Thankz kepada semua yang follow aku nanti aku follow korang balik..

Isnin, 7 Februari 2011

HISTERIA 1 KELAS "siri 2"

Salam.. sambung cerita semalam pasal histeria 1 kelas aku kena kan? eh! semalam berhenti kat mana? kejab aku pun pening... tunggu ha! baru aku ingat! ok sambung semula semalam kisah pertama seperti yang korang baca ada 5 orang perempuan dan 2 orang lelaki kena histeria kan? kali ni mungkin banyak lagi? atau takde langsung? ikuti kisah selanjutnya...


-Makhluk Halus kepala durian-
(lebih kurang macam ni)


=Hari Kedua (Jumaat)=

Semalam kan aku ada cerita pasal kawan aku 7 orang yang kena histeria kan? dorang semua hari ni tak datang sebab semalam kan dah kena kacau? jadi dari 30 pelajar sebelum ni sekarang tinggal 10 saja pelajar perempuan 7 je pelajar lelaki (termasuk aku) sebab hari tu kebanyakan tak hadir sebab pengetua sendiri bagi kelonggaran terpulang nak datang ke tak tapi yang datang kami semua di tempatkan kat kelas kosong kat tingkat bawah sekali sebab kelas kami tingkat 3 ustaz tengah pagar kelas kami tu..

Masa kat kelas bawah sekali tu aku dah rasa seram sejuk je padahal bukan hari hujan kelas tu form 6 duduk tapi kebetulan form 6 pergi lawatan 2 hari jadi kitorang pinjam kelas dorang,masa tu keadaan berjalan seperti biasa je tapi "Ku Sangka Pelangi Hingga Ke Petang Rupanya Mendung Di Tengah Hari" jeng jeng jeng!! kawan baik aku (Firdaus) kena! semalam fandi yang duduk sebelah aku tak hadir kan dia kena histeria semalam jadi Firdaus yang duduk sebelah aku kat kelas baru tu..

Masa tu Firdaus pandang aku dengan tenungan tajam dia kata "ada orang panggil nama aku la nick kat tingkat atas? hang dengar tak?" aku terkejut belum sempat nak jawab terus Firdaus lari dari kelas sebab dia kata ada orang panggil dia tapi walaupun dia sempat keluar kami sempat jugak kepung dia bawak kat Ustaz Helmi dia jampi apa aku tak pasti terus Firdaus ni pensan..

Lepas tu kami masuk kembali kat kelas tetiba Azmer (dia ni dua alam korang paham-paham la) tetiba dia menangis teresak-esak bila kami tanya dia pandang muka kami semua dengan mata dia yang merah tu! perghh! seram siot masa tu! terus pelajar perempuan panggil ustazah sebab ustaz dah takde masa tu terus ustazah ni papah si Azmeer ni dan tenangkan dia...

Lepas tu pengetua masuk kelas kami dia sembang siap buat lawak lagi kat kami sebab tak mahu kami semua takut? tapi!! ingatkan dan habis rupanya ada yang kena lagi! Amirul plak kena sebab masa pengetua tengah bercakap dia plak boleh melukis kebetulan dia duduk belakang aku! aku toleh kat Amirul ni kata pengetua panggil dia senyap je aku tengok lukisan dia? alangkah terkejutnya aku!!!!!

Dia lukis "Muka alien tapi berkepak,kaki satu,kepala macam durian tajam-tajam!!" pergh! mengigil aku masa tu terus aku toleh kat pengetua aku geleng kepala tanda seram,apa lagi kami semua terus rampas pensel dia sebab dia melukis tanpa henti bila kami ambik pensel dia dia mula mengamuk!! terus kami budak lelaki yang ada masa tu 4 orang je termasuk aku pegang dia bawak pegi surau dan masa tu jugak budak perempuan 10 orang meracau dan yang nangis! parah giler masa tu.

=ha! hari pertama dalam kelas ada 30 pelajar 5 perempuan 2 lelaki yang kena? hari kedua nampaknya 17 orang pelajar masa tu cuma Aku,Saddam,Hafiz dan Akmal yang tak kena histeria===


P/S=ha! ada lagi sambung ni korang nak tahu apa nasib kami berempat lepas ni? adakah kami pun kena? nanti esok nanti aku sambung cerita..

11 ulasan:

Ayuni berkata...

seramnye

Wanie Affandi berkata...

sangat best nak ikut perkembangan citer ni...haha

Anati Soki berkata...

cita lg cita lg!!!!! eheheheh anat suka!

Hanisah Safian berkata...

cepatlaaa sambung!

asliner berkata...

rajin betul buat cite..

Yellow LEOpard berkata...

weyhh, jgn lah buat suspen..cepat habiskan cite..huhu

Nazsabrina Iman Zulfikar berkata...

wah...dahsyat gak

KUREKURE COMEL berkata...

perhhh...lg seram...kalo mina la...
xgi sekolah dah...duk diam2 kat umah...hehehe

Ann berkata...

berjangkit eh histeria ni...

tot tot kecik berkata...

salam..

cerita betol ke tipu2 ni..?
oo konfius..




tot da jrg bw skang kn..?kdg2 xtggl komen pn..huhu sedihnye hidup tot skang..


irfan jgn lpe tke cre k..minum air byk.. :)

mie berkata...

histeria ni bahaya ,...
heheheee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"Magical Template" designed by Blogger Buster