Rabu, 27 Oktober 2010

AKU DI ALAM LAIN

salam... saja je nak try buat sajak? jangan ketawa! walaupun aku tak reti pasal sajak ni tapi boleh kan sekadar nak mencuba? hehe esok nanti aku siar entry lain plak? sebab pasal buah pun dah habis...


AKU DI ALAM LAIN


Aku terasa ada di alam lain

Yang semuanya berubah

Kenyataan tiba-tiba kini di tangan sasterawan

Jadi kabur kerana banyak kiasan

Keindahan pula pada seniman
Tiba-tiba jadi buruk menakutkan

Cinta yang ada pada manusia
Dipuja-puja jadi berhala

Kini yang cuma tinggal cahaya

Pada di dada ulamak saja

Tapi itupun ada juga disalin dan dicetak
Dijual ditukar-tukar di pasar

Tiba-Tiba datang sekumpulan pemuja tuhan
Mereka cuba bercerita tentang kebenaran
Aku pula menidakkan kenyataan mereka

Sambil buat tak pernah mendengar

Ketika aku hendak beralih pergi

Mereka memanggil namaku

Aku berhenti melangkah
Menyembunyi dan cuba memujuk-mujuk

Nafasku yang tiba-tiba termengah-mengah.
Terasa seakan berkurun mengembara.

Di Barat,Timur,Selatan dan Utara
Berlabuh pula di tujuh benua
Ada kala tenggelam di sembilan lautan
Tapi aku cuba bangun

Walau tak mampu aku cuba lagi!

Sampaikan kekadang merangkak!

Kekadang mengesot untuk bangun!

Bila tersungkur aku bangun kembali!

Akhirnya sampai juga ke destinasi

Lalu kutoleh ke kiri kanan

Mencari tanda tapi tidak pula aku berjumpa?

Kenapa agaknya? Kerana selama ini

Terasa macam dah jauh aku pergi?
Aku memandang semula ke belakang

Baru aku sedari tadinya hanyalah imaginasi

Dalam ilusi dan fantasiku sendiri

Secara realitinya selama ni

Aku tidak pernah kemana-mana

Kerana pada ketika itu di hadapanku

Hanya laptop dan henset saja..



=sajak ni aku buat sebab bila tadi tiba-tiba rasa di alam lain? last sekali rupanya aku tengah buat minda bawah sedar! melangkah ke alam lain sampaikan terlupa alam realiti? hehehe baru je belajar pasal Minda Bawar sedar ni baru pagi tadi je try! yang bestnye jadi plak! hehehehhehe=





P/S=jawapan buah pada entry lepas..

pic 1 =Buah Jambu Mawar

pic 2 =Buah Tin

pic 3=Buah Peach

pic 4=Buah Terap

pic 5=Buah Tunjuk Langit

32 ulasan:

  1. Dik,

    tabiklah...pandai pandai..teruskan mengasah bakat...

    ingatkan idea minda bawah sedar dtg lepas tengok misteri kat tv3 tadi..hehehe..

    :-)

    BalasPadam
  2. hahaha ... ops , tak boleh tahan gelak ... tak pe , percubaan yang bagus ...

    BalasPadam
  3. fuyyo.. cayalah dik..
    ternganga akak bace sajak ni..
    adik ni memang kreatif kat penulisan.. akak tak pernah karang sajak seumur hidup akak. tak retilah..

    BalasPadam
  4. minda bawah sedar...
    apa tu dik?
    :))

    BalasPadam
  5. salam Nick..
    nice try..
    semoga terus success
    boleh tahn juga yang ni..

    BalasPadam
  6. okay la tu
    sebagai permulaan memang nampak bagus

    P/S : Mahu Menonton Filem Crayon

    BalasPadam
  7. kalau salu buat minda d bwh sedar sok siap boleh kuar satu buku sajak yg meletop!

    BalasPadam
  8. wah ada bakat nie..klu di asah lg bleh jd sasterawan negara kot..hehe

    BalasPadam
  9. pnjang betul...letih akak nk phm kan..hehe

    BalasPadam
  10. awk memg ad bakat la..sy pn x reti nk tulis2 cmni..hihi

    BalasPadam
  11. percubaan dan permulaan yang cukup bagus..teruskan

    BalasPadam
  12. cheqna=ada cerita pasal minda bawah sedar ke kt tv???

    BalasPadam
  13. ann=huh! xde la kak biasa2 je idea dtg trus tulis? sj seronok2 je xde la pandai sgt pun...

    BalasPadam
  14. nard=nnt sy ceritakan dalam entry akan dtg... insyaallah...

    BalasPadam
  15. zulkbo-hehhehe thnkz ye encik zukbo! :)

    BalasPadam
  16. fyza=eh! xde la biasa2 je ni....

    BalasPadam
  17. angah=lama x nmpk akak pegi mne?

    BalasPadam