Rabu, 21 Julai 2010

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

Salam.. hari ni aku nak letak entry manfaat sikit untuk kita semua sama-sama kita baca yer.... mulakan dengan BISMILLAH...





1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu,maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2. 'BISMILLAH untukmu dan rumahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. (Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid,maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 .Ibnu Mas ' ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. '

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya.

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan
mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.



P/S=macam mana semua? jadi kepada semua pembaca entry ni lepas ni kita amalkan selalu ok bacaan BISMILLAH... InsyaAllah kita akan diberkati olehNya... Amin..

43 ulasan:

  1. bismillah...

    hehe..tengs 4 sharing nick! akan cuba dpraktikkan...;)

    BalasPadam
  2. nick irfan..

    salam bertandang lagi..
    moga anda sihat dan gembira
    selalu..جزاك اللهُ خيراً

    BalasPadam
  3. info yang baik... nak kena biasakan lidah supaya ringan menyebutnya

    BalasPadam
  4. tq pd informasi yg berguna ni.. byk yg aku dpt! :)

    BalasPadam
  5. Salam dik,

    Satu ayat yang mudah tapi selalu orang lupa mengamalkannya.

    Terimaksih..peringatan yang baik.

    :-)

    BalasPadam
  6. Selalu mulakan sesuatu pekerjaan yang baik dengan namaNya.. insyaAllah..Allah sentiasa bersama hingga selesai pekerjaan itu..Ameen

    BalasPadam
  7. solat pun de bacaan bismillah...mmg dh jd rutin seharian

    tp amalkn spjg masa pun lg baik kan

    BalasPadam
  8. salam bro. byk ilmu aku dpt drpd entry ni. tau Bismillah tu byk kelebihan tp tatau pulak yang pasai baca 19 kali, 21 kali dengan 50 kali tu. thanks dude.

    sory bro lama tak jengah sini. busy sikti dalam 2,3 hari ni.

    BalasPadam
  9. bismillah~

    semoga kita diberkati.
    amin. =))

    BalasPadam
  10. alhamdulillah... salinh ingat mengigati sesama muslim

    BalasPadam
  11. bismillah irfan tocey3 mengingatkan akk =)

    BalasPadam
  12. sebenarnya dari segi apa pun kita bole mulakan dengan bismillah tak kira apa jua pun

    BalasPadam
  13. salam ziarah, nick.
    akak dapat info tambahan drpd nick.
    thanks. :D

    BalasPadam
  14. suda lama x dtg cni..bzzzzz..huhuhu

    yes..byk khasiat dan kelebihan bc bismillah..nk buat pahala sng je..tp ramai gak yg pilih nk buat dosa

    BalasPadam
  15. bagus nick, info yang berguna buat kita bersama.. keep it up~!

    BalasPadam
  16. fyzal=sharing is caring.. hehe

    BalasPadam
  17. wah.. banyaknya kebaikkan baca bismillah..pendek aja.. bismillah.. tapi hikmat besar..

    BalasPadam
  18. insyaallah...
    besarnya kelebihan...sama samalha kita beramal..

    BalasPadam
  19. klu boleh,letak sumber dalil stiap apa yg di ceritakan...

    BalasPadam