Sabtu, 24 Julai 2010

MAKSUD HURUF PERTAMA NAMA ANDA??

Huruf pertama pada nama juga adalah penting. Berikut sebagai sedikit panduan:-


A=Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.


B=Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.

C=Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

D=Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja.Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.

E=Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

F=Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.

G=Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

H=Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

I=Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

J=Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas. K=Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.

L=Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.

M=Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.

N=Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.

O=Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.

P=Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.

Q=Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

R=Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

S=Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka mungkir janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

T=Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

U=Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

V=Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.


W=Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

X=Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

Y=Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.

Z=Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.


(contoh=NICK IRFAN jadi huruf aku N dan I tapi bila dah check ada betol ada yang tak betol? tapi bila check nama sebenar aku plak? memang semua betol! hehe)


P/S=korang punya nama apa maksud plak? hehe

53 ulasan:

  1. eh mcm betul lah lak..akak huruf R

    BalasPadam
  2. dik,

    bila nama nickname, macam 3/4 betul, bila nama I.C, separuh je betul...rasanya lah..hehehe..

    saja suka2 je kan?..lepas tu makan kek..haha..

    :-)

    BalasPadam
  3. A=Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.


    cm btol je.. huhuhu...

    BalasPadam
  4. Nick Irfan..
    Salam bertandang lagi..
    moga sihat lah selalu
    hendaknya anda di sana..
    جزاك اللهُ خيراً

    BalasPadam
  5. kajian dr fadhilah kamsah tu ke ni? =P name awalan ea? kalo lelaki, rmai name Muhammad dot3 pun, ikut M jgk ke? sy S+M. so.. ok la. not bad. agak tepat. :)

    thanks for the share.. ;)

    BalasPadam
  6. sgt2 lain!
    hehehe,...

    BalasPadam
  7. N=Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.

    kurang percaya diri tu tak berapa nak betul. hahaha~

    BalasPadam
  8. salam... memang kena tul ngan diri aisha nie... cam ner leh tul lak nie... nujum ke nie.. hehehehehe

    BalasPadam
  9. S=Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka mungkir janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

    agreee =)

    BalasPadam
  10. C=Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

    hehehe

    BalasPadam
  11. <---huruf Z


    rasanya kene tanya rakan2 sekeliling betul ke tidak kan? =)



    latest entry Perlu ke cerita hal peribadi di facebook??

    BalasPadam
  12. huruf pun ada maksud ye.. hehe..
    nanti nak try tengok maksud nama aku.

    BalasPadam
  13. first time singgah sini
    ada gak betulnya, M K dan A
    nice one

    BalasPadam
  14. sjibik sama dgn sifatku
    mngkin hny kbtulan;)

    BalasPadam
  15. kalau betul pon kebetulan je ni kot..sebab nama saya seratus peratus tak betul...hehe.btw,thanks for sharing ye,=)

    BalasPadam
  16. mcm betol..muehehhe..thanx 4 sharing...click nuff!

    BalasPadam
  17. ann=sy pun sama mcm btol... hehe

    BalasPadam
  18. nama aku plak agak2 ko mcm mne nick? ko kan kenal aku lama...

    BalasPadam
  19. munie=yup ni nick kamsah pnye kajian... hehhee

    BalasPadam
  20. lelaki ini=eh! lain ke?? ko huruf apa?

    BalasPadam
  21. aishah=er... yup! nujum nick belalang! hehehhehehe

    BalasPadam
  22. N... betul lah adik.. isk... memang tepat..

    BalasPadam
  23. ann=eh! nama akak ape?? bkn aisyah ker?

    BalasPadam
  24. nick macam betul la angah punya huruf S heheheh...aiyoooooooo

    BalasPadam
  25. para=nama ko ape??? bkn mula dgn F ker?

    BalasPadam