salam... tadi aku ada baca 1 artikel ni menarik jugak untuk dikongsi? hehe sama-sama kita baca yer.. hehe
1. Kilat berlaku sebelum, semasa dan selepas hujan.
2. Ambil langkah keselamatan apabila kilat berlaku 6 batu ( 9.6 km) dari tempat kita berada. Untuk mengira jarak kilat gunakan teknik "Flash to Bang" ( Kilat ke Guruh). Kiraan 5 saat dari masa kilat kelihatan dan guruh kedengaran ialah jarak 1 batu. ( 10 saat = 2 batu , 20 saat = 4 batu , 30 saat = 6 batu ).Sekiranya tempoh antara kilat dan guruh ialah kurang daripada 30 saat , langkah keselamatan berikut hendaklah diambil.
3. Hanya selepas 30 minit selepas kejadian kilat serta ribut petir barulah boleh dianggap selamat.
A. LANGKAH KESELAMATAN APABILA BERADA DI DALAM BANGUNAN
1. Matikan semua peralatan elektrik dan tanggalkan plug dari soket dinding jika perlu.
2. JANGAN gunakan talipon talian rumah/pejabat gunakan talipon bimbit jika perlu sahaja
3. Jangan duduk berhampiran pintu dan tingkap yang menghadap luar rumah.
4. Elakkan berada di bilik air atau paip air yang diperbuat daripada besi.
B. LANGKAH KESELAMATAN APABILA BERADA DI LUAR RUMAH
1. Cari perlindungan di bangunan besar seperti kedai, pejabat dan rumah yang mempunyai besi penahan kilat (lightning arrestor).
2. Jika tidak cari perlindungan dalam kereta, van, lori dimana semua tingkap ditutup rapat.
3. Jika tiada berlindung dikawasan rendah yang tiada objek logam seperti dalam parit, longkang, tanah berlekuk dan sebagainya.
4. Boleh mencari perlindungan di kawasan hutan tebal yang dikelilingi pokok-pokok yang banyak serta sama tingginya.
5. APABILA berada dalam kumpulan PASTIKAN jarak anda dengan rakan anda yang lain antara 15 kaki ke 20 kaki.
6. DUDUK dalam keadaan menyangkung, kaki dirapatkan dan letak tangan pada telinga.
7. JANGAN berlindung di Pondok Talipon, Pondok Bas, Bangsal, Khemah, Di Bawah Pokok.
8. JANGAN berada di Kawasan Lapang, Padang Bola, Padang Golf.
9. JANGAN berada di Kawasan Berair seperti Tasik, Sungai, Paya, Kolam Mandi, Taman Tema Air dan sebagainya
10. JANGAN berada di tanah tinggi, Gunung dan Bukit.
11. JANGAN berada di tempat yang ada dua unsur seperti Batu dengan Tanah, Air dengan Darat, Pokok dan Tanah.
12. JANGAN berada di tempat berhampiran logam seperti Pagar, Tiang Talipon, Tiang Elektrik.
13. APABILA berada dalam bot di atas air dan anda tidak sempat ke daratan pastikan anda DUDUK rendah ditengah bot, JANGAN letakkan tangan dan kaki anda ke dalam air.
P/S=saja nak berkongsi dengan korang maklumat ni... hehe
pas ni sy akn lbh berhati2..thanks yaa
BalasPadamtakut kt kilat kot2 dia menyambar..haishhhh
BalasPadamTq dik berkongsi artikel ni, sambil kita berusaha dgn langkah keselamatan, jgn lupa bertawakkal n memohon kepada-NYA supaya dijauhkan kita drpd sebarang bala yang berkaitan dengannya.
BalasPadam:-)
ohhhh..
BalasPadamtasuke kilat...
takut~
aku cuak bila nampak cahaya kilat tu dengan bunyi guruh serentak
BalasPadamhohoho
P/S : Video Klip Terbaru Wonder 'Girls' - Nobody Meletup
nice bro..info ni akan aku amalkan..aku tak pernah tau pun bnyak bende yang diterangkan dalam entri ni..thanks..
BalasPadamsalam..
BalasPadaminfo yang menarik ni
nick..terima kasih berkongsi
susah jgak yek bila ada kilat
uncle suka tutup semua langsir
rumah..
nick..tengs utk entry yg sgt2 bagus nie..klu ada kilat n guruh mmg isaw ja..cabut ja plug mana ada..
BalasPadamakak doakan kbhgiaan adik gak..;)
ckgu fizik sye ckp kene pki kasut(selipar untuk rumah) dlm rumah..
BalasPadamselain untuk mengelakkan kaki sejuk..ekceli selipar tue penyelamat jugak ketika ade kilat.. xtau kesahihan fakta ini..waallahualam
kilat menakutkn..tp unik..hihi
BalasPadamthanks thanks!!!
BalasPadam:)
owh,terima kasih..
BalasPadamcikgu saya bagitahu kalau nak pegang payung ketika hujan,jgn pegang besinya..kerana besi itu bisa membawa maut terkena kilat...
Allahu A'lam!
selalu ade perasaan nervous bila kilat. hehe.
BalasPadambesh2!
BalasPadamnice sharing.. kilat jgn dibuat main2 huh~
BalasPadamgerun ngan kilat :(
BalasPadamhoho.
apple=hehee btol2...
BalasPadamechah=hehehe
BalasPadamcheqna=thnkz kak! :)
BalasPadamrowena=sama la dgn sy gak...
BalasPadamhans=btol! aku pun seram gak...
BalasPadamcuz=sharing is caring... hehe
BalasPadamzulkbo=oh sy pun mcm tu gak...
BalasPadamfyza=amin... thnkz ye kak! :)
BalasPadamasliner=dlm umah sy mne ade pakai ape parent x kasi pakai sliper...
BalasPadamsugar=thnkz! hehe
BalasPadamreen=hehehe
BalasPadamTK=yup! ape yg di perbuat dari besi jgn pegang masa kilat...
BalasPadamnard=sama mcm sy... takut kena panahan kilat plak?
BalasPadamlelaki ini=thnkz! hehe
BalasPadamieqa=btol3...
BalasPadammiss lolly=sama dgn sy gak...
BalasPadam