat ketiga: Bersyukur dan bermohon keredhaan Allah.
Rakaat keempat: Bersyukur korbannya digantikan kibas.



ASAR:

Orang pertama mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus A.S., iaitu tatkala dikeluarkan Allah dari perut ikan nun. Ikan nun memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus segera menunaikan solat empat rakaat tanda bersyukur diselamatkan Allah daripada 4 kegelapan, iaitu:

Rakaat pertama: Kelam kesalahan.
Rakaat kedua: Kelam air laut.
Rakaat ketiga: Kelam malam.
Rakaat keempat: Kelam perut ikan.


MAGHRIB:

Orang pertama mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa A.S.,tatkala dikeluarkan Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu menunaikan solat tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:

Rakaat pertama:menafikan ketuhanan selain Allah Maha Esa.
Rakaat kedua:menafikan tuduhan tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga:meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan hanya satu iaitu Allah, tiada dua atau tiga.


ISYAK:

Orang pertama mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa A.S., tatkala Nabi Musa tersesat mencari jalan keluar negeri Madyan, sedang dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacita waktu Isyak akhir. Lalu Nabi Musa menunaikan solat empat rakaat tanda bersyukur kehilangan perasaan dukacita tersebut, iaitu:

Rakaat pertama: Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua:terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga:terhadap Firaun.
Rakaat keempat:terhadap anak Firaun.




P/S=asal-usul terjadinya solat ni aku pun tak tahu sama ada betol atau tak? sebab ni e-mail kawan aku yang kasi.... aku sekadar berkongsi jer...

47 ulasan:

  1. betul la kot...sbb sy baca kat i luv islam cam nie gak.....

    xkan tipu kot???????

    BalasPadam
  2. wah! yeke?? baru tka tahu.. huhu! soey abg nick, skang bru ade mase singgah blog abg.. tka agk bz kebelakangan ni..

    BalasPadam
  3. owhhh....xtau la plak sy.
    btollah ni ape yg kwn nick bg..xkan dy nk tipu kut.. ;)

    BalasPadam
  4. bgus..like this..nice info...sbb x pernh bce lg b4 ni...

    BalasPadam
  5. 1st time saya tahu sejarah solat..sebab b4 this saya ada dengar nabi2 dulu solat bnyk waktu(lebih dari 5 waktu)..tp alhamdulillah Allah kurangkan solat menjadi 5 waktu sahaja pada umat nabi Muhammad..

    tq info ya nick..

    BalasPadam
  6. thanks atas informasi ni.. aku tahu sikit je dulu.. dapat tmbh lg pas baca nih..

    BalasPadam
  7. pernah baca....tp dh igt2 lupe :P

    thanks nik :)

    BalasPadam
  8. oh tak pernah tahu pasal ni.

    thanks for the info!

    BalasPadam
  9. x pena tau bout this..syukran nick! :)

    BalasPadam
  10. akk br tau ni... tq irfan =)

    p/s: sampaikanlah kebaikan wlaupun satu ayt u are great =)

    BalasPadam
  11. betul lah tu. yg sya baca pon cam ni jugak

    BalasPadam
  12. Bende yg baik dan betol apa salahnyer berkongsi semoga semua dpt kebaikannyer..

    BalasPadam
  13. ske en3 cm neh....
    bes. tenx nick bab kongsi yep...

    :))

    BalasPadam
  14. wallahwualam... nak tahu kena la baca kitab al-quran.. hehehe.. just sekadar bacaan & in the case betul kot??

    BalasPadam
  15. lpas bca ne bru tau...huhuhu....nice en3....

    BalasPadam
  16. salam ziarah, nick.
    sekarang ni ramai yang solat macam lipas kudung.
    ekspress!
    sampai lupa menghayatinya.

    BalasPadam
  17. walau apa pun...solat kita tak boleh tinggal....solat itu tiang agama....

    BalasPadam
  18. intan hazirah=i luv islam pun ada ke? btol la kot..

    BalasPadam
  19. ice=patutlah lama xnmpk tika? hehe ape2pun thnkz sudi singgah :)

    BalasPadam
  20. khairuyah=yela kot? sbb ramai feedback org kata btol..

    BalasPadam
  21. aesthetic=hehe btol3... sharing is caring.... hehe

    BalasPadam
  22. TK=hehe sharing is cari sy berkongsi info... :)

    BalasPadam
  23. ms syah=alhamdulilah.. sama2 kita dapat ilmu sikit... :)

    BalasPadam
  24. j love=oh.. sama2 nice to meet u... :)

    BalasPadam
  25. jemari seni=btol tu kak... :)

    BalasPadam
  26. angah=tu la sy was2 tp ramai kata betol? btol la kot? hehe

    BalasPadam
  27. balqish=btol tu kak.. dorg smua nk capat jer.. hehe

    BalasPadam
  28. para=sokong pendapat ko para... :)

    BalasPadam
  29. pejuang kesenian=thnkz bro! :)

    BalasPadam
  30. bagusnya info adik ni.. baru akak tahu bila baca kat blog adik ni.. thanks sebab sudi share dengan kami semua (",)

    BalasPadam